Selasa, 18 Oktober 2011

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


JOM SHOPPING DI ECON SAVE BATANG KALI ~ AHAD 16 OKT 2011

Posted: 18 Oct 2011 07:49 AM PDT

Program Kerajaan Negeri sentiasa memikirkan kaedah terbaik meringankan masalah rakyat berkelayakan yang dibebani peningkatan harga barang. Pelaksanaan prgram itu juga merupakan lakaran yang menjadi sejarah kejayaan Kerajaan Negeri mengurus tadbir hasil untuk manfaat rakyat..

Dengar apa komen makcik dan pakcik dari DUN Batang Kali (nama tak dapat disiarkan )

"Kami juga ada ruang untuk membeli barang keperluan yang dikehendaki dengan "duit poket" kami sendiri' 

"Tidak pernah berlaku sebelum ini, sebuah Kerajaan Negeri dapat menguruskan tadbir hasil mahsul negeri dengan baik dan menyalurkan keuntungan yang diperoleh kepada rakyat menerusi konsep Hasil Negeri Untuk Rakyat"

"Makcik betul-betul terharu dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini, walaupun melihat jumlahnya hanya seratus ringgit ia dapat meringgankan beban makcik dalam membeli barang keperluan.

"Apa yang dapat makcik lakukan hanya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat kerana sanggup berkongsi dengan rakyat hasil kekayaan negeri ini kalau dulu kita tidak dapat menikmati tetapi sekarang kita telah merasa begitu juga dengan bekalan air percuma,"

Tiada ulasan: