Rabu, 2 November 2011

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


BEKAS KETUA AMK GELANG PATAH DIMASUKKAN KE HOSPITAL

Posted: 02 Nov 2011 10:11 AM PDT

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gelang Patah, Sdr. Adnan Hasyim telah dimasukkan ke Hospital Besar Ipoh setelah pihak hospital mengesahkan buah pinggang beliau bengkak dan perlukan pembedahan segera.
Penulis mengenali beliau ketika hadir pada perbicaraan DS Anwar beberapa bulan lalu. Beliau yang kini menetap di Ipoh, Perak dan merupakan antara nadi penggerak Keadilan Perak. Bak kata pepatah melayu "benih yang baik, campak ke laut akan jadi pulau, campak ke darat akan jadi bukit". Beliau kini ditempatkan di Wad 2A, Hospital Besar Ipoh.
Pada 9 Julai lalu, beliau menyertai demo "BERSIH 2.0" di ibu negara dan beliau antara mereka yang telah ditahan oleh pihak polis.
AMK Gelang Patah menyeru kepada orang ramai terutama AJK AMK Gelang Patah menghulurkan bantuan bagi meringankan beban Sdr. Adnan yang banyak berjasa kepada pergerakan Keadilan di Gelang Patah ini.
Sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Maybank beliau (1581 1812 8567) "Adnan bin Hasyim". Mudah-mudahan sumbangan kita dapat meringankan beban keluarga Sdr. Nan.
Kami dari AMK Gelang Patah mendoakan agar Sdr. Nan Hashim selamat menjalani pembedahan dan segera sembuh dari penyakit yang ditanggungnya.


~ DEMI RAKYAT ~

KHIDMAT BAKTI AMK GELANG PATAH

Posted: 01 Nov 2011 06:55 AM PDT



Pada 30hb Oktober 2011 lalu, Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah (AMK Gelang Patah) telah menghulurkan bantuan kepada Sdr. Md Fadil bin Ahmad (40 tahun) yang terpaksa berpindah setelah rumahnya di Taman Pulai Indah terpaksa dikosongkan berikutan beberapa masalah yang melibatkan bank.
Sdr. Fadil pernah menyuarakan masalah beliau kepada ADUN Nusajaya namun aduan beliau tidak diendahkan sehinggalah mahkamah mengeluarkan perintah agar premis tersebut perlu dikosongkan. Beliau kemudiannya membawa isu ini kepada Pusat Aduan Rakyat (PAR) PAS Kawasan Gelang Patah yang akhirnya memanjangkan isu ini kepada Keadilan Cabang Gelang Patah. Hasil perbincangan ringkas akhirnya PAS dan keadilan bersetuju membantu untuk meringankan beban Sdr. Fadil yang mana PAS membantu dari segi urusan rumah manakala Keadilan/AMK Gelang Patah membantu dari segi pengangkutan.
Dengan kerjasama beberapa AJK yang turut disertai oleh Ketua AMK Cabang Gelang Patah, Sdr. Nazri akhirnya kerja-kerja tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh 2 jam.
Tahniah kepada AMK Gelang Patah....

Teruskan khidmat bakti kepada masyarakat

- DEMI RAKYAT -

Tiada ulasan: