Rabu, 2 November 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Felda Gugusan Kota Gelanggi mahu turut saman Felda

Posted: 02 Nov 2011 06:27 PM PDT

Haji Suhaimi Said memberikan pandangannya diatas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh peneroka-peneroka Felda Gugusan Gelanggi.

Sdr Rosli Ahmad, Ketua PKR Cabang Jerantut mempengerusikan Majlis Dialog diantara Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Gelanggi dengan Haji Suhaimi Said



Saya telah dipanggil oleh Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Gugusan Felda untuk menerangkan beberapa isu yang melibatkan tindakan undang-undang terhadap Felda di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut pada 1hb November 2011 di Pejabat PAS Felda

Kota Gelanggi 2.



Isu yang mereka mahu mengetahuinya adalah perkara-perkara seperrti berikut:



1. Kadar Perahan Gred (KPG)

2. Geran Tanah

3. Felda Plantation

4. Hutang peneroka Felda



Kadar Perahan Gred (KPG)



Setelah diterangkan satu persatu mereka mengambil keputusan untuk turut menyaman Felda berhubung dengan KPG, buah reject, minyak kotor dan abu kilang. Jawatankuasa Bertindak tersebut akan menjalankan tugas untuk mengumpulkan peneroka-peneroka Gugusan Kota Gelanggi dan akan melantik peguam yang akan mewakili mereka.



Geran Tanah



Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 sudah menunggu 15 tahun untuk mendapatkan geran tanah untuk ladang dan kampong mereka.



Mereka telah menjelaskan Bayaran Kembali (BK) dan CAC termasuk premium sejak 15 tahun yang lampau.



Pada tahun yang lalu, melalui firma guaman Suhaimi Tan Zamani dan Rozilan di Temerloh, mereka telah menghantar Notis kepada Felda dan jawapan daripada Felda mengatakan bahawa Felda telah pun membuat permohonan untuk mengeluarkan geran tersebut.



Dan memandangkan bahawa jawapan daripada Felda adalah positif maka peneroka-peneroka memberhentikan tindakan undang-undang. Rupa-rupanya Felda tidak jujur dan sebenarnya Felda masih gagal membuat permohonan geran tanah tersebut.



Dengan perkembangan yang terbaharu bahawa Felda Plantation sudah dicagarkan oleh Felda kepada Felda Global Ventures sebuah anak syarikat Felda yang mengalami kerugian didalam pelaburannya, peneroka-peneroka bimbang bahawa semua tanah didalam rancangan Felda yang masih belum dikeluarkan geran tanahnya akan turut dimangsakan oleh Felda untuk pelaburan Felda yang tidak mendatangkan apa-apa menfaat kepada peneroka-peneroka.



Jawatankuasa Bertindak itu mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap Felda untuk mendapatkan geran tanah mereka.



Felda Plantation



Peneroka-peneroka Gugusan Gelanggi bimbang dengan tindakan Felda mencagarkan Felda Plantation untuk tujuan pelaburan dan dengan tindakan itu akan menggagalkan usaha daripada Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah tersebut kepada Generasi ke-2 dan ke-3.



Tindakan Felda itu dipandang sebagai mengkhianati aspirasi Generasi ke-2 dan ke-3, dan mereka meminta jaminan daripada Pakatan Rakyat bahawa Felda Plantation tetap akan dimansuhkan apabila PR berjaya memerintah negara ini.


Hutang Peneroka Felda


Peneroka-peneroka Felda yang menyerahkan ladang masing-masing kepada Felda/Felda Technoplant dilanda hutang yang sangat tinggi selepas 6 hingga 8 tahun daripada tempoh mula-mula ladang mereka ditanam.


Dari tinjauan yang dibuat mereka menanggung hutang sebanyak antara RM90,000.00 hingga RM100,000.00 didalam tempoh itu.


Saya menerangkan bahawa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal sedang menjalankan kempen dikalangan peneroka-peneroka supaya tidak membayar hutang-hutang yang ditetapkan oleh Felda kerana sehingga kini Felda gagal dan terus gagal mengeluarkan Penyata Kira-Kira bagi setiap Peneroka tetapi hanya mengeluarkan penyatakan hutang.


Sesungguhnya peneroka Felda tidak berhutang dengan Felda tetapi sebaliknya Feldalah yang berhutang dengan peneroka-peneroka seperti kira-kira yang dinyatakan berikut:


(a) Pada tahun pertama semasa tanaman semula dibuat hinggalah ke tahun ketiga, peneroka-peneroka tidak mempunyai sebarang pendapatan; dan pada tempoh itu pihak Felda telah mengeluarkan perbelanjaan untuk tanaman semula seperti menebang pokok-pokok asal, membersih dan menggali lubang untuk tanaman semula; Felda juga menyediakan pagar (dimana tempat yang perlu); mengadakan baja, racun, penyeliaan dan pengurusan serta elaun sara hidup secara bulanan kepada peneroka-peneroka; Dan didalam tempoh ini peneroka-peneroka tidak mengeluarkan apa-apa pendapatan.


(b) Mulai tahun ke-4, ladang peneroka-peneroka sudah boleh mengeluarkan pendapatan dan untuk memudahkan pengiraan, pada tahun ke-4 itu peneroka-peneroka hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM2000.00 setiap bulan sejumlah RM24,000.00 setahun.


(c) Pada tahun ke-5, 6, 7, 8, kita andaikan peneroka tidak bertambah tetapi ladang mereka sekadar boleh mengeluarkan pendapatan sebanyak RM3000.00 sebulan maka setiap tahun dari tahun ke-5 hingga tahun ke-8, pendapatan yang boleh dikeluarkan dari ladang adalah RM120,000.00.


(d) Maka pendapatan peneroka dari tahun ke-4 hingga tahun ke-8 adalah sebanyak RM160,000.00; maka apabila Felda mengatakan bahawa hutang peneroka Felda dalam tempoh 8 tahun itu adalah RM90,000.00 hingga RM100,000, terbuktilah bahawa Peneroka tidak berhutang dengan Felda tetapi sebaliknya Feldalah yang berhutang dengan setiap Peneroka sebanyak RM60,000.00 hingga RM70,000.00.


Diatas kaedah ini, saya menyatakan bahawa peneroka tidak perlu membayar hutang mereka seperti yang dituntut oleh Felda, tetapi Feldalah yang kena membayar kepada peneroka-peneroka.


Tetapi jika diambil kira pendapatan yang boleh didapati oleh peneroka-peneroka dari tahun ke-4 hingga tahun ke-8 itu, sebanyak minima RM5,000.00 setiap bulan, bererti pendapatan yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka-peneroka adalah RM250,000.00. Maka jika hutang peneroka-peneroka adalah sebanyak antara RM90,000.00 hingga RM100,000.00, Felda terhutang dengan Peneroka-Peneroka sebanyak antara RM150,000.00 hingga RM160,000.00.


Justeru kerana itu Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal menasihatkan peneroka-peneroka tidak menjelaskan hutang yang dituntut oleh Felda kerana sesungguhnya Feldalah yang berhutang dengan peneroka; disamping itu pula proses rundingan hendaklah dibukakan oleh Felda supaya Felda mengembalikan semula wang lebihan hutang itu kepada peneroka-peneroka, dan sekiranya Felda enggan berunding, maka peneroka-peneroka hendaklah memulakan proses saman terhadap Felda.


Selepas majjlis dialog itu, Sdr Rosli mengajak saya pergi ke Bandar Jengka Pusat untuk menjamu selera disana.









Pekan Kuala Krau diserangi burung layang-layang

Posted: 02 Nov 2011 05:58 PM PDT




Dengan tiba-tiba pekan Kuala Krau diserangi oleh Burung Layang-Layang. Bukan main kotor pekan ini, kenderaan yang diparkir akan dipenuhi dengan tahi dari burung ini. Dan tahi burung ini bukan senang mahu dihilangkan walaupun dibasuh dengan sabun dan lain-lain detergent.

Dulu sehingga berdekad-dekad Bandar Mentakab diserang oleh Burung ini, tetapi kini burung ini sudah beralih ke Kuala Krau.

Peliknya, di waktu siang hari, tidak kelihatan burung layang-layang ini, tetapi apabila masuk sahaja Maghrib, ratusan ribu burung ini akan berterbangan di ruang angkasa Kuala Krau dan kemudian menenggek di wayar-wayar elektrik dan talipon. Sungguh mengotorkan!

Sejak tahun 1975 tiada apa-apa perubahan kepada Kg Berdut - Aliayasak

Posted: 02 Nov 2011 04:38 PM PDT

Di akhir perjumpaan bersama anggota-anggota PKR Kampong Berdut, Kuala Krau, Haji Suhaimi Said memimpin mereka untuk melaungkan REFORMASI, Bek Meh Hek Jinjoung ramai-ramai dan laungkan Reformasi.
Haji Suhaimi Said menerangkan tugas-tugas PACABA kepada anggota-anggota PKR Ranting Berdut dan tugas sukarelawan semasa menghadapi Pilihanraya nanti.
Anggota-anggota PKR Kg Beredut sedang menuju ke rumah Taklib untuk mendengar taklimat Pilihanraya.
Wanita PKR Kuala Krau juga sedang sibuk mengagih-agihkan makanan kepada hadirin
Ahmad Abu, Ketua PKR Ranting Beredut sedang berucap, dan didalam ucapannya beliau menekankan betapa pentingnya penduduk kampong Beredut berubah. Mereka hidup didalam kesusahan dan kemiskinan dari dulu lagi. Dan kini semua tanah di kampong mereka telah dirampas oleh Kerajaan dan kampong mereka kini diwartakan sebagai Tanah Rezab Perhilitan sedangkan mereka sudah berada di kampong itu sejak nenek moyang mereka lagi. Ahmad menyatakan bahawa hampir 80% penduduk kampong tersebut adalah kini anggota PKR dan beliau berharap didalam Pilihanraya akan datang lebih ramai lagi penduduk kampong itu menyertai PKR.

Sdr Aliayasak Idris, AJK PKR Cabang Kuala Krau sedang berucap. Didalam ucapannya beliau menyatakan bahawa sejak tahun 1975 lagi beliau sentiasa datang ke kampong Beredut dan masa itu sama-sama mencari labi-labi, tenggilin dan katak bersama-sama dengan penduduk kampong itu. Dulu harga katak adalah RM18 sekilo tetapi kini harga katak sudah naik hingga RM40.00 sekilo tetapi katak sudah amat sukar dijumpai.

Beliau ramai kawan-kawan di kampong Berdut, dan sejak tahun 1975 beliau tidak nampak sebarang perubahan di kampong itu. Rumah-rumah orang Kg Beredut adalah diperbuat daripada bahan-bahan hutan dari kulit kayu, buluh dan daun-daunan. Dari dulu hingga sekarang keadaan ini tidak berubah.

Sebelum kemasukan Parti Keadilan Rakyat ke Kampong Beredut jalan masuk ke kampong itu dari Kg Rekoh dan Felda Jenderak Selatan adalah jalan tanah yang sukar dilalui oleh sebarang kenderaan. Sukar kanak-kanak sekolah dari kampong ini untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan di Felda Jenderak Selatan.

Tetapi apabila PKR memasuki kampong ini dan membuat desakan demi desakan kepada pihak berkuasa, jalan ke kampong ini sudah di tar sejak hampir setahun yang lalu. Tetap jalan tar yang begitu nipis dengan dilanyak oleh lori yang mengangkut Buah Sawit milik peneroka Felda Jenderak Selatan, jalan itu sudah rosak.

Ladang kelapa sawit yang ada di sekeliling kampong itu adalah dulunya tanah milik Orang Asal, tetapi apabila Felda dibuka di Jenderak Selatan tanah itu sudah menjadi milik peneroka Felda, manakala tanah kampong itu pula sudah diwartakan sebagai Rezab Perhilitan.

Sdr Aliayasak menyatakan bahawa jika Orang Asal kampong itu diberikan tanah minima 5 ekar seorang mereka boleh menanam getah atau sawit. Mereka boleh merubah kehidupan mereka, dan mereka boleh mendirikan rumah tersusun.

Sejak dua-tiga bulan yang lalu air sudah dimasukkan ke kampong ini, tetapi bekalan elektrik masih tiada.

Beliau menyeru penduduk supaya memberikan undi kepada PKR didalam PRU-13 ini supaya perubahan dapat dibuat kepada kampong tersebut.
Kanak-kanak pun tidak melepas peluang untuk turut hadir, dan golongan mereka ini telah melaungkan Reformasi dengan kuatnya dan sehingga selepas perjumpaan itu mereka masih melaungkan REFORMASI.

Ahmad Abu, Ketua PKR Ranting Kg Beredut.
Aliayasak sedang berucap.
Indahnya bungalo ini!
Inilah "kesenangan" yang disediakan oleh UMNO selama 54 tahun!
Kalau UMNO masih memerintah Pahang kedudukan dan nasib penduduk kampong ini tidak akan berubah!
Diantara bungalo "mewah" di kampong ini tetapi pemimpin-pemimpin UMNO menyatakan bahawa nasib Orang Asal sudah terbela. Shit!
Ini rumah Sdr Darus, lihatlah sendiri keadaannya!
Rumah Taklib ini merupakan terbaik di kampong ini.
Adoih, apalah nasib yang menimpa Orang Asal, penduduk utama yang mula-mula mendiami Negara ini tetapi kehidupan mereka amatlah dhaif.
Dinding dari kulit dan buluh

Saya sempat bergambar dengan penduduk



Makcik ini sudah lama tidak keluar dari rumah kerana sakit

Apabila orang UMNO melihat rumah seumpama ini mereka akan berkata "alangkah seronoknya kalau dapat tinggal di rumah seperti ini", kepala hotak mereka!
Alangkah damainya Kg Beredut ini!

Didalam perjumpaan PKR Cabang Kuala Krau dan PKR Ranting Kg Beredut pada 2hb November 2011, seramai 8 orang PACABA telah dilantik dan 20 orang Sukarelawan. Para sukarelawan akan bertugas mulai dari sekarang dengan menebang pokok-pokok buluh untuk keperluan memasang bendera PKR.

Mereka yang dipilih tersebut akan menghadiri Kursus Pilihanraya yang akan diadakan oleh PKR Cabang Kuala Krau pada 13hb November 2011 di markas PKR Ranting Kg Penderas, Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah JPRN Pahang akan memberikan kursus.

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Grant Allocations To Build Three Tamil Schools

Posted: 02 Nov 2011 08:43 PM PDT

By B Nantha Kumar, Free Malaysia Today

SHAH ALAM: Selangor exco Dr Xavier Jayakumar has asked Education Minister Muhyiddin Yassin to grant allocations to build three Tamil schools in the state.

In a letter to Muhyiddin, who is also deputy prime minister, dated Nov 1, Jeyakumar explained that several Tamil schools in Selangor were facing shortage of space due to the increasing number of pupils.

According to him, the state government identified three schools as suffering the most. These were SJK (Tamil) Batu Ampat, Kampung Jawa, Klang, SJK (Tamil) Simpang Lima (Dua), Klang and the Seafield Tamil school in Petaling Jaya.

Currently, the three schools do not have enough classrooms for its pupils.

The Simpang Lima school has more than 2,000 pupils while the Batu Ampat school has 1,400 pupils.
The parents of pupils in the Seafield school have requested the federal government to relocate the school to Desa Mentari, Bandar Sunway, since more than 5,000 Indians live there.

Jayakumar said the state government awarded four acres of land to the Batu Ampat Tamil school, 2.74 acres and 1.5 acres land to Simpang Lima (Dua) and Seafield Tamil school respectively.

"The land allocation is part of the state government's efforts to upgrade the infrastructure of Tamil schools in Selangor due to lack of classrooms as a result of the increase of pupils in many Tamil schools over the past few years," he said.

Jayakumar, who oversees Tamil schools in the state, penned the letter to Muhyiddin since the construction of schools fell under the jurisdiction of the federal government.

He added that the state government would continue to offer school sites to the federal government in several other locations to build more school buildings or additional buildings for classrooms.

Jayakumar also said that the federal government should channel funds to all the schools immediately so that new buildings could be built as soon as possible.

MB: Operasi Syabas Diaudit Bagi Elak Kekurangan Air

Posted: 02 Nov 2011 08:30 PM PDT

Dua firma perakaunan yang dilantik kerajaan Selangor akan menjalankan kajian terperinci ke atas akaun dan operasi Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) minggu ini sebagai persediaan untuk mengelak berlakunya kekurangan bekalan air di negeri ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata hasil laporan berkenaan akan dikemukakan bagi memberi penjelasan berhubung dakwaannya bahawa loji pembersihan milik kerajaan negeri, yang diurus Syabas, tidak mengeluarkan air terawat mencukupi.

"Ini (dakwaan Syabas tidak keluar air terawat mencukupi) adalah soal teknikal.

"Kita akan terangkan selepas audit terhadap Syabas dibuat dan saya akan kemukakan apa yang audit buat nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Shah Alam, semalam.


Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan berkata kerajaan negeri Selangor melantik Tetuan Atkins dan Tetuan Halcrow untuk menjalankan kajian terperinci ke atas akaun dan operasi Syabas sebagai persediaan untuk mengelak berlakunya kekurangan bekalan air di negeri ini tanpa bergantung kepada projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2).

Beliau berkata kajian itu dijalankan terutama daripada segi penggunaan aset negeri termasuk loji pembersihan yang akan dipulihkan semula supaya Selangor mempunyai air terawat yang mencukupi.

Dalam perkembangan lain, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengadakan sesi penerangan kepada orang ramai mengenai skim premium tanah yang diperkenalkan pada Jun lalu.

"Skim ini adalah pilihan kerana pemilik tanah boleh memilih cara bayaran mengikut kadar pengiraan yang lama. Kita tidak memaksa pemilik tanah memilih skim baru ini sebaliknya terletak di tangan mereka mengikut tahap kemampuan," katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri turut bersedia untuk berdebat mengenai isu terbabit jika masih ada pihak yang tidak memahami polisi berkenaan walaupun setelah menghadiri sesi taklimat.


Sumber: Bernama

Kerajaan Selangor Anjur Sesi Penerangan Skim Premium Tanah

Posted: 02 Nov 2011 01:30 AM PDT

SHAH ALAM, 2 NOV: Kerajaan Selangor akan menganjurkan sesi penerangan kepada orang ramai mengenai Skim Premium Tanah yang diperkenalkan sejak Jun lalu yang memberi peluang rakyat untuk memiliki geran tanah dan melanjutkan tempoh pajakan tanah dengan bayaran pendahuluan RM 1,000.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sesi penerangan ini akan diadakan secara percuma dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk memberi penjelasan supaya tiada lagi kekeliruan terhadap polisi baharu ini.

"Kerajaan Negeri memperkenalkan skim ini untuk menjaga kebajikan rakyat tetapi ramai yang gagal memahami matlamat, prinsip dan kumpulan sasaran.

Skim ini memberi peluang sama rata kepada rakyat Selangor yang kurang mampu untuk mendapatkan geran tanah dan melanjutkan tempoh pajakan tanpa mengira fahaman politik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat exco, di sini hari ini.

Menurut Abdul Khalid lagi, sekiranya pihak-pihak yang tidak faham mengenai skim ini termasuklah MCA Selangor diseru agar hadir untuk mendengar dan memahaminya secara mendalam.

Malah, skim ini juga adalah pilihan kerana pemilik tanah boleh memilih cara bayaran mengikut kadar pengiraan yang lama dan tidak memaksa pemilik tanah memilih skim baharu ini sebaliknya pilihan terletak di tangan mereka mengikut tahap kemampuan.

"Sekiranya ada yang gagal memahami polisi ini walaupun setelah menghadiri sesi taklimat ini, saya bersedia mengadakan satu lagi sesi khas untuk berdebat mengenai isu ini dan menyerahkan kepada rakyat untuk membuat penilaian.

Adalah tidak adil bagi kita berdebat dengan kumpulan yang tidak faham dengan skim ini tanpa memberikan kefahaman kepada mereka terlebih dahulu," katanya.


Sumber: TVSNEWS

AMK KEDAH

AMK KEDAH


ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif akan dihalang daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah

Posted: 01 Nov 2011 10:09 PM PDT




Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang sebulat suara membenarkan permohonan penangguhan keputusan yang dibuat oleh speaker DUN Kedah Dr Abdul Isa Ismail, terhadap penghakiman 18 Ogos lalu yang mengekalkan kedudukan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kerusi itu.

Peguam Edmund Bon, yang mewakili Abdul Isa dengan Zulqarnain Lokman membuat permohonan itu hari ini.

Beliau berkata Abdul Isa telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan jika mahkamah berkenaan memutuskan sebaliknya, apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN - terutamanya semasa pembentangan bajet bulan ini - boleh diisytiharkan batal dan tidak sah.

"Dengan keputusan hari ini, Abu Hassan (kanan, bertali leher) akan dihalang daripada menghadiri sidang pada bulan ini," Bon memberitahu Malaysiakini.

"Mahkamah Rayuan masih belum memberikan alasan bertulis berhunung keputusan 18 Ogos dan sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan belum boleh mendengar rayuan itu. Kami terpaksa mengambil langkah ini untuk memastikan kesahihan sidang dewan (akan datang)."

Hakim Datuk Sulaiman Daud mengetuai panel tiga hakim yang mendengar permohonan tersebut. Dua lagi hakim ialah Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Anantham Kasinater.

Pada 18 Ogos, Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ramly Ali membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua tahun lalu, yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong.

Tiada hujahan yang diberikan oleh Hakim Ramly yang bersidang bersama Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk ziah Ali.

Bagaimanapun, pada bulan November 2009, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau mendapati ada asas bagi permohonan Isa Abdul kerana Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat sidang DUN tahun tersebut

mkini

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


BEKAS KETUA AMK GELANG PATAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Posted: 02 Nov 2011 10:11 AM PDT

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gelang Patah, Sdr. Adnan Hasyim telah dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh setelah pihak hospital mengesahkan buah pinggang beliau bengkak dan perlukan pembedahan segera.
Penulis mengenali beliau ketika hadir pada perbicaraan DS Anwar beberapa bulan lalu. Beliau yang kini menetap di Ipoh, Perak dan merupakan antara nadi penggerak Keadilan Perak. Bak kata pepatah melayu "benih yang baik, campak ke laut akan jadi pulau, campak ke darat akan jadi bukit". Beliau kini ditempatkan di Wad 2A, Hospital Besar Ipoh.
Pada 9 Julai lalu, beliau menyertai demo "BERSIH 2.0" di ibu negara dan beliau antara mereka yang telah ditahan oleh pihak polis.
AMK Gelang Patah menyeru kepada orang ramai terutama AJK AMK Gelang Patah menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Sdr. Adnan yang banyak berjasa kepada pergerakan Keadilan di Gelang Patah ini.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank beliau (1581 1812 8567) "Adnan bin Hasyim". Mudah-mudahan sumbangan kita dapat meringankan beban keluarga Sdr. Nan.
Kami dari AMK Gelang Patah mendoakan agar Sdr. Nan Hashim selamat menjalani pembedahan dan segera sembuh dari penyakit yang ditanggungnya.


~ DEMI RAKYAT ~

KHIDMAT BAKTI AMK GELANG PATAH

Posted: 01 Nov 2011 06:55 AM PDT



Pada 30hb Oktober 2011 lalu, Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah (AMK Gelang Patah) telah menghulurkan bantuan kepada Sdr. Md Fadil bin Ahmad (40 tahun) yang terpaksa berpindah setelah rumahnya di Taman Pulai Indah terpaksa dikosongkan berikutan beberapa masalah yang melibatkan bank.
Sdr. Fadil pernah menyuarakan masalah beliau kepada ADUN Nusajaya namun aduan beliau tidak diendahkan sehinggalah mahkamah mengeluarkan perintah agar premis tersebut perlu dikosongkan. Beliau kemudiannya membawa isu ini kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) PAS Kawasan Gelang Patah yang akhirnya memanjangkan isu ini kepada Keadilan Cabang Gelang Patah. Hasil perbincangan ringkas akhirnya PAS dan keadilan bersetuju membantu untuk meringankan beban Sdr. Fadil yang mana PAS membantu dari segi urusan rumah manakala Keadilan/AMK Gelang Patah membantu dari segi pengangkutan.
Dengan kerjasama beberapa AJK yang turut disertai oleh Ketua AMK Cabang Gelang Patah, Sdr. Nazri akhirnya kerja-kerja tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh 2 jam.
Tahniah kepada AMK Gelang Patah....

Teruskan khidmat bakti kepada masyarakat

- DEMI RAKYAT -