Selasa, 18 Oktober 2011

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) Fasa 2, DUN Taman Medan

Posted: 18 Oct 2011 02:50 AM PDT

Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) Fasa 2, DUN Taman Medan

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan, Haniza Talha telah melancarkan Program SEJATI Fasa 2 bagi memberi keselesaan kepada penduduk miskin, orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas di kawasan sasaran. Usaha adalah bagi menambahbaik serta meningkatkan aspek sosio-ekonomi, persekitaran fizikal, tahap kesihatan dan gaya hidup penduduk.

Fasa 2 memberi bantuan kepada kumpulan yang dikenalpasti. Hari ini, Puan Fatimah Raihan diberi sebuah tandas yang diubahsuai bagi memberi keselesaan bagi Puan Fatimah yang berkerusi roda. 14 lagi penerima bantuan ubahsuai tandas telah dikenalpasti dan kerja-kerja akan dijalankan sebelum akhir November 2011.

Pemberian kad kesihatan rawatan percuma MBPJ serta kerusi “shower” kepada adik Ravenendran yang mengalami sawan semasa kecil mengakibatkan beliau menjadi buta dan berkerusi roda, disempurnakan dalam majlis pelancaran Fasa 2.
Hadir sama, Ahli Majlis MBPJ En. Anthony Sivabalan dan Pengarah Jabatan Perancangan Pembangunan MBPJ, Sharipah Marhaini Syed Ali.

Sebelum ini, Fasa 1 merupakan projek bancian yang bermula 22 sehingga 30 September sepanjang tempoh tujuh hari bekerja dibantu 15 kakitangan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) daerah Petaling Jaya.

Menurutnya, projek bancian dibawah Program Sejahtera Komuniti (SEJATI) merupakan satu langkah proaktif bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) turun padang mencari dan mengenalpasti mereka yang memerlukan bantuan.

"Fasa pertama 100 keluarga terdiri daripada golongan sasaran dari kawasan rumah kos rendah di kawasan perumahan Taman Petaling Utama, Taman Medan Jaya, Taman Maju Jaya, Pangsapuri Permai dan Taman Medan Cahaya.

"Faktor utama kawasan ini dipilih kerana mempunyai kepadatan penduduk paling ramai melibatkan pelbagai kaum dan bangsa," katanya ketika ditemui pada sidang media di ibu pejabat MBPJ.

Beliau berkata, fokus kepada usaha meningkatkan persekitaran fizikal kediaman dari segi kemudahan tandas.

"Berdasarkan maklumat diperolehi, dianggarkan sebanyak 15 buah tandas daripada kediaman yang terpilih akan dinaiktaraf `mesra OKU'," jelasnya.

Mengulas lanjut usaha meningkatkan taraf sosio-ekonomi, Haniza berkata skim mikro kredit MIMBAR akan memberi pinjaman kepada penduduk miskin yang mempunyai minat untuk berniaga.

Jelasnya, apa yang menarik mengenai pinjaman itu, peniaga tidak akan dikenakan cagaran, penjamin serta bayaran semula dengan kadar faedah rendah.

Selain itu, tambahnya, program latihan kemahiran juga akan disediakan kepada golongan OKU dengan bantuan daripada beberapa pertubuhan NGO.

"Bagi golongan miskin pula, latihan kemahiran dijalankan dengan kerjasama daripada agensi kerajaan seperti Giatmara, Kolej Komuniti serta NGO," ujarnya.

Beliau berkata pendekata itu sebagai usaha menyahut langkah kerajaan mengamalkan gaya hidup sihat, kemudahan taman permainan di kawasan perumahan `Mesra OKU` akan dinaiktaraf.

"Selain itu, kemudahan seperti pembinaan ramp, tactiles dan railing akan dibina di lokasi yang dikenalpasti untuk kegunaan golongan OKU.

"Ia bagi mengatasi tahap kesihatan golongan sasar, rawatan dan perkhidmatan kesihatan ditawarkan secara percuma dengan doktor dan pakar kesihatan," katanya lagi.


Celebrating White Cane Day – 15th October

Posted: 18 Oct 2011 12:52 AM PDT

Celebrating White Cane Day - 15th October

Every year since 1964, White Cane Day is celebrated all over the world in recognition to the importance of white cane as a staff of independence for blind people.

The white cane has been a symbol of a blind person’s ability to come and go on his own.

Organised by PetPositive and Friends of Kota Damansara together with MBPJ, some 30 blind and sight impaired persons celebrated the White Cane Day at the Kota Damansara Community Forest.

White canes were presented to all our blind friends and were taken for a walk in the herbal garden nearby.

I called upon the authorities and all sighted friends who are in the position of making decisions to always be sensitive of the needs of blind and disabled people. The need to go to places will require a planner to also lok from the perspective of a blind and disabled person.


Program Khas Mesra Rakyat Daerah Petaling

Posted: 18 Oct 2011 12:37 AM PDT

Program Khas Mesra Rakyat Daerah Petaling

PETALING JAYA 14 OKTOBER: Penduduk disekitar Daerah Petaling Jaya hari ini berpeluang untuk berdialog dan mengemukakan permasalahan mereka secara terus kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang turun padang bagi menyelami permasalahan rakyat dan seterusnya mencari jalan penyelesaian.

Antara masalah yang dikemukakan oleh penduduk ialah permasalahan berkenaan pajakan tanah,infrastruktur dan kemudahan awam yang turut disertai oleh Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad selaku Moderator dalam Sessi Dialog di Program Khas Mesra Rakyat (PMKR) dan Pelancaran Logo 'Selangorku' di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Paling mencuri tumpuan adalah permasalahan yang dihadapi oleh penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kota Damansara yang menghadapi pelbagai masalah terutama berkaitan kemudahan lif dan masalah bekalan air yang tidak memuaskan.

Abdul Khalid menyatakan masalah ini sudah lama dan perkara ini perlu diselesaikan dengan teratur dan segera dan meminta pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan yang sewajarnya.

Katanya, terdapat beberapa kelemahan di dalam pembinaan terdahulu yang menyebabkan masalah timbul sehingga merunsingkan pihak penduduk.

"Dahulunya PPR adalah transit dan bersifat kediaman sementara sebelum mereka mampu membeli rumah yang lebih baik. Tetapi kini sudah menjadi kediaman tetap.

"Dahulunya peralatan yang digunakan untuk membina bersifat sementara misalnya lif boleh dipakai untuk lima tahun, tapi sekarang sudah lima belas tahun. Maka lif tersebut perlu diubahsuai supaya dapat digunakan lebih lama. Begitu juga dengan paip air dan peralatan lain," katanya.

Beliau menambah, dari segi peruntukkan yang bakal dikeluarkan untuk baik pulih, perkara ini akan diteliti dan disemak sebelum ditentukan memandangkan banyak perkara yang perlu dilihat agar masalah sebegini tidak berulang.

Ujar beliau lagi, masalah ini perlu dibincangkan dengan semua pihak untuk mencari jalan penyelesaian sebelum turun bertemu sendiri dengan penduduk di sana.

Sementara itu, masalah kekesakan lalu lintas di Bulatan Templer juga turut dibangkitkan.

Chia, wakil penduduk Old Town Petaling Jaya meminta pihak kerajaan untuk menyelesaikan perkara ini dengan kadar segera.

Bagi menjawab persoalan itu, Pegawai Daerah Petaling, Datuk Zulkepli Ahmad memaklumkan, pihaknya akan memanggil perunding dalam masa terdekat bagi membincangkan perkara ini.

Beliau menambah, perkara ini akan diuruskan pada tahun hadapan.


Tiada ulasan: