Pengikut

Nuffnang

Rabu, 14 Disember 2011

Suara Sri Andalas

0 ulasan
sumber :-

Suara Sri Andalas


Don’t Treat Estate Workers as Sucked Oranges!

Posted: 14 Dec 2011 07:50 AM PST

Selangor State EXCO member in charge of Planation workers warns estate owners not to treat estate workers as sucked oranges. In responding ex-estate workers issues involving Tumbuk estate, Dr Xavier Jayakumar stated in his press statement that Selangor State Government seeks an equitable solution for ex- estate workers of Tumbuk estate previously owned by the MIC's investment arm Maika Holdings Bhd. His press statement is reproduced below.

"The jurisdiction to control the transfer of estate land rests with the Estate Land Board (ELB) in accordance with S 214A of the National Land Code. As per S 214A (5) the ELB can refuse or cancel an approval if any representation is false or incorrect or if it appears that the approval is not be in the public interest.

Maika Holdings, the previous owner of the Tumbuk estate, had promised to build alternative housing for the ex-estate workers in 2006. In 2010 Maika Holdings Bhd was taken over by G Team Resources & Holding Sdn Bhd lead by Tan Sri Gnanalingam. Since then, the SSG has received representation from the ex-estate workers for housing and land for relocation of a temple and Tamil school.

The SSG has an obligation to protect the ex-estate workers. Estate workers who have had contributed for generations and toiled to build the nation's economy have long been living as marginalized communities. They are often thrown out as 'sucked oranges'. The SSG will use the arm of the legal provisions of the NLC to compel the estate land owners to fulfill their part of the obligations in accordance with the SSG policies and public interest.

The G Team is bound by the promises made by Maika. Therefore any proposal by G Team to transfer the Tumbuk estate land must incorporate a mechanism to fulfill the promises made by Maika.

As todate, the SSG has yet to receive any application from G Team for any transfer of Tumbuk esate land without encumbrances or with any meaningful proposal accommodating the promises made by Maika to the ex-estate workers. Should the G Team submit such proposal the SSG will have no objection as to the transfer of the land as per NLC provisions."

YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO for Health, Plantation Workers, Poverty and Caring Government

Anwar Ibrahim

0 ulasan
sumber :-

Anwar Ibrahim


Fitnah II: Peguam Bela Bidas Hujah Pendakwa

Posted: 14 Dec 2011 07:03 PM PST

Keadilan Daily

Mahkamah Tinggi Jalan Duta kembali bersidang bagi mendengar hujah balas penggulungan akhir oleh peguam  Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II.

Antara isu yang dijangka ditumpukan pasukan peguam bela Anwar hari ini ialah kredibiliti tiga saksi pakar pembelaan yang dipertikaikan ketua pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semasa penggulungannya Selasa lalu.

Isnin lalu, peguam Anwar, Karpal Singh ketika menggulung hujah mendesak mahkamah memanggil semula bekas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan pengadu,Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi memastikan keputusan perbicaraan dilakukan dengan adil.

Menurut Karpal, hakim perlu meneliti keterangan pembelaan yang dibuat Anwar dari kandang tertuduh sebagai rujukan terhadap bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan.

Karpal juga menegaskan adalah mustahil Saiful menuruti semua arahan Anwar ketika kejadian itu berlaku, dan mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sambung Penghujahan Kes Fitnah Versi Ke 2 Bermula Esok

Posted: 14 Dec 2011 04:31 AM PST

Esok Khamis 15 Disember 2011, Mahkamah Tinggi Jalan Duta akan kembali bersidang bagi mendengar sambungan Hujahan dalam kes Fitnah Versi Ke 2. Mahkamah akan bermula pada Jam 9:30 pagi

Saat Saya Mula-mula Menyokong Anwar Dan Kenapa Dia Perlu Disokong

Posted: 13 Dec 2011 10:37 PM PST

Merdeka Review

Zunar

Pada 2 September 1998, media seperti Utusan Malaysia atau nama timangannya “Utusan Meloya” serta TV3 menyiarkan berita dan afidavit penuh dari beberapa individu bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam perlakuan liwat.  Kebanyakan penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat pada ketika itu tidak mengenali Anwar, begitu juga dengan saya.  Semua dalam kekeliruan.

Tetapi, saya mula menyoal kalau betul Anwar bersalah, pasti dia bukan begini peribadinya.  Orang bersalah tidak akan berani berceramah di hadapan khalayak ramai, apatah lagi untuk bertentang mata dengan ribuan manusia.  Sebagai manusia berakal, saya perlu mencari kepastian.  Ketika itu, dari dua hingga ke 20 September, setiap malam di rumah Anwar diadakan ceramah.

Pada satu malam, saya berkesempatan untuk kali pertama mendengar ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di rumahnya di Bukit Damansara.  Siang itu, penulis ucapan beliau Dr. Munawar Anees ditangkap.

Ceramah beliau pada malam itu mematikan keraguan saya termasuk satu baris pidato yang sangat penting dan signifikan.  Kata Anwar, merujuk penangkapan Dr.Munawar, lebih kurang begini, “Kenapa tangkap orang-orang saya?  Tangkap saya.  Saya pemimpin!!!”.

Hanya mereka yang “berani kerana benar” boleh berbicara seperti itu.  Kata-kata seperti ini tidak mampu lahir dari mulut seorang yang bersalah.  Atas kebenaran ini, dia berdiri tegak dan mencabar para rangkaian konspirator.  Atas kebenaran ini, dia menerjang segala risiko demi membela orang yang dipimpin.

Saya percaya kalaulah situasi ini dihadapi oleh Dr.Mahathir, sejak awal beliau sudah lari ke kandang kuda di Argentina dan membiarkan pengikut-pengikutnya menghadapi segala risiko.  Dan kalau Najib mungkin sudah lama lari ke Mongolia.

Sejak saat itu saya pasti semua tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar adalah fitnah dan hanya untuk membunuh karier politik beliau dan menyelamatkan perasuah.  Betapa besarnya dosa pereka-pereka fitnah, penyebar, pentokong dan orang yang berdiam serta merelakannya.

Bagi saya Anwar layak membawa Malaysia keluar dari kemelut dan dia perlu disokong.  Kepada dia, rakyat boleh sandarkan harapan.  Di bawah ini beberapa insiden yang diberitahu kepada saya kemudiannya yang mengukuhkan menyerlahkan perwatakannya sebagai seorang pemimpin.

Dalam peristiwa demonstrasi membela petani miskin Baling pada tahun 1974, Anwar pada asalnya tidak ditangkap dan sudah berada di rumah bapanya (Datuk Ibrahim) di Petaling Jaya.  Tapi apabila mendengar berita penangkapan teman-temannya (termasuk Fadzil Noor), beliau segera ke balai polis Jalan Stadium untuk membela, yang akhirnya menyebabkan dia terus ditangkap di bawah ISA selama dua tahun.

Insiden kedua, apabila menghadapi tuduhan, sehari sebelum dipecat, dia diberi kata oleh oleh Dr.Mahathir – “dipecat atau menghadapi tuduhan yang memalukan”.  Dan ini diiringi tawaran lumayan untuk bertugas di Bank Dunia sekiranya beliau memilih untuk meletak jawatan.  Jawab Anwar, “Kenapa saya harus meletak jawatan, saya tidak bersalah.”  Kita percaya semua pemimpin UMNO/BN dalam situasi ini akan memlilih jawatan di Bank Dunia.

Satu kriteria penting bagi seseorang pemimpin berwibawa.  “Apabila berhadapan dengan pilihan laba, beliau memilih untuk mempertahankan prinsip walaupun risikonya penjara.”

Malah prinsip beliau jelas dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008 di mana dia bertanding.  Dalam kempen, taktik bersumpah atas nama agama dilakukan oleh Najib Razak dan Saiful demi mendapat undi.

Kerana tingkah lalu para sesumpah ini disiarkan oleh Meloya dan TV3, sokongan pengundi Melayu merosot mendadak, maka ada teman-teman yang menasihati Anwar untuk ikut bersumpah.  Beliau menolak kerana amalan sumpah dilarang dalam Islam. Persoalan jenayah wajib di bawa ke mahkamah adil.

Beliau berpendirian tidak akan mengorbankan prinsip agama untuk tujuan politik kalaupun sekiranya ditakdir beliau kalah dalam pilihanraya itu.

Akhir kalam, rencana ini tidak membicarakan soal politik kepartian, tetapi keperluan membawa Malaysia keluar dari kebobrokan rasuah, penjarahan harta negara, perompakan wang rakyat yang menghalang kemajuan negara.  UMNO/BN terjebak dalam lubuk keji ini dan mereka sendiri tidak mampu mencari jalan keluar, apa lagi membawa rakyat keluar.

Sebagai alternatif, kita punya seorang pemimpin yang berani, bertanggungjawab, berprinsip dan mempunyai jiwa pembela rakyat.  Hanya seorang pemimpin tanpa rasuah seperti Anwar dengan gagasan Pakatan Rakyat mampu mengemudi Malaysia kembali berdaulat dengan rakyat yang berjati diri.

*Nota Zunar: Rencana khusus kepada golongan muda, terutama generasi selepas September 1998.

**Zunar (nama asal: Zulkiflee Anwar Ulhaque, gambar kiri) ialah kartunis politik. Tulisan ini dipetik dari blognya.

Skandal PKFZ: Mahathir, Najib Terlibat- Peguam Liong Sik

Posted: 13 Dec 2011 10:21 PM PST

Keadilan Daily

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara saksi penting yang perlu dipanggil dalam perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Perkara itu dinyatakan peguam yang meakili bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, Wong Kian Kheong di Mahkamah Tinggi hari ini.

Beliau berkata pendakwaan gagal memanggil Dr Mahathir, Abdullah, Najib, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim (ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri) serta 19 menteri lain sebagai saksi, tanpa sebarang alasan.

"Dr Mahathir merupakan saksi penting dalam kes ini kerana berdasarkan dokumen secara kronologi, beliau mempunyai peranan peribadi dan aktif dalam projek PKFZ. Abdullah juga perlu dipanggil kerana KDSB (Kuala Dimensi Sdn Bhd) menulis sepucuk surat bertarikh 4 Julai 2001 kepada beliau mengenai projek PKFZ.

"Najib juga adalah saksi penting kerana beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet pada 27 Jun 2007, manakala (Datuk Seri) Dr Rais (Yatim) pula memberi pandangan bahawa tanah itu harus dibeli berdasarkan terma yang ditawarkan KDSB," katanya.

Menurut Wong, Liong Sik hanya dijadikan kambing hitam dan kabinet sememangnya dimaklumkan mengenai faedah pada kadar 7.5 peratus setahun, lapor Bernama.

Katanya, anak guamnnya juga tidak memberikan gambaran yang salah kepada kabinet bahawa kadar RM25 bagi satu kaki persegi (skp) dan faedah 7.5 peratus itu telah disahkan serta dipersetujui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Beliau berkata meskipun Dr Ling adalah penandatangan surat kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertarikh 29 Jun 2002 serta nota bertarikh 29 Okt tahun yang sama, kedua-dua dokumen tidak disediakan sendiri oleh tertuduh.

"Dr Ling tidak terlibat langsung dalam memberikan apa-apa maklumat kepada Tun Dr Mahathir melalui surat berkenaan. Selain itu, tidak ada bukti yang menunjukkan Dr Ling meminda draf kedua-dua eksibit itu," katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan.

Wong juga berkata penilaian JPPH pada kadar RM25 skp dalam surat jabatan itu pada September 2000 tidak termasuk jumlah keseluruhan faedah yang perlu dibayar.

Wong berkata, Kementerian Kewangan turut terlibat secara aktif bersama Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Kementerian Pengangkutan dalam projek PKFZ, serta mempunyai pengetahuan mengenai surat JPPH.

Beliau berkata selain itu, pendakwaan gagal membuktikan bahawa semua anggota kabinet terutama Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu) dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (yang mempengerusikan mesyuarat kabibet pada 2007), telah diperdayakan.

Dr Ling, 68, didakwa menipu Kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002.

Penggulungan hujah di depan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi disambung esok.

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pahang dan Terengganu

Posted: 13 Dec 2011 09:50 PM PST

DEMI RAKYAT


16 Disember 2011 (Jumaat)

Program 1) Temerloh,  Pahang

5.00 – 7.00 ptg – Hi-Tea Dan Ceramah

Lokasi : Syakira Café, Batu Satu, Jalan Mentakab, Temerloh

Penceramah:

1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.      YBhg Ahmad Nizam Hamid

3.      YBhg Haji Yusof Darus

4.      YBhg Haji Abas Awang

5.      YB Leong Ngah Ngah

Program 2) Kuantan, Pahang

8.00 – 11.00 malam – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi: Sekilau Seafood Restaurant, Jln Haji Ahmad, Kuantan

Penceramah:

1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.      YB Fauziah Salleh

3.      YB Chang Li Kang

4.      YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman

Program 3)  Kemaman, Terengganu

9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Demi Rakyat

Lokasi: Pejabat PKR Kemaman, Taman Jakar Jaya, Cukai, Kemaman

Penceramah:

1.      YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.      YB Azan Ismail

3.      YBhg Rafizi Ramli

4.       YBhg Ismail Harun

Wee Choo Keong

0 ulasan
sumber :-

Wee Choo Keong


MAS paid US$3.35 million under anti-trust law in US

Posted: 14 Dec 2011 03:08 AM PST

Updated @ 12:30 am 15-12-2011: MyCC to investigate into the MAS -AirAsia share swap comes Jan 1, HERE. MAS has announced on 18-02-2010 that 0n 16-2-2010 it had received a complaint filed in the US District Court for Eastern District of New York on behalf of Benchmark Export Services and six other plaintiffs against MAS and [...]

Keadilan Bahagian Tampin

0 ulasan
sumber :-

Keadilan Bahagian Tampin


Isu Fidlot-NFC: Umno merasai bahang liabiliti!

Posted: 13 Dec 2011 10:57 PM PST

Ini adalah beberapa petikan daripada pimpinan Umno yang telah mula menekan Shahrizat Jalil untuk meletakkan jawatannya.

Dr M: Shahrizat harus tahu bila nak berundur

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), harus tahu bila seseorang itu patut berundur.

NONEDitanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".






"Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela.

NONE"Kita orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang amat tinggi nilainya," tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini Hassan (kiri) dalam kolum 'Cuit'.









NFC: Jangan bebankan Umno, kata Syed Ali
NONEKatanya, kalau benar tiada penyelewengan, buatlah penjelasan terbuka secara terperinci dan kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang terlibat adalah hak rakyat.

"Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya.

"Kita di bawah (peringkat cawangan dan bahagian) diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC, malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil), apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com.

Oleh itu, katanya, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isteri beliau pula, Shahrizat perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat.

Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat undur
Selepas dibidas secara terbuka oleh beberapa pemimpin Umno, parti komponen BN, MCA akhirnya berani bersuara mendesak Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur selepas terpalit dengan kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) milik suaminya.

NONE"Shahrizat telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini, beliau terbabit pula dalam isu NFC, dengan ini, tidak ada sebab untuk beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.






Projek lembu: Elak Umno, kerajaan dituduh bersubahat
Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail digesa lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.

Dr Puad ZarkashiTimbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi berkata sikap berdiam diri Mohamed Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.

"Saya gesa Datuk Seri Mohamad Salleh tampil ke depan dengan segera menjawab segala tuduhan baru yang tersebar di dalam blog, yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terkeliru dan kerajaan tidak menjadi mangsa tuduhan.

"Bila berdiam diri, tak jawab (segala dakwaan) seolah-olah dia tidak bertanggjungjawab, seolah-olah dia sengaja nak susahkan Umno dan kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini.

Projek lembu: Ghapur pula gesa Shahrizat letak jawatan
Seorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

NONEAhli parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal berdepan pilihan raya umum ke-13.

"Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

0 ulasan
sumber :-

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Sek. Agama Rakyat Kg Plang Rancangan Di Tutup.

Posted: 14 Dec 2011 01:38 AM PST


Pelajar-pelajar tidak lagi belajar di Sekolah Agama Rakyat Kg Plang Rancangan kerana sekolah tersebut telah di tutup. Banyak bangunan dan peralatan-peralatan sekolah yang rosak teruk seperti pintu, dinding, tingkap, lampu, meja-meja, kerusi-kerusi dankipas angin juga rosak.

Kerajaan BN sentiasa menegaskan akan membela dan membangunkan Agama Islam, tetapi Sekolah Agama tersebut diketepikan dan tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

Tahun 2009 Lee Sing Long pernah membangkitkan masalah sekolah ini yang rosak teruk di akhbar Sinar Harian dan masalah pada masa itu dapat diselesaikan.

Aktivis masyarakat selaku bekas calon Pengkalan Hulu (2008) Lee Sing Long rasa terkejut apabila mengetahui bahawa Sekolah Agama Rakyat ini ditutup kerana tiada pelajar. Lee menyeru pihak kerajaan BN dan wakil rakyat kawasan ini YB Tajol Rosli memberi perhatian kepada Sekolah Agama ini, dan harap sekolah ini dapat dibuka semula.

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang