Anwar Ibrahim |
- Fitnah II: Peguam Bela Bidas Hujah Pendakwa
- Sambung Penghujahan Kes Fitnah Versi Ke 2 Bermula Esok
- Saat Saya Mula-mula Menyokong Anwar Dan Kenapa Dia Perlu Disokong
- Skandal PKFZ: Mahathir, Najib Terlibat- Peguam Liong Sik
- Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pahang dan Terengganu
Fitnah II: Peguam Bela Bidas Hujah Pendakwa Posted: 14 Dec 2011 07:03 PM PST Mahkamah Tinggi Jalan Duta kembali bersidang bagi mendengar hujah balas penggulungan akhir oleh peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II. Antara isu yang dijangka ditumpukan pasukan peguam bela Anwar hari ini ialah kredibiliti tiga saksi pakar pembelaan yang dipertikaikan ketua pendakwaan, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden semasa penggulungannya Selasa lalu. Isnin lalu, peguam Anwar, Karpal Singh ketika menggulung hujah mendesak mahkamah memanggil semula bekas Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina dan pengadu,Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi memastikan keputusan perbicaraan dilakukan dengan adil. Menurut Karpal, hakim perlu meneliti keterangan pembelaan yang dibuat Anwar dari kandang tertuduh sebagai rujukan terhadap bukti yang dibentangkan sepanjang perbicaraan. Karpal juga menegaskan adalah mustahil Saiful menuruti semua arahan Anwar ketika kejadian itu berlaku, dan mempunyai banyak peluang untuk melarikan diri tetapi tidak berbuat demikian. This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now |
Sambung Penghujahan Kes Fitnah Versi Ke 2 Bermula Esok Posted: 14 Dec 2011 04:31 AM PST Esok Khamis 15 Disember 2011, Mahkamah Tinggi Jalan Duta akan kembali bersidang bagi mendengar sambungan Hujahan dalam kes Fitnah Versi Ke 2. Mahkamah akan bermula pada Jam 9:30 pagi |
Saat Saya Mula-mula Menyokong Anwar Dan Kenapa Dia Perlu Disokong Posted: 13 Dec 2011 10:37 PM PST Zunar Pada 2 September 1998, media seperti Utusan Malaysia atau nama timangannya “Utusan Meloya” serta TV3 menyiarkan berita dan afidavit penuh dari beberapa individu bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam perlakuan liwat. Kebanyakan penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat pada ketika itu tidak mengenali Anwar, begitu juga dengan saya. Semua dalam kekeliruan. Tetapi, saya mula menyoal kalau betul Anwar bersalah, pasti dia bukan begini peribadinya. Orang bersalah tidak akan berani berceramah di hadapan khalayak ramai, apatah lagi untuk bertentang mata dengan ribuan manusia. Sebagai manusia berakal, saya perlu mencari kepastian. Ketika itu, dari dua hingga ke 20 September, setiap malam di rumah Anwar diadakan ceramah. Pada satu malam, saya berkesempatan untuk kali pertama mendengar ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri itu di rumahnya di Bukit Damansara. Siang itu, penulis ucapan beliau Dr. Munawar Anees ditangkap. Ceramah beliau pada malam itu mematikan keraguan saya termasuk satu baris pidato yang sangat penting dan signifikan. Kata Anwar, merujuk penangkapan Dr.Munawar, lebih kurang begini, “Kenapa tangkap orang-orang saya? Tangkap saya. Saya pemimpin!!!”. Hanya mereka yang “berani kerana benar” boleh berbicara seperti itu. Kata-kata seperti ini tidak mampu lahir dari mulut seorang yang bersalah. Atas kebenaran ini, dia berdiri tegak dan mencabar para rangkaian konspirator. Atas kebenaran ini, dia menerjang segala risiko demi membela orang yang dipimpin. Saya percaya kalaulah situasi ini dihadapi oleh Dr.Mahathir, sejak awal beliau sudah lari ke kandang kuda di Argentina dan membiarkan pengikut-pengikutnya menghadapi segala risiko. Dan kalau Najib mungkin sudah lama lari ke Mongolia. Sejak saat itu saya pasti semua tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar adalah fitnah dan hanya untuk membunuh karier politik beliau dan menyelamatkan perasuah. Betapa besarnya dosa pereka-pereka fitnah, penyebar, pentokong dan orang yang berdiam serta merelakannya. Bagi saya Anwar layak membawa Malaysia keluar dari kemelut dan dia perlu disokong. Kepada dia, rakyat boleh sandarkan harapan. Di bawah ini beberapa insiden yang diberitahu kepada saya kemudiannya yang mengukuhkan menyerlahkan perwatakannya sebagai seorang pemimpin. Dalam peristiwa demonstrasi membela petani miskin Baling pada tahun 1974, Anwar pada asalnya tidak ditangkap dan sudah berada di rumah bapanya (Datuk Ibrahim) di Petaling Jaya. Tapi apabila mendengar berita penangkapan teman-temannya (termasuk Fadzil Noor), beliau segera ke balai polis Jalan Stadium untuk membela, yang akhirnya menyebabkan dia terus ditangkap di bawah ISA selama dua tahun. Insiden kedua, apabila menghadapi tuduhan, sehari sebelum dipecat, dia diberi kata oleh oleh Dr.Mahathir – “dipecat atau menghadapi tuduhan yang memalukan”. Dan ini diiringi tawaran lumayan untuk bertugas di Bank Dunia sekiranya beliau memilih untuk meletak jawatan. Jawab Anwar, “Kenapa saya harus meletak jawatan, saya tidak bersalah.” Kita percaya semua pemimpin UMNO/BN dalam situasi ini akan memlilih jawatan di Bank Dunia. Satu kriteria penting bagi seseorang pemimpin berwibawa. “Apabila berhadapan dengan pilihan laba, beliau memilih untuk mempertahankan prinsip walaupun risikonya penjara.” Malah prinsip beliau jelas dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008 di mana dia bertanding. Dalam kempen, taktik bersumpah atas nama agama dilakukan oleh Najib Razak dan Saiful demi mendapat undi. Kerana tingkah lalu para sesumpah ini disiarkan oleh Meloya dan TV3, sokongan pengundi Melayu merosot mendadak, maka ada teman-teman yang menasihati Anwar untuk ikut bersumpah. Beliau menolak kerana amalan sumpah dilarang dalam Islam. Persoalan jenayah wajib di bawa ke mahkamah adil. Beliau berpendirian tidak akan mengorbankan prinsip agama untuk tujuan politik kalaupun sekiranya ditakdir beliau kalah dalam pilihanraya itu. Akhir kalam, rencana ini tidak membicarakan soal politik kepartian, tetapi keperluan membawa Malaysia keluar dari kebobrokan rasuah, penjarahan harta negara, perompakan wang rakyat yang menghalang kemajuan negara. UMNO/BN terjebak dalam lubuk keji ini dan mereka sendiri tidak mampu mencari jalan keluar, apa lagi membawa rakyat keluar. Sebagai alternatif, kita punya seorang pemimpin yang berani, bertanggungjawab, berprinsip dan mempunyai jiwa pembela rakyat. Hanya seorang pemimpin tanpa rasuah seperti Anwar dengan gagasan Pakatan Rakyat mampu mengemudi Malaysia kembali berdaulat dengan rakyat yang berjati diri. *Nota Zunar: Rencana khusus kepada golongan muda, terutama generasi selepas September 1998. **Zunar (nama asal: Zulkiflee Anwar Ulhaque, gambar kiri) ialah kartunis politik. Tulisan ini dipetik dari blognya. |
Skandal PKFZ: Mahathir, Najib Terlibat- Peguam Liong Sik Posted: 13 Dec 2011 10:21 PM PST Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah antara saksi penting yang perlu dipanggil dalam perbicaraan kes Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Perkara itu dinyatakan peguam yang meakili bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, Wong Kian Kheong di Mahkamah Tinggi hari ini. Beliau berkata pendakwaan gagal memanggil Dr Mahathir, Abdullah, Najib, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim (ketika itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri) serta 19 menteri lain sebagai saksi, tanpa sebarang alasan. "Dr Mahathir merupakan saksi penting dalam kes ini kerana berdasarkan dokumen secara kronologi, beliau mempunyai peranan peribadi dan aktif dalam projek PKFZ. Abdullah juga perlu dipanggil kerana KDSB (Kuala Dimensi Sdn Bhd) menulis sepucuk surat bertarikh 4 Julai 2001 kepada beliau mengenai projek PKFZ. "Najib juga adalah saksi penting kerana beliau mempengerusikan mesyuarat kabinet pada 27 Jun 2007, manakala (Datuk Seri) Dr Rais (Yatim) pula memberi pandangan bahawa tanah itu harus dibeli berdasarkan terma yang ditawarkan KDSB," katanya. Menurut Wong, Liong Sik hanya dijadikan kambing hitam dan kabinet sememangnya dimaklumkan mengenai faedah pada kadar 7.5 peratus setahun, lapor Bernama. Katanya, anak guamnnya juga tidak memberikan gambaran yang salah kepada kabinet bahawa kadar RM25 bagi satu kaki persegi (skp) dan faedah 7.5 peratus itu telah disahkan serta dipersetujui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH). Beliau berkata meskipun Dr Ling adalah penandatangan surat kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bertarikh 29 Jun 2002 serta nota bertarikh 29 Okt tahun yang sama, kedua-dua dokumen tidak disediakan sendiri oleh tertuduh. "Dr Ling tidak terlibat langsung dalam memberikan apa-apa maklumat kepada Tun Dr Mahathir melalui surat berkenaan. Selain itu, tidak ada bukti yang menunjukkan Dr Ling meminda draf kedua-dua eksibit itu," katanya ketika berhujah di akhir kes pendakwaan. Wong juga berkata penilaian JPPH pada kadar RM25 skp dalam surat jabatan itu pada September 2000 tidak termasuk jumlah keseluruhan faedah yang perlu dibayar. Wong berkata, Kementerian Kewangan turut terlibat secara aktif bersama Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) dan Kementerian Pengangkutan dalam projek PKFZ, serta mempunyai pengetahuan mengenai surat JPPH. Beliau berkata selain itu, pendakwaan gagal membuktikan bahawa semua anggota kabinet terutama Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas Timbalan Perdana Menteri ketika itu) dan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak (yang mempengerusikan mesyuarat kabibet pada 2007), telah diperdayakan. Dr Ling, 68, didakwa menipu Kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH, dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Beliau juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000. Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 Nov 2002. Penggulungan hujah di depan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi disambung esok. |
Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Pahang dan Terengganu Posted: 13 Dec 2011 09:50 PM PST DEMI RAKYAT
Program 1) Temerloh, Pahang 5.00 – 7.00 ptg – Hi-Tea Dan Ceramah Lokasi : Syakira CafĂ©, Batu Satu, Jalan Mentakab, Temerloh Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YBhg Ahmad Nizam Hamid 3. YBhg Haji Yusof Darus 4. YBhg Haji Abas Awang 5. YB Leong Ngah Ngah Program 2) Kuantan, Pahang 8.00 – 11.00 malam – Ceramah Perdana – Demi Rakyat Lokasi: Sekilau Seafood Restaurant, Jln Haji Ahmad, Kuantan Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Fauziah Salleh 3. YB Chang Li Kang 4. YBhg Dato' Fauzi Abdul Rahman Program 3) Kemaman, Terengganu 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana – Demi Rakyat Lokasi: Pejabat PKR Kemaman, Taman Jakar Jaya, Cukai, Kemaman Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Azan Ismail 3. YBhg Rafizi Ramli 4. YBhg Ismail Harun |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan