Anwar Ibrahim |
- Iltizam Laksana Syariah Longlai
- Nurul Izzah Cabar Najib Debat Dengan Anwar
- Pelihara Hak Moral, Akhlak Sesama Manusia – Ulama Syria
- Sex Video: Police Should Stop Playing Games
Iltizam Laksana Syariah Longlai Posted: 14 May 2011 09:05 AM PDT Dari Malaysiakini Semalam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan sekali lagi menzahirkan keperluan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil sumpah laknat bersabit isu video lucah. Alasannya ialah Datuk Sharyzl Eskay sudah berbuat demikian dan Anwar harus ikut sama. Kenyataan itu dibuat pada forum membabitkan ulama-ulama Umno sempena ulangtahun ke 65 parti itu. Seorang menteri Umno yang lain, Datuk Seri Jamil Baharom Khir turut memberi hujah sama sebelum ini. Terlalu banyak telah ditulis sebelum ini mengenai kesesuaian menggunakan masjid dan lafaz sumpah laknat untuk isu-isu yang membabitkan fitnah. Persoalan lebih penting susulan komen terbaru Ahmad Maslan (atas, kiri) ialah komitmen kerajaan dan Umno mengangkat undang-undang syariah di negara ini. Sekiranya Umno, yang menyambut ulangtahun ke-65 semalam mahu mengukur kejayaannya sebagai parti yang mendokong kaum Melayu dan Islam, maka sudah tentu perjuangan untuk memartabatkan undang-undang syariah penting dan kritikal. Apakah mungkin agenda Melayu tercapai tanpa memastikan umat Islam dipacu dengan ajaran Al-Quran dan undang-undang syariah yang mencakupi segala aspek kehidupan di bumi ini demi menjamin syurga di akhirat? Amat mendukacitakan apabila Umno, dengan lebih lima dekad dihabiskan menerajui Malaysia, masih belum menegakkan syiar Islam secara tuntas, tetapi sekadar melepaskan batuk di tangga. Undang-undang syariah dijadikan tidak relevan kepada kehidupan harian umat di Malaysia, kecualilah jika mereka ditangkap khalwat, bercerai atau jika orang mati mempunyai harta untuk diagihkan. Iltizam politik sering disuarakan dengan begitu lantang oleh pemimpin-pemimpin Umno namun apabila berdepan dengan "ujian’ yang boleh menonjol kebesaran undang-undang syariah sebagai sebuah sistem yang adil dan sempurna, Umno berundur dengan memberi pelbagai alasan. Pada tahun 1998, peluang Umno menyerlahkan keagungan undang-undang syariah datang apabila Anwar didakwa meliwat bukan satu, tetapi tiga orang Islam (Munawar Anees, Sukma Darmawan dan Azizan Abu Bakar). Namun undang-undang syariah bersabit Qazaf yang secara khusus diturunkan untuk menangani isu-isu fitnah dan zina tidak diambil peduli oleh Umno pimpinan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad ketika itu. Menteri Hal-Ehwal Agama tidak terpanggil untuk bangkit menyatakan undang-undang syariah adalah cukup sempurna bagi menangani pertuduhan dan menentukan sama ada Anwar mangsa fitnah atau sebaliknya. Pada tahun 2008, sekali lagi Anwar dikenakan tuduhan liwat, setelah beliau dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah sivil dan memimpin pembangkang bagi menafikan Umno-BN majoriti dua pertiga di Parlimen. Pakatan Rakyat juga menawan Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Terengganu serta mengekalkan kuasa di Kelantan. Sekali lagi buku undang-undang Qazaf dibiarkan bersalut debu dalam kamar Mahkamah Syariah. Sekali lagi Menteri Agama Jamil Baharom berdolak dalih menjelaskan kenapa undang-undang Islam tidak digunakan untuk mengadili Anwar. Tentunya bukan kerana hukum syariah mempunyai kepincangan atau tidak lengkap, atau tidak boleh digunapakai dalam era moden semasa. Menabur fitnah, menutup aib Tentunya Al-Quran dan hukum syariah mempunyai nas-nas kukuh untuk meletakkan syarat-syarat begitu ketat bagi pertuduhan fitnah dan zina disabitkan. Ini kerana ia melibatkan soal maruah dan kewibawaan orang yang dituduh berserta dengan keluarganya. Justeru undang-undang Qazaf melindungi pihak yang dituduh daripada fitnah kerana pertuduhan itu amat berat sekali. Rasional undang-undang qazaf ini, malah perundangan syariah umumnya, ialah untuk menonjolkan Islam sbagai sebuah agama yang indah dan adil dalam ertikata sebenarnya. Ia adalah agama yang menghindari umatnya daripada menabur fitnah, malah menggalakkan mereka menutup aib pihak lain, jika ada. Namun segala pertimbangan ini diketepikan dalam kes liwat Anwar pada 1998, 2008 dan sekali lagi tahun ini bersabit isu video lucah. Tidak cukup untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menteri-menteri Umno lain mendabik dada dan mencanang diri sebagai pendokong Islam dan pejuang Melayu di bumi ini. Tidak cukup sekadar memperkenalkan undang-undang syariah seperti Qazaf tetapi tidak melaksanakannya apabila semua pihak yang terbabit beragama Islam . Sebaliknya, seperti kes-kes terhadap Anwar membuktikan, agenda politik menjadi pertimbangan utama pemimpin Umno dalam memilih undang-undang atau amalan syariah yang mana harus diamalkan dan yang mana ditolak. ‘Mempulun’ Anwar Tentunya sumpah laknat menjadi pilihan yang lebih bagus apabila yang membuatnya tidak perlu mengemukakan sebarang bukti. Karektor dan perwatakan yang membuat sumpah juga tidak perlu diperinci oleh pihak masjid. Sipolan-sipolan seperti Eskay hanya perlu menghadirkan diri di masjid (berpakaian vest kalis peluru). Jika mereka memegang Al-Quran terbalik, itu akan diperbetulkan. Pada masa sama parti pemerintah akan mengatur liputan media arus perdana secara besar-besaran untuk memastikan pihak yang membuat sumpah itu diangkat sebagai makhluk yang soleh, lurus, ikhlas serta bersih. Media sama juga akan memastikan babak memegang Al-Quran terbalik tidak akan dilaporkan. Mengulas sumpah laknat Eskay itu, Presiden Umno Najib Razak berkata itu hak beliau melakukannya . Pada masa sama. Najib dan Menteri-Menteri Umno lain ghairah "mempulun" Anwar kerana tidak mengikut jejak Eskay mengambil sumpah laknat. Yang cuba ditenggelamkan oleh Najib dan juak-juaknya adalah ketegasan Anwar untuk membela dirinya dalam mahkamah syariah mengikut hukum qazaf terhadap tuduhan-tuduhan jijik yang dibuat oleh Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim. Ruang ditutup Namun ruang ini ditutup oleh Umno menerusi cengkamannya ke atas pejabat pendakwaraya Mahkamah Syariah. Anda tidak perlu menjadi seorang cendekiawan untuk meneka kenapa begitu. Apabila ruang ini ditutup, bagaimana Umno sendiri akan menjadi benteng kepada penerapan cara hidup Islam di dalam umatnya di negara ini. Bukankah dasar Umno mengamalkan dakwaan terpilih dengan sebegini mencalar kesucian agama Islam? Pada tahun 2007, Ketua Hakim Negara ketika itu supaya usaha dilakukan untuk memartabatkan undang-undang Islam dalam perundangan negara dan perundangan antarabangsa. Malah Peguam Negara sekarang Tan Sri Abdul Gani Patail ketika itu menyifatkan undang-undang Syariah adalah yang terbaik kerana ia menekankan kepada keadilan dan pembahagian hak yang sama. ”Sudah tiba juga masanya untuk kita mendapatkan prinsip-prinsip tersebut (keadilan) dalam kebudayaan, cara hidup dan agama termasuk agama Islam dan juga undang-undang adat seperti yang diamalkan di Sabah dan Sarawak,” kata Gani ketika itu. Tiada iltizam politik Malangnya lima tahun berlalu, cadangan Ahmad Fairuz (kanan) dan kata-kata berani Gani Patail tinggal begitu sahaja–kata-kata berani tanpa disokong oleh iltizam politik. Akibatnya mahkamah-mahkamah syariah di negara ini dibataskan kepada menyelesaikan soal cerai, pengagihan harga waris dan mendenda pasangan berkhalwat. Walaupun mahkamah syariah diangkat ke tahap di mana kuasa dan keputusannya di luar bidang semakan mahkamah sivil, pelaksanaan undang-undang syariah dibiarkan luntur dan hanya mencakupi perkara-perkara asas orang Melayu. Sayang kerana undang-undang syariah jauh lebih besar daripada skop sebegitu. Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mencadangkan. Jadi janganlah dipersalahkan sesiapa jika memandang undang-undang syariah di Malaysia hanya setara dengan undang-undang adat masyarakat pribumi di Sabah dan Sarawak. Umno terpaksa bertanggungjawab kepada Raja-Raja Melayu, ulama dan mufti serta umat keseluruhannya jika tanggapan sedemikian semakin menebal dalam realiti politik Malaysia. |
Nurul Izzah Cabar Najib Debat Dengan Anwar Posted: 14 May 2011 02:39 AM PDT Dari Harakah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar, mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan 'debat' khas dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menentukan kesalahan yang dilakukan oleh ayahnya itu. Pada masa yang sama, beliau turut memohon Perdana Menteri itu mengarahkan pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan fitnah terhadap ayahnya, sebaliknya mengadakan debat sebagai medan untuk mendedahkan kesalahan yang dilakukan khususnya dalam pentadbiran negara sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Sepetang Bersama Nurul Izzah yang diadakan di Dataran Ilmu Kok Lanas, di sini petang semalam. Turut berucap pada majlis itu, Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Mahmood, Anggota Parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir. Menurut Izzah lagi, perancangan jahat tidak perlu dilakukan apa lagi dengan tuduhan jijik liwat, video seks dan berbagai lagi kerana ianya akan memburukkan imej negara bukan sahaja keluarganya. "Kalau ayah saya salah, buat debat terbuka biar rakyat dengar, biar rakyat puas hati dan kami juga puas hati apa kesalahan ayah kami," ujarnya. Beliau bagaimanapun yakin kerajaan tidak akan berbuat demikian kerana debat itu akan memakan mereka sendiri. Izzah juga turut berpendapat pelbagai fitnah lagi bakal menimpa ayahnya menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti. Pada masa yang sama beliau juga turut mengucapkan terima kasih pada PAS dan DAP yang telah menyedarkan dirinya untuk turut berjuang bersama menentang kezaliman kerajaan BN terutama Umno. Jelasnya, parti yang paling kuat menentang kerajaan khususnya berhubung kes ayahnya ialah PAS sehingga parti itu sanggup berdepan dengan pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). "Sebelum ini saya tidak berminat dengan politik, saya belajar di universitipun bidang kejuruteraan awam, namun kerana kezaliman yang semakin berleluasa khususnya melibatkan ayah, saya sanggup berdepan semua itu," katanya yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai. Pada majlis tersebut Izzah tidak dapat menahan sebak apabila menyentuh tentang ugutan yang diterima melalui system pesanan ringkas (sms) yang akan menculik anak sulungnya sekiranya masih menyokong perjuangan Anwar. Pada majlis itu juga beliau turut menyampaikan sumbangan golongan miskin di Dun Kok Lanas. Sebelum menyampaikan ceramah di Kuala Krai dan Machang, beliau terlebih dahulu memenuhi program santai dan minum petang di rumah Anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail. |
Pelihara Hak Moral, Akhlak Sesama Manusia – Ulama Syria Posted: 14 May 2011 02:30 AM PDT Dari Keadilan Daily Definisi hak asasi manusia konvensional yang diguna pakai di seluruh dunia hari ini masih tidak lengkap kerana ia tidak melindungi hak manusia untuk mempertahankan moral dan akhlak mereka, kata ulama terkenal dari Syria, Professor Dr Wahbah Zuhaili. Beliau membuat kenyataan itu sewaktu berucap pada Seminar Maqasid Syariah dalam Masyarakat Majmuk di Hotel Straits Meridian Bukit Baru Melaka. Seminar itu dipengerusikan Naib Presiden Wadah, Datuk Mohd Idris Jauzi dan ahli panel lain adalah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Penerangan KEADILAN merangkap Timbalan Presiden Wadah, Dr Muhammad Nur Manuty, dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman. Berucap lebih lanjut, Dr Wahbah berkata maqasid syariah (matlamat peringkat tinggi syariah) yang salah satu tujuannya memelihara kehormatan manusia dilihat mampu untuk melengkapi definisi hak asasi manusia. "Maqasid syariah adalah pilihan terbaik untuk membentangkan isu hak asasi manusia. Hak asasi telah ada dalam Islam sejak Islam diutuskan dari dahulu lagi," kata Dr Wahbah. Dalam ucapannya, beliau sempat menyeru hadirin, Islam dan bukan Islam, untuk bersama menyokong kebangkitan Islam. Ini kerana, menurut Dr Wahbah, Islam tetap menegakkan kebenaran dan mengangkat keadilan tanpa mengira agama dan bangsa. "Saya menyeru rakan-rakan semanusia, yakinlah Islam tetap menegakkan kebenaran dan mengangkat keadilan. "Kebangkitan Islam tidak langsung akan membawa kehinaan kepada agama lain," kata Dr Wahbah. Malahan, pertumpahan darah adalah haram di sisi Islam kerana semua manusia adalah hamba di sisi Allah, kata Dr Wahbah. Anwar sewaktu gilirannya berucap pula menyatakan kebimbangannya terhadap tahap kefahaman Islam di kalangan masyarakat di Malaysia hari ini. " Malaysia hari ini lebih takut kepada isu negara Kristian yang sebenarnya tidak wujud dan sengaja digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab," kata Anwar. Sedangkan pada masa yang sama, perkara yang lebih penting dan bersifat asas pula diabaikan, tambah Anwar. "Syarak, qazaf dan sumpah yang tidak mengikut hukum pula diabaikan," kata Anwar. |
Sex Video: Police Should Stop Playing Games Posted: 14 May 2011 02:24 AM PDT From Malaysiakini ‘Deputy IGP, when is a good time to reveal the man in the sex video? One week before the general election?’ Deputy IGP: No need to reveal man in sex video, yet Anonymous_3e86: The authorities are just playing a mind game. Yes, the video is authentic, but is the ‘actor’ a look-alike? The fact is that no crime was committed by the ‘actor’. The person who did the recording of the video should be charged instead. The police should focus on who did the video recording and screening. Obviously, this is the work of BN/Umno. Why hasn’t the ‘Datuk T’ trio been charged till today? Why wait to reveal the identity? If it was indeed Anwar Ibrahim, they would have announced it already. Instead the police left it to the public to assume it was Anwar. Do the police think we are that naive? Tuah PJ: Deputy IGP Khalid Abu Bakar, the Datuk T trio showed pornography openly. Many witnesses were there and they too have confessed. There is no need for you to investigate. Just charge them and fine/jail them. Case closed. KPI met. As for the actors in the video, they did not commit anything against the law. If the syariah office wants to charge the man in the video for khalwat, let them do the investigation and charge him. Do you need more education on how to do your job? Been Laden: Personally, I don’t really care who the person is. What I want to know is why the police have not arrested the three datuks who screened an illegal video and distributed it. What about the other man in the video who has officially identified himself – why isn’t he arrested for being a pimp? The police must act on whatever ‘law’ that has been violated rather than play politics. Docs: Khalid, when is a good time to reveal the man in the sex video? One week before the general election? Quigonbond: Basically the deputy IGP is saying he will use the information at an appropriate time, probably during the next general election campaign. If you have the information, spill it out now. Why wait for the general election, unless you’re working hand in glove with the BN parties. Anonymous_40dc: “Investigations are still ongoing” means, “How can we find ways to nail Anwar Ibrahim? What other lies can we use?” At this point in time, the simplest way for anyone who wants a promotion is to fix Anwar. Bozo: Come on Khalid, just expose the person in the videotape. Why wait until a suitable time? And why the foreign experts to identify this person. Is there no one in Malaysia who can do it? Shame on you. How much money did we pay to engage these foreign experts? Don’t play games with us. Petestop: Those showing the porn video were given police protection, what more with bullet-proof vests at the mosque where one of them did the oath-taking. What need is there to investigate when the police were there as bodyguards to these alleged criminals. It is clear as to why the police did not charge these offenders. Regardless of who is in the video, an offence has already been committed, and the police are obligated to uphold the law. But it seems that the police are only obligated to their political masters. It is not the Internet that spoiled the police’s reputation, it is their own actions. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan