Selasa, 18 Oktober 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Rais jangan guna SKMM sebagai polis peribadi

Posted: 18 Oct 2011 12:55 AM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Okt: Datuk Seri Rais Yatim diharap tidak menggunakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai polis peribadinya semata-mata untuk membuktikan beliau masih lagi relevan.

Ketika menyatakan harapan tersebut kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar) berkata, rakyat tidak ingin melihat mana-mana kementerian atau institusi kerajaan digunakan untuk membodek Perdana Menteri atau membuktikan kononnya seseorang itu masih lagi relevan.

Mengulas tindakan SKMM menyiasat pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, dipercayai ekoran reaksi pensayarah itu terhadap tindakan Sultan Selangor baru-baru ini, Salahuddin berharap tindakan itu dihentikan serta merta.

"Tindakan itu dilihat umum sebagai penyalahgunaan kuasa yang sangat ketara dan pencabulan kebebasan bersuara yang memalukan negara.

"Ia mesti dihentikan serta merta kerana ia bukan sahaja pencabulan kebebasan bersuara malah pencabulan serta penghinaan terhadap kebebasan akademik," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Dr Abdul Aziz, kata Salahuddin, bercakap berdasarkan ilmu dan kelayakan akademiknya dan tindakan SKMM menyiasatnya tanpa menyatakan kepada umum kesalahan beliau di sisi undang-undang adalah tindakan yang dilihat rakyat sebagai menjijikkan.

Beliau juga mempersoalkan adalah SKMM mahu mewujudkan 'profesor kangkung' yang bercakap melalui TV dan media tanpa mengikut fakta sebenar semata-mata mengampu pemerintah.

Sebelum itu, walaupun mendakwa kenyataan Dr Abdul Aziz kurang ajar, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau tidak tahu adakah pensyarah itu melanggar undang-undang atau tidak.

"Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar," Bernama memetik Dr Mahathir berkata.

Setakat ini, kata Salahuddin, tidak ada mana-mana pihak berwibawa yang secara jelas dan terus terang menyatakan Dr Abdul Aziz melanggar mana-mana peruntukan undang-undang kerana kenyataannya itu.

"Yang ada hanyalah histeria dan gelagat tidak tentu arah dan melucukan dari mereka yang hendak membodek atau mereka yang sudah jenuh dilihat umum sebagai gila-gila," kata beliau.

Dr Abdul Aziz sebelum itu menyifatkan tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukanlah suatu tindakan yang lazim.

Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.



Sumber: Harakahdaily

Siasat pendatang asing bebas dapat IC

Posted: 18 Oct 2011 12:53 AM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, didesak menubuhkan satu badan penyiasat atau jawatankuasa bebas bagi menyiasat kejadian warganegara asing didakwa diberikan IC dengan mudah yang berlaku di Istana Dugang Country Resort, Sepang, Selangor pada 11 dan 12 Oktober lalu.

Bagi tujuan itu, semua pihak terbabit mesti dipanggil termasuk pengusaha Istana Dugang Country Resort, penganjur program, warga asing terbabit, pemandu bas, Pemuda PAS dan pihak polis.

Dewan Pemuda PAS Malaysia dalam desakannya berkata, bagaimanapun pihaknya mahu satu jaminan bahawa semua pihak diberi kebebasan untuk memberikan keterangan kepada jawatankuasa bebas itu bukannya dipaksa menyatakan sesuatu yang tidak benar.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan agensi yang berkaitan dengan permohonan kewarganegaraan tidak perlu terlibat dalam jawatankuasa tersebut.

Menurut beliau, desakan agar ditubuhkan jawatankuasa tersebut dibuat berikutan kejadian 240 orang warga asing yang telah berkumpul di Istana Dugang Country Resort pada 12 Oktober lalu sehingga menimbulkan kecurigaan kepada Pemuda PAS berhubung beberapa perkara.

Katanya, kecurigaan pertama timbul ekoran kenyataan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman bahawa warga asing yang berkubu di resort itu bertujuan untuk kursus keusahawanan adalah tidak konsisten dengan bukti dan keterangan saksi.

"Antara keterangan yang diperolehi adalah pertama tiada sebarang kursus pun diadakan dalam tempoh 5 jam tersebut dan resort itu. Malah warga asing itu hanya mundar mandir dalam resort tersebut. Ini telah disahkan oleh petugas-petugas Pemuda PAS yang berada di lokasi kejadian," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Kecurigaan kedua, menurut beliau, tiada ekonomik suatu kursus dalam tempoh masa hanya 5 jam dengan jarak 800 KM pergi dan balik dari Johor Baharu ke Putrajaya untuk melatih 240 orang warga asing.

Katanya, ketiga, apakah keperluan untuk mengadakan kursus keusahawanan kepada warga asing yang tidak dibenarkan berniaga dalam negara ini.

"Justeru, pihak polis seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam kejadian yang berlaku itu," katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.

Katanya, menurut saksi kejadian, terdapat ikrar yang telah dibacakan tanpa menggunakan mikrofon dalam bas yang memberi maksud bahawa kad pengenalan biru akan diberikan kepada warga asing itu dengan diminta mengundi parti kerajaan yang memerintah.

"Menurut saksi kejadian, terdapat seorang wanita yang memakai jaket JPN telah menaiki bas dari hentian Rawat & Rehat (R&R) Kulai, Johor dan telah memberi taklimat tertentu di dalam bas tanpa menggunakan microfon, tetapi tidak bersama kumpulan warga asing itu semasa di resort tersebut.

Katanya, menurut saksi kejadian, arah perjalanan warga asing itu sering berubah-berubah, apabila mulanya atas tujuan mesyuarat di Putrajaya, kemudian ada ura-ura dipecahkan di beberapa lokasi di Johor dan setelah sampai di Putrajaya, mereka berpusing-pusing di Putrajaya dan akhirnya diarahkan ke resort itu.

"Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussin seolah-olah lepas tangan dalam isu ini dengan kononnya mahu menyerahkan kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen berkaitan pilihan raya dan SPR.

"Pemuda PAS berpendapat bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen ditubuhkan untuk memperbaiki sistem perjalanan pilihanraya di negara ini, bukannya bertujuan untuk memperbaiki sistem permohonan kad pengenalan warga asing yang melibatkan JPN," tegasnya.

Menteri Dalam Negeri juga, katanya, tidak mengetahui tujuan 240 orang warga asing itu berada di resort tersebut, sedangkan Ketua Polis Daerah Sepang mengetahui tujuan mereka berada di situ.

"Ini memberi isyarat bahawa Menteri Dalam Negeri seolah-olah melindungi pihak-pihak tertentu dalam hal yang berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing bagi tujuan-tujuan tertentu," ujar beliau.


Sumber: Harakahdaily

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) Fasa 2, DUN Taman Medan

Posted: 18 Oct 2011 02:50 AM PDT

Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) Fasa 2, DUN Taman Medan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha telah melancarkan Program SEJATI Fasa 2 bagi memberi keselesaan kepada penduduk miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas di kawasan sasaran. Usaha adalah bagi menambahbaik serta meningkatkan aspek sosio-ekonomi, persekitaran fizikal, tahap kesihatan dan gaya hidup penduduk.

Fasa 2 memberi bantuan kepada kumpulan yang dikenalpasti. Hari ini, Puan Fatimah Raihan diberi sebuah tandas yang diubahsuai bagi memberi keselesaan bagi Puan Fatimah yang berkerusi roda. 14 lagi penerima bantuan ubahsuai tandas telah dikenalpasti dan kerja-kerja akan dijalankan sebelum akhir November 2011.

Pemberian kad kesihatan rawatan percuma MBPJ serta kerusi “shower” kepada adik Ravenendran yang mengalami sawan semasa kecil mengakibatkan beliau menjadi buta dan berkerusi roda, disempurnakan dalam majlis pelancaran Fasa 2.
Hadir sama, Ahli Majlis MBPJ En. Anthony Sivabalan dan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali.

Sebelum ini, Fasa 1 merupakan projek bancian yang bermula 22 sehingga 30 September sepanjang tempoh tujuh hari bekerja dibantu 15 kakitangan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Petaling Jaya.

Menurutnya, projek bancian dibawah Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) merupakan satu langkah proaktif bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turun padang mencari dan mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan.

"Fasa pertama 100 keluarga terdiri daripada golongan sasaran dari kawasan rumah kos rendah di kawasan perumahan Taman Petaling Utama, Taman Medan Jaya, Taman Maju Jaya, Pangsapuri Permai dan Taman Medan Cahaya.

"Faktor utama kawasan ini dipilih kerana mempunyai kepadatan penduduk paling ramai melibatkan pelbagai kaum dan bangsa," katanya ketika ditemui pada sidang media di ibu pejabat MBPJ.

Beliau berkata, fokus kepada usaha meningkatkan persekitaran fizikal kediaman dari segi kemudahan tandas.

"Berdasarkan maklumat diperolehi, dianggarkan sebanyak 15 buah tandas daripada kediaman yang terpilih akan dinaiktaraf `mesra OKU'," jelasnya.

Mengulas lanjut usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi, Haniza berkata skim mikro kredit MIMBAR akan memberi pinjaman kepada penduduk miskin yang mempunyai minat untuk berniaga.

Jelasnya, apa yang menarik mengenai pinjaman itu, peniaga tidak akan dikenakan cagaran, penjamin serta bayaran semula dengan kadar faedah rendah.

Selain itu, tambahnya, program latihan kemahiran juga akan disediakan kepada golongan OKU dengan bantuan daripada beberapa pertubuhan NGO.

"Bagi golongan miskin pula, latihan kemahiran dijalankan dengan kerjasama daripada agensi kerajaan seperti Giatmara, Kolej Komuniti serta NGO," ujarnya.

Beliau berkata pendekata itu sebagai usaha menyahut langkah kerajaan mengamalkan gaya hidup sihat, kemudahan taman permainan di kawasan perumahan `Mesra OKU` akan dinaiktaraf.

"Selain itu, kemudahan seperti pembinaan ramp, tactiles dan railing akan dibina di lokasi yang dikenalpasti untuk kegunaan golongan OKU.

"Ia bagi mengatasi tahap kesihatan golongan sasar, rawatan dan perkhidmatan kesihatan ditawarkan secara percuma dengan doktor dan pakar kesihatan," katanya lagi.


Celebrating White Cane Day – 15th October

Posted: 18 Oct 2011 12:52 AM PDT

Celebrating White Cane Day - 15th October

Every year since 1964, White Cane Day is celebrated all over the world in recognition to the importance of white cane as a staff of independence for blind people.

The white cane has been a symbol of a blind person’s ability to come and go on his own.

Organised by PetPositive and Friends of Kota Damansara together with MBPJ, some 30 blind and sight impaired persons celebrated the White Cane Day at the Kota Damansara Community Forest.

White canes were presented to all our blind friends and were taken for a walk in the herbal garden nearby.

I called upon the authorities and all sighted friends who are in the position of making decisions to always be sensitive of the needs of blind and disabled people. The need to go to places will require a planner to also lok from the perspective of a blind and disabled person.


Program Khas Mesra Rakyat Daerah Petaling

Posted: 18 Oct 2011 12:37 AM PDT

Program Khas Mesra Rakyat Daerah Petaling

PETALING JAYA 14 OKTOBER: Penduduk disekitar Daerah Petaling Jaya hari ini berpeluang untuk berdialog dan mengemukakan permasalahan mereka secara terus kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang turun padang bagi menyelami permasalahan rakyat dan seterusnya mencari jalan penyelesaian.

Antara masalah yang dikemukakan oleh penduduk ialah permasalahan berkenaan pajakan tanah,infrastruktur dan kemudahan awam yang turut disertai oleh Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad selaku Moderator dalam Sessi Dialog di Program Khas Mesra Rakyat (PMKR) dan Pelancaran Logo 'Selangorku' di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Paling mencuri tumpuan adalah permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara yang menghadapi pelbagai masalah terutama berkaitan kemudahan lif dan masalah bekalan air yang tidak memuaskan.

Abdul Khalid menyatakan masalah ini sudah lama dan perkara ini perlu diselesaikan dengan teratur dan segera dan meminta pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya.

Katanya, terdapat beberapa kelemahan di dalam pembinaan terdahulu yang menyebabkan masalah timbul sehingga merunsingkan pihak penduduk.

"Dahulunya PPR adalah transit dan bersifat kediaman sementara sebelum mereka mampu membeli rumah yang lebih baik. Tetapi kini sudah menjadi kediaman tetap.

"Dahulunya peralatan yang digunakan untuk membina bersifat sementara misalnya lif boleh dipakai untuk lima tahun, tapi sekarang sudah lima belas tahun. Maka lif tersebut perlu diubahsuai supaya dapat digunakan lebih lama. Begitu juga dengan paip air dan peralatan lain," katanya.

Beliau menambah, dari segi peruntukkan yang bakal dikeluarkan untuk baik pulih, perkara ini akan diteliti dan disemak sebelum ditentukan memandangkan banyak perkara yang perlu dilihat agar masalah sebegini tidak berulang.

Ujar beliau lagi, masalah ini perlu dibincangkan dengan semua pihak untuk mencari jalan penyelesaian sebelum turun bertemu sendiri dengan penduduk di sana.

Sementara itu, masalah kekesakan lalu lintas di Bulatan Templer juga turut dibangkitkan.

Chia, wakil penduduk Old Town Petaling Jaya meminta pihak kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini dengan kadar segera.

Bagi menjawab persoalan itu, Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad memaklumkan, pihaknya akan memanggil perunding dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara ini.

Beliau menambah, perkara ini akan diuruskan pada tahun hadapan.


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Lawatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak

Posted: 18 Oct 2011 04:55 PM PDT

DEMI RAKYAT

Program 1

6.00 – 7.30 mlm – Ceramah Demi Rakyat  di Parlimen Mambong  

Lokasi: No 155, Kampong Seratau, Jalan Kucing / Serian, Serian.

Program 2

8.00 – 9.00 mlm – Ceramah Demi Rakyat di Parlimen Mas Gading

Lokasi : Caguor CafĂ©, Kampong Sebuloh, 4th Mile Bau / Lundu Road, Bau

Program 3

10.00 – 11.00 mlm – Ceramah Demi Rakyat di Parlimen Santubong

Lokasi: Buntal Seafood, Kampong Buntal, Petrajaya, Kucing.

Fitnah II : Laporan Perubatan Tiada Tandatangan

Posted: 18 Oct 2011 02:54 AM PDT

Malaysiakini

Seorang pegawai penyiasat memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini beliau tidak menyiasat kenapa hanya seorang pakar bedah menandatangani laporan perubatan berhubung pemeriksaan perubatan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun dua pakar Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjalankan pemeriksaan itu pada hari Anwar ditahan pada 16 Julai, 2008.

Superintendan Judy Blacious Pereira, saksi pematahan kedua pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat Anwar berkata beliau berpendapat bahawa penyiasatan itu tidak penting kepada kes itu.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan peguam utama Anwar, Karpal Singh semasa pemeriksaan balas bahawa kedua-dua doktor, Datuk Dr S Jeyaindran dan Dr Ee Boon Leong, selepas memeriksa Anwar, sepatutnya menandatangani laporan itu untuk ia diterima sebagai eksibit dalam perbicaraan jenayah.

Saksi itu juga memberitahu mahkamah, salinan laporan yang ditandatangani oleh Dr Jeyaindran telah diserahkan kepada seorang lagi peguam bela Anwar, SN Nair, pada 24 Disember, 2009, atas permintaan peguam itu tetapi salinan kedua yang ditandatangani oleh kedua-dua pakar perubatan tidak diserahkan kepada pasukan pembelaan.

Mengenai isu lain yang dibangkitkan oleh Karpal, Supt Judy, yang kini bertugas di bahagian perundangan dan pendakwaan di Ibu Pejabat Polis Persekutuan (Bukit Aman), menegaskan salinan yang diserahkan kepada Nair dicap dengan perkataan “sulit”.

Semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Judy memberitahu mahkamah yang beliau membawa Anwar, diiringi peguamnya R Sivarasa, ke HKL pada kira-kira 8.30 malam, 16 Julai, 2008.

Beliau juga memberitahu mahkamah yang beliau menyerahkan dua dokumen kepada doktor berkenaan — satu dikenali sebagai Pol 59 (permohonan untuk mengambil sampel) serta surat permohonan untuk melakukan pemeriksaan fizikal ke atas Anwar.

Sementara itu, Dr Jeyaindran, saksi pematahan keempat, memberitahu mahkamah bahawa selain pemeriksaan fizikal, polis juga memintanya dan Dr Ee mengambil sampel calitan pada badan dan sampel darah daripada Anwar untuk menyiapkan penyiasatan mereka.

Dr Jeyaindran berkata beliau telah menjelaskan kepada Anwar tujuan pemeriksaan perubatan itu.

Pada ketika itu, Karpal mencelah dan memohon Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah untuk meneruskan keterangan itu secara tertutup.

Fitnah II: Empat Saksi Pendakwa Gagal Cabar Keterangan Pakar

Posted: 18 Oct 2011 12:42 AM PDT

Keadilan Daily

Empat saksi balas yang dikemukakan pendakwaraya hari ini gagal mencabar keterangan pakar tulang belakang yang merawat kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur  mendengar keterangan Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Dr Zaninah Mohd Zin, pegawai penyiasat ASP Jude Pereira, Sarjan Ahmad Abdullah dan pakar runding HKL Dr Jayaindran Sinadorai.

Mereka dipanggil pendakwa untuk mencabar keterangan saksi ketujuh peguam bela, Dr Thomas Hoogland bahawa Anwar tidak mungkin meliwat pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran kecederaan tulang belakang yang dialaminya.
Keterangan Dr Zaninah, Jude Pereira dan Sarjan Ahmad Abdullah dibuat secara terbuka manakala Dr Jayaindran pula menerusi rakaman kamera.

Dr Hoogland sebelum ini berkata, Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan itu terhadap Saiful akibat stenosis leher, artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu.
Beliau yang menjalankan pembedahan terhadap Anwar di Munich Jerman pada 2004 berkata, Anwar akan berhadapan dengan kesakitan yang teruk jika beliau berada dalam posisi membongkok dan berlutut.

Hari ini, tiga saksi iaitu Dr Zaninah, Jude pereira dan Sarjan Ahmad Abdullah turut memberi keterangan berhubung salinan laporan perubatan bertarikh 16 Julai 2008.

Mahkamah diberitahu terdapat dua laporan perubatan iaitu yang pertama ditandatangani Dr Jayaindran dan kedua ditandatangani bersama oleh doktor Hospital Kuala Lumpur, Dr Ee Boon Leong.

"Bukti ini tidak boleh menyangkal keterangan Dr Thomas Hoogland. Ia tidak mencabar penilaian Hoogland," kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita selepas mahkamah ditangguhkan.
Ketika ditanya mengenai butiran rakaman Dr Jayaindran yang dibuat menerusi rakaman kamera, Sankara enggan mengulas mengenainya.

"Saya tidak boleh kata banyak sebab sesi dijalankan menggunakan kamera. Tetapi, apa yang boleh saya katakan sekarang ialah bukti dikemukakan hari ini tidak boleh sangkal Hoogland," kata Sankara.

REFSA: Hutang Negara Mungkin Cecah RM1 Trillion

Posted: 17 Oct 2011 10:01 PM PDT

Malaysiakini

Sekiranya hutang kerajaan persekutuan berkembang pada kadar RM50 bilion setahun, ia boleh mencecah RM1 trilion menjelang tahun 2020, kata badan pemikir bebas Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (REFSA).

Senario yang menggerunkan itu dikemukakan semasa kajian REFSA mengenai Bajet 2012, yang memberi amaran bahawa impian menuju Wawasan 2020 boleh “berkecai” melainkan jika kerajaan berhemah dalam perbelanjaan kewangannya.

Defisit semasa negara berada pada RM437 bilion, yang menurut REFSA adalahlebih dua kali ganda bajet defisit RM217 bilion yang dilaporkan pada tahun 2004.

“Dengan kata lain, kerajaan telah menambahkan lebih banyak hutang pada enam setengah yang  lalu sejak tahun 2004 berbanding dengan 47 tahun selepas Merdeka,” petik laporannya itu.

Antara tahun 2007 dan 2011, defisit berkembang secara purata pada kadar kira-kira RM34 bilion setiap tahun.

Tetapi dengan andaian, defisit akan meningkatkan hutang tambahan sebanyak RM50 bilion setahun, Malaysia boleh menjangkakan jumlah hutang negara naik dua kali ganda lagi pada tahun 2020 menjadi RM1 trilion.

“Ini adalah 1 dengan 12 sifar di belakang – RM1, 000000000000,” petik laporan itu.

Dengan mengandaikan kadar faedah sebanyak lima peratus setahun, laporan REFSA berkata, bayaran faedah sahaja akan menjadi RM50 bilion setahun.

“Ia adalah hampir keseluruhan kos projek MRT. Kami belum lagi memikirkan tentang bayaran balik hutang itu lagi, “kata laporan itu lagi.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jika Awaluddin calon MB N.Sembilan, susah PR

Posted: 18 Oct 2011 07:05 AM PDT



Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan tidak seharusnya leka dengan perebutan calon untuk menjadi Menteri Besar di kalangan pemimpin Umno di negeri ini. Pimpinan, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat haruslah sentiasa menumpukan masalah rakyat di negeri ini. Siapa saja yang menjadi calon MB untuk Umno di Negeri Sembilan ini, sama saja.

Akan tetapi jika seorang ini dicalonkan menjadi MB N.Sembilan sudah pasti Pakatan Rakyat harus berusaha dua kali ganda lagi untuk menerajui N.Sembilan. Ini adalah kerana jika pusat memilih seorang nama yang tidak disebut-sebut , malahan dalam borak kedai kopi di internet pun nama ini tidak naik, maka ini akan menjadi ancaman besar kepada Pakatan Rakyat.

Nama tersebut ialah Dato' Dr. Awaluddin Said ADUN Kota, yang nama beliau tidak terlintas pun naik untuk menjadi MB.

Jadi Pakatan Rakyat jangan leka dengan isu perbalahan Umno.

Tumpu dan fokus ke arah gerak kerja pilihanraya mulai sekarang untuk membuka minda rakyat.

Umno gaduh sesama di N.Sembilan, salahkan PKR PAS pula

Posted: 18 Oct 2011 06:41 AM PDT



Ini apa cerita ni, kecoh dalam blog penyokong Umno mengenai masalah ketidakserasian antara pimpinan Umno di N.Sembilan, dijelaskan lagi semasa kunjungan Muhyiddin ke N.Sembilan pada 15 Oktober 2011 yang lalu, tiba-tiba nak salahkan penyokong PAS dan PKR pula , kain rentang gambar Mohamad Hasan kena koyak.

Blog penyokong Pakatan Rakyat tak kisah pun mengenai masalah dalaman pemimpin dan penyokong Umno di N.Sembilan ini, lantak kaulah. Blog penyokong Pakatan Rakyat khususnya http://amkns.blogspot.com/ hanya menumpukan isu rakyat, masalah rakyat yang semakin mencengkam sekarang ini, antaranya kenaikan tarif air dan elektrik, kenaikan harga barangan, masalah pengangguran, masalah jenayah, perumahan terbengkalai dan macam-macam masalah rakyat yang bukan menjadi tajuk utama media kerajaan sekarang ini.

Isu perbalahan pimpinan Umno, siapa harus dicalonkan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan , tidak banyak membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Isu seperti ini hanya melekakan penyokong Pakatan Rakyat.

Jadi kenapa bila , kain rentang Mohamad Hasan dikoyakkan terus nak tuduh penyokong PAS dan PKR? Yang keluar gambar tersebut dalam blog penyokong Umno atau PAS dan PKR? Cuba tengok balik gambar yang dipaparkan dalam blog penyokong Umno di http://n9kini.net/?p=1963 . Cuba tanya, kenapa mulut Mohamad Hasan dipangkah, tetapi tidak mulut Muhyiddin?

Kenapa sebelum ini banyak kain rentang Mohamad Hasan terpampang seluruh N.Sembilan, tak ada satu pun disabotaj?

Kenapa penyokong Umno sendiri menulis artikel tidak puas hati kepada penganjur program tersebut yang mengenepikan Dato Ishak sebagai Ketua Umno Bahagian Seremban, sedangkan Muhyiddin datang ke Seremban seperti laporan di blog pro Umno di http://paneh.blogspot.com/2011/10/terima-kasih-tapi.html atau http://moklan.blogspot.com/2011/10/terima-kasih-diucapkan-tetapi.html

Kepada penyokong , ahli dan pimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, tak perlu layanlah masalah dalaman Umno di N.Sembilan. Tak ada untungnya kepada Pakatan Rakyat dan rakyat secara keseluruhannya.

Kita cuma bangkitkan, kalau ada perbalahan sesama anda Umno, N.Sembilan, pandai-pandailah selesai sendiri, jangan pula pandai-pandai nak salahkan orang lain.

Servis keretapi bawah kerajaan BN makin teruk

Posted: 18 Oct 2011 01:01 AM PDT



Mutu perkhidmatan KTM sangat teruk
18 Okt 2011

Saya ingin menarik perhatian pihak Aduan Rakyat berkenaan dengan perkhidmatan KTM yang semakin teruk hari demi hari. Selepas seseorang membuat aduan, perkhidmatan KTM dilihat mengalami perubahan namun setelah beberapa ketika, kami dapati perkhidmatan semakin tidak memuaskan hati ramai pihak.

Tren pada waktu pagi dan petang di mana waktu orang ramai bertumpu kepada KTM selalu ditunda dan menyebabkan orang semakin bersesak akibat menunggu. Hal ini telah mengakibatkan orang akan berusaha masuk ke dalam tren apabila tren sampai dan berlakulah pertengkaran dan orang ramai berhimpit dalam keadaan paling sesak.

Keadaan ini menyulitkan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan ini pada setiap hari.

Saya pernah melihat seorang warga negara asing hanya menggelengkan kepala apabila melihat keadaan ini dan sempat mengambil gambar, mungkin untuk menunjukkan kepada warga negara lain.

Saya wakil suara rakyat yang lain merayu pihak bertanggungjawab agar segera membuat tindakan susulan dan memperbaiki mutu perkhidmatan KTM. Bagaimana untuk kita mempromosi perkhidmatan awam negara kita sedangkan mutu perkhidmatan masih dikategorikan sebagai teruk?

Terima kasih kepada pihak yang prihatin. Sekian.

By: nad

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/mutu-perkhidmatan-ktm-sangat-teruk

Maksiat makin berleluasa di N.Sembilan

Posted: 18 Oct 2011 01:00 AM PDT


Maksiat berleluasa di Kolej Lagenda
18 Okt 2011

Saya pernah memasuki ke kawasan asrama untuk menghantar saudara saya pulang ke situ dan berasa amat terkejut apabila melihat anak-anak muda, lelaki mahupun perempuan bebas untuk keluar masuk ke dalam rumah orang lain terutamanya rumah yang berlainan jantina.

Malahan saya juga diberitahu bahawa terdapat pelajar lelaki yang bermalam bersama, tinggal bersama pelajar perempuan ataupun sebaliknya tanpa sebarang ikatan yang sah.

Oleh kerana tiada sekatan atau larangan, ramai yang makin berani melakukannya. Ramai juga yang mengambil langkah untuk tidak ambil peduli dan malas untuk masuk campur seterusnya mendiamkan diri.

Pihak keselamatan hanya menjaga dan bertugas di hadapan pintu pagar sahaja. Sepatutnya hostel lelaki dan perempuan perlu di asingkan dan dipagar bagi mengelakkan kejadian maksiat seperti ini berlaku dan perlu ada kawalan yang tegas kerana negara ini merupakan negara yang berlandaskan syariat Islam.

Saya amat terkilan dengan pihak pengurusan Kolej Lagenda kerana boleh terlepas pandang akan perkara ini dan menganggap perkara sebegini amat remeh.

Saya juga berharap selepas ini jabatan agama akan mengambil tindakan sepatutnya bagi mengekang masalah ini seperti melakukan rondaan dan spot-check di rumah-rumah pelajar ini.

Saya juga hairan kenapa ibu bapa pelajar tidak mengendahkan perkara ini. Semoga tindakan lanjut di lakukan secepat mungkin oleh pihak pengurusan kolej dan juga jabatan agama Islam.

sekian.
By: anonymous

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/maksiat-berleluasa-di-kolej-lagenda


MB N.Sembilan tak hirau mangsa rumah terbengkalai

Posted: 18 Oct 2011 12:59 AM PDT



Rumah terbengkalai oleh Syarikat Perpaduan Heights
18 Okt 2011

Saya telah membeli sebuah rumah teres setingkat yang dimajukan oleh Syarikat Perpaduan Heights Mukim Pilah Kuala Pilah Negeri Sembilan pada tahun 2002 dan sepatutnya siap 2003 sebanyak 152 unit Rumah Teres Setingkat dan Rumah Kos Rendah 2 Tingkat 119 unit . Rumah telah terbengkalai , saya telah membayar pinjaman sebanyak RM 432.00 setiap bulan hingga sekarang.

Setiap tahun juga saya terpaksa membayar cukai tanah di Pejabat Daerah Kuala Pilah hingga sekarang.

Saya juga telah membuat aduan kepada Yang Berhormat Menteri Besar , Pejabat Tanah Kuala Pilah , Pihak Pemaju dan Pihak TV 3 juga telah datang ke perumahan tersebut.

Pihak berkenaan berjanji akan memberi ganti perumahan lain untuk kami memandangkan Projek Perumahan itu dihentikan berbahaya di lereng bukit.

Semasa pembelian saya tidak tahu kedudukan rumah tersebut hanya diberitahu rakan dan melihat melalui gambar dari pihak pemaju perumahan di Johor Bahru kerana saya bertugas di Johor Bahru.

Masalah ini patut dapat di atasi segera kerana setiap kali belanjawan ada disebut masalah rumah terbengkalai akan diambil berat seperti juga tahun 2011 dan memandangkan pilihanraya hampir tiba , saya , kami berharap masalah perumahan terbengkalai ini dapat disiapkan dan memberi penempatan baru kepada kami .

Juga saya memang amat memerlukan tempat tinggal kerana 2014 akan bersara tiada tempat tinggal selepas persaraan . Kesiannilah saya yang terania dan selepas bersara tidak akan menyewa rumah pula.

Sekian , terima kasih .

Harap mendapat pembelaan dan berita gembira belanjawan 2011 dan sebelum pilihanraya menjadi kenyataan dan ditunaikan.

By: NOR MALA

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-oleh-syarikat-perpaduan-heights

Saksikan dan baca sendiri begitu banyak projek perumahaan terbengkalai seluruh Malaysia yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Umno/BN http://terbengkalai.blogspot.com/

Warga Felda hidup senang lenang, rumah macam istana

Posted: 18 Oct 2011 12:25 AM PDT



Untung sungguh warga Felda ketika ini. Banyak nikmat kerajaan BN beri pada mereka. Mereka ada kelab bolasepak Felda United yang berjaya sampai ke suku akhir Piala Malaysia 2011. Tak lama lagi disenaraikan di BSKL. Dah tu, rumah mereka pula macam istana.

Tak percaya tengok sendiri rumah pakcik Ramlan Osman dan makcik Siti Raefah Ishak dari Felda Bukit Jalor di Negeri Sembilan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/07/felda-tak-bankrap-tak-caya-tanya-makcik.html

Rumah Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad pun tak macam rumah pasangan bahagia di atas.

Kerajaan Malaysia tindas, zalimi saintis Melayu

Posted: 17 Oct 2011 10:54 PM PDT



Yazid Sufaat seorang saintis Melayu yang begitu bijak adalah merupakan anak jati negeri Johor. Beliau pelajar yang paling cemerlang semasa di RMC atau Maktab Tentera Diraja. Beliau telah berkhidmat dalam tentera dan menjalankan penyelidikan yang menelan belanja yang tinggi untuk kepentingan negara.

Inikah balasannya seorang pejuang bangsa, saintis Islam, saintis Melayu bekas tentera yang bijaksana? Harta beliau yang bernilai RM8 juta ketika ini dibekukan. Malahan beliau TIDAK DIBENARKAN MENUNAIKAN HAJI KERANA HARAM BAGINYA UNTUK ADA PASPOT ANTARABANGSA.

Nampaknya warganegara asing, pendatang asing lebih bertuah di bumi Malaysia !

Kepada yang menyertai Himpunan Sejuta Umat, cuba tengok , cuba baca kisah Yazid Sufaat di bawah ini.

Free from ISA, but still in shackles
S Rutra October 18, 2011

Bio-chemist Yazid Suffat, who was arrested for allegedly harbouring terrorists linked to the Sept 11 attack, believes that he was held for his expertise.

INTERVIEW

KUALA LUMPUR: Former Internal Security Act (ISA) detainee Yazid Suffat may be physically free but he still remains in shackles.

"Mentally, I'm not a free man to do whatever I wish to do with my life like any other ordinary citizen of this country," he told FMT.

"Even my assets worth more than RM8 million are still frozen and unofficially I am not allowed to travel abroad even if I want to perform my haj," he added.

Yazid also said he had some reservations regarding the recent announcement by Prime Minister Najib Tun Razak to repeal the ISA.

"We are still in the dark as to what kind of laws will replace the ISA, but as a Muslim, I always believe that all the laws against the syariah law should be repealed.

"Most ISA detainees are still subjected to various forms of unofficial restrictions and our movements are watched by special branch officers and we are not enjoying total freedom," he added.

Asked if he had made an attempt to secure a passport, Yazid, who hails from Johor, dismissed it as a waste of time.

"They (the Immigration Department) won't issue the passport to me or de-freeze my assets as I am convinced that I was punished for my 'expertise' and not because of my alleged links to terrorists behind the 9/11 attack," he said.

'I was shocked when arrested'

The 47-year-old bio-chemist still maintains that he had no knowledge of the terrorists who allegedly stayed in an apartment owned by him.

He was detained on Dec 9, 2001 after returning from Afghanistan. He was accused of harbouring terrorists Khalid Al-Midhar and Nawaf Al-Hazmi.

Speaking about his arrest, Yazid claimed that some of his friends from Johor and Kelantan had approached him to use the apartment.

"I was shocked when special branch officers arrested me for allegedly harbouring terrorists," he said, adding that he strongly believes that his arrest was related to his research on biological weapons.

"Probably they were worried that some of the Islamic countries which I frequented might seek my expertise," added Yazid, who is now a businessman.

Yazid said that since his release three years ago, he is still in the process of rebuilding his life and is focused on his children's education and helping his wife run her catering business.

Asked if he would take legal action over his detention, he replied: "No amount of money would replace the time and suffering I went through."

Yazid revealed that his wife was also restricted from leaving Kuala Lumpur during his seven-year detention.

"I also stopped lecturing at an international Islamic school after a parent complained to the school administrator about my background," he said, visibly upset.

"I love this country very much and until today I strongly believe that I can contribute to this nation and its people for spending substantial amount money in supporting my tertiary education in the US," he added.

Tasked with 'special project'

Yazid said that he received a Public Service Department (PSD) scholarship after emerging as one of the top students in the Royal Military College (RMC) in 1982.

He graduated from the California State University in 1987 and upon his return, was attached to the Ministry of Defence with the rank of captain.

Yazid said that he was tasked with a "special project" to research biological weapons, but the project was scraped within three years and no reason was given for this.

"The government spent so much money for people like me to acquire the knowledge but within a short period of time they decided to dump me," he said, refusing to reveal the nature of the project.

Following this, Yazid set up his own laboratories and employed some 100 people prior to his arrest.

"Within six to seven years, the labs showed good progress and even attracted the interest of foreign parties," he said, adding that he travelled to Iran, Pakistan and Afghanistan to share his expertise.

"I strongly believe that I was detained because of my visits to these countries and my knowledge. Even during my interrogation, they (the police) repeatedly raised this matter.

"But I told them that there is nothing wrong with sharing knowledge with fellow brothers in Muslim countries," he added.

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/10/18/free-from-isa-but-still-in-shackles/

Kolej di N.Sembilan sarang pengganas dari Afrika?

Posted: 17 Oct 2011 08:32 PM PDT



Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar. Berita terakhir yang kami dengar Kolej …. telah membawa masuk lebih 200 bekas banduan yang juga bekas pengganas yang tahu menggunakan senjata serta tahu untuk membuat senjata api daripada …..

Kolej sarang penjenayah?
Utusan Malaysia 18 Okt 2011

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar.

Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya.

Malah, terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dokumen mereka lebih daripada sekali, meskipun tidak pernah hadir kelas dan disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah seperti dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram.

Kegiatan lima buah kolej swasta di ibu negara itu yang seolah-olah melindungi pelajar asing tersebut terbongkar apabila ia dikesan Jabatan Imigresen ketika membuat permohonan memperbaharui dokumen pelajar masing-masing.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin
16 Okt 2011

Lebih 5000 Pelajar Afrika Biadab Kolej Legenda Mengganggu dan Meresahkan Warga Mantin, Negeri Sembilan

Para pelajar ini benar-benar tidak beradab, mereka memandu dengan sangat laju walaupun berada di kawasan perumahan dengan tidak menghiraukan keselamatan penduduk setempat, mabuk dan minum arak sesuka hati mereka, membawa masuk pelacur dan banyak mengacau anak dara tempatan, memasang muzik kuat-kuat pada pukul 2-3 pagi, menyumpah seranah dengan kata-kata kesat,kencing merata-rata dan membuang sampah merata-rata yang menyebabkan bau busuk.

Di Kondo kami sendiri beratus pelajar Afrika yang tinggal di kondo ini telah membawa banyak masalah, berkali- kali aduan sudah kami hantar baik ke Balai Polis Mantin dan pihak pengurusan Kolej Legenda tapi mereka buat tidak endah.

BERITA TERAKHIR YANG KAMI DENGAR KOLEJ LEGENDA TELAH MEMBAWA MASUK LEBIH 200 BEKAS BANDUAN YANG JUGA BEKAS PENGGANAS YANG TAHU MENGGUNAKAN SENJATA SERTA TAHU UNTUK MEMBUAT SENJATA API DARIPADA NIGERIA (YANG KESEMUANYA MEMILIKI MASALAH SOSIAL) KE NEGARA INI DAN MAKNANYA KE KE DAERAH KAMI.

Artikel penuh di http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-afrika-kolej-legenda-mengganggu-warga-mantin

'Mereka bersikap biadab'

SEREMBAN - Disebabkan perangai biadab segelintir pelajar Afrika beberapa pelajar tempatan berasa tidak puas hati sehingga tercetus pergaduhan.

Demikian dakwa seorang pelajar perempuan kolej swasta dekat Mantin, di sini yang mahu dikenali Mira berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di luar kediaman kolej tersebut bermula pukul 9.30 malam dan 2.30 pagi kelmarin.

Penuntut Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan sudah dua tahun menetap di asrama kolej itu berkata, antara perangai biadab yang kurang disenangi termasuklah suka memandu laju dan mengganggu pelajar lain.

"Tidak semua pelajar negara asing itu berperangai sedemikian kerana terdapat dua kumpulan Afrika di kolej itu, bagi yang beragama Islam mereka lebih beradab dan membuat hal masing-masing dan tidak menganggu pelajar.

"Tetapi kumpulan yang satu lagi, dilihat macam kumpulan samseng berjalan dalam kumpulan yang ramai dan suka kacau pelajar perempuan selepas kuliah, inilah yang membuat pelajar berasa tidak senang.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0601&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Kecoh pelajar Afrika diserang

SEREMBAN - Huru-hara sebuah flat yang didiami sekumpulan pelajar Afrika dari sebuah kolej swasta di Mantin dekat sini apabila mereka diserang sekumpulan kira-kira 100 pelajar kolej sama dan turut disertai penduduk di taman perumahan berdekatan.

http://kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm