Rabu, 2 November 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Felda Gugusan Kota Gelanggi mahu turut saman Felda

Posted: 02 Nov 2011 06:27 PM PDT

Haji Suhaimi Said memberikan pandangannya diatas perkara-perkara yang dibangkitkan oleh peneroka-peneroka Felda Gugusan Gelanggi.

Sdr Rosli Ahmad, Ketua PKR Cabang Jerantut mempengerusikan Majlis Dialog diantara Jawatankuasa Bertindak Peneroka Felda Gelanggi dengan Haji Suhaimi Said



Saya telah dipanggil oleh Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Gugusan Felda untuk menerangkan beberapa isu yang melibatkan tindakan undang-undang terhadap Felda di Felda Kota Gelanggi 2, Jerantut pada 1hb November 2011 di Pejabat PAS Felda

Kota Gelanggi 2.



Isu yang mereka mahu mengetahuinya adalah perkara-perkara seperrti berikut:



1. Kadar Perahan Gred (KPG)

2. Geran Tanah

3. Felda Plantation

4. Hutang peneroka Felda



Kadar Perahan Gred (KPG)



Setelah diterangkan satu persatu mereka mengambil keputusan untuk turut menyaman Felda berhubung dengan KPG, buah reject, minyak kotor dan abu kilang. Jawatankuasa Bertindak tersebut akan menjalankan tugas untuk mengumpulkan peneroka-peneroka Gugusan Kota Gelanggi dan akan melantik peguam yang akan mewakili mereka.



Geran Tanah



Peneroka Felda Kota Gelanggi 4 sudah menunggu 15 tahun untuk mendapatkan geran tanah untuk ladang dan kampong mereka.



Mereka telah menjelaskan Bayaran Kembali (BK) dan CAC termasuk premium sejak 15 tahun yang lampau.



Pada tahun yang lalu, melalui firma guaman Suhaimi Tan Zamani dan Rozilan di Temerloh, mereka telah menghantar Notis kepada Felda dan jawapan daripada Felda mengatakan bahawa Felda telah pun membuat permohonan untuk mengeluarkan geran tersebut.



Dan memandangkan bahawa jawapan daripada Felda adalah positif maka peneroka-peneroka memberhentikan tindakan undang-undang. Rupa-rupanya Felda tidak jujur dan sebenarnya Felda masih gagal membuat permohonan geran tanah tersebut.



Dengan perkembangan yang terbaharu bahawa Felda Plantation sudah dicagarkan oleh Felda kepada Felda Global Ventures sebuah anak syarikat Felda yang mengalami kerugian didalam pelaburannya, peneroka-peneroka bimbang bahawa semua tanah didalam rancangan Felda yang masih belum dikeluarkan geran tanahnya akan turut dimangsakan oleh Felda untuk pelaburan Felda yang tidak mendatangkan apa-apa menfaat kepada peneroka-peneroka.



Jawatankuasa Bertindak itu mengambil keputusan untuk memfailkan saman terhadap Felda untuk mendapatkan geran tanah mereka.



Felda Plantation



Peneroka-peneroka Gugusan Gelanggi bimbang dengan tindakan Felda mencagarkan Felda Plantation untuk tujuan pelaburan dan dengan tindakan itu akan menggagalkan usaha daripada Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Felda Plantation dan mengagihkan tanah tersebut kepada Generasi ke-2 dan ke-3.



Tindakan Felda itu dipandang sebagai mengkhianati aspirasi Generasi ke-2 dan ke-3, dan mereka meminta jaminan daripada Pakatan Rakyat bahawa Felda Plantation tetap akan dimansuhkan apabila PR berjaya memerintah negara ini.


Hutang Peneroka Felda


Peneroka-peneroka Felda yang menyerahkan ladang masing-masing kepada Felda/Felda Technoplant dilanda hutang yang sangat tinggi selepas 6 hingga 8 tahun daripada tempoh mula-mula ladang mereka ditanam.


Dari tinjauan yang dibuat mereka menanggung hutang sebanyak antara RM90,000.00 hingga RM100,000.00 didalam tempoh itu.


Saya menerangkan bahawa Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal sedang menjalankan kempen dikalangan peneroka-peneroka supaya tidak membayar hutang-hutang yang ditetapkan oleh Felda kerana sehingga kini Felda gagal dan terus gagal mengeluarkan Penyata Kira-Kira bagi setiap Peneroka tetapi hanya mengeluarkan penyatakan hutang.


Sesungguhnya peneroka Felda tidak berhutang dengan Felda tetapi sebaliknya Feldalah yang berhutang dengan peneroka-peneroka seperti kira-kira yang dinyatakan berikut:


(a) Pada tahun pertama semasa tanaman semula dibuat hinggalah ke tahun ketiga, peneroka-peneroka tidak mempunyai sebarang pendapatan; dan pada tempoh itu pihak Felda telah mengeluarkan perbelanjaan untuk tanaman semula seperti menebang pokok-pokok asal, membersih dan menggali lubang untuk tanaman semula; Felda juga menyediakan pagar (dimana tempat yang perlu); mengadakan baja, racun, penyeliaan dan pengurusan serta elaun sara hidup secara bulanan kepada peneroka-peneroka; Dan didalam tempoh ini peneroka-peneroka tidak mengeluarkan apa-apa pendapatan.


(b) Mulai tahun ke-4, ladang peneroka-peneroka sudah boleh mengeluarkan pendapatan dan untuk memudahkan pengiraan, pada tahun ke-4 itu peneroka-peneroka hanya memperolehi pendapatan sebanyak RM2000.00 setiap bulan sejumlah RM24,000.00 setahun.


(c) Pada tahun ke-5, 6, 7, 8, kita andaikan peneroka tidak bertambah tetapi ladang mereka sekadar boleh mengeluarkan pendapatan sebanyak RM3000.00 sebulan maka setiap tahun dari tahun ke-5 hingga tahun ke-8, pendapatan yang boleh dikeluarkan dari ladang adalah RM120,000.00.


(d) Maka pendapatan peneroka dari tahun ke-4 hingga tahun ke-8 adalah sebanyak RM160,000.00; maka apabila Felda mengatakan bahawa hutang peneroka Felda dalam tempoh 8 tahun itu adalah RM90,000.00 hingga RM100,000, terbuktilah bahawa Peneroka tidak berhutang dengan Felda tetapi sebaliknya Feldalah yang berhutang dengan setiap Peneroka sebanyak RM60,000.00 hingga RM70,000.00.


Diatas kaedah ini, saya menyatakan bahawa peneroka tidak perlu membayar hutang mereka seperti yang dituntut oleh Felda, tetapi Feldalah yang kena membayar kepada peneroka-peneroka.


Tetapi jika diambil kira pendapatan yang boleh didapati oleh peneroka-peneroka dari tahun ke-4 hingga tahun ke-8 itu, sebanyak minima RM5,000.00 setiap bulan, bererti pendapatan yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka-peneroka adalah RM250,000.00. Maka jika hutang peneroka-peneroka adalah sebanyak antara RM90,000.00 hingga RM100,000.00, Felda terhutang dengan Peneroka-Peneroka sebanyak antara RM150,000.00 hingga RM160,000.00.


Justeru kerana itu Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal menasihatkan peneroka-peneroka tidak menjelaskan hutang yang dituntut oleh Felda kerana sesungguhnya Feldalah yang berhutang dengan peneroka; disamping itu pula proses rundingan hendaklah dibukakan oleh Felda supaya Felda mengembalikan semula wang lebihan hutang itu kepada peneroka-peneroka, dan sekiranya Felda enggan berunding, maka peneroka-peneroka hendaklah memulakan proses saman terhadap Felda.


Selepas majjlis dialog itu, Sdr Rosli mengajak saya pergi ke Bandar Jengka Pusat untuk menjamu selera disana.









Pekan Kuala Krau diserangi burung layang-layang

Posted: 02 Nov 2011 05:58 PM PDT




Dengan tiba-tiba pekan Kuala Krau diserangi oleh Burung Layang-Layang. Bukan main kotor pekan ini, kenderaan yang diparkir akan dipenuhi dengan tahi dari burung ini. Dan tahi burung ini bukan senang mahu dihilangkan walaupun dibasuh dengan sabun dan lain-lain detergent.

Dulu sehingga berdekad-dekad Bandar Mentakab diserang oleh Burung ini, tetapi kini burung ini sudah beralih ke Kuala Krau.

Peliknya, di waktu siang hari, tidak kelihatan burung layang-layang ini, tetapi apabila masuk sahaja Maghrib, ratusan ribu burung ini akan berterbangan di ruang angkasa Kuala Krau dan kemudian menenggek di wayar-wayar elektrik dan talipon. Sungguh mengotorkan!

Sejak tahun 1975 tiada apa-apa perubahan kepada Kg Berdut - Aliayasak

Posted: 02 Nov 2011 04:38 PM PDT

Di akhir perjumpaan bersama anggota-anggota PKR Kampong Berdut, Kuala Krau, Haji Suhaimi Said memimpin mereka untuk melaungkan REFORMASI, Bek Meh Hek Jinjoung ramai-ramai dan laungkan Reformasi.
Haji Suhaimi Said menerangkan tugas-tugas PACABA kepada anggota-anggota PKR Ranting Berdut dan tugas sukarelawan semasa menghadapi Pilihanraya nanti.
Anggota-anggota PKR Kg Beredut sedang menuju ke rumah Taklib untuk mendengar taklimat Pilihanraya.
Wanita PKR Kuala Krau juga sedang sibuk mengagih-agihkan makanan kepada hadirin
Ahmad Abu, Ketua PKR Ranting Beredut sedang berucap, dan didalam ucapannya beliau menekankan betapa pentingnya penduduk kampong Beredut berubah. Mereka hidup didalam kesusahan dan kemiskinan dari dulu lagi. Dan kini semua tanah di kampong mereka telah dirampas oleh Kerajaan dan kampong mereka kini diwartakan sebagai Tanah Rezab Perhilitan sedangkan mereka sudah berada di kampong itu sejak nenek moyang mereka lagi. Ahmad menyatakan bahawa hampir 80% penduduk kampong tersebut adalah kini anggota PKR dan beliau berharap didalam Pilihanraya akan datang lebih ramai lagi penduduk kampong itu menyertai PKR.

Sdr Aliayasak Idris, AJK PKR Cabang Kuala Krau sedang berucap. Didalam ucapannya beliau menyatakan bahawa sejak tahun 1975 lagi beliau sentiasa datang ke kampong Beredut dan masa itu sama-sama mencari labi-labi, tenggilin dan katak bersama-sama dengan penduduk kampong itu. Dulu harga katak adalah RM18 sekilo tetapi kini harga katak sudah naik hingga RM40.00 sekilo tetapi katak sudah amat sukar dijumpai.

Beliau ramai kawan-kawan di kampong Berdut, dan sejak tahun 1975 beliau tidak nampak sebarang perubahan di kampong itu. Rumah-rumah orang Kg Beredut adalah diperbuat daripada bahan-bahan hutan dari kulit kayu, buluh dan daun-daunan. Dari dulu hingga sekarang keadaan ini tidak berubah.

Sebelum kemasukan Parti Keadilan Rakyat ke Kampong Beredut jalan masuk ke kampong itu dari Kg Rekoh dan Felda Jenderak Selatan adalah jalan tanah yang sukar dilalui oleh sebarang kenderaan. Sukar kanak-kanak sekolah dari kampong ini untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan di Felda Jenderak Selatan.

Tetapi apabila PKR memasuki kampong ini dan membuat desakan demi desakan kepada pihak berkuasa, jalan ke kampong ini sudah di tar sejak hampir setahun yang lalu. Tetap jalan tar yang begitu nipis dengan dilanyak oleh lori yang mengangkut Buah Sawit milik peneroka Felda Jenderak Selatan, jalan itu sudah rosak.

Ladang kelapa sawit yang ada di sekeliling kampong itu adalah dulunya tanah milik Orang Asal, tetapi apabila Felda dibuka di Jenderak Selatan tanah itu sudah menjadi milik peneroka Felda, manakala tanah kampong itu pula sudah diwartakan sebagai Rezab Perhilitan.

Sdr Aliayasak menyatakan bahawa jika Orang Asal kampong itu diberikan tanah minima 5 ekar seorang mereka boleh menanam getah atau sawit. Mereka boleh merubah kehidupan mereka, dan mereka boleh mendirikan rumah tersusun.

Sejak dua-tiga bulan yang lalu air sudah dimasukkan ke kampong ini, tetapi bekalan elektrik masih tiada.

Beliau menyeru penduduk supaya memberikan undi kepada PKR didalam PRU-13 ini supaya perubahan dapat dibuat kepada kampong tersebut.
Kanak-kanak pun tidak melepas peluang untuk turut hadir, dan golongan mereka ini telah melaungkan Reformasi dengan kuatnya dan sehingga selepas perjumpaan itu mereka masih melaungkan REFORMASI.

Ahmad Abu, Ketua PKR Ranting Kg Beredut.
Aliayasak sedang berucap.
Indahnya bungalo ini!
Inilah "kesenangan" yang disediakan oleh UMNO selama 54 tahun!
Kalau UMNO masih memerintah Pahang kedudukan dan nasib penduduk kampong ini tidak akan berubah!
Diantara bungalo "mewah" di kampong ini tetapi pemimpin-pemimpin UMNO menyatakan bahawa nasib Orang Asal sudah terbela. Shit!
Ini rumah Sdr Darus, lihatlah sendiri keadaannya!
Rumah Taklib ini merupakan terbaik di kampong ini.
Adoih, apalah nasib yang menimpa Orang Asal, penduduk utama yang mula-mula mendiami Negara ini tetapi kehidupan mereka amatlah dhaif.
Dinding dari kulit dan buluh

Saya sempat bergambar dengan penduduk



Makcik ini sudah lama tidak keluar dari rumah kerana sakit

Apabila orang UMNO melihat rumah seumpama ini mereka akan berkata "alangkah seronoknya kalau dapat tinggal di rumah seperti ini", kepala hotak mereka!
Alangkah damainya Kg Beredut ini!

Didalam perjumpaan PKR Cabang Kuala Krau dan PKR Ranting Kg Beredut pada 2hb November 2011, seramai 8 orang PACABA telah dilantik dan 20 orang Sukarelawan. Para sukarelawan akan bertugas mulai dari sekarang dengan menebang pokok-pokok buluh untuk keperluan memasang bendera PKR.

Mereka yang dipilih tersebut akan menghadiri Kursus Pilihanraya yang akan diadakan oleh PKR Cabang Kuala Krau pada 13hb November 2011 di markas PKR Ranting Kg Penderas, Sdr Zaidi Ahmad, Pengarah JPRN Pahang akan memberikan kursus.

Tiada ulasan: