Jumaat, 8 Jun 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah

Posted: 08 Jun 2012 12:11 PM PDT

Merdeka Rakyat
 
10 Jun 2012 (Ahad)
 
1)   3.00 ptg – Majlis Pesta Keamatan Anjuran Pakatan Rakyat
 
       Lokasi : Kampong Kondis, Tempasuk, Kota Belud
 
2)   4.30 ptg – Ucapan Amanat – Forum Maqasit Syariah
 
       Lokasi: Dewan Phoenix, Tang Dynasty Hotel, Kota Kinabalu
 
3)   7.30 malam – Majlis Makan Malam dan Ceramah Perdana
 
       Lokasi: Star City Convention Centre, Asia City, Kota Kinabalu
 
4)   10.00 mlm – Perjumpaan Khas Bersama MPN Sabah

PTPTN: Bukti Nyata Kerajaan UMNO BN Tidak Serius Menguruskan Masa Depan Pendidikan

Posted: 08 Jun 2012 12:27 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor percaya bahawa berita penarikan balik pembekuan pinjaman PTPTN hari ini tidak menghilangkan kemarahan dan bantahan rakyat terutamanya mahasiswa dan keluarga yang terlibat dalam ‘permainan’ politik Kerajaan Umno Barisan Nasional.

Malah situasi terbaru ini menurut pemerhatian AMK Selangor adalah bukti nyata Kerajaan Umno BN tidak serius menguruskan masa depan pendidikan di Malaysia kecuali menjadikannya sebagai talian hayat bagi memaksa sokongan rakyat terhadap polisi mereka.

Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Khaled Nordin sebelum ini menyebut langkah membekukan pinjaman PTPTN kepada Unisel dan KUIS ini adalah sebagai peluang Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk membuktikan bahawa mereka mampu melaksanakan pendidikan percuma.

Saya menganggap percaturan politik Umno BN ini menemui jalan mati apabila Menteri Besar Selangor , Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim dengan segera memberi reaksi bahawa Unisel akan mencairkan aset yang dimilikki IPTS itu bagi membantu mahasiswa yang tertindas.

Sokongan rakyat juga semakin meningkat apabila wujud persetujuan lisan bahawa Adun-Adun Pakatan Rakyat di Selangor bersedia membantu mahasiswa ini melalui peruntukkan DUN yang mereka perolehi.

JANGKAAN UMNO BN MELESET, PAKATAN RAKYAT KEKAL KOMITED

Perkiraan Kerajaan Umno BN untuk melihat rakyat bangkit menekan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mencapai sasaran apabila dengan mudah rakyat melihat kecenderungan Umno BN untuk mengancam dan mengugut rakyat apabila mereka mati hujah dengan dasar polisi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

Umno BN jelas berada dalam tekanan yang begitu memuncak lalu membuatkan Datuk Seri Khaled Nordin hilang arah sehingga mengeluarkan arahan sedemikian sebelum terpaksa menarik balik tindakan tersebut. Pimpinan Umno BN sendiri tidak bersetuju dengan langkah sumbang Khaled Nordin ini seperti yang boleh dilihat kritikan YB Khairy Jamaluddin , Ketua Pemuda Umno menerusi laman sosial Twitternya.

Ternyata niat dan tindakan Kerajaan Umno BN untuk menganiayai rakyat dan mensabotaj masa depan anak-anak muda harus dilihat sebagai satu politik biadab dan ketandusan. Anak-anak muda sebagai satu aset masa depan sesebuah negara, mahu dikorbankan semata-mata mempunyai hubung kait dengan Kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak BN pada 2008.

AMK Selangor percaya siri pengkhianatan terhadap rakyat ini akan berterusan selagi mana Pakatan Rakyat komited merancang dan melaksanakan dasar yang lebih progresif untuk rakyat. Saya merasakan tindakan Khaled Nordin ini telah membuka ruang lebih banyak untuk rakyat menilai niat jahat Umno BN.

Justeru, AMK Selangor percaya inilah masa paling tepat untuk rakyat menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan dasar pendidikan yang didokongnya iaitu selari dengan kehendak dan keperluan sebenar negara. Pakatan Rakyat tidak akan berkompromi dan tidak mengancam rakyat untuk menjadikan pendidikan sebagai satu bahan tawar-menawar semata-mata untuk menyaingi kredibiliti politik lawan.

AMK Selangor yakin rakyat telah menilai dan sudah membuat keputusan untuk menggantikan Kerajaan Umno BN ini dengan Pakatan Rakyat sebagai ganti di Putrajaya.

AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Pusat

Flip Flop Pembekuan PTPTN, Kerajaan Hilang Punca

Posted: 08 Jun 2012 12:24 AM PDT

Kelab Anwar Ibrahim (AIC) sebagai sebuah organisasi anak muda hari ini ingin menyelar tindakan flip-flop Kerajaan Umno BN yang cuba bermain tarik tali dan berpolemik tentang pinjaman PTPTN kepada dua IPTS yang dinaungi Kerajaan Selangor iaitu Unisel dan KUIS.

AIC hairan bagaimana sebagai sebuah kerajaan yang menguruskan aspirasi rakyat dan pembinaan masa depan, bertindak bodoh dengan mengugut masa depan anak-anak muda hanya kerana berbeza polisi dengan musuh politik.

Seharusnya BN lebih ampuh untuk menegakkan dasar pendidikan mereka, bukan dengan membekukan pinjaman PTPTN dan membuat kenyataan dangkal ianya sebagai ‘peluang’ Pakatan Rakyat melaksanakan pendidikan percuma.

PTPTN: SASARAN AWAL BN YANG MENEMUI JALAN BUNTU

Pada perkiraan awal, BN menjangkakan golongan mahasiswa yang terlibat akan cemas dan panik lalu menolak dasar pendidikan percuma dan mengangkat ‘PTPTN’ sebagai tunjang yang membolehkan pendidikan tinggi berlangsung.

Namun melihat kepada kebarangkalian dan kemampuan Kerajaan Selangor untuk menyelesikan masalah tersebut, melalui pengumuman Unisel akan mencairkan aset bagi membantu mahasiswa ini, BN mula cemas dan mengubah taktik.

Ini ditambah dengan sentimen anti kerajaan Umno BN yang mula membahang di laman sosial terutamanya Twitter. Malah wujud pendapat tidak senang dari pimpinan Umno BN sendiri berikutan langkah kurang bijak dari Khaled Nordin Menteri Pengajian Tinggi.

Maka hari ini, melalui SMS yang disahkan pegawai PTPTN bahawa pejabat Menteri telah mengeluarkan arahan pembekuan ditarik semula.

Namun apa yang Khaled Nordin dan BN tidak buat perkiraan adalah rakyat telah sedar bahawa regim ini pada bila-bila masa yang mereka kehendaki, keperluan dan hak rakyat boleh disekat dan ditarik begitu sahaja dan BN sedang menguruskan sebuah zaman yang nyata berbeza , zaman yang dipenuhi anak muda idealis dan berani untuk melawan kezaliman.

Sebarang tindak-tanduk melampau dan bodoh oleh pemerintah pasti akan disambut dingin dan menemui jalan sempit untuk dilaksanakan. Hari ini telah membuktikan tekanan hebat oleh rakyat terbanyak membuatkan kerajaan lemah ini kecut perut dan menjilat ludah mereka sendiri.

AIC percaya zaman untuk menggunakan rakyat sebagai ‘tebusan’ politik telah berakhir. Saat ini AIC yakin lonjakan sokongan yang datang dari golongan atas pagar terhadap ketelusan Pakatan Rakyat, telah meningkat pada satu tahap yang membanggakan. Riwayat pemerintah zalim bakal berakhir atas satu kesilapan yang mereka sengajakan.

GENERASI PENGGERAK ZAMAN

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD

Presiden
Anwar Ibrahim Club
Malaysia

Gesa Jaminan Menteri Pendidikan Tinggi Bahawa Pelajar Tidak Akan Dimangsakan Lagi

Posted: 08 Jun 2012 12:14 AM PDT

Saya mengalu-alukan pengumuman Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor berhubung penubuhan dana RM30 juta untuk membantu pelajar-pelajar Unisel yang terkesan dengan pembekuan pinjaman PTPTN.
Iltizam Kerajaan Pakatan Rakyat untuk melakukan yang termampu bagi memastikan kebajikan pelajar tidak terjejas adalah sangat bertentangan dengan sikap tiga orang Menteri Umno iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Dato' Seri Khaled Nordin dan Dato' Seri Noh Omar yang gembira dengan kesusahan pelajar demi permainan politik mereka.

Kemarahan rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat – dari Pakatan Rakyat, kumpulan mahasiswa, orang kebanyakan hinggalah pimpinan Barisan Nasional sendiri – akhirnya memaksa Dato' Seri Khaled Nordin dan PTPTN menghentikan tindakan memangsakan pelajar Unisel itu.
Kenyataan tidak rasmi bahawa PTPTN telah membatalkan arahan pembekuan pinjaman kepada pelajar Unisel disambut dengan perasaan lega.
Pun begitu, suka saya mengingatkan Dato' Seri Khaled Nordin supaya jangan sekali-kali cuba memperjudikan masa depan dan kebajikan pelajar demi kepentingan politik Umno. Sebagai orang yang bertanggungjawab mengarahkan pembekuan pinjaman PTPTN, beliau wajar memberi jaminan bahawa PTPTN tidak akan membekukan pembiayaan kepada mana-mana institusi atau pelajar yang layak menerimanya.
KEADILAN akan terus mendesak menteri terbabit mengeluarkan jaminan agar tindakan kebudakan-budakan oleh PTPTN di Unisel tidak akan berulang lagi.

RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

Pembentukan Rejim Kawalan Media Baharu dan Evolusi Dunia Siber di Malaysia

Posted: 07 Jun 2012 10:55 PM PDT

Dari Blog KPRU

Akta Keterangan (Pindaan) (No. 2) 2012 diluluskan Dewan Rakyat pada April dan Dewan Negara pada Mei lalu, tetapi bukan berkuatkuasa pada 1 Jun 2012 seperti yang dilaporkan dalam media. Yang berkuatkuasa pada 1 Jun 2012 ialah Akta Keterangan (Pindaan) 2012 yang telah diwartakan pada 9 Februari 2012.[1] Walau bagaimanapun, Akta Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 yang kini menjadi tumpuan pelbagai pihak khususnya warga siber memang perlu dihalusi kesannya apabila pindaan akta tersebut berkuatkuasa nanti.

Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) telah meneliti pindaan berkaitan dan ingin merumuskan bahawa, pindaan akta tersebut bakal membentuk rejim kawalan media baharu yang sekiranya berkesan akan menyekat kebebasan bersuara rakyat dan hak rakyat mendekati maklumat dalam ruang siber. Pindaan akta ini tidak menghalang penyalahgunaaan dan tidak melindungi privasi pengguna internet. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk terus melindungi Kerajaan Barisan Nasional (BN) daripada kritikan dan tuduhan ketika jumlah pengguna siber semakin meningkat menyebabkan kuasa siber semakin berkembang serta mengancam kelangsungan hayat kekuasaannya.

Pada 31 Mei 2012, Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) telah melancarkan satu kempen bernama "Rakyat bantah Akta Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012". Setakat 7 Jun, terdapat 2,100 orang telah menandatangani sebagai tanda menyokong kempen tersebut.[2]

Prinsip Keadilan Diterbalikkan

Di bawah semangat dan prinsip keadilan undang-undang, defendan yang telah dikatakan melakukan kesalahan undang-undang mempunyai beban pembuktian pada pihak pendakwa untuk membuktikan anggapan ketidaksalahan sebelum dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah. Namun, apabila pindaan terkini Akta Keterangan dikuatkuasakan nanti, defendan dianggap bersalah bahkan pakar computer atau penggodam lebih mudah untuk mengodam akaun seseorang dan menerbitkan apa-apa kenyataan dan apa-apa sahja yang berunsur hasutan di laman web sasarannya lantas meletakkan kesalahan ke atas individu lain dan bukan pengodam tersebut.

Malahan, defendan dianggap bersalah melainkan dia mampu membuktikan yang sebaliknya. Maksudnya, beban pembuktian kini beralih daripada pihak pendakwa kepada pihak defendan. Perkembangan semikian merupakan sesuatu yang regresif. Bukankah transformasi politik sewajarnya membawa kepada perubahan yang progresif dan bukannya regresif?

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengemukakan data bahawa dari 2009 hingga 2011, terdapat sebanyak 625 kes melibatkan orang yang membuat komen lucah atau menyinggung melalui internet atau telefon disiasat oleh pihak berkuasa. Tetapi hanya 16 dihadapkan ke mahkamah dan hanya tiga disabitkan kesalahan. Oleh itu, SKMM percaya pindaan akta ini akan membawa kesan untuk mengawasi pembuli dan pemburu siber yang sering memberikan mesej berunsurkan ancaman atau kebenciian di Facebook atau Twitter atau mana-mana akaun lain di Internet. [3]

Di samping itu, Setiausaha Agung parti DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mendakwa bahawa pindaan akta ini "akan memudahkan kerajaan untuk memulakan pendakwaan terhadap ahli-ahli parti pembangkang dan masyarakat sivil".[4] Lim Guan Eng juga percaya bahawa Kerajaan BN akan mengamalkan "double standard" dalam menjalankan peruntukan-peruntukan undang-undang ini. Keraguan beliau berasas berikutan beberapa insiden Kerajaan BN melakukan penapisan yang tidak bertempat seperti campur tangan Kerajaan BN dalam penyiaran terus laporan berita BBC melalui Astro dan liputan secara langsung Al-Jazeera berhubung perhimpunan Bersih 3.0.

Malaysia tidak mempunyai teknologi penapisan yang diketahui secara aktif menapis kandungan internet atau undang-undang yang bertujuan untuk mengehadkan atau menapis kandungan internet. Malah peruntukan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998) dengan jelas menyatakan bahawa tiada apa-apa jua dalam akta itu "hendaklah ditafsirkan sebagai membenarkan penapisan internet". Rang Jaminan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia juga menjanjikan tiada penapisan internet. Tetapi pihak berkuasa telah diketahui pernah mengambil langkah-langkah lain, seperti mengeluarkan kandungan-kandungan tertentu, untuk menyekat edaran maklumat-maklumat tertentu.

Namun begitu, pindaan akta ini memaksa pengguna rangkaian untuk menapis kata-katanya sendiri, atau memantau mesej daripada orang lain. Butiran pindaan yang bakal menimbulkan masalah adalah seperti berikut:

Seksyen baru 114A

"Presumption of fact in publication

114A. (1) A person whose name, photograph or pseudonym appears on any publication depicting himself as the owner, host, administrator, editor or   sub- editor, or who in any manner facilitates to publish or re-publish the publication is presumed to have published or re-published the contents of the publication unless the contrary is proved.

 (2) A person who is registered with a network service provider as a subscriber of a network service on which any publication originates from is presumed to be the person who published or re-published the publication unless the contrary is proved.

 (3) Any person who has in his custody or control any computer on which  any publication originates from is presumed to have published or re-published the content of the publication unless the contrary is proved.

 (4) For the purpose of this section—

 (a)  "network service" and "network service provider" have the meaning assigned to them in section 6 of the Communications and Multimedia Act 1998[Act 588]; and

 (b) "publication" means a statement or a representation, whether in written, printed, pictorial, film, graphical, acoustic or other form displayed on the screen of a computer.".

Akta Keterangan memperuntukkan peraturan dalam memberi keterangan dan juga pembuktian ketika perbicaraan, tidak kira sivil ataupun jenayah. Secara umumnya, pihak yang mengatakan kewujudan sesuatu fakta itu harus  membuktikan fakta yang dikatakan sebagai wujud. Akta ini membawa impak yang besar terhadap aktiviti internet atau dunia siber. Seksyen baru 114A menunjukan para pengguna internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkain atau pun alat peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman facebook anda, Tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan 'menumpang' talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dilakukan dalam perkongsian perkhidmatan internet itu.

Akta ini mewujudkan tiga peruntukan tanggapan baru. Anggapan pertama ialah dalam sebuah penyiaran, jika ada tertera nama atau gambar yang menggambarkan seseorang itu sebagai pemilik, hos, pentadbir atau penyunting penyiaran tersebut, maka orang itu dianggap sebagai orang yang membuat penyiaran tersebut.

Anggapan kedua ialah, jika  terdapat  penyiaran yang dibuat daripada sesuatu perkhidmatan rangkaian Internet, orang yang melanggan perkhidmatan itu dianggap sebagai orang yang membuat penyiaran. Dan anggapan yang ketiga ialah, jika terdapat penyiaran yang dibuat daripada sesuatu komputer yang dimiliki atau dijaga oleh seseorang, orang itu dianggap sebagai orang yang membuat penyiaran. [5]

Menurut kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, bahawa kenyataan tidak benar atau fitnah yang dimuatkan di internet, sukar untuk diambil tindakan undang-undang terhadap mereka kerana bukan mudah untuk menjejaki individu pertama yang memuatkan kenyataan seumpama itu di internet. Di bawah Akta yang dipinda, beban pembuktian beralih kepada pemilik komputer atau pemilik akaun supaya pihak berkuasa boleh mendapatkan sumber yang komen fitnah atau hasutan dengan cara yang mudah.[6]

Malaysia sebenarnya adalah antara negara pertama di dunia yang memperkenalkan undang-undang siber yang komprehensif seiring dengan perkembangan pesat projek MSC seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Teleperubatan 1997, pindaan Akta Hak Cipta 1997 dan Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007.

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998[7] merupakan satu Akta berkenaan undang-undang siber dan dibentuk sebagai satu rangkakerja bagi campurtangan kerajaan Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Aktiviti-aktiviti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian, termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan-kemudahan dan rangkaian tersebut. Bagaimanapun, tiada peruntukan dalam akta ini yang membenarkan penapisan Internet. Di bawah Rang Jaminan MSC Malaysia, Kerajaan BN berikrar tidak akan menapis Internet.

Walaupun Nazri menafikan bahawa Akta Keterangan itu adalah satu cara bagi kerajaan untuk mengekang perbezaan pendapat secara online dengan membuat internet lebih sukar atau mengekalkan 'kejahilan' yang digunakan sebagai alasan.[8]Namun, Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang sering mempertahankan pendirian tentang "tidak menapis kandungan Internet" sebelum itu juga menggesa kerajaan memikirkan semula bahawa kekurangan kerajaan kawalan ke atas Internet.  [9]

Pindaan Regresif dan Represif

Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Perkara 10 (1) (a) dengan jelas menyatakan bahawa setiap warganegara berhak untuk bersuara dan menyatakan pandangan secara terbuka. Selain itu, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat yang diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 10 Disember 1948 juga menyatakan setiap individu mempunyai hak kepada kebebasan bersuara dan pendapat. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan bersuara setiap warganegara, terdapat pelbagai undang-undang dan akta yang menyekat rakyat daripada menikmatinya.

Juga Artikel 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang menyatakan bahawa setiap orang berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan.

Pindaan seperti ini menyekat hak kebebasan bersuara warganegara kerana ia akan mewujudkan keadaan paranoia dalam kalangan rakyat di samping menyekat hak kebebasan yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan. Contoh gangguan yang akan terjadi akibat langsung pindaan ini adalah seperti kes syarikat Apple yang tidak sengaja mengintip pengguna dari negara Belanda dan data agregat telah dijual kepada pihak polis dalam perlaksanaan meletakkan lokasi perangkap kelajuan kereta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini turut menyuarakan pendapat sama dengan Mahathir dan berjanji tidak akan melakukan sekatan terhadap Internet, namun akan mendekati rakyat Malaysia melalui media sosial.

Namun begitu, pindaan akta ini adalah jelas cara tidak langsung untuk mengawal kandungan dalam internet kerana ia menjadikan laman web dalam internet yang bertanggungjawab bagi komen yang diberikan oleh pembaca. Ini boleh memaksa laman-laman web dan halaman-halaman facebook untuk menamatkan opsyen komen bagi mengelakkan diri daripada tindakan undang-undang yang regresif, dan jika ini berlaku, ia mempunyai kesan yang besar terhadap sifat interaktif media dalam internet yang digemari oleh para pengguna internet yang meinggalkan komen.

Tambahan pula, Malaysia akan tersenarai dalam kategori negara-negara di bawah pengawasan sebagai musuh Internet, iaitu di mana kerajaan autoritatif atau semi-autoritatif telah dengan sistematik berusaha untuk menyekat dan menapis penggunaan dan perkongsian maklumat di internet.

Lebih membimbangkan, pindaan bersifat regresif ini bakal membuka ruang kepada rejim kawalan untuk meluaskan dan mengekalkan tindakan represif terhadap kedua-dua dunia siber dan dunia nyata.

Pelanggaran Hak Peribadi

Pihak yang mementang mempunyai hujah bahawa ramai pembuli dan pemburu siber sering merahsiakan identiti menyebabkan mereka terlepas kerana kekurangan bukti. Sebab ini, menerbitkan identiti seseorang boleh mengurangkan kejadian negatif seperti perbuatan membuli, perbuatan bersifat perkauman, serta mengurangkan kejadian penyamaran di internet, maka, kerajaan membenarkan penerbitan identiti seseorang itu tanpa kebenarannya dan ini merupakan pelanggaran kepada hak peribadi kepunyaan setiap rakyat. Ini boleh membahayakan keselamatan dan hak peribadi seseorang.

Meluluskan Akta Keterangan ini serupa membenarkan perbuatan peribadi terbuka kepada orang ramai.  Menurut mahkamah,  hak peribadi merupakan hak asasi kepada setiap manusia. Ia merupakan hak yang patut dihargai dan dilindungi.[10]

Pindaan akta ini mengemukakan persoalan samada rakyat Malaysia merupakan warganegara atau subjek kepada kerajaan. Jika sekiranya rakyat diiktiraf hak warganegara, maka hak peribadi dilindungi di bawah Artikel 5 Perlembagaan Persekutuan  di mana ia dijanjikan oleh Artikel ini bahawa, kebebasan peribadi setiap orang dalam negara dilindungi. Juga, hak kebebasan bersuara warganegara dilindungi di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Pindaan kepada akta ini kelihatan tidak menghiraukan kedua-dua Perkara Perlembagaan Persekutuan negara.

Penorobosan yang kerajaan terlepas pandang akibat pindaan akta ini adalah ia boleh membawa kepada penyalahgunaan kuasa kerajaan untuk mengawasi pergerakan mana-mana inidividu yang dirasai oleh mereka sebagai orang yang berkepentingan. Dan ini merupakan suatu perlanggaran kepada Artikel 12 Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 di mana deklarasi tersebut menggariskan bahawa tiada sesiapa pun yang boleh dikenakan sebarang gangguan sewenang-wenangnya terhadap keadaan peribadi, keluaraga, rumahtangga atau surat-menyuratnya, atau pencerobohan ke atas meruah dan nama baiknya. Setiap orang berhak kepada perlindungan undang-undag terhadap gangguan atau pencerobohan sedemikian.

Pindaan Bersifat Politik

Sesungguhnya, pindaan akta ini tidak mempunyai sifat keadilan. Sebaliknya, ia bersifat politik. Ia mempunyai kelonggaran kepada kerajaan untuk menerbitkan identiti sesiapa sahaja yang tidak sepakat politik dengan kerajaan atau "political dissidents". Di mana akta tersebut memberi kuasa kepada pihak Pendakwa Raya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana pihak yang menerbitkan apa-apa sahaja yang didakwa sebagai mempunyai elemen-elemen menghasut. Lantas, pindaan ini bersifat subjektif dan mudah dimanipulasikan oleh mana-mana pihak yang ingin menjaga kepentingannya walaupun ia terpaksa mengorbankan kepentingan dan hak rakyat sebagai warganegara.

Pindaan kepada Akta Keterangan memberi ruang dan peluang untuk berlakunya perulangan sejarah rejim kawalan bersifat represif yang dilihat selama ini. Di mana akta tersebut digunapakai terhadap mereka yang merupakan kritik kuat terhadap kerajaan, termasuklah pihak pembangkang[11] Pindaan Akta Keterangan ini memberi ruang dan peluang kepada kerajaan menerbitkan identiti mereka yang kritikal kepada kerajaan.

Seperti yang dikatakan oleh Jon Fortt, penulis senior di Fortune; hak peribadi dahulunya bermaksud pengasingan. Kita menutup pintu tandas untuk mendapatkan hak peribadi. Kita meletakkan kunci pada diari untuk memastikan isi kandungannya kekal peribadi. Dalam dunia digital hari ini, hak peribadi kini bermaksud pengawalan. Bagi servis internet, ia bermaksa memberi kuasa untuk memutuskan siapa akan melihat data kita dan bila. Ia bermaksud memberi kuasa untuk membawa lari data kita dan ia bermaksud memberi kuasa kepada kita untuk membuang data kita.[12] Tugas kerajaan adalah untuk melindungi hak rakyat tidak diselewengkan oleh mana-mana pihak dan ia juga merupakan tugs kerajaan untuk memastikan tiada pengawasan yang terlampau hingga ia melanggari hak asasi manusia untuk bersuara tanpa merisaukan gangguan yang akan terjadi dari penyuaraan rakyat.

Perkembangan Internet di Malaysia

Sebelum abad ke-20, rakyat Malaysia mendapat maklumat daripada media  tradisional seperti akhbar, majalah, buku, televisyen, radio serta ceramah. Namun pada abad ke-20, internet atau alam siber sebagai sumber maklumat menjadi semakin penting untuk mencari maklumat yang berperanan sebagai tempat siber yang demokratik dan bebas. Internet juga bertindak sebagai wadah untuk menggerakkan ketelusan, keterbukaan dan juga sebagai tapak menjana pelbagai jenis pandangan yang melebarkan spektrum ruang publik dan mengizinkan penghasilan budaya demokrasi.

Kehadiran Internet mengubah keadaan semasa negara ini. Internet telah memecahkan dominasi maklumat yang selama ini dikawal oleh Kerajaan BN. Internet turut menjadi ancaman kepada negara-negara yang mengamalkan sifat kuku besi terhadap populasi negara tersebut. Perkembangan dunia internet telah mendorong kemunculan media alternatif yang tidak berada dalam cengkaman satu pihak sahaja. Jika pada satu masa dahulu, rakyat Malaysia hanya menerima maklumat dari sebelah pihak kerana terdapat kongkongan yang ketat terhadap media, sekarang rakyat Malaysia mempunyai pelbagai pilihan sebagai sumber untuk mendapatkan maklumat dan berita.

Penggunaan media di Malaysia masih dianggap baru, ianya muncul sekitar akhir tahun 1990-an. Peranan media alternatif ini secara  meluas dan signifikan serta ketara dilihat dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dengan langganan dial-up yang menjangkau 11.76 juta orang dan daripada situ ia memberi petanda pesatnya peningkatan demokrasi digital di Malaysia. Suatu contohnya ialah laman web berita Malaysiakini yang dilancarkan pada 1999 dan kini diterbitkan dalam empat bahasa, telah menarik lebih 37 juta tatapan setahun, ini merupakan tatapan yang tinggi jika berbanding dengan laman berita media yang lain seperti The Star Online.[13][14]Ini dengan tidak sengaja telah menyebabkan penubuhan laman-laman web berita yang lain tumbuh bagai cendawan selepas hujan dalam negara.

Pendekatan berkempen menerusi dunia digital atau perang siber telah menyemarakkan lagi kempen PRU-12 pada tahun 2008 dengan mencatatkan peningkatan pengunjung laman web yang mendadak sepanjang tempoh seminggu selepas penamaan calon. Berkempen menerusi alam siber khususnya laman web, blog politik,  khidmat pesanan ringkas (SMS), emel dan persidangan video menjadi kaedah baru yang menghangatkan suasana berkempen sama ada membabitkan parti atau calon yang bertanding bagi tempoh kempen hinggalah hari pembuangan undi.

Kesan penggunaan internet juga mempengaruhi keputusan dan sokongan serta memberi impak yang signifikan dalam PRU-12 terutamanya di kalangan pengundi muda di kawasan bandar dan  ini menjadi salah satu sumber maklumat penting di Malaysia seterusnya bakal mempengaruhi pola pengundian dalam pilihan raya umum akan datang.[15]

Jadual 1: Jumlah Pengguna Internet di Malaysia

Sumber: Bank Dunia[16]

Berdasarkan laporan bank dunia, jumlah pengguna internet di Malaysia semakin meningkat sehingga mencapai 15,705,762.40 pada tahun 2010. Malaysia juga berada pada kedudukan yang ke 21 sebagai pengguna facebook di dunia. Lebih daripada separuh penduduk Malaysia merupakan pengguna internet aktif.

Bilangan pengundi berdaftar di Malaysia pula sekitar 12 juta. Hakikatnya, hampir separuh daripada bilangan pengundi berdaftar di Malaysia adalah pengguna internet dan tidak dapat ditolak kemungkinan bahawa mereka juga terdedah kepada pengaruh politik atas talian. Secara purata, mungkin boleh diandaikan 3/4 daripada bilangan pengundi berdaftar di Malaysia cenderung untuk mengundi berdasarkan kekuatan meklumat yang disebarluaskan oleh media internet.[17]

 

Penutup kata

Revolusi Mesir merupakan satu contoh yang baik bahawa dominasi maklumat oleh pemerintahan kuku besi seperti di negara-negara Timur Tengah dapat dipecahkan. Media sosial, terutamanya Facebook dan Twitter, telah diakui menjadi sebahagian daripada pencetus "Arab Spring" di Mesir apabila rakyat negara itu menuntut Presiden mereka Hosni Mubarak untuk meletak jawatan. Internet telah menjadi senjata untuk melawan rejim kuku besi Hosni Mubarrak. Facebook, Twitter dan blog menggantikan senjata-senjata tradisional seperti AK-47 dan "Molotov cocktail" bagi memenangkan revolusi di Dataran Tahrir.

Di Malaysia juga menyaksikan bagaimana Internet telah merubah lanskap politik negara. Dalam PRU-12, kebanyakan kawasan bandar yang mempunyai akses kepada Internet dimenangi oleh parti pembangkang menyebabkan BN hanya mampu mempertahankan kerusi parlimen Setiawangsa dan Putrajaya di Wilayah Persekutuan. Perkembangan Internet telah membolehkan Pakatan Rakyat menyebarkan maklumat secara "online" dan dilihat menjadi faktor BN tewas sewaktu PRU-12.

Akta Keterangan (Pindaan) (No.2) 2012 jika dikuatkuasakan sebelum berlangsungnya PRU-13, dapat melengkapkan strategi dan taktik BN untuk mengekalkan kelangsungan hayat kekuasaannya. PRU-13 dilihat sebagai perang yang boleh menentukan hidup atau mati BN. Bagi Najib, PRU-13 bukan hanya tentang memenangi pilihan raya, bahkan adalah penentu survival BN dan dirinya yang mendepani tuduhan mahkamah perancis berhubung kes Altantuya dan Scorpene. Oleh itu, pindaan akta ini bakal membawa impak ketika PRU-13.

Air Traffic Upgrade Defective On Arrival

Posted: 07 Jun 2012 10:51 PM PDT

Malaysiakini

An upgrade at the National Air Traffic Control Centre (NATCC) last year was defective on arrival, claimed PKR leaders, putting flights at risk and leaving controllers clamouring for the return of the older control system.

"Air traffic controllers deemed (the new system) Human-Machine Interface (HMI) unstable with substantial weaknesses, prompting the director of the NATCC to send a memo to all traffic controllers, in particular highlighting the 'inconsistency in cleared flight level'," said Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar today, reading out from a statement.

She said she learned of the issue through documents and letters left at her doorstep, which she also distributed to the press.

Senators John McCain And Joe Lieberman’s Recent Visit To Malaysia Did More Harm Than Good.

Posted: 07 Jun 2012 10:46 PM PDT

Posted by Dennis Ignatius in Democracy, Human rights,International Affairs, Malaysia, United States

According to local media reports, Senators John McCain and Joe Lieberman, who came visiting recently, expressed their admiration for Malaysia's democratic model and even went so far as to suggest that it might serve as a template for other Muslim countries.

There was only the barest hint of reservation during their press conference when they made vague and passing references to foreign election observers and further democratic reforms.

It may well be that they raised democracy and human rights issues with Prime Minister Najib Tun Razak and Foreign Minister Anifah Aman when they met in private but it is their public positions that are disturbing.

First, though they must surely have learned from their meetings with the Leader of the Opposition and other civil society groups about the real and serious challenges to democracy in Malaysia, they chose not to reference these issues in their public comments. Their silence concerning the deeply flawed electoral system, restrictions on the media, and on public gatherings and the absence of a lot of other democracy essentials is troubling.

Unsurprisingly, the senators' comments were immediately taken as American endorsement of both the government's reform agenda and Malaysia's governance model. Their comments were even absurdly stretched to suggest that Malaysia's political system might even be superior to that of the United States.

Second, they saw the gleaming towers and shiny limousines and were understandably impressed. There is, after all, much to be impressed about Kuala Lumpur. To them it was probably a vindication of the free enterprise system at whose altar Americans love to blindly worship. Did they, however, also learn about the massive corruption, the system of crony capitalism and the exploitation and abuse of migrant labour that fester beneath the surface? If they had, they might have been more nuanced in their assessment.

Thirdly, their comment that Malaysia could serve as a democratic model for other Muslim countries is both condescending and insulting. Malaysia is, at best, a quasi-democracy. Our democratic space is already diminishing rapidly as a result of increasing limitations on press freedom, free expression and public assembly.

Is this the kind of system that should serve as a template for democracy in other Muslim countries? Are the senators suggesting that this is the best that we are capable of or that the world expects no more from Muslim countries? Why shouldn't all governments, east or west, secular or religious, developed or developing not be expected to live up to minimum standards of freedom, human rights and good governance?

Whatever the honourable senators might think, they should know that the flawed political system that masquerades as democracy has been found wanting by the people of Malaysia; just ask the tens of thousands of people who thronged Merdeka Square in April.

By endorsing this stunted quasi-democratic model and, indeed, promoting it as an example to the Muslim world, the senators did a great disservice to the struggle for freedom and democracy everywhere.

The problem with all too many American leaders is that they tend to view everything through the prism of their own narrow interests. For so long as foreign rulers toe the American line, buy American weapons and keep their markets open to American businessmen, they can do no wrong.

American leaders get excited about freedom and democracy when it suits them but turn away when it is inconvenient. The principles and the ideals of their own constitution apparently are not heartfelt enough to be incontrovertible always and everywhere.

At the height of the so-called war on terror, for example, US senators and congressmen regularly trooped to Putrajaya to praise the way the Mahathir Administration dealt with suspected Islamic terrorists via the Internal Security Act. One senator even lamented the absence of ISA-like legislation in other Asian countries. The fact that detention without trial is contrary to the most basic principles of justice and that it was used to silence critics was conveniently ignored.

I recall, as well, a meeting with then Secretary of State Colin Powell in mid-2001 at the State Department in Washington, D.C. Much to the chagrin of our foreign minister, Powell began by taking us to task on human rights and anti-Semitism. However, to our minister's relief, Powell quickly shifted track and then excitedly went on to talk about the sale of the latest American fighter jets to Malaysia. It was immediately clear that he had raised the issue of human rights and anti-Semitism purely for the record, and without conviction.

It was, of course, business as usual for the country that Ronald Reagan, in a fit of triumphalism, called "a shining city upon a hill whose beacon light guides freedom-loving people everywhere."

Martin Luther King Jr., a great and heroic American leader, once said, with reference to the struggle for civil rights in America, that "in the end we will not remember the words of our enemies but the silence of our friends."

The silence of Senators McCain and Lieberman concerning our struggle to build a better democracy in Malaysia is hugely disappointing. Worse still, their naive and ill-considered endorsement of Malaysia's flawed and stunted governance model is a betrayal of the very ideals that America claims to champion across the world.

Tiada ulasan: