MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- (Video) Kes Buli Pelajar Cina Di SMK Raja Abdullah
- Apa sudah jadi dengan blogspot ? Kena serang ker...
- (Video) Puduraya Bocor!
(Video) Kes Buli Pelajar Cina Di SMK Raja Abdullah Posted: 13 May 2011 11:22 AM PDT Kes buli masih belum habis.Ada sahaja kejadian buli di sekolah.Dan kali ini, berlaku kejadian kes buli di SMK Raja Abdullah.Untuk melihat video tersebut, sila klik link di bawah. Bayangkan kalau perkara begini terjadi kepada anak-anak kita? Sangat kurang ajar apabila pembuli melempang, menggunting rambut, mencekik leher mangsa dengan tali leher, memukul dan lain-lain lagi.Kejadian ini berlaku pada waktu rehat, jadi guru tidak patut dipersalahkan dalam hal ini. Apakah yang menyebabkan perkara ini berlaku?Hanyalah kes cemburu terhadap mangsa.Apa yang dicemburukan, tidaklah kami ketahui, tetapi perkara ini sudahpun mendapat perhatian Kementerian.Namun ibu dan bapa kepada pembuli ini tidak percaya terhadap tuduhan yang dikenakan kepada anaknya kerana mereka percaya anak mereka sangat baik di rumah. Inilah masalah ibu-bapa yang terlalu mempercayai apa sahaja yang anak dia cakap.Walaupun dah melihat sendiri video tersebut, masih boleh ibu bapa tertuduh mengatakan anak mereka tidak bersalah dan mendakwa pula sekolah kerana membuat fitnah.Dalam perkara ini, kami berpendapat ibu bapa sendiri yang mendorong anak mereka menjadi begini. Mana pergi nilai-nilai kemanusiaan seorang pelajar.Sekolah dulu tak macam sekarang.Salah sikit, sebat anak murid dah kena saman.Walhal memang patut pelajar yang bermasalah kena hukum.Bila pelajar dah naik lemak, macamni lah yang terjadi.Apa nak jadi dengan anak-anak muda sekarang. Apa pendapat anda mengenai video kes buli di atas? |
Apa sudah jadi dengan blogspot ? Kena serang ker... Posted: 13 May 2011 11:03 AM PDT Sejak petang tadi nak log in blog tak bleh !!! Tak puashati... pi CC tengok...masalah sama juga ? Tengok blog kawan-kawan bila nak baca entry baru...semua hilang termasuk dengan blog ini juga..hahahahaha Malam try baru boleh !!! Ok ler tuuu... |
Posted: 12 May 2011 07:59 AM PDT Baru sahaja Puduraya kembali dibuka tidak sampai sebulan dengan kos pengubahsuaian sebanyak RM 52 juta, akhirnya bumbung di hentian puduraya bocor akibat kelemahan sistem penyambung paip. Kami tak nafikan proses naiktaraf ini memang bagus bagi menggantikan hentian bas puduraya yang lama, dimana pengubahsuaian ini secara jelas meningkatkan mutu keselamatan dengan penambahan sistem CCTV, serta namkpak lebih ceria dan kemas.Tapi, kontraktor manalah yang buat kerja tak semenggah ini? Takkan la baru sebulan dah boleh bocor? Takde "QC" ke yang menjalankan pemeriksaan setiap projek proses pembinaan? Apa-apa pun, lihat video di bawah dan beri pendapat anda mengenai bumbung hentian Puduraya yang bocor ini. |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan