Rabu, 14 Disember 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Sek. Agama Rakyat Kg Plang Rancangan Di Tutup.

Posted: 14 Dec 2011 01:38 AM PST


Pelajar-pelajar tidak lagi belajar di Sekolah Agama Rakyat Kg Plang Rancangan kerana sekolah tersebut telah di tutup. Banyak bangunan dan peralatan-peralatan sekolah yang rosak teruk seperti pintu, dinding, tingkap, lampu, meja-meja, kerusi-kerusi dankipas angin juga rosak.

Kerajaan BN sentiasa menegaskan akan membela dan membangunkan Agama Islam, tetapi Sekolah Agama tersebut diketepikan dan tidak diberi perhatian yang sewajarnya.

Tahun 2009 Lee Sing Long pernah membangkitkan masalah sekolah ini yang rosak teruk di akhbar Sinar Harian dan masalah pada masa itu dapat diselesaikan.

Aktivis masyarakat selaku bekas calon Pengkalan Hulu (2008) Lee Sing Long rasa terkejut apabila mengetahui bahawa Sekolah Agama Rakyat ini ditutup kerana tiada pelajar. Lee menyeru pihak kerajaan BN dan wakil rakyat kawasan ini YB Tajol Rosli memberi perhatian kepada Sekolah Agama ini, dan harap sekolah ini dapat dibuka semula.

Tiada ulasan: