Jumaat, 8 Jun 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Ah..ah...akhir-akhir ini terbit pulak wakil rakyat UMNO dan Menteri UMNO yang bodoh

Posted: 08 Jun 2012 08:53 PM PDT

Apabila Pakatan Rakyat menyatakan bahawa apabila Putrajaya ditawan nanti, diantara program yang akan dilaksanakan oleh PR ialah untuk memansuhkan PTPTN, dan pelajar-pelajar akan dihidangkan pendidikan percuma dari sekolah rendah hingga ke universiti.

Pakatan Rakyat telah menerangkan bahawa keperluan untuk memberikan pendidikan percuma itu menelan belanja tidak melebihi RM3 billion setiap tahun, satu jumlah angka yang bukan besar jika dibandingkan dengan ketirisan kewangan yang berjumlah lebih dari RM20 billion setiap tahun, dan itu belum lagi mengambil kira keuntungan Petronas yang berjumlah RM90 billion setahun.

RM3 billion setahun adalah satu jumlah yang kecil dan Negara ini tidak akan bangkerap dengan memperuntukan sejumlah wang untuk pendidikan percuma itu seperti yang diwar-warkan oleh pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

Pimpinan UMNO dan Barisan Nasional menyalahgunakan wang rakyat dan membazirkan wang rakyat dengan tujuan yang tidak mendfaatkan rakyat tetapi untuk kepentingan kerabat-kerabat Menteri dan kroni-kroni mereka.   Wang yang disalahguna dan dibazirkan itu adalah jumlah yang sangat besar, dan apabila PR mentadbirkan Negara, tidak ada lagi wang yang disalahguna dan wang yang dibazirkan.

Kerajaan PR Negeri Selangor sudah membuktikan bahawa dengan perbelanjaan berhemah dan menolak rasuah, Selangor berjaya menyimpan wang melebihi RM1 billion walaupun Selangor memberikan pelbagai kebajikan didalam bentuk air percuma, khairat kematian, peruntukan untuk pelajar-pelajar Selangor melangkah ke universiti, peruntukan untuk anak-anak yang baru lahir.  Selangor tidak membezakan diantara mereka yang layak menerima peruntukan itu, tanpa memilih bulu dan pegangan parti politik.  Selangor telah menunjukkan jalan bahawa pentadbiran yang cekap, berhemat dan telus boleh mengadakan pelbagai menfaat kepada rakyat tanpa sedikit pun mengeringkan perbendaharaan Negeri.

Menteri yang tak cukup 10 sen itu cuba berpolitik dengan masa depan anak-anak muda dengan memberhentikan PTPTN  kepada pelajar-pelajar UNISEL.;

Pemberhentian itu terus dijawab oleh Selangor bahawa Negeri itu sanggup menyahut cabaran dan pelajar-pelajar UNISEL tidak akan kehilangan tempat untuk belajar walaupun dinafikan pinjaman PTPTN.

Alhamdulillah, didalam Kementerian yang sama ada seorang Timbalan Menteri yang memandang jauh kehadapan, bukan demi politik sempit tetapi masa depan pelajar-pelajar dan negara, beliau mengambil sikap tidak bersetuju dengan Menteri yang tidak cukup 10 sen itu.

Walaupun Menteri itu menarik balik pemberhentian pinjaman PTPTN kepada pelajar-pelajar Unisel, tetapi parutnya tetap ada.  Menteri itu tetap dianggap sebagai Menteri tak cukup 10 sen dan Menteri yang tidak berwawasan.

Almarhum Dato Asri Haji Muda, Menteri Besar Kelantan dari PAS, tidak pernah membezakan diantara anak orang-orang PAS dan UMNO untuk mendapat biasiswa. Kini apa yang dilaburkan oleh Dato Asri terbukti memberikan pulangan yang sangat baik.  Anak-anak Kelantan kini menduduki tempat-tempat yang istimewa didalam jabatan-jabatan kerajaan atau juga di dalam perkhidmatan swasta.  Berbeza tindakan Asri itu dengan Menteri yang tak cukup 10 sen ini.

Pada hari yang hampir sama, tiba-tiba ada pula seorang wakil rakyat (ADUN) yang juga tidak cukup 10 sen, membuat kenyataan bagi pihak Felda bahawa peneroka-peneroka hanya diperuntukkan 800 unit saham sahaja didalam FGVHB diatas alasan bahawa pemberian yang lebih besar mendedahkan peneroka-peneroka itu kepada risiko kerugian yang besar.  Ini sah seorang wakil rakyat jenis pengampu tetapi tak tahu apa yang diampu menjadikan dia dianugerahkan award ADUN yang tidak cukup 10.

Apakah maksud "Tidak Cukup 10 Sen?".. Tanyalah peneroka Felda Jenderak Utara, Kuala Krau, mereka boleh terangkan apa makna "tak cukup 10 sen itu".

Ha..ha..Peneroka terus ditipu berhubung saham FGV

Posted: 08 Jun 2012 05:03 AM PDT

"Felda prihatin, bimbang peneroka akan tanggung rugi besar jika diberi unit besar," jawapan yang diberikan oleh Wan Salman Wan Ismail, ADUN Jengka, sebagai jawapan kenapa peneroka-peneroka Felda diberikan hanya sekadar 800 unit saham.

Jawapan ini mengandungi berbagai pengertian.  Pengertian pertama ialah Felda tidak yakin bahawa saham FGV ini boleh mendatangkan untung, justeru, Felda sangat berhati-hati untuk memperuntukkan saham yang besar kepada peneroka dibimbangkan bahawa peneroka-peneroka akan menanggung risiko kerugian.

Pemahaman yang kedua ialah peneroka-peneroka sebenarnya tidak layak untuk memiliki saham yang lebih besar  kerana akan menghakis peruntukan saham kepada golongan bukan peneroka termasuk golongan Melayu yang diluluskan oleh MITI dan golongan korporat samada Melayu atau Bukan Melayu, samada korporat dalam Negara atau luar Negara.

Pemahaman yang ketiga ialah peneroka-peneroka sebenarnya tidak tahu perniagaan dunia saham dan saham yang akan diberikan kepada peneroka-peneroka akan hanya membebankan peneroka-peneroka.

Pemahaman yang keempat ialah penyenaraian Felda Global Ventures bukanlah untuk kepentingan Peneroka.

Secara ringkasnya, peneroka-peneroka Felda telah tertipu dengan UMNO/Felda berhubung penyenaraian ini, dan jelas membawa erti bahawa golongan peneroka tidak berhak menerima apa-apa keuntungan daripada penyenaraian ini.

Peneroka-peneroka telah pun diberikan imbuhan sebanyak RM5000.00 hasil daripada pemajakan 850,000 ekar tanah Felda Plantation dan tanah-tanah yang dikategorikan sebagai tanah-tanah yang tidak dimiliki oleh peneroka seperti tanah-tanah lapang, dan tanah-tanah yang kini digunakan untuk keperluan awam.  Dijanjikan bahawa isteri kepada peneroka-peneroka akan pula menerima RM5000.00 dan kemudian anak-anak peneroka juga akan menerima RM5000.00.

Pemberian kepada isteri-isteri peneroka menimbulkan kekeliruan apabila peneroka-peneroka berkenaan mempunyai lebih dari seorang isteri.

Lebih parah yang akan menimbulkan persengkitaan didalam keluarga apakala akan dilaksanakan pemberian RM5000.00 kepada anak-anak peneroka.  Sekarang pun sudah berlaku sengketa apabila anak-anak peneroka sudah mulai bertelingkah sesama sendiri mengenai pembahagian wang RM5000.00 tersebut.  Wang pemberian tidaklah sebanyak mana apabila dibahagi-bahagikan tetapi keretakan didalam keluarga adalah besar dan tidak tertampung dengan pemberian sekecil itu.

Wang hasil dari pajakan tanah-tanah Felda Plantation dan tanah-tanah lain didalam rancangan Felda berjumlah RM5.6 billion, tetapi imbuhan yang diberikan kepada peneroka-peneroka hanyalah sekadar RM1.6 billion.  Persoalannya baki sebanyak RM4 billion itu dipelahap oleh siapa.  Sehingga sekarang tidak ada jawapan yang diberikan oleh Felda, Isa Samad atau Najib Razak, sama seperti wang yang dipinjam dari KWSP sebanyak RM6 billion.  Siapa mentedarah wang itu kerana Felda tidak pernah memberikan sebarang jawapan kegunaan pinjaman sebanyak RM6 billion tersebut.  Perlu diingat bahawa KWSP adalah pemegang amanah wang semua pekerja di Malaysia, bukan milik Isa Samad atau Najib Razak.

Terlalu banyak apa yang dilakukan atas nama peneroka Felda menjadi misteri yang tidak ada jawapan.  Dan jawapan Felda bahawa peneroka-peneroka hanya sekadar diberikan 800 unit saham didalam FGV adalah alasan yang paling terang dan jelas bahawa Felda terus menerus menipu peneroka-peneroka didalam penyenaraian FGV ini.

Tiada ulasan: