Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Lagi wanita disimbah cecair di KL pada 13 Mei 2011
- Jamuan bersama Tn Guru Dato Nik Aziz 28 Mei 11 Seremban
- Ceramah Sumpah Laknat 21 Mei 2011 Seremban
- Dialog Masalah di Tempat Kerja 21 Mei 2011 Seremban
- Kuala Lumpur, pusat orang gila, sakit mental TERBUKA
- ADUN Labu N.Sembilan tak kisah keselamatan pelajar
Lagi wanita disimbah cecair di KL pada 13 Mei 2011 Posted: 13 May 2011 03:24 PM PDT Nampaknya polis PDRM gagal menangkap penjenayah atau terroris yang paling digeruni rakyat terutama warga Kuala Lumpur, lebih-lebih lagi wanita. Oh ya , polis sedang sibuk hantar video seks ke Amerika Syarikat untuk mengesahkan ketulenan video. Kenapa tak hantar rakaman CCTV penyerang asid ini ke Amerika Syarikat untuk kenal pasti penjenayah ini dengan lebih terperinci? Polis tolong buat kerja polis, jangan sibuk nak halang ceramah politik. Pemimpin Umno jangan suruh polis buat kerja politik ! KL SUDAH PANAS !!! Lagi wanita disimbah cecair Harian Metro Jumaat 13 Mei 2011 , 4:13 petang KUALA LUMPUR: Satu lagi perbuatan menyimbah cecair berlaku hari ini, kali ini mangsanya ialah seorang wanita berusia 30-an di Seksyen 10 Wangsa Maju, di sini. Dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, wanita berkenaan berada di dalam sebuah kereta dan menurunkan cermin kenderaannya sebelum disimbah cecair oleh seorang penunggang motosikal. Bekas Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zulkifli Abdullah, yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Logistik PDRM berkuatkuasa Rabu lepas, berkata cecair itu tidak melecurkan kulit tetapi menyebabkan gatal. "Polis masih menyiasat sama ada kejadian ini ada kaitan atau persamaan dengan kejadian simbah asid yang dilaporkan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas pertandingan menembak antara media dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak di sini, hari ini. Pertandingan menembak itu melibatkan 89 pengamal media dan kira-kira 50 pegawai dan anggota PDRM bertujuan merapatkan hubungan antara kedua-dua pihak. http://www.hmetro.com.my/articles/Lagiwanitadisimbahcecair/Article |
Jamuan bersama Tn Guru Dato Nik Aziz 28 Mei 11 Seremban Posted: 13 May 2011 03:23 PM PDT MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA Tarikh : 28 Mei 2011 , SABTU Masa : 9 mlm Tempat : Dataran Muhibbah, Kg Ismail, Ampangan, Seremban Bersama : YAB Tn Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat – Menteri Besar Kelantan YB Dato Mahfuz Omar , YB Azmin Ali dan Zulkefly Mohamad Hj Omar Kupon RM 50 seorang Hubungi Mohamad Noor 019-2556206 , Hj Hashinordin 016-3684279 |
Ceramah Sumpah Laknat 21 Mei 2011 Seremban Posted: 13 May 2011 03:21 PM PDT CERAMAH UMUM 21 Mei 2011 , SABTU Jam 9 mlm Di Batu 4 1/2 , Kg Paroi, Jalan Tok Dagang, Seremban (berhampiran Sek Keb Paroi) Bersama : YB Abdullah Sani - Ahli Parlimen Kuala Langat YB Hj Taufek - ADUN Paroi Ustaz Syamsul Firdaus Mohd Supri - Pentazkirah Sumpah Laknat Dato T Hj Anuar Hashim - Bekas Pembantu Khas ADUN (UMNO) N.Sembilan Semua dijemput hadir |
Dialog Masalah di Tempat Kerja 21 Mei 2011 Seremban Posted: 13 May 2011 03:20 PM PDT DIALOG HARI PEKERJA Anda ada masalah di tempat kerja? Sila hadir ke Majlis Dialog Pekerja bersama Pimpinan Kesatuan Sekerja Tarikh : 21 Mei 2011 Masa : 5 ptg Tempat : Dewan D'Ark, Taman Sri Kasih, Jln Senawang-Paroi, Seremban Bersama : YB Abdullah Sani bin Abd Hamid - Ahli Majlis MTUC Hj Mohamad Dauzkaply Nor Ghazali - Naib Presiden NUBE PENYERTAAN PERCUMA Semua Dijemput Hadir Untuk maklumat lanjut sila hubungi 019-2171942 |
Kuala Lumpur, pusat orang gila, sakit mental TERBUKA Posted: 13 May 2011 03:18 PM PDT Istilah Universiti Terbuka atau Open University biasalah kita dengan dan makin popular sekarang. Hospital Sakit Mental ada, tapi pernah dengar Hospital Terbuka Pesakit Mental? Itulah berita Malay Mail 12 Mei 2011 yang menyebut bandaraya kosmopolitan adalah merupakan sebuah Hospital Terbuka untuk Pesakit Mental atau Orang Gila. Adakah ini satu ciri negara Islam atau negara yang Islam sebagai agama rasmi? Laporan Malay Mail terdapat ramai rakyat tempatan dan sedikit rakyat asing umur sekitar 30 ke 40 an, tidur pada malam hari di tepi-tepi jalan kerana tiada rumah. Anehnya Jabatan Kebajikan Masyarakat mengkategorikan mereka ini sebagai pesakit mental. Pesakit mental yang tiada rumah dan bergelandangan bukanlah bidang kuasa JKM tapi bidang kuasa Kementerian Kesihatan atau hospital. Pulak DAH ! Nampaknya makin maju Malaysia, makin ramai orang gila di Malaysia ini. Ada pemimpin UMNO kisah ? Tak pe , tak pe, ini kerja JKM, ini kerja hospital, ini keja polis kalau mereka mencederakan sesiapa. MALAYSIA SEDANG MENUJU KEHANCURAN ! Tolonglah baca laporan penuh Malay Mail tersebut dengan gambar-gambarnya sekali di http://www.mmail.com.my/content/72041-exclusive-kl-'open-asylum' Minta maaflah Utusan Malaysia tak minat dedahkan berita terang lagi bersuluh ini, Utusan hanya minat cerita Kristian agama rasmi dan cerita video seks. Exclusive: KL 'open asylum' Thursday, May 12th, 2011 FT Welfare Dept says the homeless sleeping along Jalan Pudu are 'mental patients', NGOs say they are not and need help HOMELESS IN PUDU: FT Welfare Department declares the homeless PUDU: The Malay Mail has stumbled upon a rare sight of large groups of homeless, mostly locals, sleeping on the streets in the heart of the capital city after midnight -- astoundingly described by the Welfare Department as "mental sufferers". Reminiscent of the world-famous vagrant-strewn streets of India's Chennai, Jalan Pudu is now home to a burgeoning number of the homeless, including a few foreigners, who sleep on its newly-tiled pavements in groups of between 30 and 40. But the biggest shocker is the Federal Territory Welfare Department's stance which has declared the homeless "mental sufferers" and that this group is out of their hands. Its operations head Mat Darus Hassan told The Malay Mail the decision was made based on its "observations", but he declined to elaborate on the findings, stating it was "confidential information". "The mental sufferers do not come under the department's jurisdiction. They come under the hospitals'," he said when pointed out this would mean there was no other recourse for local homeless mental ailment sufferes. This has incurred the wrath of Reach Out Malaysia, an NGO which regularly carries out food distribution programmes for the homeless in the area. The NGO dismissed the department's claims as frivolous, and lambasted the hands-off approach. "The claims are not only untrue, but also unfair," said volunteer Nik Norliza Nik Othman. "The majority of them are perfectly normal people who have merely fallen on hard times." She said the department should make an effort to go down to the ground first before making any rash conclusions. During The Paper That Cares' recent visit, we observed an unusually high number of people sleeping on the pavements near the newly-refurbished Puduraya bus terminal. Many slept in groups of about 10, some on the pavements while others on cardboard boxes. There were those who used their belongings as makeshift pillows, while the less-fortunate used their arms as support. They have little choice to not only have to bear with the stench of garbage and irritation from dust, but share their "bed" with an army of cockroaches and rodents. The Malay Mail's observation also revealed some, probably desperate for a cleaner sleeping area, slept near a public toilet. Save for one transsexual, the rest were men. An overwhelming number of the homeless were Malaysians, with only three foreigners among them. Taxi drivers plying the area claimed the homeless had been forced to sleep on Jalan Pudu pavements as their former "home", Puduraya, was no longer a choice as security had tightened after the 35-year-old bus hub was upgraded recently. Artikel penuh di http://www.mmail.com.my/content/72041-exclusive-kl-'open-asylum' |
ADUN Labu N.Sembilan tak kisah keselamatan pelajar Posted: 11 May 2011 05:13 PM PDT Keselamatan murid SK Gadong Jaya May 11th, 2011 Aduan Rakyat Online Kami penduduk Kg. Gadong Jaya di Labu, Seremban, Negeri Sembilan kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak ambil peduli tentang keselamatan terhadap murid sekolah di Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya yang mana sekolah tersebut berhampiran dengan jalan raya yang amat sibuk. Apa yg membimbangkan tiada tanda amaran, garisan, lampu isyarat atau apa-apa jua tanda untuk murid-murid sekolah melintas di jalan raya. Kereta dan lori dipandu laju dan tidak menghiraukan keselamatan murid yg melintas. Penduduk kampung secara sukarela menjadi polis trafik untuk mengawal lalulintas. Pekara ini sudah diajukan kepada wakil rakyat Labu serta pihak yg terlibat. Namun tiada jawapan ataupun tindakan sampai sekarang ini. Mungkin kalau berlaku kematian baru nak bertindak atau tiada anak mereka bersekolah disini. Harap pihak yang terlibat buatlah sesuatu agar semua pihak berpuas hati. Biar banyak kerja, jangan banyak cakap. By: rambai Sumber : http://www.aduanrakyat.com.my/keselamatan-murid-sk-gadong-jaya |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan