Sabtu, 14 Mei 2011

ANGKATAN MUDA KEADILAN PAHANG

ANGKATAN MUDA KEADILAN PAHANG


Demo Bantah Pembinaan Kilang Lynas (RADIOAKTIF)

Posted: 14 May 2011 01:18 AM PDT


AMBIL PERHATIAN!!!

MARI DATANG BERAMAI2 DI:

PEJABAT DAP KUANTAN, JALAN BESERAH (BERHAMPIRAN ZAM-ZAM)

PADA HARI AHAD 15 MAY 2011
JAM 1100 PAGI

BERPAKAIAN HITAM / OREN




POLIS PATUT JAGA KESELAMATAN, BUKAN KEPENTINGAN LYNAS: FAUZIAH - keadilandaily

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengingatkan polis supaya bertindak profesional dan bukan menjaga kepentingan pihak-pihak tertentu dalam isu projek pembinaan loji proses nadir bumi, Lynas Corporation.

Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Ketua Polis Pahang, Saifuddin Ab Ghani yang memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekecohan berhubung bantahan terhadap pembinaan loji itu di Gebeng, Ahad ini.

"Tanggungjawab polis menjaga keselamatan orang awam. Tidak sepatutnya ketua polis sendiri yang keluarkan ugutan itu seoalh-olah polis menjaga kepentingan Lynas.

"Syarikat Lynas, adalah syarikat luar negeri yang membawakan risiko besar kerana memproses sisa nadir bumi yang mengandung radioaktif," kata Fuziah ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Katanya, demonstrasi dan bantahan yang diadakan penduduk Kuantan sebelum ini, dilakukan secara aman dan tidak berbahaya sepertimana 'ancaman' Lynas kepada penduduk.

"Kita harus lihat suara rakyat ini sama ada mampu menggugat keselamatan orang awam atau Lynas sebenarnya bakal mengancam keselamatan orang awam. Polis sebenarnya memilih langkah yang silap menjaga kepentingan Lynas berbanding keselamatan orang awam," ujar Fuziah yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Beliau dalam pada itu, menyambut baik demonstrasi yang bakal dianjurkan DAP Kuantan pada 15 Mei ini bagi membantah pembinaan loji tersebut.

"Kenapa rakyat memilih untuk mengadakan demo dan protes adalah kerana kerajaan tidak mendengar rungutan masalah yang dihadapi mereka. Mereka jelas tidak mahu dengan apa yang kerajaan buat, cuma kerajaan tidak faham," ujarnya.

Sementara itu, Fuziah turut mengulas kenyataan Menteri Perdangan Antarabangsa dan Indsutri Malaysia (MITI), Mustapa Mohamed bagi mendapatkan panel khas mengkaji loji pemprosesan nadir bumi itu.
Beliau menganggap Mustapa sebagai cuba 'bermain silap mata'.

"Sehingga ke hari ini, MITI tidak pernah melantik panel-panel pakar yang diumumkan pihaknya bagi mengkaji loji tersebut. Mustapa berjanji akan menjalankan kajian dan siasatan selama sebulan. Malangnya tempoh sebulan tersebut sudah hampir tamat.

"Malah permintaan daripada kami juga tidak diendahkan untuk mendapatkan lima orang warga Kuantan sebagai panel dalam kajian tersebut," katanya.

Kata beliau, Mustapa April lalu mengumumkan untuk menangguhkan segala operasi Lynas, tetapi apa yang berlaku sebaliknya pembinaan bangunan loji Lynas tetap diteruskan.

"Semuanya akan berlaku pada September depan kerana lesen belum dikeluarkan. Saya yakin, panel yang mengkaji loji itu tidak mengambil kira soal persekitaran yang boleh mendatangkan bahaya kepada rayat Kuantan," ujarnya.

Beliau menyifatkan Lynas Corporation memilih untuk membina loji pemprosesan nadir bumi kerana sedar kelemahan undang-undang persekitaran yang diamalkan di Malaysia.

"Lynas mengambil kesempatan ekoran kelemahan undang-undang yang diamalkan Malaysia yang terdapat lompang dalam sistem pemeliharaan alam sekitar. Perkara ini berbeza dengan undang-undang Australia yang begitu prihatin dengan keselamatan rakyat mereka," katanya.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Iltizam Laksana Syariah Longlai

Posted: 14 May 2011 09:05 AM PDT

Dari Malaysiakini
Oleh Wira Arjuna

Semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan sekali lagi menzahirkan keperluan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sumpah laknat bersabit isu video lucah.

Alasannya ialah Datuk Sharyzl Eskay sudah berbuat demikian dan Anwar harus ikut sama. Kenyataan itu dibuat pada forum membabitkan ulama-ulama Umno sempena ulangtahun ke 65 parti itu.

Seorang menteri Umno yang lain, Datuk Seri Jamil Baharom Khir turut memberi hujah sama sebelum ini.

Terlalu banyak telah ditulis sebelum ini mengenai kesesuaian menggunakan masjid dan lafaz sumpah laknat untuk isu-isu yang membabitkan fitnah.

Persoalan lebih penting susulan komen terbaru Ahmad Maslan (atas, kiri) ialah komitmen kerajaan dan Umno mengangkat undang-undang syariah di negara ini.

Sekiranya Umno, yang menyambut ulangtahun ke-65 semalam mahu mengukur kejayaannya sebagai parti yang mendokong kaum Melayu dan Islam, maka sudah tentu perjuangan untuk memartabatkan undang-undang syariah penting dan kritikal.

Apakah mungkin agenda Melayu tercapai tanpa memastikan umat Islam dipacu dengan ajaran Al-Quran dan undang-undang syariah yang mencakupi segala aspek kehidupan di bumi ini demi menjamin syurga di akhirat?

Amat mendukacitakan apabila Umno, dengan lebih lima dekad dihabiskan menerajui Malaysia, masih belum menegakkan syiar Islam secara tuntas, tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga.

Undang-undang syariah dijadikan tidak relevan kepada kehidupan harian umat di Malaysia, kecualilah jika mereka ditangkap khalwat, bercerai atau jika orang mati mempunyai harta untuk diagihkan.
Bersalut debu

Iltizam politik sering disuarakan dengan begitu lantang oleh pemimpin-pemimpin Umno namun apabila berdepan dengan "ujian’ yang boleh menonjol kebesaran undang-undang syariah sebagai sebuah sistem yang adil dan sempurna, Umno berundur dengan memberi pelbagai alasan.

Pada tahun 1998, peluang Umno menyerlahkan keagungan undang-undang syariah datang apabila Anwar didakwa meliwat bukan satu, tetapi tiga orang Islam (Munawar Anees, Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar).

Namun undang-undang syariah bersabit Qazaf yang secara khusus diturunkan untuk menangani isu-isu fitnah dan zina tidak diambil peduli oleh Umno pimpinan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika itu.

Menteri Hal-Ehwal Agama tidak terpanggil untuk bangkit menyatakan undang-undang syariah adalah cukup sempurna bagi menangani pertuduhan dan menentukan sama ada Anwar mangsa fitnah atau sebaliknya.

Pada tahun 2008, sekali lagi Anwar dikenakan tuduhan liwat, setelah beliau dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah sivil dan memimpin pembangkang bagi menafikan Umno-BN majoriti dua pertiga di Parlimen.

Pakatan Rakyat juga menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu serta mengekalkan kuasa di Kelantan.

Sekali lagi buku undang-undang Qazaf dibiarkan bersalut debu dalam kamar Mahkamah Syariah.

Sekali lagi Menteri Agama Jamil Baharom berdolak dalih menjelaskan kenapa undang-undang Islam tidak digunakan untuk mengadili Anwar.

Tentunya bukan kerana hukum syariah mempunyai kepincangan atau tidak lengkap, atau tidak boleh digunapakai dalam era moden semasa.

Menabur fitnah, menutup aib

Tentunya Al-Quran dan hukum syariah mempunyai nas-nas kukuh untuk meletakkan syarat-syarat begitu ketat bagi pertuduhan fitnah dan zina disabitkan.

Ini kerana ia melibatkan soal maruah dan kewibawaan orang yang dituduh berserta dengan keluarganya.

Justeru undang-undang Qazaf melindungi pihak yang dituduh daripada fitnah kerana pertuduhan itu amat berat sekali.

Rasional undang-undang qazaf ini, malah perundangan syariah umumnya, ialah untuk menonjolkan Islam sbagai sebuah agama yang indah dan adil dalam ertikata sebenarnya.

Ia adalah agama yang menghindari umatnya daripada menabur fitnah, malah menggalakkan mereka menutup aib pihak lain, jika ada.

Namun segala pertimbangan ini diketepikan dalam kes liwat Anwar pada 1998, 2008 dan sekali lagi tahun ini bersabit isu video lucah.

Tidak cukup untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri-menteri Umno lain mendabik dada dan mencanang diri sebagai pendokong Islam dan pejuang Melayu di bumi ini.

Tidak cukup sekadar memperkenalkan undang-undang syariah seperti Qazaf tetapi tidak melaksanakannya apabila semua pihak yang terbabit beragama Islam .

Sebaliknya, seperti kes-kes terhadap Anwar membuktikan, agenda politik menjadi pertimbangan utama pemimpin Umno dalam memilih undang-undang atau amalan syariah yang mana harus diamalkan dan yang mana ditolak.

‘Mempulun’ Anwar

Tentunya sumpah laknat menjadi pilihan yang lebih bagus apabila yang membuatnya tidak perlu mengemukakan sebarang bukti. Karektor dan perwatakan yang membuat sumpah juga tidak perlu diperinci oleh pihak masjid.

Sipolan-sipolan seperti Eskay hanya perlu menghadirkan diri di masjid (berpakaian vest kalis peluru). Jika mereka memegang Al-Quran terbalik, itu akan diperbetulkan.

Pada masa sama parti pemerintah akan mengatur liputan media arus perdana secara besar-besaran untuk memastikan pihak yang membuat sumpah itu diangkat sebagai makhluk yang soleh, lurus, ikhlas serta bersih.

Media sama juga akan memastikan babak memegang Al-Quran terbalik tidak akan dilaporkan.

Mengulas sumpah laknat Eskay itu, Presiden Umno Najib Razak berkata itu hak beliau melakukannya .

Pada masa sama. Najib dan Menteri-Menteri Umno lain ghairah "mempulun" Anwar kerana tidak mengikut jejak Eskay mengambil sumpah laknat.

Yang cuba ditenggelamkan oleh Najib dan juak-juaknya adalah ketegasan Anwar untuk membela dirinya dalam mahkamah syariah mengikut hukum qazaf terhadap tuduhan-tuduhan jijik yang dibuat oleh Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim.

Ruang ditutup

Namun ruang ini ditutup oleh Umno menerusi cengkamannya ke atas pejabat pendakwaraya Mahkamah Syariah. Anda tidak perlu menjadi seorang cendekiawan untuk meneka kenapa begitu.

Apabila ruang ini ditutup, bagaimana Umno sendiri akan menjadi benteng kepada penerapan cara hidup Islam di dalam umatnya di negara ini.

Bukankah dasar Umno mengamalkan dakwaan terpilih dengan sebegini mencalar kesucian agama Islam?

Pada tahun 2007, Ketua Hakim Negara ketika itu supaya usaha dilakukan untuk memartabatkan undang-undang Islam dalam perundangan negara dan perundangan antarabangsa.

Malah Peguam Negara sekarang Tan Sri Abdul Gani Patail ketika itu menyifatkan undang-undang Syariah adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama.

”Sudah tiba juga masanya untuk kita mendapatkan prinsip-prinsip tersebut (keadilan) dalam kebudayaan, cara hidup dan agama termasuk agama Islam dan juga undang-undang adat seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak,” kata Gani ketika itu.

Tiada iltizam politik

Malangnya lima tahun berlalu, cadangan Ahmad Fairuz (kanan) dan kata-kata berani Gani Patail tinggal begitu sahaja–kata-kata berani tanpa disokong oleh iltizam politik.

Akibatnya mahkamah-mahkamah syariah di negara ini dibataskan kepada menyelesaikan soal cerai, pengagihan harga waris dan mendenda pasangan berkhalwat.

Walaupun mahkamah syariah diangkat ke tahap di mana kuasa dan keputusannya di luar bidang semakan mahkamah sivil, pelaksanaan undang-undang syariah dibiarkan luntur dan hanya mencakupi perkara-perkara asas orang Melayu.

Sayang kerana undang-undang syariah jauh lebih besar daripada skop sebegitu.

Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan. Jadi janganlah dipersalahkan sesiapa jika memandang undang-undang syariah di Malaysia hanya setara dengan undang-undang adat masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak.

Umno terpaksa bertanggungjawab kepada Raja-Raja Melayu, ulama dan mufti serta umat keseluruhannya jika tanggapan sedemikian semakin menebal dalam realiti politik Malaysia.

Nurul Izzah Cabar Najib Debat Dengan Anwar

Posted: 14 May 2011 02:39 AM PDT

Dari Harakah

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan 'debat' khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu.

Pada masa yang sama, beliau turut memohon Perdana Menteri itu mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di sini petang semalam.

Turut berucap pada majlis itu, Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood, Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir.

Menurut Izzah lagi, perancangan jahat tidak perlu dilakukan apa lagi dengan tuduhan jijik liwat, video seks dan berbagai lagi kerana ianya akan memburukkan imej negara bukan sahaja keluarganya.

"Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami," ujarnya.

Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana debat itu akan memakan mereka sendiri.

Izzah juga turut berpendapat pelbagai fitnah lagi bakal menimpa ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno.

Jelasnya, parti yang paling kuat menentang kerajaan khususnya berhubung kes ayahnya ialah PAS sehingga parti itu sanggup berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

"Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universitipun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu," katanya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai.

Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (sms) yang akan menculik anak sulungnya sekiranya masih menyokong perjuangan Anwar.

Pada majlis itu juga beliau turut menyampaikan sumbangan golongan miskin di Dun Kok Lanas.

Sebelum menyampaikan ceramah di Kuala Krai dan Machang, beliau terlebih dahulu memenuhi program santai dan minum petang di rumah Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail.

Pelihara Hak Moral, Akhlak Sesama Manusia – Ulama Syria

Posted: 14 May 2011 02:30 AM PDT

Dari Keadilan Daily

Definisi hak asasi manusia konvensional yang diguna pakai di seluruh dunia hari ini masih tidak lengkap kerana ia tidak melindungi hak manusia untuk mempertahankan moral dan akhlak mereka, kata ulama terkenal dari Syria, Professor Dr Wahbah Zuhaili.

Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap pada Seminar Maqasid Syariah dalam Masyarakat Majmuk di Hotel Straits Meridian Bukit Baru Melaka.

Seminar itu dipengerusikan Naib Presiden Wadah, Datuk Mohd Idris Jauzi dan ahli panel lain adalah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan KEADILAN merangkap Timbalan Presiden Wadah, Dr Muhammad Nur Manuty, dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Berucap lebih lanjut, Dr Wahbah berkata maqasid syariah (matlamat peringkat tinggi syariah) yang salah satu tujuannya memelihara kehormatan manusia dilihat mampu untuk melengkapi definisi hak asasi manusia.

"Maqasid syariah adalah pilihan terbaik untuk membentangkan isu hak asasi manusia. Hak asasi telah ada dalam Islam sejak Islam diutuskan dari dahulu lagi," kata Dr Wahbah.

Dalam ucapannya, beliau sempat menyeru hadirin, Islam dan bukan Islam, untuk bersama menyokong kebangkitan Islam.

Ini kerana, menurut Dr Wahbah, Islam tetap menegakkan kebenaran dan mengangkat keadilan tanpa mengira agama dan bangsa.

"Saya menyeru rakan-rakan semanusia, yakinlah Islam tetap menegakkan kebenaran dan mengangkat keadilan.

"Kebangkitan Islam tidak langsung akan membawa kehinaan kepada agama lain," kata Dr Wahbah.

Malahan, pertumpahan darah adalah haram di sisi Islam kerana semua manusia adalah hamba di sisi Allah, kata Dr Wahbah.

Anwar sewaktu gilirannya berucap pula menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kefahaman Islam di kalangan masyarakat di Malaysia hari ini.

" Malaysia hari ini lebih takut kepada isu negara Kristian yang sebenarnya tidak wujud dan sengaja digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab," kata Anwar.

Sedangkan pada masa yang sama, perkara yang lebih penting dan bersifat asas pula diabaikan, tambah Anwar.

"Syarak, qazaf dan sumpah yang tidak mengikut hukum pula diabaikan," kata Anwar.

Sex Video: Police Should Stop Playing Games

Posted: 14 May 2011 02:24 AM PDT

From Malaysiakini

‘Deputy IGP, when is a good time to reveal the man in the sex video? One week before the general election?’

Deputy IGP: No need to reveal man in sex video, yet

Anonymous_3e86: The authorities are just playing a mind game. Yes, the video is authentic, but is the ‘actor’ a look-alike? The fact is that no crime was committed by the ‘actor’. The person who did the recording of the video should be charged instead.

The police should focus on who did the video recording and screening. Obviously, this is the work of BN/Umno. Why hasn’t the ‘Datuk T’ trio been charged till today? Why wait to reveal the identity? If it was indeed Anwar Ibrahim, they would have announced it already.

Instead the police left it to the public to assume it was Anwar. Do the police think we are that naive?

Tuah PJ: Deputy IGP Khalid Abu Bakar, the Datuk T trio showed pornography openly. Many witnesses were there and they too have confessed. There is no need for you to investigate. Just charge them and fine/jail them. Case closed. KPI met.

As for the actors in the video, they did not commit anything against the law. If the syariah office wants to charge the man in the video for khalwat, let them do the investigation and charge him. Do you need more education on how to do your job?

Been Laden: Personally, I don’t really care who the person is. What I want to know is why the police have not arrested the three datuks who screened an illegal video and distributed it.

What about the other man in the video who has officially identified himself – why isn’t he arrested for being a pimp? The police must act on whatever ‘law’ that has been violated rather than play politics.

Docs: Khalid, when is a good time to reveal the man in the sex video? One week before the general election?

Quigonbond: Basically the deputy IGP is saying he will use the information at an appropriate time, probably during the next general election campaign. If you have the information, spill it out now. Why wait for the general election, unless you’re working hand in glove with the BN parties.

Anonymous_40dc: “Investigations are still ongoing” means, “How can we find ways to nail Anwar Ibrahim? What other lies can we use?” At this point in time, the simplest way for anyone who wants a promotion is to fix Anwar.

Bozo: Come on Khalid, just expose the person in the videotape. Why wait until a suitable time? And why the foreign experts to identify this person. Is there no one in Malaysia who can do it? Shame on you. How much money did we pay to engage these foreign experts? Don’t play games with us.

Petestop: Those showing the porn video were given police protection, what more with bullet-proof vests at the mosque where one of them did the oath-taking. What need is there to investigate when the police were there as bodyguards to these alleged criminals. It is clear as to why the police did not charge these offenders.

Regardless of who is in the video, an offence has already been committed, and the police are obligated to uphold the law. But it seems that the police are only obligated to their political masters. It is not the Internet that spoiled the police’s reputation, it is their own actions.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


PERASMIAN SERVIS BERGERAK PKR PENAMPANG DI TAMAN SURIA, N19 ,KAPAYAN, P174 PENAMPANG OLEH KETUA CABANG & TIMBALAN SUA SDR DAREL LEIKING & AHLI MPP - DR ROLAND CHIA PADA 11 MEI 2011.

Posted: 11 May 2011 07:38 PM PDT

The sweet monopoly of sugar must end!

Posted: 11 May 2011 07:36 PM PDT

Queville To | May 11, 2011

When there are no checks and balances the government can increase prices at a whim, says PKR.

KOTA KINABALU: As far as the government is concerned it is a sweet monopoly. The market forces do not dictate the price of sugar, the government does.

On Tuesday the price of sugar in the country has gone up by 20 sen, from RM2.10 to RM2.30 per kilogram .

This is the fourth time sugar prices had increased since Jan 1 last year when it was priced at RM1.65 per kilo.

Prior to that, sugar prices were maintained at RM1.45 for a long period. This marks a 58.6 percent increase in less than one-and-a-half years.

PKR supreme council member Dr Roland Chia feels that the only way to stop periodic price increase in sugar is to take way the monopoly from the government.

"There should be a free competition with the imports of sugar. Let the market eventually stabilize the price of sugar, not the government price control mechanisms, as it just does not work in the long run," said Chia.

Chia also questioned the sincerity of the government when the sugar monopoly was under Perlis Plantations Berhad, a wholly-owned subsidiary of the Kuok Group, and how the government kept a tight reign over price increases.

Profiteering

Ever since it was bought over by Felda Global – a wholly-owned subsidiary of federal government – there has been periodical price hikes.

"It was better when the sugar supply monopoly was held by the Kuok Group through the Perlis Plantations Bhd. There was no increase of sugar prices for 10 -15 years. But, the moment it came under the control of Felda Global, the price of sugar has gone up by RM0.85 cents per kilo in a short period of time," he said.

The monopoly situation has given rise to questions of profiteering,incompetency as well as the rationale behind allowing Felda Global to enjoy monopoly over the import and export of sugar.

Malaysians relatively high sugar intake is blamed for the increased incidence of diabetes, obesity and other related health issues in the country.

The sugar price increase is expected to affect players in the food and beverage industries .Some popular coffee shop here have raised the price of tea, coffee, Milo and others by at least 10 sen.

Last week, the government raised the price of the higher grade RON97 petrol in tandem with global prices which sparked concerns of escalating prices of goods even as the ringgit strengthens against the US dollar.

This week's increase of sugar price will affect the lower income group here as they are  already paying higher prices for goods due to import costs that are tied to the national transport policy that limits shipping to and from Sabah.

Chia reminded policy planners that the state is already one of the poorest in Malaysia and perodic price increases would keep taking away any gains made in poverty eradication.

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


Posted: 13 May 2011 08:32 PM PDT

SOLAT HAJAT & SYARAHAN SHEIKH DR WAHBAH AL_ZUHAILY

SYARAHAN PERDANA SHEIKH PROF. DR. WAHBAH AL-ZUHAILY
Tajuk :Sumpah dan Qazaf
Tarikh :
14 Mei 2011 (Sabtu) 
Masa :
2.30 ptg – 4.30 ptg 
Tempat :
Dewan Solat, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor 
 

SOLAT HAJAT & CERAMAH PERDANA
Tarikh:
14 Mei 2011 (Sabtu)Masa:
6.30 petang
Tempat:
Stadium Selayang

Laporan polis berkenaan projek ic... (Rabu 11 Mei 2011)

Posted: 11 May 2011 07:52 PM PDT

Kehebatan Ketua Penerangan Cabang Hulu Selangor bersama kepimpinan negeri telah memberikan impak hebat kepada UMNO Hulu Selangor dalam menerajang strategi politik jahat parti UMNO untuk meraihkan sokongan dalam pilihanraya akan datang. Usaha mengambil pengundi dari kalangan pendatang asing berkad pengenalan merah memang telah wujud semasa pilihanraya di negeri-negeri Sabah dan Sarawak, menjadikan usaha strategi UMNO ini sebagai pengguat kemenangan tipis di kawasan pilihanraya seperti di Parlimen Hulu Selangor ini. Dengar khabar calon dari UMNO akan bertanding di sini...

(www.shaiful-hulusgr.blogspot.com)

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Lagi wanita disimbah cecair di KL pada 13 Mei 2011

Posted: 13 May 2011 03:24 PM PDT



Nampaknya polis PDRM gagal menangkap penjenayah atau terroris yang paling digeruni rakyat terutama warga Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi wanita. Oh ya , polis sedang sibuk hantar video seks ke Amerika Syarikat untuk mengesahkan ketulenan video. Kenapa tak hantar rakaman CCTV penyerang asid ini ke Amerika Syarikat untuk kenal pasti penjenayah ini dengan lebih terperinci?

Polis tolong buat kerja polis, jangan sibuk nak halang ceramah politik. Pemimpin Umno jangan suruh polis buat kerja politik !

KL SUDAH PANAS !!!

Lagi wanita disimbah cecair
Harian Metro
Jumaat 13 Mei 2011 , 4:13 petang

KUALA LUMPUR: Satu lagi perbuatan menyimbah cecair berlaku hari ini, kali ini mangsanya ialah seorang wanita berusia 30-an di Seksyen 10 Wangsa Maju, di sini.

Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal.

Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik PDRM berkuatkuasa Rabu lepas, berkata cecair itu tidak melecurkan kulit tetapi menyebabkan gatal.

"Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini ada kaitan atau persamaan dengan kejadian simbah asid yang dilaporkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas pertandingan menembak antara media dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak di sini, hari ini.

Pertandingan menembak itu melibatkan 89 pengamal media dan kira-kira 50 pegawai dan anggota PDRM bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak.

http://www.hmetro.com.my/articles/Lagiwanitadisimbahcecair/Article

Jamuan bersama Tn Guru Dato Nik Aziz 28 Mei 11 Seremban

Posted: 13 May 2011 03:23 PM PDT



MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA
Tarikh : 28 Mei 2011 , SABTU
Masa : 9 mlm
Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban
Bersama :
YAB Tn Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan
YB Dato Mahfuz Omar , YB Azmin Ali dan Zulkefly Mohamad Hj Omar

Kupon RM 50 seorang

Hubungi Mohamad Noor 019-2556206 , Hj Hashinordin 016-3684279

Ceramah Sumpah Laknat 21 Mei 2011 Seremban

Posted: 13 May 2011 03:21 PM PDT



CERAMAH UMUM
21 Mei 2011 , SABTU
Jam 9 mlm
Di Batu 4 1/2 , Kg Paroi, Jalan Tok Dagang, Seremban (berhampiran Sek Keb Paroi)
Bersama :
YB Abdullah Sani - Ahli Parlimen Kuala Langat
YB Hj Taufek - ADUN Paroi
Ustaz Syamsul Firdaus Mohd Supri - Pentazkirah Sumpah Laknat Dato T
Hj Anuar Hashim - Bekas Pembantu Khas ADUN (UMNO) N.Sembilan

Semua dijemput hadir

Dialog Masalah di Tempat Kerja 21 Mei 2011 Seremban

Posted: 13 May 2011 03:20 PM PDT



DIALOG HARI PEKERJA
Anda ada masalah di tempat kerja?
Sila hadir ke Majlis Dialog Pekerja bersama Pimpinan Kesatuan Sekerja
Tarikh : 21 Mei 2011
Masa : 5 ptg
Tempat : Dewan D'Ark, Taman Sri Kasih, Jln Senawang-Paroi, Seremban
Bersama :
YB Abdullah Sani bin Abd Hamid - Ahli Majlis MTUC
Hj Mohamad Dauzkaply Nor Ghazali - Naib Presiden NUBE

PENYERTAAN PERCUMA
Semua Dijemput Hadir

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-2171942

Kuala Lumpur, pusat orang gila, sakit mental TERBUKA

Posted: 13 May 2011 03:18 PM PDT





Istilah Universiti Terbuka atau Open University biasalah kita dengan dan makin popular sekarang. Hospital Sakit Mental ada, tapi pernah dengar Hospital Terbuka Pesakit Mental? Itulah berita Malay Mail 12 Mei 2011 yang menyebut bandaraya kosmopolitan adalah merupakan sebuah Hospital Terbuka untuk Pesakit Mental atau Orang Gila. Adakah ini satu ciri negara Islam atau negara yang Islam sebagai agama rasmi?

Laporan Malay Mail terdapat ramai rakyat tempatan dan sedikit rakyat asing umur sekitar 30 ke 40 an, tidur pada malam hari di tepi-tepi jalan kerana tiada rumah.

Anehnya Jabatan Kebajikan Masyarakat mengkategorikan mereka ini sebagai pesakit mental. Pesakit mental yang tiada rumah dan bergelandangan bukanlah bidang kuasa JKM tapi bidang kuasa Kementerian Kesihatan atau hospital. Pulak DAH !

Nampaknya makin maju Malaysia, makin ramai orang gila di Malaysia ini. Ada pemimpin UMNO kisah ? Tak pe , tak pe, ini kerja JKM, ini kerja hospital, ini keja polis kalau mereka mencederakan sesiapa.

MALAYSIA SEDANG MENUJU KEHANCURAN !

Tolonglah baca laporan penuh Malay Mail tersebut dengan gambar-gambarnya sekali di http://www.mmail.com.my/content/72041-exclusive-kl-'open-asylum'

Minta maaflah Utusan Malaysia tak minat dedahkan berita terang lagi bersuluh ini, Utusan hanya minat cerita Kristian agama rasmi dan cerita video seks.

Exclusive: KL 'open asylum'
Thursday, May 12th, 2011

FT Welfare Dept says the homeless sleeping along Jalan Pudu are 'mental patients', NGOs say they are not and need help

HOMELESS IN PUDU: FT Welfare Department declares the homeless

PUDU: The Malay Mail has stumbled upon a rare sight of large groups of homeless, mostly locals, sleeping on the streets in the heart of the capital city after midnight -- astoundingly described by the Welfare Department as "mental sufferers".

Reminiscent of the world-famous vagrant-strewn streets of India's Chennai, Jalan Pudu is now home to a burgeoning number of the homeless, including a few foreigners, who sleep on its newly-tiled pavements in groups of between 30 and 40.

But the biggest shocker is the Federal Territory Welfare Department's stance which has declared the homeless "mental sufferers" and that this group is out of their hands.

Its operations head Mat Darus Hassan told The Malay Mail the decision was made based on its "observations", but he declined to elaborate on the findings, stating it was "confidential information".

"The mental sufferers do not come under the department's jurisdiction. They come under the hospitals'," he said when pointed out this would mean there was no other recourse for local homeless mental ailment sufferes.

This has incurred the wrath of Reach Out Malaysia, an NGO which regularly carries out food distribution programmes for the homeless in the area. The NGO dismissed the department's claims as frivolous, and lambasted the hands-off approach.

"The claims are not only untrue, but also unfair," said volunteer Nik Norliza Nik Othman.

"The majority of them are perfectly normal people who have merely fallen on hard times."

She said the department should make an effort to go down to the ground first before making any rash conclusions.

During The Paper That Cares' recent visit, we observed an unusually high number of people sleeping on the pavements near the newly-refurbished Puduraya bus terminal.

Many slept in groups of about 10, some on the pavements while others on cardboard boxes. There were those who used their belongings as makeshift pillows, while the less-fortunate used their arms as support.

They have little choice to not only have to bear with the stench of garbage and irritation from dust, but share their "bed" with an army of cockroaches and rodents.

The Malay Mail's observation also revealed some, probably desperate for a cleaner sleeping area, slept near a public toilet.

Save for one transsexual, the rest were men. An overwhelming number of the homeless were Malaysians, with only three foreigners among them.

Taxi drivers plying the area claimed the homeless had been forced to sleep on Jalan Pudu pavements as their former "home", Puduraya, was no longer a choice as security had tightened after the 35-year-old bus hub was upgraded recently.

Artikel penuh di http://www.mmail.com.my/content/72041-exclusive-kl-'open-asylum'

ADUN Labu N.Sembilan tak kisah keselamatan pelajar

Posted: 11 May 2011 05:13 PM PDT



Keselamatan murid SK Gadong Jaya
May 11th, 2011
Aduan Rakyat Online

Kami penduduk Kg. Gadong Jaya di Labu, Seremban, Negeri Sembilan kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak ambil peduli tentang keselamatan terhadap murid sekolah di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya yang mana sekolah tersebut berhampiran dengan jalan raya yang amat sibuk.

Apa yg membimbangkan tiada tanda amaran, garisan, lampu isyarat atau apa-apa jua tanda untuk murid-murid sekolah melintas di jalan raya.

Kereta dan lori dipandu laju dan tidak menghiraukan keselamatan murid yg melintas. Penduduk kampung secara sukarela menjadi polis trafik untuk mengawal lalulintas.

Pekara ini sudah diajukan kepada wakil rakyat Labu serta pihak yg terlibat.

Namun tiada jawapan ataupun tindakan sampai sekarang ini. Mungkin kalau berlaku kematian baru nak bertindak atau tiada anak mereka bersekolah disini.

Harap pihak yang terlibat buatlah sesuatu agar semua pihak berpuas hati.

Biar banyak kerja, jangan banyak cakap.

By: rambai

Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/keselamatan-murid-sk-gadong-jaya

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


(Video) Kes Buli Pelajar Cina Di SMK Raja Abdullah

Posted: 13 May 2011 11:22 AM PDT

Kes buli masih belum habis.Ada sahaja kejadian buli di sekolah.Dan kali ini, berlaku kejadian kes buli di SMK Raja Abdullah.Untuk melihat video tersebut, sila klik link di bawah.



Bayangkan kalau perkara begini terjadi kepada anak-anak kita? Sangat kurang ajar apabila pembuli melempang, menggunting rambut, mencekik leher mangsa dengan tali leher, memukul dan lain-lain lagi.Kejadian ini berlaku pada waktu rehat, jadi guru tidak patut dipersalahkan dalam hal ini.

Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?Hanyalah kes cemburu terhadap mangsa.Apa yang dicemburukan, tidaklah kami ketahui, tetapi perkara ini sudahpun mendapat perhatian Kementerian.Namun ibu dan bapa kepada pembuli ini tidak percaya terhadap tuduhan yang dikenakan kepada anaknya kerana mereka percaya anak mereka sangat baik di rumah.

Inilah masalah ibu-bapa yang terlalu mempercayai apa sahaja yang anak dia cakap.Walaupun dah melihat sendiri video  tersebut, masih boleh ibu bapa tertuduh mengatakan anak mereka tidak bersalah dan mendakwa pula sekolah kerana membuat fitnah.Dalam perkara ini, kami berpendapat ibu bapa sendiri yang mendorong anak mereka menjadi begini.

Mana pergi nilai-nilai kemanusiaan seorang pelajar.Sekolah dulu tak macam sekarang.Salah sikit, sebat anak murid dah kena saman.Walhal memang patut pelajar yang bermasalah kena hukum.Bila pelajar dah naik lemak, macamni lah yang terjadi.Apa nak jadi dengan anak-anak muda sekarang.

Apa pendapat anda mengenai video kes buli  di atas?

Apa sudah jadi dengan blogspot ? Kena serang ker...

Posted: 13 May 2011 11:03 AM PDT

Sejak petang tadi nak log in blog tak bleh !!! Tak puashati... pi CC tengok...masalah sama juga ? Tengok blog kawan-kawan bila nak baca entry baru...semua hilang termasuk dengan blog ini juga..hahahahaha

Malam try baru boleh !!! Ok ler tuuu...

(Video) Puduraya Bocor!

Posted: 12 May 2011 07:59 AM PDT

Baru sahaja Puduraya kembali dibuka tidak sampai sebulan dengan kos pengubahsuaian sebanyak RM 52 juta, akhirnya bumbung di hentian puduraya bocor akibat kelemahan sistem penyambung paip.

Kami tak nafikan proses naiktaraf ini memang bagus bagi menggantikan hentian bas puduraya yang lama, dimana pengubahsuaian ini secara jelas meningkatkan mutu keselamatan dengan penambahan sistem CCTV, serta namkpak lebih ceria dan kemas.Tapi,  kontraktor  manalah yang buat kerja tak semenggah ini?

Takkan la baru sebulan dah boleh bocor? Takde "QC" ke yang menjalankan pemeriksaan setiap projek proses pembinaan? Apa-apa pun, lihat video di bawah dan beri pendapat anda mengenai bumbung hentian Puduraya yang bocor ini.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


SOLAT HAJAT & SYARAHAN SHEIKH DR WAHBAH AL_ZUHAILY

Posted: 13 May 2011 08:32 PM PDT

PROJEK IC UMNO DI HULU SELANGOR?

Posted: 11 May 2011 08:02 PM PDT