PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN |
Ceramah Perdana PR Dun Jeram Padang-menjelma harapan kemenangan Posted: 07 Jun 2012 09:42 PM PDT Ceramah Perdana PR NS-Dun Jeram Padang Tarikh: 1 Jun 2012 / Jumaat / 8:00 malam Lokasi: Taman Desa Puteri, Bahau, Jempol. Kehadiran: lebih tiga ribu orang. Suasana pada malam ceramah tersebut agak luarbiasa berbanding sebelum PRU 2008, kehadiran orang ramai yang menggalakkan telah menjelma suatu harapan bahawa Pakatan Rakyat Negeri Sembilan mampu memenangi Jeram Padang. Sebagaimana jangkaan awal, kedatangan Ketua Umum, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mencetuskan semangat kepada semua jentera PR khususnya di Parlimen Jempol dan kehadiran ramai masyarakat umum sekitar Bahau, Palong, Pasir Besar, Rompin, Serting dan Juasseh ke program ini memberikan suatu isyarat bahawa rakyat umum telah bersedia untuk memilih PR sebagai pemerintah baru di Negeri Sembilan. Segalanya berjalan lancar pada malam itu tanpa berlaku sebarang ancaman dan provokasi daripada pihak Umno-BN, malah pihak polis memberi kerjasama yang baik dalam menjaga keselamatan serta kelancaran program malam itu. Jutaan pujian kepada pihak polis Jempol yang sudi bersama menjamin keselamatan perjalanan ceramah ini. Mungkin pihak keselamatan di daerah ini turut bersetuju dan selesa untuk PR mentadbir negeri ini selepas PRU-13 akan datang. Lebih menarik, ini adalah program ceramah perdana kedua yang melibatkan kehadiran pimpinan utama KEADILAN ke Jeram Padang. Sebelum ini, Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai-Nurul Izzah Anwar telah hadir ke ceramah perdana yang berlangsung beberapa bulan lepas. Kehadiran pada ceramah itu juga sangat memberangsangkan dengan lebih dua ribu orang yang datang. Ini adalah julung kalinya Dato Seri Anwar Ibrahim hadir ke Jeram Padang. Sebelum ini, beliau kerap ke Palong. Malah sejak awal Januari 2012, ini adalah kehadiran beliau kali ketiga di Jempol. Sebelum itu, Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah turut membuat lawatan kerja dan ceramah di Palong. Terbukti ini adalah kesungguhan KEADILAN NS melalui Majlis Pimpinan Negeri untuk menggerakkan matlamat menawan seluruh Jempol dalam menzahirkan kemenangan berganda seluruh negeri ini. Ribuan yang hadir pada malam itu terdiri daripada pelbagai kaum yang majoritinya dihadiri oleh kaum India. Ini petanda positif bahawa sokongan kaum India di Jempol masih padu kepada PR. Pimpinan utama PR NS yang turut hadir bersama menjayakan program adalah ADUN Bahau-YB Teo Kok Seong, Timbalan Pengerusi DAP NS-YB P.Gunasekaran, Pengerusi KEADILAN NS-YB Dato Kamarul Baharin Abbas, Ketua Cabang Jempol-saudara Karip Salleh, Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN Pusat-saudara T.Kumar, Naib Pengerusi KEADILAN NS-YB Chai Tong Chai & Aridass Velu. Pimpinan PAS tidak dapat hadir kerana memberi komitmen penuh kepada program Himpunan Hijau di Alor Setar, Kedah. Berdasarkan maklumat tak rasmi, dijangka BN akan mengekalkan Adun Jeram Padang-V.S Mogan sebagai calon PRU-13. Namun begitu, telah dikatakan berlaku perebutan antara beberapa pimpinan MIC negeri dan Pemuda MIC NS untuk meletakkan calon di kawasan ini. Perselisihan politik dalaman antara V.S Mogan dengan Pemuda MIC NS dikatakan agak meruncing sehingga muncul gerakan anti VS Mogan di laman maya. Walaupun kehadiran ceramah bukanlah suatu ukuran tepat kepada terjemahan undi, namun KEADILAN NS menyakini kehadiran ceramah pada malam tersebut adalah bukti jelas sokongan rakyat ke arah perubahan. |
You are subscribed to email updates from PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan