Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Jika Awaluddin calon MB N.Sembilan, susah PR
- Umno gaduh sesama di N.Sembilan, salahkan PKR PAS pula
- Servis keretapi bawah kerajaan BN makin teruk
- Maksiat makin berleluasa di N.Sembilan
- MB N.Sembilan tak hirau mangsa rumah terbengkalai
- Warga Felda hidup senang lenang, rumah macam istana
- Kerajaan Malaysia tindas, zalimi saintis Melayu
- Kolej di N.Sembilan sarang pengganas dari Afrika?
Jika Awaluddin calon MB N.Sembilan, susah PR Posted: 18 Oct 2011 07:05 AM PDT Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan tidak seharusnya leka dengan perebutan calon untuk menjadi Menteri Besar di kalangan pemimpin Umno di negeri ini. Pimpinan, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat haruslah sentiasa menumpukan masalah rakyat di negeri ini. Siapa saja yang menjadi calon MB untuk Umno di Negeri Sembilan ini, sama saja. Akan tetapi jika seorang ini dicalonkan menjadi MB N.Sembilan sudah pasti Pakatan Rakyat harus berusaha dua kali ganda lagi untuk menerajui N.Sembilan. Ini adalah kerana jika pusat memilih seorang nama yang tidak disebut-sebut , malahan dalam borak kedai kopi di internet pun nama ini tidak naik, maka ini akan menjadi ancaman besar kepada Pakatan Rakyat. Nama tersebut ialah Dato' Dr. Awaluddin Said ADUN Kota, yang nama beliau tidak terlintas pun naik untuk menjadi MB. Jadi Pakatan Rakyat jangan leka dengan isu perbalahan Umno. Tumpu dan fokus ke arah gerak kerja pilihanraya mulai sekarang untuk membuka minda rakyat. |
Umno gaduh sesama di N.Sembilan, salahkan PKR PAS pula Posted: 18 Oct 2011 06:41 AM PDT Ini apa cerita ni, kecoh dalam blog penyokong Umno mengenai masalah ketidakserasian antara pimpinan Umno di N.Sembilan, dijelaskan lagi semasa kunjungan Muhyiddin ke N.Sembilan pada 15 Oktober 2011 yang lalu, tiba-tiba nak salahkan penyokong PAS dan PKR pula , kain rentang gambar Mohamad Hasan kena koyak. Blog penyokong Pakatan Rakyat tak kisah pun mengenai masalah dalaman pemimpin dan penyokong Umno di N.Sembilan ini, lantak kaulah. Blog penyokong Pakatan Rakyat khususnya http://amkns.blogspot.com/ hanya menumpukan isu rakyat, masalah rakyat yang semakin mencengkam sekarang ini, antaranya kenaikan tarif air dan elektrik, kenaikan harga barangan, masalah pengangguran, masalah jenayah, perumahan terbengkalai dan macam-macam masalah rakyat yang bukan menjadi tajuk utama media kerajaan sekarang ini. Isu perbalahan pimpinan Umno, siapa harus dicalonkan menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan , tidak banyak membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat. Isu seperti ini hanya melekakan penyokong Pakatan Rakyat. Jadi kenapa bila , kain rentang Mohamad Hasan dikoyakkan terus nak tuduh penyokong PAS dan PKR? Yang keluar gambar tersebut dalam blog penyokong Umno atau PAS dan PKR? Cuba tengok balik gambar yang dipaparkan dalam blog penyokong Umno di http://n9kini.net/?p=1963 . Cuba tanya, kenapa mulut Mohamad Hasan dipangkah, tetapi tidak mulut Muhyiddin? Kenapa sebelum ini banyak kain rentang Mohamad Hasan terpampang seluruh N.Sembilan, tak ada satu pun disabotaj? Kenapa penyokong Umno sendiri menulis artikel tidak puas hati kepada penganjur program tersebut yang mengenepikan Dato Ishak sebagai Ketua Umno Bahagian Seremban, sedangkan Muhyiddin datang ke Seremban seperti laporan di blog pro Umno di http://paneh.blogspot.com/2011/10/terima-kasih-tapi.html atau http://moklan.blogspot.com/2011/10/terima-kasih-diucapkan-tetapi.html Kepada penyokong , ahli dan pimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, tak perlu layanlah masalah dalaman Umno di N.Sembilan. Tak ada untungnya kepada Pakatan Rakyat dan rakyat secara keseluruhannya. Kita cuma bangkitkan, kalau ada perbalahan sesama anda Umno, N.Sembilan, pandai-pandailah selesai sendiri, jangan pula pandai-pandai nak salahkan orang lain. |
Servis keretapi bawah kerajaan BN makin teruk Posted: 18 Oct 2011 01:01 AM PDT Mutu perkhidmatan KTM sangat teruk 18 Okt 2011 Saya ingin menarik perhatian pihak Aduan Rakyat berkenaan dengan perkhidmatan KTM yang semakin teruk hari demi hari. Selepas seseorang membuat aduan, perkhidmatan KTM dilihat mengalami perubahan namun setelah beberapa ketika, kami dapati perkhidmatan semakin tidak memuaskan hati ramai pihak. Tren pada waktu pagi dan petang di mana waktu orang ramai bertumpu kepada KTM selalu ditunda dan menyebabkan orang semakin bersesak akibat menunggu. Hal ini telah mengakibatkan orang akan berusaha masuk ke dalam tren apabila tren sampai dan berlakulah pertengkaran dan orang ramai berhimpit dalam keadaan paling sesak. Keadaan ini menyulitkan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan ini pada setiap hari. Saya pernah melihat seorang warga negara asing hanya menggelengkan kepala apabila melihat keadaan ini dan sempat mengambil gambar, mungkin untuk menunjukkan kepada warga negara lain. Saya wakil suara rakyat yang lain merayu pihak bertanggungjawab agar segera membuat tindakan susulan dan memperbaiki mutu perkhidmatan KTM. Bagaimana untuk kita mempromosi perkhidmatan awam negara kita sedangkan mutu perkhidmatan masih dikategorikan sebagai teruk? Terima kasih kepada pihak yang prihatin. Sekian. By: nad Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/mutu-perkhidmatan-ktm-sangat-teruk |
Maksiat makin berleluasa di N.Sembilan Posted: 18 Oct 2011 01:00 AM PDT Maksiat berleluasa di Kolej Lagenda 18 Okt 2011 Saya pernah memasuki ke kawasan asrama untuk menghantar saudara saya pulang ke situ dan berasa amat terkejut apabila melihat anak-anak muda, lelaki mahupun perempuan bebas untuk keluar masuk ke dalam rumah orang lain terutamanya rumah yang berlainan jantina. Malahan saya juga diberitahu bahawa terdapat pelajar lelaki yang bermalam bersama, tinggal bersama pelajar perempuan ataupun sebaliknya tanpa sebarang ikatan yang sah. Oleh kerana tiada sekatan atau larangan, ramai yang makin berani melakukannya. Ramai juga yang mengambil langkah untuk tidak ambil peduli dan malas untuk masuk campur seterusnya mendiamkan diri. Pihak keselamatan hanya menjaga dan bertugas di hadapan pintu pagar sahaja. Sepatutnya hostel lelaki dan perempuan perlu di asingkan dan dipagar bagi mengelakkan kejadian maksiat seperti ini berlaku dan perlu ada kawalan yang tegas kerana negara ini merupakan negara yang berlandaskan syariat Islam. Saya amat terkilan dengan pihak pengurusan Kolej Lagenda kerana boleh terlepas pandang akan perkara ini dan menganggap perkara sebegini amat remeh. Saya juga berharap selepas ini jabatan agama akan mengambil tindakan sepatutnya bagi mengekang masalah ini seperti melakukan rondaan dan spot-check di rumah-rumah pelajar ini. Saya juga hairan kenapa ibu bapa pelajar tidak mengendahkan perkara ini. Semoga tindakan lanjut di lakukan secepat mungkin oleh pihak pengurusan kolej dan juga jabatan agama Islam. sekian. By: anonymous Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/maksiat-berleluasa-di-kolej-lagenda |
MB N.Sembilan tak hirau mangsa rumah terbengkalai Posted: 18 Oct 2011 12:59 AM PDT Rumah terbengkalai oleh Syarikat Perpaduan Heights 18 Okt 2011 Saya telah membeli sebuah rumah teres setingkat yang dimajukan oleh Syarikat Perpaduan Heights Mukim Pilah Kuala Pilah Negeri Sembilan pada tahun 2002 dan sepatutnya siap 2003 sebanyak 152 unit Rumah Teres Setingkat dan Rumah Kos Rendah 2 Tingkat 119 unit . Rumah telah terbengkalai , saya telah membayar pinjaman sebanyak RM 432.00 setiap bulan hingga sekarang. Setiap tahun juga saya terpaksa membayar cukai tanah di Pejabat Daerah Kuala Pilah hingga sekarang. Saya juga telah membuat aduan kepada Yang Berhormat Menteri Besar , Pejabat Tanah Kuala Pilah , Pihak Pemaju dan Pihak TV 3 juga telah datang ke perumahan tersebut. Pihak berkenaan berjanji akan memberi ganti perumahan lain untuk kami memandangkan Projek Perumahan itu dihentikan berbahaya di lereng bukit. Semasa pembelian saya tidak tahu kedudukan rumah tersebut hanya diberitahu rakan dan melihat melalui gambar dari pihak pemaju perumahan di Johor Bahru kerana saya bertugas di Johor Bahru. Masalah ini patut dapat di atasi segera kerana setiap kali belanjawan ada disebut masalah rumah terbengkalai akan diambil berat seperti juga tahun 2011 dan memandangkan pilihanraya hampir tiba , saya , kami berharap masalah perumahan terbengkalai ini dapat disiapkan dan memberi penempatan baru kepada kami . Juga saya memang amat memerlukan tempat tinggal kerana 2014 akan bersara tiada tempat tinggal selepas persaraan . Kesiannilah saya yang terania dan selepas bersara tidak akan menyewa rumah pula. Sekian , terima kasih . Harap mendapat pembelaan dan berita gembira belanjawan 2011 dan sebelum pilihanraya menjadi kenyataan dan ditunaikan. By: NOR MALA Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/rumah-terbengkalai-oleh-syarikat-perpaduan-heights Saksikan dan baca sendiri begitu banyak projek perumahaan terbengkalai seluruh Malaysia yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Umno/BN http://terbengkalai.blogspot.com/ |
Warga Felda hidup senang lenang, rumah macam istana Posted: 18 Oct 2011 12:25 AM PDT Untung sungguh warga Felda ketika ini. Banyak nikmat kerajaan BN beri pada mereka. Mereka ada kelab bolasepak Felda United yang berjaya sampai ke suku akhir Piala Malaysia 2011. Tak lama lagi disenaraikan di BSKL. Dah tu, rumah mereka pula macam istana. Tak percaya tengok sendiri rumah pakcik Ramlan Osman dan makcik Siti Raefah Ishak dari Felda Bukit Jalor di Negeri Sembilan pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/07/felda-tak-bankrap-tak-caya-tanya-makcik.html Rumah Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad pun tak macam rumah pasangan bahagia di atas. |
Kerajaan Malaysia tindas, zalimi saintis Melayu Posted: 17 Oct 2011 10:54 PM PDT Yazid Sufaat seorang saintis Melayu yang begitu bijak adalah merupakan anak jati negeri Johor. Beliau pelajar yang paling cemerlang semasa di RMC atau Maktab Tentera Diraja. Beliau telah berkhidmat dalam tentera dan menjalankan penyelidikan yang menelan belanja yang tinggi untuk kepentingan negara. Inikah balasannya seorang pejuang bangsa, saintis Islam, saintis Melayu bekas tentera yang bijaksana? Harta beliau yang bernilai RM8 juta ketika ini dibekukan. Malahan beliau TIDAK DIBENARKAN MENUNAIKAN HAJI KERANA HARAM BAGINYA UNTUK ADA PASPOT ANTARABANGSA. Nampaknya warganegara asing, pendatang asing lebih bertuah di bumi Malaysia ! Kepada yang menyertai Himpunan Sejuta Umat, cuba tengok , cuba baca kisah Yazid Sufaat di bawah ini. Free from ISA, but still in shackles S Rutra October 18, 2011 Bio-chemist Yazid Suffat, who was arrested for allegedly harbouring terrorists linked to the Sept 11 attack, believes that he was held for his expertise. INTERVIEW KUALA LUMPUR: Former Internal Security Act (ISA) detainee Yazid Suffat may be physically free but he still remains in shackles. "Mentally, I'm not a free man to do whatever I wish to do with my life like any other ordinary citizen of this country," he told FMT. "Even my assets worth more than RM8 million are still frozen and unofficially I am not allowed to travel abroad even if I want to perform my haj," he added. Yazid also said he had some reservations regarding the recent announcement by Prime Minister Najib Tun Razak to repeal the ISA. "We are still in the dark as to what kind of laws will replace the ISA, but as a Muslim, I always believe that all the laws against the syariah law should be repealed. "Most ISA detainees are still subjected to various forms of unofficial restrictions and our movements are watched by special branch officers and we are not enjoying total freedom," he added. Asked if he had made an attempt to secure a passport, Yazid, who hails from Johor, dismissed it as a waste of time. "They (the Immigration Department) won't issue the passport to me or de-freeze my assets as I am convinced that I was punished for my 'expertise' and not because of my alleged links to terrorists behind the 9/11 attack," he said. 'I was shocked when arrested' The 47-year-old bio-chemist still maintains that he had no knowledge of the terrorists who allegedly stayed in an apartment owned by him. He was detained on Dec 9, 2001 after returning from Afghanistan. He was accused of harbouring terrorists Khalid Al-Midhar and Nawaf Al-Hazmi. Speaking about his arrest, Yazid claimed that some of his friends from Johor and Kelantan had approached him to use the apartment. "I was shocked when special branch officers arrested me for allegedly harbouring terrorists," he said, adding that he strongly believes that his arrest was related to his research on biological weapons. "Probably they were worried that some of the Islamic countries which I frequented might seek my expertise," added Yazid, who is now a businessman. Yazid said that since his release three years ago, he is still in the process of rebuilding his life and is focused on his children's education and helping his wife run her catering business. Asked if he would take legal action over his detention, he replied: "No amount of money would replace the time and suffering I went through." Yazid revealed that his wife was also restricted from leaving Kuala Lumpur during his seven-year detention. "I also stopped lecturing at an international Islamic school after a parent complained to the school administrator about my background," he said, visibly upset. "I love this country very much and until today I strongly believe that I can contribute to this nation and its people for spending substantial amount money in supporting my tertiary education in the US," he added. Tasked with 'special project' Yazid said that he received a Public Service Department (PSD) scholarship after emerging as one of the top students in the Royal Military College (RMC) in 1982. He graduated from the California State University in 1987 and upon his return, was attached to the Ministry of Defence with the rank of captain. Yazid said that he was tasked with a "special project" to research biological weapons, but the project was scraped within three years and no reason was given for this. "The government spent so much money for people like me to acquire the knowledge but within a short period of time they decided to dump me," he said, refusing to reveal the nature of the project. Following this, Yazid set up his own laboratories and employed some 100 people prior to his arrest. "Within six to seven years, the labs showed good progress and even attracted the interest of foreign parties," he said, adding that he travelled to Iran, Pakistan and Afghanistan to share his expertise. "I strongly believe that I was detained because of my visits to these countries and my knowledge. Even during my interrogation, they (the police) repeatedly raised this matter. "But I told them that there is nothing wrong with sharing knowledge with fellow brothers in Muslim countries," he added. http://www.freemalaysiatoday.com/2011/10/18/free-from-isa-but-still-in-shackles/ |
Kolej di N.Sembilan sarang pengganas dari Afrika? Posted: 17 Oct 2011 08:32 PM PDT Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar. Berita terakhir yang kami dengar Kolej …. telah membawa masuk lebih 200 bekas banduan yang juga bekas pengganas yang tahu menggunakan senjata serta tahu untuk membuat senjata api daripada ….. Kolej sarang penjenayah? Utusan Malaysia 18 Okt 2011 KUALA LUMPUR 17 Okt. – Betapa mudahnya pelajar warga asing khususnya dari benua Afrika untuk masuk ke negara ini, seterusnya menjalankan kegiatan berunsur jenayah dan seolah-olah dilindungi pula oleh kolej swasta tempat mereka belajar. Modus operandinya, pelajar itu hanya perlu mendaftarkan diri di kolej terbabit tanpa diwajibkan menghadiri kelas. Mereka hanya perlu menduduki peperiksaan apabila tiba waktunya. Malah, terdapat pelajar asing yang cuba memperbaharui dokumen mereka lebih daripada sekali, meskipun tidak pernah hadir kelas dan disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah seperti dadah, pelacuran dan penggubahan wang haram. Kegiatan lima buah kolej swasta di ibu negara itu yang seolah-olah melindungi pelajar asing tersebut terbongkar apabila ia dikesan Jabatan Imigresen ketika membuat permohonan memperbaharui dokumen pelajar masing-masing. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1018&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm Pelajar Afrika Kolej Legenda Mengganggu Warga Mantin 16 Okt 2011 Lebih 5000 Pelajar Afrika Biadab Kolej Legenda Mengganggu dan Meresahkan Warga Mantin, Negeri Sembilan Para pelajar ini benar-benar tidak beradab, mereka memandu dengan sangat laju walaupun berada di kawasan perumahan dengan tidak menghiraukan keselamatan penduduk setempat, mabuk dan minum arak sesuka hati mereka, membawa masuk pelacur dan banyak mengacau anak dara tempatan, memasang muzik kuat-kuat pada pukul 2-3 pagi, menyumpah seranah dengan kata-kata kesat,kencing merata-rata dan membuang sampah merata-rata yang menyebabkan bau busuk. Di Kondo kami sendiri beratus pelajar Afrika yang tinggal di kondo ini telah membawa banyak masalah, berkali- kali aduan sudah kami hantar baik ke Balai Polis Mantin dan pihak pengurusan Kolej Legenda tapi mereka buat tidak endah. BERITA TERAKHIR YANG KAMI DENGAR KOLEJ LEGENDA TELAH MEMBAWA MASUK LEBIH 200 BEKAS BANDUAN YANG JUGA BEKAS PENGGANAS YANG TAHU MENGGUNAKAN SENJATA SERTA TAHU UNTUK MEMBUAT SENJATA API DARIPADA NIGERIA (YANG KESEMUANYA MEMILIKI MASALAH SOSIAL) KE NEGARA INI DAN MAKNANYA KE KE DAERAH KAMI. Artikel penuh di http://www.aduanrakyat.com.my/pelajar-afrika-kolej-legenda-mengganggu-warga-mantin 'Mereka bersikap biadab' SEREMBAN - Disebabkan perangai biadab segelintir pelajar Afrika beberapa pelajar tempatan berasa tidak puas hati sehingga tercetus pergaduhan. Demikian dakwa seorang pelajar perempuan kolej swasta dekat Mantin, di sini yang mahu dikenali Mira berhubung insiden pergaduhan yang berlaku di luar kediaman kolej tersebut bermula pukul 9.30 malam dan 2.30 pagi kelmarin. Penuntut Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan sudah dua tahun menetap di asrama kolej itu berkata, antara perangai biadab yang kurang disenangi termasuklah suka memandu laju dan mengganggu pelajar lain. "Tidak semua pelajar negara asing itu berperangai sedemikian kerana terdapat dua kumpulan Afrika di kolej itu, bagi yang beragama Islam mereka lebih beradab dan membuat hal masing-masing dan tidak menganggu pelajar. "Tetapi kumpulan yang satu lagi, dilihat macam kumpulan samseng berjalan dalam kumpulan yang ramai dan suka kacau pelajar perempuan selepas kuliah, inilah yang membuat pelajar berasa tidak senang. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0601&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm Kecoh pelajar Afrika diserang SEREMBAN - Huru-hara sebuah flat yang didiami sekumpulan pelajar Afrika dari sebuah kolej swasta di Mantin dekat sini apabila mereka diserang sekumpulan kira-kira 100 pelajar kolej sama dan turut disertai penduduk di taman perumahan berdekatan. http://kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2008&dt=0530&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan