Keadilan Bahagian Tampin   |  
|   Isu Fidlot-NFC: Umno merasai bahang liabiliti! Posted: 13 Dec 2011 10:57 PM PST Ini adalah beberapa petikan daripada pimpinan Umno yang telah mula menekan Shahrizat Jalil untuk meletakkan jawatannya.  Dr M: Shahrizat harus tahu bila nak berundur Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri  Perbangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Jalil  yang bergelut dengan kontroversi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC),  harus tahu bila seseorang itu patut berundur.  Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing"."Kepada para pemimpin yang merasakan dirinya terlalu kontroversi dan sudah menjadi satu bebanan atau liabiliti – sama ada – terbukti bersalah atau tidak, silalah berundur, juga secara sukarela.  "Kita  orang Melayu, berpegang kepada adat sopan dan tatasusila Melayu yang  amat tinggi nilainya," tulis pengarang kanan akhbar itu, Datuk Zaini  Hassan (kiri) dalam kolum 'Cuit'.NFC: Jangan bebankan Umno, kata Syed Ali  Katanya,  kalau benar tiada penyelewengan, buatlah penjelasan terbuka secara  terperinci dan kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang terlibat  adalah hak rakyat."Hari ini orang bercakap NFC itu ada kaitan dengan Umno, parti dituduh lindungi penyelewengan dan sebagainya, tentulah tidak adil kerana Umno tiada kaitan dengannya. "Kita di bawah (peringkat cawangan dan bahagian) diserang dengan macam-macam tuduhan pasal NFC, malah ada yang kata Umno bela lembu untuk kepentingan Shahrizat (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil), apa yang kita nak jawab dan siapa yang perlu bertanggungjawab?" katanya dalam entri terbaru laman blog Umnocheras.blogspot.com. Oleh itu, katanya, jalan terbaik ialah Mohamad Salleh perlu berterus-terang manakala isteri beliau pula, Shahrizat perlu segera melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat. Pemimpin Pemuda MCA juga mahu Shahrizat undur Selepas dibidas secara terbuka oleh beberapa pemimpin Umno, parti  komponen BN, MCA akhirnya berani bersuara mendesak Ketua Wanita Umno,  Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya berundur selepas terpalit dengan  kontroversi projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC)  milik suaminya.  "Shahrizat  telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini,  beliau terbabit pula dalam isu NFC,  dengan ini, tidak ada sebab untuk  beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh  Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.Projek lembu: Elak Umno, kerajaan dituduh bersubahat Pengerusi Eksekutif Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail digesa lebih agresif menjawab tuduhan terbaru mengenai projek itu bagi mengelak rakyat berterusan menyalahkan kerajaan.  Timbalan  Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi berkata sikap berdiam diri Mohamed  Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh  bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat."Saya gesa Datuk Seri Mohamad Salleh tampil ke depan dengan segera menjawab segala tuduhan baru yang tersebar di dalam blog, yang dibuat pembangkang supaya rakyat tidak terkeliru dan kerajaan tidak menjadi mangsa tuduhan. "Bila berdiam diri, tak jawab (segala dakwaan) seolah-olah dia tidak bertanggjungjawab, seolah-olah dia sengaja nak susahkan Umno dan kerajaan," katanya kepada Bernama hari ini. Projek lembu: Ghapur pula gesa Shahrizat letak jawatan Seorang lagi pemimpin BN hari ini menggesa Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya melepaskan jawatan parti dan kerajaan yang disandanganya berikutan kontroversi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).  Ahli  parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno  Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi  kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal  berdepan pilihan raya umum ke-13."Ini adalah isu paling besar yang berlaku dalam sejarah kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia cukup memalukan dan kita tidak mahu isu ini menjejaskan BN dan Umno. Kalau isu ini sampai pada waktu pilihan raya, saya rasa undi kita akan kurang," katanya.  |  
| You are subscribed to email updates from Keadilan Cabang Tampin  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Ditanya sama ada Sharizat perlu mengetahui batasnya, Dr Mahathir berkata: "Ya, ukur baju badan masing-masing".
Katanya,  kalau benar tiada penyelewengan, buatlah penjelasan terbuka secara  terperinci dan kalau salah, ambillah tanggungjawab kerana wang terlibat  adalah hak rakyat.
"Shahrizat  telah ditolak oleh pengundi pada pilihan raya umum lalu. Kali ini,  beliau terbabit pula dalam isu NFC,  dengan ini, tidak ada sebab untuk  beliau bertanding sekali lagi," kata timbalan setiausaha Pemuda MCA, Loh  Chew Jun dalam satu kenyataan hari ini.
Timbalan  Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi berkata sikap berdiam diri Mohamed  Salleh menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung beban dituduh  bersubahat sedangkan semua dakwaan melibatkan urusan syarikat.
Ahli  parlimen Kalabakan Datuk Abdul Ghapur Salleh yang juga Ketua Umno  Bahagian Kalabakan berkata Shahrizat perlu berbuat demikian demi  kepentingan BN dan Umno, salah sebuah parti komponen, yang bakal  berdepan pilihan raya umum ke-13.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan