Suara Sri Andalas |
- Program Fund Raiser DUN Seri Andalas
- Ikrar Khalid Teruskan Pentadbiran Cemerlang
- Majlis Sambutan Rumah Terbuka Krismas Negeri Selangor 2011
- Warga Emas Membeli-belah Di Econsave Dalam Program Jom Shopping Ke-6 DUN Seri Andalas
Program Fund Raiser DUN Seri Andalas Posted: 11 Dec 2011 07:50 AM PST Klang, 11 Disember 2011 - Program Fund Raiser DUN Seri Andalas telah diadakan di Dewan Sukan MPK Taman Seri Andalas pada hari ini yang bermula jam 7.30 malam. Program tersebut yang bertemakan Demi Rakyat - Pertahan Selangor Tawan Putrajaya telah dihadiri lebih 800 orang. Antara tetamu-tetamu kehormat yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali, Naib Presiden PKR, YB Tian Chua, Pengarah Strategik PKR, Saudara Rafizi Ramli, ADUN Sri Muda, YB Shuhaimi Shafiei, Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Selangor, Cikgu Jaafar, ahli-ahli Majlis, Majlis Perbandaran Klang dan ketua-ketua komuniti setempat. YB Dr Xavier Jayakumar, yang menjadi tuan rumah bagi program tersebut dalam ucapannya menyeru kepada para hadirin adalah penting untuk melakukan perubahan bagi masa depan rakyat yang lebih baik dan ini hanya tercapai dengan usaha untuk mempertahankan negeri Selangor dan menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang. Tetamu-tetamu kehormat iaitu YB Azmin Ali, YB Tian Chua, Saudara Rafizi Ramli, YB Shuhaimi Shafiei dan Cikgu Jaafar telah berucap ringkas memberi sedikit penerangan kepada para hadirin. Antara isu-isu yang disentuh adalah isu Fidlot-Lembu UMNO, Ketirisan dan penyalahgunaan kuasa yang terus berleluasa dibawah pimpinan UMNO Barisan Nasional dan persiapan untuk menghadapi pilihanraya. Majlis turut digamatkan dengan telatah Pengerusi Majlis, Saudara Azmizam Zaman Huri yang juga Ketua AMK Kota Raja mengingatkan para hadirin supaya memilih perubahan dan mengangkat Dato'Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pertama dari Pakatan Rakyat. YB Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada para hadirin yang terus memberi sokongan dan mengucapkan terima kasih kepada para sukarelawan yang bertungkus lumus menjayakan majlis tersebut. Majlis berakhir jam 11.30 malam. |
Ikrar Khalid Teruskan Pentadbiran Cemerlang Posted: 11 Dec 2011 02:00 AM PST KLANG, 11 DIS: Kerajaan Negeri Selangor diketuai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikrar meneruskan pentadbiran negeri ini dengan mementingkan ketelusan, kecekapan dan pertanggungjawaban serta bersih daripada amalan kronisme dan rasuah. Beliau berkata, kesan daripada reformasi politik dan ekonomi yang diamalkan sejak mengambilalih pentadbiran Selangor pada Mac 2008, ianya memberi keuntungan yang berlipat ganda malah mampu mengembalikan hasil negeri untuk dinikmati olek rakyat negeri Selangor. Hasil penjimatan yang dilaksanakan, katanya, Kerajaan Negeri berjaya melunaskan RM173 juta pada tahun lalu daripada lebih RM800 juta hutang tertunggak yang ditinggalkan pentadbiran lalu kepada Kerajaan Persekutuan. "Jumlah pelaburan negeri Selangor Darul Ehsan pula setakat September melebihi RM6.4 bilion manakala simpanan tetap negeri sehingga Ogos ini melonjak kepada RM1.25 bilion. Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling cemerlang dalam tempoh 28 tahun. Ia juga bermakna pentadbiran negeri Selangor sekarang berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan tanpa bantuan mahupun perlu meminjam dari Kerajaan Persekutuan," katanya ketika berucap di Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan Sempena Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke 66 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah di sini hari ini. Katanya, program kebajikan dalam dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" (MES) sejak Jun 2008 dengan pemberian air percuma 20 meter padu yang telah dinikmati lebih empat juta daripada 5.3 juta penduduk di seluruh Selangor pada setiap bulan. Menurutnya, program lain seperti Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), anak keluarga yang mendapat tempat belajar di universiti menerima Hadiah Wang Tunai RM1000 seorang serta warga emas yang meninggal dunia mendapat pembiayaan pengurusan jenazah atau khairat kematian sebanyak RM2,500. Katanya program Jom Shopping dengan dana RM2 juta turut diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas melalui pemberian kupon RM100 seorang.Setakat ini lebih 20,000 warga emas telah menikmatinya Abdul Khalid berkata, Kerajaan Negeri juga membantu 140 projek perumahan terbengkalai yang kebanyakannya akibat dari pemaju yang tidak bertanggungjawab. "Alhamdulillah setakat ini sebanyak 23 projek rumah terbengkalai melibatkan lebih 10,000 unit rumah dapat diselesaikan dan tujuh projek lagi melibatkan hampir 4,000 unit rumah kini sedang dalam proses pemulihan. "Menerusi Program Kerajaan Prihatin, sebanyhak 398 buah rumah dibina untuk fakir miskin dan 465 buah rumah lagi dibaiki. Sebanyak RM3 juta diperuntukkan kepada lebih 700 orang rakyat miskin untuk kegiatan pertanian," katanya. Menurutnya, Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) memperuntukkan dana sebanyak RM50 juta manakala Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBar) sebanyak RM20 juta yang sehingga kini dimanfaatkan lebih 1,500 peminjam tanpa faedah. Kata Khalid slogan 'Selangorku' yang merupakan program sosiaoekonomi tiga tahun dari 2011 hingga 2013 ada 16 September lalu bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman kepada rakyat akan keprihatinan dan kepedulian Kerajaan Negeri sekarang terhadap kebajikan rakyat. Beliau berkata, Kerajaan Negeri telah juga merangka dua bentuk belanjawan bagi 2012 iaitu bagi Selangorku : Hasil Negeri Untuk Rakyat berjumlah RM1.6 bilion manakala bagi Geran Selangorku sebanyak RM300 juta yang mana jumlah keseluruhan adalah RM1.9 bilion. "Belanjawan 2012 ini sebagai kesinambungan dan pengukuhan usaha-usaha untuk mengagihkan kekayaan negeri kepada rakyat menerusi program-program Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya. Selain itu katanya, program pengenalan gaji minima, program memperkasakan wanita, program keusahawanan muda, pembinaan infrstruktur sukan, program dari kebajikan kepada pekerjaan, program pembasmian rasuah dan penyelewengan, program penerangan maklumat negeri serta pembaikan infrastruktur yang kesemuanya melebihi RM200 juta juga sedang dilaksanakan. Sumber: TVSNEWS |
Majlis Sambutan Rumah Terbuka Krismas Negeri Selangor 2011 Posted: 10 Dec 2011 07:50 AM PST Petaling Jaya, 10 Disember 2011 - Majlis Sambutan Hari Krismas 2011 yang dianjurkan Kerajaan Selangor di Kompleks Membeli-belah 1Utama, mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan penglibatan seluruh anggota masyarakat berbilang kaum. Sambutan Hari Krismas 2011 ini adalah anjuran bersamna Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Tourism Selangor dan Pusat membeli-belah 1Utama. Sekurang-kurangnya 10,000 rakyat menghadiri perkarangan pusat membeli-belah turut bersama-sama dalam meraikan majlis tersebut. Selain meraikan perayaan terbesar masyarakat Kristian, Kerajaan Selangor turut menyelitkan unsur pendidikan kepada rakyat menerusi tema mesra alam. Selaras dengan tema sambutan yang mengutamakan penjagaan alam sekitar, sistem lampu dan kesan bunyi persembahan mengunakan tenaga hijau biodiesel yang dihasilkan oleh minyak masak terpakai. Tidak terlepas, lampu pokok Krismas dinyalakan melalui tenaga yang dijana oleh basikal. Minyak masak yang digunakan untuk menyediakan juadah makanan kepada pengunjung dikumpulkan untuk dikitarsemula. Exco Selangor, YB Dr Xavier Jayakumar berkata, kerajaan negeri komited mendidik masyarakatnya tentang nilai kehidupan berbilang kaum dan agama selain memberi mesej kesedaran cintai alam sekitar. "Sokongan rakyat di Negeri Selangor (terhadap dasar Pakatan Rakyat) ini saya lihat semakin meningkat pada setiap kali penganjuran majlis yang kami lakukan. "Inilah dasar kami, hasil negeri yang dijana dikembalikan kepada rakyat selain memajukan negeri," Dr Xavier berkata deikian pada majlis tersebut. Sambutan ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh penyanyi-penyanyi terkemuka seperti Reshmonu dan Francesca Peters dan Koir Filharmonik Selangor. |
Warga Emas Membeli-belah Di Econsave Dalam Program Jom Shopping Ke-6 DUN Seri Andalas Posted: 09 Dec 2011 07:50 AM PST Klang - DUN Seri Andalas meneruskan Program Jom Shopping keenamnya di Econsave dengan membawa warga emas membeli-belah. Program tersebut telah dijayakan dengan bantuan sukarelawan yang hadir memberi bantuan kepada warga emas untuk membeli belah dan membantu membawa barangan yang telah dibeli. Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kesemua sukarelawan yang datang membantu. Kesemua warga emas yang menyertai program Jom Shopping tersebut berasa gembira bukan sahaja dapat keluar membeli belah malah dapat beramah mesra bersama-sama wakil rakyat mereka. Program 'Jom Shooping' yang diperkenalkan ini merupakan sebahagian daripada program untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas yang telah berdaftar dengan Skim Mesra Usia Emas, SMUE melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor, MES. |
You are subscribed to email updates from Suara Sri Andalas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan