Sabtu, 9 April 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Himpunan Orang Asal Kuala Krau sangat meriah dan berjaya

Posted: 09 Apr 2011 06:05 AM PDT

Dari jam 7.00 pagi hari ini (9.4.11) hampir 300 orang penduduk kaum Jahut dari kesemua perkampongan Orang Asal DUN Jenderak, Kuala Krau, Kg Sg Mai, Jerantut dan Kg Paya Mengkuang, Temerloh hingga jam 5.00 petang, telah berkumpul di Kg Penderas, Kuala Krau didalam program Himpunan Orang Asal Kuala Krau.

Pendaftaran kehadiran mereka bermula dari jam 8.00 pagi diiringi dengan sarapan pagi. Setelah bersarapan, mereka telah beratur untuk pemeriksaan kesihatan yang disempurna oleh team dari Al-Asyifa Temerloh.

Wah, cukup bagus. Hampir kesemua Orang Asal yang membuat pemeriksaan terhadap pressure "darah tinggi" dan darah "kencing manis" mendapati mereka berada didalam keadaan kesihatan yang baik.

Mungkin cara permakanan Orang Asal yang lebih kepada ulam-ulaman menyebabkan kesihatan mereka didalam keadaan yang baik.

Bermula dari jam 9.30 pagi, Sedr Juli dari PIKOM Negeri Selangor memberi penerangan tentang kedudukan Orang Asal Negeri Selangor.

Juli memberitahu bahawa di Selangor telah ditubuhkan BBTOAS (Badan Bertindak Tanah Orang Asal Negeri Selangor) dibawah bumbung Kerajaan Negeri. Semua perkampongan Orang Asal telah dijalankan survey dari segi tanah dan kependudukan.

60 buah kampong Orang Asal telah dikenalpasti, dimana-mana kampong yang telah berjaya disukat, telah dikeluarkan geran tanah, dan penduduk Kg Gerachi dan Kg Pertak telah dikeluarkan geran tanah mereka.

Kampong-kampong lain sedang menunggu untuk turut dikeluarkan geran tanah. Kerajaan Selangor bukan sahaja mengeluarkan geran tanah untuk tanah-tanah kampong, bahkan apabila kerja-kerja menyukat dapat disiapkan, tanah-tanah ladang untuk Orang Asal akan juga dikeluarkan geran tanah.

Kerajaan Selangor juga merancang untuk mengisytiharkan kawasan-kawasan Rezab untuk Orang Asal bagi tanah-tanah rayau dan tanah adat.

Selangor merupakan Negeri yang pertama didalam Malaysia yang mengambil tindakan yang positif untuk kepentingan Orang Asal berhubung dengan tanah mereka.

Dato Fauzi Abdul Rahman yang merasmikan Himpunan Orang Asal Kuala Krau itu melahirkan rasa bangganya kerana Orang Asal Kuala Krau telah menunjukkan sikap terbuka dan sanggup hadir didalam program yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat.

Pengerusi PKR Negeri Pahang itu menyatakan bahawa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Orang Asal Kuala Krau itu beliau yakin DUN Jenderak dimana Orang Asal mempunyai jumlah undi yang agak besar boleh dimenangi oleh calon Parti Keadilan Rakyat.

Dato Fauzi menerangkan bahawa Kerajaan Negeri dibawah pemerintahan Pakatan Rakyat akan mempastikan hasil dari hutan boleh meningkat hingga beratus juta ringgit setahun, dan sejumlah dari pendapatan itu akan digunakan untuk membantu rakyat miskin dari segi permakanan dan dengan itu orang susah tidak perlu lagi membeli beras dan tepung dan sebaliknya akan dibiayai oleh Kerajaan yang berjaya meningkatkan pendapatan dari wang perbalakan.

Hari ini adalah hari yang sangat hektik bagi Dato Fauzi, kerana selepas sahaja beliau merasmikan Himpunan Orang Asal itu, beliau telah meninggalkan Majlis untuk menghadiri satu Majlis lain yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Rompin, dan selepas di Rompin beliau terpaksa pula ke Indra Mahkota untuk Majlis yang dianjurkan oleh PKR Indera Mahkota.

Sekiranya semua pemimpin PKR Pahang sanggup memikul tugas seperti Dato Fauzi Abdul Rahman, tidak ada sebab Pakatan Rakyat tidak boleh mengambil alih pemerintahan Negeri Pahang didalam PRY-13 nanti.

Sehingga waktu makan tengah hari, ruang telah diisi oleh Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, kemudiannya diteruskan oleh Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal, Haji Suhaimi Said, Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal, dan Sdr Juli, Pengerusi Biro Orang Asal Negeri Johor.

Majlis berhenti rehat untuk makan tengah hari dan solat dan disambung semula pada jam 2.00 petang, bilamana Majlis Forum Rakyat-cum-Dialog diaadakan.

Ahli-ahli Panel terdiri daripada Sdr Ilam, Timbalan Pengerusi BBTOAS Negeri Selangor, Sdr Juli dari PIKOM Selangor, Batin Berat dari Banting Selangor, Sdr Bob Manolan, Sdr Ismail Leh, Pengerusi JKK Kg Bukit Gong, Pekan, Sdr Ahmad Abu, Ketua PKR Ranting Kg Beredut, Sdr Yusri Ahon, Pengerusi Biro Masyarakat Orang Asal PKR Pahang dan Sdr Ramli Lugan, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau.

Forum itu dipengerusikan oleh Sdr Rebin Birham.

Forum itu menjadi benar-benar hidup apabila berlaku penglibatan dari para hadirin dengan soalan-soalan yang sangat relevan dengan isu semasa.

Sesetengah daripada soalan itu berupa kritikan tajam kepada Kerajaan UMNO/BN dan kepada Batin-Batin yang menjadi mata dan telinga UMNO/BN dan mengenepikan masyarakat Orang Asal.

Dan juga soalan-s0alan lucu seperti: Boleh tak kita basuh batin-batin ini supaya mereka memihak kepada perjuangan Orang Asal dan tidak membodek UMNO/BN dan Jabatan Kemajuan Orang Asal (Jakoa).

Salah seorang daripada peserta iaitu seorang Ketua Wanita UMNO Cawangan memberikan title baru kepada Haji Suhaimi Said sebagai Tok Batin Malaysia kerana usaha dari Haji Suhaimi yang tidak jemu-jemu memperjuangkan hak dan kepentingan Orang Asal.

Beliau menjemput Haji Suhaimi ke kampongnya dan bersedia mengadakan perjumpaan penduduk-penduduk kampong dan bersedia pula keluar dari UMNO untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat.

Beliau membuktikan kesediaannya menyertai Parti Keadilan Rakyat dengan terus mengisi Borang Permohonan Menjadi Anggota. Suaminya, yang juga ahli UMNO dan JKK kampong juga turut mengisi borang menjadi anggota PKR.

Mereka suami isteri akan menjemput pimpinan PKR dari Biro Masyarakat Orang Asal ke kampongnya untuk merasmikan penubuhan PKR di kampong mereka. Dan sebelum berpisah mereka telah masing-masing mengambil 30 borang anggota untuk tujuan membawa masuk ahli-ahli UMNO ditempat mereka untuk penubuhan 2 buah ranting satu di Paya Besar dan satu lagi di Chini.

Haji Suhaimi Said menyatakan bahawa perjuangan Orang Asal yang paling besar ialah untuk mempertahankan tanah mereka; dan perjuangan PKR untuk Orang Asal adalah untuk mendapatkan geran tanah bagi tanah kampong mereka, dan begitu juga tanah ladang mereka. Disamping itu PKR perihatin terhadap kehendak Orang Asal agar tanah rayau dan tanah adat mereka direzabkan supaya tidak diceroboh oleh mana-mana pihak.

Majlis yang besar maknanya kepada Orang Asal itu diakhiri dengan perasmian penutupnya Oleh Sdr Ahmad Nizam Hamid, Timbalan Pengerusi PKR Pahang dan disudahi dengan 3 laungan REFORMASI.

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


A Saturday for Sivarasa

Posted: 09 Apr 2011 12:21 AM PDT

Saturday - 9th April 2011
Sivarasa started off the morning at Damansara Damai with the families of the senior citizens' who have recently passed away. The programme organised by the office of the State Assemblyperson of Bukit Lanjan, Penyelaras DUN Paya Jaras and Petaling District Office to hand out the balance payment of the RM2500 given by the Selangor State Government under the Skim Usia Mas programme of the Merakyatan Ekonomi Selangor initiative.

This was followed by a visit to a resident who was the victim of a motorcycle accident recently.

Following the visit to the accident victim, Sivarasa went on to Kg Kayu Ara to visit the site of a fire affecting 2 families and 4 homes. He also arranged for the temporary relief housing for the victims at the Kg Kayu Ara community hall.

All these visits completed the morning of a Member of Parliament on a Saturday.



Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


KELIRU YANG MENGELIRUKAN!

Posted: 09 Apr 2011 03:01 AM PDT

(Erdogan di Perkuburan Kamal Attarturk, Ankara. Tiap tahun Erdogan akan mengalungkan bunga di Tugu Attarturk)

Salam 2 all.

Teman melihat perbincangan isu videoklip "Jantan-X" kini sudah menjadi cacamerba dan pasemboran habis. Tau-tau muncul begitu ramai yang bukak kancing rimbok meja menjadi mupti dan hakim syarie, siap dengan segala patwa yang keliru lagi mengelirukan. Habis semua hukum zina dan qazaf dipunggah dan diputar poosing sampai Karpal pun boleh pening yop.

Isu videoklip ini sengaja diputarbelitkan oleh para pemutar yang "nampak kuman diseberang tapi buta dengan gajah didepan mata". Macam sesetengah badut ingusan yang memaki hamun YAB Perdana Menteri mengalungkan bunga di Tugu Peringatan Attarturk dalam lawatan ke Turki baru-baru ini. Sampai ada Pak Yangoat yang mengkapior dan menerakakan PM. Dema tak ingat yang YAB Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan pun tiap tahun kalung bunga disitu yop. Eh, takkan kapior Erdogan tu kot?

Berbalik kepada isu videoklip, apa sebenarnya isunya? Isunya ialah:

1. adakah videoklip itu tulin, maksudnya bukan superimpose dan lain-lain?

2. jika tulin, siapa watak-watak yang ada didalam video itu?

3. setelah dikenal pasti, barulah kita siasat apa yang berlaku dalam videoklip itu? Adakah mereka main gasing atau pun main guli?

4. jika kandungan videoklip itu menunjukkan berlaku satu perlakuan jenayah, maka kesalahan itu hendaklah disiasat; dan jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.

5. dan jika pemilikan, penyebaran dan pendedahan itu juga satu kesalahan, maka jika cukup bukti, pendakwaan bolehlah dikenakan terhadap mereka yang berkaitan samada di Mahkamah Sivil atau Mahkamah Syariah.

Jadi apa fakta yang ada setakat ini? Seorang yang bernama Datuk Shazryl Eskay Abdullah, rakan baik Anwar telah membuat satu pertemuan rahsia dan sulit bersama beberapa editor media tempatan di Sri Carcosa Negara dan mempertontonkan kepada mereka satu videoklip. Para editor tersebut balik kepejabat masing-masing dan membuat lapuran mengenai videoklip itu. Kecuali beberapa kerat manusia, tiada siapa pun tahu apa berlaku dan siapa watak-watak dalam videoklip itu. Tau-tau, 3 jam selepas itu, Anwar, kawan baik Datuk Eskay membuat kenyataan akhbar menafikan dia watak dalam videoklip itu. Tak pasal-pasal satu dunia tahu pasal videoklip tersebut, and all hell broke loose!!!

Anwar lalu membuat lapuran polis di IPD Dang Wangi, meminta polis menyiasat videoklip tersebut. Kerajaan memutuskan untuk membentuk satu pasukan siasatan khas di Bukit Aman utnuk menjalankan siasatan. Dan pihak polis tanpa berlengah terus memulakan penyiasatan.

Setakat ini, daripada 5 soalan diatas, pihak polis hanya baru menjawab soalan pertama, iaitu pihak polis hanya baru mengesahkan videoklip itu tulin!!! Ada 4 soalan lagi yang belum dijawab, termasuk siapa watak-watak dalam videoklip itu dan apa yang sedang mereka lakukan? Bermakna siasatan pihak polis belum selesai. Jadi dimana yang kepoh tak tantu pasal mengupas isu zina, qazaf, sampai kapir mengkapir pasik mempasik satu sama lain?

Sebenarnya tidak timbul langsung isu zina atau menuduh orang berzina pada peringkat ini! Jadi tak timbul isu qazaf, empat orang saksi, hudud dan lain-lain. Semuanya retorik, teoretikal, hypothesis, andaian, spekulasi dan putar-pusing yang sekadar membuang masa dan pikiran. Dan yang paling teruk, ada segelintir daripada pematwa-pematwa ni tengok videoklip tu pun belum, dah keluar pelbagai macam patwa dan hukum-hakam!

Pada teman, kita sepatutnya membenarkan pihak polis menyelesaikan siasatan dahulu. Sekarang baru masuk peringkat kedua; iaitu mengenal pasti watak-watak dalam videoklip yang sudah pun disahkan tulin. Semua pihak perlu berikan kerjasama kepada PDRM untuk menyelesaikan siasatan mereka. Hanya setelah selesai kesemua 5 soalan diatas, barulah boleh kita perbincangkan isu yang relevan berdasarkan hasil siasatan PDRM tersebut.

Bila dah selesai siasatan Bukit Aman nanti, bergantung pada hasil siasatan mereka, barulah kita tengok perlu atau tidak Suruhanjaya DiRaja, atau nak charge Datuk Eskay @ Trio itu, atau nak heret Jantan-X ke Mahkamah Syariah ke? Itu semua masih premature sehinggalah pihak PDRM selesai dengan penyiasatan mereka.

Sementara menunggu selesainya siasatan itu, yang sebenarnya diminta oleh Anwar sendiri berdasarkan lapuran polis yang beliau buat, eloklah semua pihak relax dulu. Nasihat teman, hentikanlah mempolitikkan semua isu. Kesian teman nengok habis anak bini dan kekawan diheret sama. Udah-udahlah tu yop. Biorlah pihak PDRM jalankan tugas mereka tanpa gangguan dan fitnah.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
05 Jamadil Awal 1432
09 April 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Isu Sabitan Zina: Memahami Peruntukkan Perundangan Islam

Posted: 09 Apr 2011 04:09 AM PDT

Oleh Tuan Musa Awang
Timbalan Presiden,
Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Sekarang ini heboh di sana sini tentang video seks seseorang yang dikatakan mirip ketua pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Semenjak isu meletup, budak sekolah yang sebelum ini tak tahu apa itu zina dah mulai tahu, bertanya kepada ibu bapa mereka, atau mereka akan 'search' dalam internet maksud perkataan zina.

Maka keluarlah tafsiran zina sebagai persetubuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki dengan seorang perempuan tanpa nikah yang sah mengikut hukum Syarak, bukan pasangan suami isteri, pelaku kedua-duanya orang yang mukallaf, dan persetubuhan itu tidak termasuk dalam takrif persetubuhan yang meragukan (wati' syubhah).

Bertanyalah pula kanak-kanak ini, apa pula maksud persetubuhan? Lalu tahulah mereka bahawa persetubuhan itu ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang perempuan. Sebelum ini, mereka dengar tentang liwat. Kali ini zina pula. Wah, makin bertambahlah 'vocabulary' anak-anak kita dengan istilah-istilah seks ini.

Zina adalah suatu perbuatan yang dilarang keras oleh Islam, maka hukumannya juga adalah teramat keras dan mandatori. Jika seorang penzina muhson, yakni seseorang yang telah baligh, berakal, merdeka dan telah pernah berkahwin, apabila disabitkan melakukan perzinaan wajib dikenakan hukuman hudd (rejam) iaitu dibaling dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Bagi penzina ghair muhson, yakni seseorang penzina yang tidak cukup syarat-syarat dinyatakan diatas,hendaklah disebat sebanyak 100 kali sebatan, dan setengah ulama' menambah dengan hukuman buang negeri selama setahun.

Hukuman kepada pelaku zina disebut dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur ayat 2 yang bermaksud : "Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari kedua-duanya 100 kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum Agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari Akhirat, dan
hendaklah disaksikan hukuman siksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman".

Kerana ia adalah suatu kesalahan yang berat, hukumannya juga berat,maka sebab itulah ulama' mensyaratkan zina hanya boleh disabitkan samada dengan ikrar atau pengakuan si pelaku atau dengan keterangan empat orang saksi yang cukup syarat-syaratnya.

Sejarah Islam mencatatkan bahawa kebanyakan sabitan zina di zaman Rasulullah s.a.w adalah melalui pengakuan salah. Dalam hadith riwayat Abu Hurairah r.a, bahawa seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w di dalam masjid dan mengaku telah melakukakan zina. Baginda berpaling ke arah lain seperti tidak melayan atau menerima pengakuannya, sehingga lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah itu barulah Baginda bertanya, 'adakah engkau gila?' Dia menjawab 'tidak'. Rasulullah s.a.w bertanya lagi, 'adakah engkau telah berkahwin?' Dia menjawab 'ya'. Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan para sahabat membawa lelaki tersebut untuk direjam.

Dalam suatu riwayat dari Sulaiman bin Buraidah, bahawa seorang wanita dari qabilah al-Ghamidiyah datang berjumpa Rasulullah dan mengaku sebanyak 4 kali bahawa dia telah mengandung hasil perbuatan zina.Baginda tidak terus menghukum wanita mengandung itu, tetapi meminta wanita itu pulang terlebih dahulu, melahirkan dan menyusukan anak tersebut, sehingga tamat tempoh susuan, barulah beliau diperintahkan untuk direjam. Kalaulah ditakdirkan selepas melahirkan anak, wanita ini menarik balik pengakuannya berzina, maka nescaya Baginda s.a.w akan menarik balik hukuman terhadap wanita tersebut. Ini yang dilakukan oleh Baginda s.a.w di mana Rasulullah s.a.w diriwayatkan telah menegur sahabat baginda dengan keras apabila mereka meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik yang telah melarikan diri ketika hukuman dijalankan.

Berdasarkan dalil dan riwayat dia atas, maka rakaman video semata-mata bukanlah bukti yang kukuh untuk mensabitkan zina. Rakaman video adalah bukti yang lemah, dan dalam Islam disebut sebagai bayyinah (keterangan) atau qarinah (tanda). Ulama' Syafie dan Hanafi hanya menerima pensabitan zina melalui iqrar (pengakuan) dan syahadah (kesaksian) 4 orang saksi lelaki, adil dan merdeka sahaja, dan menolak bukti bayyinah atau qarinah.

Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar dalam sebuah akhbar tempatan bahawa rakaman video aksi seks boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mensabitkan pelaku terbabit atas kesalahan zina di Mahkamah Syariah. Ulama' Islam jelas telah membahaskan bahawa jenayah zina hanya boleh dibuktikan dengan dua perkara sahaja iaitu pengakuan orang yang berzina dan pengakuan empat orang saksi lelaki, adil dan merdeka yang melihat perlakuan zina itu.

Peruntukan tentang perbuatan zina yang terdapat dalam Akta atau Enakmen Jenayah Syariah negeri-negeri kini adalah tidak mengikut Hukum Syarak dan tidak sebagaimana yang telah ditetapkan dalam al-Quran. Bentuk hukuman yang ditakninkan dalam peruntukan ini lebih berupa hukuman takzir. Ini kerana Seksyen 2 Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 menghadkan bidangkuasa jenayah Mahkamah Syariah hanya ke atas orang Islam, dan untuk kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi 3 tahun atau denda melebihi RM5,000.00 sahaja atau sebatan tidak melebihi 6 kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut. Dengan adanya halangan ini, maka hukuman hudud tidak dapat dilaksanakan di negara ini.

Mengambil contoh Seksyen 23 (1) dan (2) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan bahawa '(1) Mana-mana orang lelaki yang melakukan persetubuhan dengan orang perempuan yang bukan isterinya yang sah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.' Manakala sub-seksyen (2) Akta tersebut memperuntukkan hukuman yang sama kepada mana-mana orang perempuan yang melakukan persetubuhan dengan orang lelaki yang bukan suaminya.

Walaupun hukuman yang terdapat dalam Akta atau Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah hanya berbentuk hukuman takzir, maka tidaklah bermakna kita boleh menyatakan bahawa untuk mensabitkan kesalahan zina hanya cukup dengan bukti bayyinah iaitu rakaman video. Ia adalah suatu yang mengelirukan, dan bertentangan dengan ketetapan para ulama' yang meletakkan standard bukti yang kukuh iaitu pengakuan atau syahadah 4 orang saksi sahaja boleh diterima untuk mensabitkan kesalahan zina.

Saya juga sependapat dengan Dr Juanda, tamatkanlah segera isu video seks ini. Amat memalukan. Seolah-olah kita tinggal di dunia yang tidak bertamaddun dan tiada undang-undang. Tindakan menyebarkan video seks kepada khalayak ramai, kemudian menjadi perbincangan umum, dan membiarkan masyarakat untuk menghukum adalah suatu yang tidak bermoral, rosak akhlak, serta akan merosakkan akhlak baik masyarakat.Negara ini ada undang-undang. Malah ada dua sistem mahkamah di negara ini, Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah. Jika benar si pelaku dalam rakaman video itu adalah DS Anwar Ibrahim atau sesiapa sahaja, kenapa tidak segera didakwa di mahkamah? Sebagai rakyat yang mendidik akhlak yang baik kepada anak-anak, pasti saya dan pembaca yang lain mahu melihat si pelaku dan juga orang yang mengedarkan video untuk tontotan umum itu dihukum menurut undang-undang negara ini. Agar kami sebagai warga negara ini berasa selamat dan amat bersyukur tinggal di negara yang aman ini.

Menuduh seseorang yang baik lagi suci melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalah haram,termasuk dalam dosa besar dan boleh dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebatan, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya kerana dia adalah orang fasiq. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nur ayat 4 yang bermaksud : “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebatan, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya keranamereka itu adalah orang yang fasiq”. Walaupun dalam ayat menyebut kesalahan menuduh zina kepada wanita, ijma' ulama' bersepakat bahawa tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini.

Jika aduan dibuat secara tertutup menurut saluran yang ditetapkan, ia akan dibicarakan di dalam Mahkamah, dengan mengemukakan bukti-bukti dan saksi-saksi yang boleh membantu dakwaan. Maka maruah tertuduh tidak akan tercemar atau musnah seteruk perbicaraan di media dan di kalangan masyarakat awam. Apabila dibicarakan di mahkamah, maka hukuman qazaf tidak dikenakan kerana maqasid dari hukuman Qazaf adalah untuk membersihkan nama dan maruah tertuduh dari tercalar di mata awam.

Maka, berhati-hatilah dalam membuat tuduhan ke atas seseorang yang lain, terutama tuduhan yang melibatkan hak Allah seperti hudud. Allah memberi peringatan keras sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang pedih. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan." (Surah An-Nur ayat 23-24).

- Penulis ialah Timbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Jangan Kata Video, DNA Juga Bukan Bukti Dalam Islam – Shura

Posted: 09 Apr 2011 02:19 AM PDT

Dari Keadilan Daily

Kekeliruan dan ketidakpastian dalam tuduhan zina tidak diterima sebagai bukti dalam ajaran Islam sekalipun melibatkan video mahupun asid deoksiribonukleik (DNA), kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Samsudin.

"Yang dituntut syariat bukan seperti kain mengelembung untuk mensabitkan seseorang dalam tuduhan berzina tetapi empat saksi yang melihat situasi yang berlaku seperti timba masuk ke perigi.

"Islam menuntut apa yang jelas. Yang tidak pasti, tidak boleh dijadikan bukti kerana boleh menimbulkan kekeliruan, contohnya sampel DNA. Ia juga tidak boleh dijadikan bukti kerana al-Quran tidak menyatakan hal itu.

"Walaupun DNA itu benar tetapi tidak boleh dipastikan sama ada dilakukan atau tidak perbuatan tersebut. Contohnya, dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap tuduhan Saiful," katanya kepada Keadilan Daily sambil menegaskan ia bukan bermakna Islam menolak perkembangan kemajuan.

Ghani menegaskan, pensabitan jenayah mengikut ajaran Islam adalah melalui qazaf, bukan mengguna pakai pelbagai kaedah lain yang sama sekali tidak pernah dianjur agama itu.

"Islam sangat berhati-hati dan tidak menganjurkan cara menjadikan video lucah sebagai bukti. Kalau menggunakan rakaman, itu mesti dikaji siapa yang rakam, pengakuan polis tetapi semua itu boleh dipalsukan," katanya.

Ditanya status Malaysia sebuah negara Islam, beliau menganggapnya penganugerahan itu hanya semata-mata nama sedangkan pentadbiran negara tidak mengikut syariat sebenar.

"Kalau ikut Islam, mesti hargai kedudukan agama yang disanjung dan diangkat tetapi yang berlaku sekarang semuanya tidak betul kerana salah guna kuasa dan pelbagai penindasan berlaku.

"Jika betul negara Islam, keadilan perlu ditegakkan. Tetapi pemimpin Umno ikut dasar Melayu, bukan Islam," katanya.

Peguam, Pakar Gesa Kabinet Kubur Idea Dangkal Tubuh Suruhanjaya

Posted: 09 Apr 2011 02:16 AM PDT

Dari Malaysian Insider

Beberapa peguam membidas Datuk Seri Nazri Aziz yang mengesyorkan agar diadakan suruhanjaya diraja siasatan bagi mengenal pasti identiti si pelaku dalam video seks didedahkan "Datuk T" bulan lalu — yang didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim — atas alasan elemen pelacuran.

Peguam-peguam yang dihubungi mempertahankan bahawa pelacuran bukan haram di Malaysia meskipun melanggan seks boleh dikenakan tuduhan dan menteri itu dicabar membuktikan alasan beliau.

Presiden Majlis Peguam Lim Chee Wee mengecam kenyataan Nazri, yang dikatakan tidak bermutu dan pertubuhan itu turut membantah penubuhan suruhanjaya hanya kerana satu klip video aksi seks.

"Jika ada kesalahan jenayah, maka ia seharusnya disiasat sebagai kes jenayah," kata beliau kepada The Malaysian Insider menjawab kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, semalam.

Nazri mahukan satu suruhanjaya diraja siasatan diadakan untuk menentukan sama ada wujudnya aksi pelacuran dalam video seks yang didedahkan oleh "Datuk T" 21 Mac lalu, didakwa membabitkan Anwar yang merupakan Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Malah menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, suruhanjaya tersebut juga perlu menentukan sama ada lelaki yang terlibat dalam aksi seks itu adalah Anwar, yang juga Ketua Umum PKR.

Anwar telah pun menafikan yang beliau adalah lelaki dalam rakaman hitam putih 21 minit itu, yang dipertontonkan kepada media pada 21 Mac lalu.

Kemudian sedutan klip 107 saat disebarkan menerusi dunia siber awal minggu lalu.

"Pelacuran adalah haram di Malaysia. Jika anda terlibat atau anda membantu dan bersubahat dalam (kerja-kerja) pelacuran, anda menaungi pelacur untuk tujuan seks, ini satu jenayah," kata Nazri kepada The Malaysia Insider semalam.

"Suruhanjaya diraja akan menentukan identiti lelaki dalam video dan wanita yang dia adakan hubungan seks, sama ada dia itu adalah pelacur," kata beliau lagi.

Dalam kenyataan susulan, Lim juga menekankan bahawa tiada peruntukan jelas berkaitan dengan elemen pelacuran.

"Pelacuran itu sendiri bukan satu kesalahan jenayah," kata Lim.

Beliau mengakui ada beberapa peruntukan dalam undang-undang yang membolehkan mereka yang menawarkan seks bagi tujuan seks didakwa.

Sebagai contoh kata beliau, Seksyen 372A Kanun Keseksaan menyediakan peruntukan bagi tindakan ke atas mereka yang hidup hasil daripada atau perdagangan persundalan. Lim menambah, di bawah Akta Inkuiri Suruhanjaya 1950, Yang di-Pertuan Agong akan mempertimbangkan budi bicara baginda dalam menubuhkan suruhanjaya siasatan yang difikirkan mempunyai kepentingan awam.

Sehubungan Lim menasihatkan Kabinet agar menolak idea Nazri sambil berkata, suruhanjaya diraja bagi isu semasa membuang masa dan sumber, yang boleh digunakan untuk mengatasi krisis pendatang haram di Sabah, menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ketua Menteri Sarawak dan yang terbaru kematian di pejabat SPRM.

"Kabinet mesti beri keutamaan kepada masalah-masalah lebih besar dan penting, yang dihadapi institusi-institusi negara berbanding tingkah laku zina seseorang individu, (dalam kes ini) didakwa (melibatkan) seorang ahli politik," kata beliau.

Andrew Khoo yang mengetuai jawatankuasa hak asasi manusia Majlis Peguam juga bersetuju dengan pandangan Lim.

"Penubuhan suruhanjaya diraja adalah untuk kepentingan negara dan saya tidak bercakap mengenai individu yang tidak memegang jawatan kerajaan," katanya ketika dihubungi.

Khoo menekankan bahawa pada masa-masa lalu kerajaan hanya memutuskan penubuhan suruhanjaya diraja untuk menyiasat apabila dakwaan yang dibangkitkan berkaitan dengan sikap dan tingkah laku di pihak kerajaan.

"Dalam suruhanjaya mengenai (kes) VK Lingam, isunya berkaitan sikap tidak berat sebelah dalam bidang kehakiman. Dalam kes (bekas setiausaha agung MIC) DP Vijendran, beliau merupakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada ketika itu," kata Khoo.

"Di sini, persoalannya ialah ‘institusi kerajaan yang mana telah dikompromi?’ Jawapannya tiada. Jadi, mengapa kita perlu mengadakan siasatan sebegitu?" tambah Khoo.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengapa perlu diberikan layanan khas dalam kes video seks sedangkan ada undang-undang untuk menangani isu berkenaan.

Sehubungan itu kata beliau, idea agar diadakan suruhanjaya diraja bagi kes video seks perlu dikuburkan segera kerana jika tidak akan ada cadangan seumpama itu bagi setiap perkara pada masa-masa mendatang.

Pakar undang-undang jenayah, Cheow Wee juga berpandangan sedemikian.

Cheow berkata beliau tidak boleh percaya bagaimana Nazri boleh mengesyorkan idea sedemikian agar diadakan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan tidak berasas kononnya seorang ahli Parlimen melanggan pelacuran.

Malah kata beliau, adalah terlalu awal untuk diadakan sebuah suruhanjaya diraja di peringkat sekarang memandangkan pihak polis belum melengkapkan siasatan mereka.

"Jenayah apa yang mereka mengadu? Adakah mereka mengatakan salah bagi dua pihak yang bersetuju untuk mengadakan seks? Atau Anwar tidak boleh mengadakan seks? Atau tindakan itu melibatkan pertukaran wang?

"Kita juga tidak tahu adanya (elemen) pelacuran dalam video ini. Dan, jika ia adalah Anwar, dan adakah dia mengadakan seks dengan orang lain?" kata beliau yang turut mengambil bahagian dalam suruhanjaya diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock ketika disiasat SPRM dua tahun lalu.

"Ia berkaitan dengan isu moral dan etika kerana ahli-ahli Parlimen dan menteri diharap akan menunjukkan moral yang tinggi, tetapi anda tidak perlukan suruhanjaya diraja bagi tujuan itu," kata Cheow sambil menambah, isu semasa ini dimanipulasikan kerana kepentingan politik.

Sebaliknya kata beliau, polis seharusnya menyiasat sama ada wujud kesalahan jenayah membabitkan "Datuk T" yang mengakui terlibat dalam rakaman video seks berkenaan.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


The “Lion” Of Jelutong was still roaring with forked tongue!

Posted: 08 Apr 2011 10:47 PM PDT

It was reported in Star newspaper today, in HERE, that YB Karpal Singh rapped PAS Vice-President Salahuddin Ayub for supporting the call for a royal commission of inquiry (RCI) into the sex video implicating Opposition Leader YB Datuk Seri Anwar Ibrahim. YB Karpal Singh also said "an RCI should only be set up for the [...]

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Gwo-Burne for Kelana Jaya


Percayakan Anda Jenayah Polis Hanya 8% dalam 10 Tahun?

Posted: 03 Apr 2011 09:27 PM PDT

JAWAPAN LISAN AHLI PARLIMEN KELANA JAYA PADA 4 APRIL 2011 SOALAN: Tuan Gwo-Burne Loh [Kelana Jaya] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan pecahan jumlah anggota polis yang terlibat dalam sindiket negative seperti rasuah, melanggar disiplin, terlibat dalam kongsi gelap, dadah, komersial persendirian, aktiviti agama haram dalam tempoh 2000 hingga 2010. JAWAPAN: Tuan yang Dipertua. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Helikopter Tentera Malaysia hampir ditembak Tentera Indonesia

Posted: 08 Apr 2011 08:32 PM PDT


Apa boleh buat, pemimpin Malaysia sedang sibuk berkempen di Sarawak dan juga sibuk dengan Video Lucah sampai tak ada masa hendak berunding dengan kerajaan Indonesia mengenai masalah sempadan laut dua negara berjiran serumpun ini. Antara kemungkinan punca masalah nelayan sering kena tangkap ialah Indonesia menolak peta sempadan laut Malaysia tahun 1979, Indonesia menggunakan peta dari aturan Konvensi Hukum Laut (UNCLOS) tahun 1982.

Analisis lanjut mengenai masalah sempadan maritime antara Malaysia dan Indonesia ini di http://amkns.blogspot.com/2010/09/nelayan-malaysia-ditangkap-tentera.html

Buat malu saja, pihak berkuasa Indonesia acukan pistol pun helikopter kita tidak boleh berbuat apa-apa. Apa pun, satu langkah yang bijak oleh APMM dan TLDM untuk mengelakkan konfrontasi.

Pemimpin Negara harus selesaikan isu masalah sempadan maritim ini yang sudah lama berlarutan. Yang menjadi mangsa ialah para nelayan kita.

Rakyat sudah bosan dengan sikap Pemimpin Negara dan Video Lucah.

SELAMATKAN RAKYAT !

DUA BOT TEMPATAN DITAHAN PIHAK BERKUASA INDONESIA

Utusan Malaysia 9 April 2011

KUALA LUMPUR 8 April - Dua bot nelayan tempatan kelas C dari Hutan Melintang Perak telah ditahan oleh pihak Jabatan Pengawasan Sumberdaya Kelautan dan Perikanan Republik Indonesia di Selat Melaka kira-kira 25 batu nautika dari sempadan perairan Malaysia-Indonesia dan 45 batu nautika barat daya Pulau Pinang semalam.

Seramai 12 krew berasal dari Thailand, berusia lingkungan 30 an dari kedua-dua bot dengan nombor pendaftaran KH 5195 dan KH 5325 itu dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia yang menaiki bot mereka dalam kejadian yang berlaku pada pukul 12.30 tengah hari.

Menurut satu kenyataan yaang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menghantar empat helikopter dan dua buah kapal peronda ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat.

"Dua helikopter yang terlibat ialah jenis AW139 dari APMM, manakala dua helikopter jenis Super Lynx dan Fennec dari TLDM.

"APMM telah menghubungi bot Indonesia melalui radio bagaimanapun tiada maklum balas yang menyebabkan satu arahan menggunakan pembesar suara dibuat agar kedua-dua bot tersebut dilepaskan," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, usaha untuk membebaskan semula krew kedua-dua bot tempatan itu tidak berjaya kerana krew bot pihak berkuasa Indonesia itu mengacukan pistol ke arah helikopter APMM.

"Tindakan pihak berkuasa (Malaysia) tidak menggunakan kekerasan adalah untuk mengelakkan sebarang ketegangan terhadap tindakan provokasi bot negara jiran itu," katanya.

Menurut sumber, tindakan provokasi dari bot Indonesia masih berterusan dan dalam kejadian terbaru hari ini pula, cubaan sebuah kapal Navy 826 Indonesia untuk menahan sebuah bot tempatan di selatan Pulau Jarak berjaya dipatahkan pihak berkuasa.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0409&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_05.htm

Senjata Biologi Ancam Indonesia

Posted: 08 Apr 2011 08:02 PM PDT

SENJATA BIOLOGI ANCAM RI

Sinyaleman adanya penyemprotan chemtrails (jejak-jejak kimia) di langit Jakarta melalui pesawat tangker jet milik USAF mengarah pada sejumlah bukti awal. Beberapa hari setelah penyemprotan chemtrail terakhir (Agustus sampai September 2010), jumlah pasien dengan keluhan infeksi pernafasan di Jakarta melonjak naik hingga 400 persen.

Pada Maret 2009, operasi intelijen di langit Jakarta dengan menggunakan sebaran chemtrails juga pernah terjadi. Saat itu, chemtrails disemprotkan di atas langit Jakarta juga melalui pesawat USAF adalah untuk "mempersiapkan" warga Jakarta dan sekitarnya "menerima" virus flu burung (H5N1) yang telah dimodifikasi.

Penyemprotan chemtrails melalui pesawat, selama ini dianggap sebagai upaya menurunkan daya tahan tubuh manusia, atau bahkan menyebarkan penyakit-penyakit berbahaya. Chemtrails bisa ditumpangi virus-virus atau zat-zat berbahaya. Misalnya, bromium yang dicampur dengan virus influenza.

Artikel penuh di http://gardalaut.blogspot.com/2011/03/senjata-biologi-ancam-ri.html

KISAH PERJUANGAN SITI FADILAH SUPARI, DALAM KONSPIRASI AS (VAKSIN FLU BURUNG) TERHADAP INDONESIA

Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari (59) bikin gerah World Health Organization (WHO) dan Pemerintah Amerika Serikat (AS). Fadilah berhasil menguak konspirasi AS dan badan kesehatan dunia itu dalam mengembangkan senjata biologi dari virus flu burung, Avian Influenza (H5N1).

Setelah virus itu menyebar dan menghantui dunia, perusahaan-perusaha an dari negara maju memproduksi vaksin lalu dijual ke pasaran dengan harga mahal di negara berkembang, termasuk Indonesia. Fadilah menuangkannya dalam bukunya berjudul Saatnya Dunia Berubah! Tangan Tuhan di Balik Virus Flu Burung. Selain dalam edisi Bahasa Indonesia, Siti juga meluncurkan buku yang sama dalam versi Bahasa Inggris dengan judul It's Time for the World to Change.

Konspirasi tersebut, kata Fadilah, dilakukan negara adikuasa dengan cara mencari kesempatan dalam kesempitan pada penyebaran virus flu burung. "Saya mengira mereka mencari keuntungan dari penyebaran flu burung dengan menjual vaksin ke negara kita," ujar Fadilah kepada Persda Network di Jakarta, Kamis (21/2).

Situs berita Australia, The Age, mengutip buku Fadilah dengan mengatakan, Pemerintah AS dan WHO berkonpirasi mengembangkan senjata biologi dari penyebaran virus avian H5N1 atau flu burung dengan memproduksi senjata biologi. Karena itu pula, bukunya dalam versi bahasa Inggris menuai protes dari petinggi WHO.

Artikel penuh di http://jendelaindonesia.wordpress.com/page/3/

Sumber lain :

http://www.inkribs.org/index.php/karangan-popular/kesehatan/44-bugar/170-kisah-perjuangan-siti-fadilah-supari-dalam-konspirasi-as-vaksin-flu-burung-terhadap-indonesia

http://newyorkermen.multiply.com/journal/item/224

Riwayat Hidup Almarhum Sarbani, Pegawai Kanan Kastam

Posted: 08 Apr 2011 05:19 PM PDT


Dari Blog Singalautmetro

TENTANG ALLAHYARHAM AHMAD SARBANI MOHAMED

DICERITAKAN mereka yang mendakwa sebagai sahabat, rakan sekerja dan yang mengenali allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Latar kehidupan allahyarham amat berwarna-warni dan jika benar dakwaan rakan-rakan allahyarham, tidak hairanlah kenapa ramai menangisi dan meratap pemergiannya.

Kita ketepikan soal yang sedang disiasat pihak berkuasa. Kita jurus kepada latar kehidupan masa lampaunya. Allahyaraham dikatakan pernah mengambil LCE sebanyak tiga kali tetapi tidak pernah putus asa sehingga akhirnya berjaya sehingga memasuki universiti.

Allahyarham pernah bekerja di Pejabat Pos Ipoh dan Hospital Kuala Lumpur, dilaporkan seorang yang peramah dan amat suka membantu mereka yang dalam kesusahan. Hubungan dengan teman sekampung juga erat, manakala ketika tinggal di Kuarters Kelana Jaya, allahyarham dikatakan seorang yang amat rajin bersolat Subuh, Magrib dan Isyak di masjid Kelana Jaya.

Allahyarham diceritakan juga sering ke kuliah Subuh setiap hujung minggu di surau sama dan dilaporkan juga allahyarham dijangka menunaikan haji tahun ini. Allahyarham mengikut cerita telah menghadiri 5 minggu kursus asas haji.

Diceritakan lagi anak sulung allahyarham telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Namun kini Ahmad Sarbani telah tiada. Yang tinggal tentulah kenangan yang tak mungkin pudar dari ingatan mereka yang mengenalinya.

(Ini adalah sebahagian daripada pandangan mereka yang mendakwa mengenali allahyarham di dalam blog ini)

Sumber http://singalautmetro.blogspot.com/2011/04/tentang-allahyarham-ahmad-sarbani.html

KEADILAN UNTUK SARBANI !

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


PKR dijangka menang besar di Sarawak

Posted: 08 Apr 2011 10:34 PM PDT

Kehangatan PRN Sarawak kian dirasai dan gelombang perubahan terserlah di kalangan rakyat Sarawak khususnya kaum Dayak. Jika laporan-laporan media massa kawalan BN kerap melaporkan kepincangan dan kelemahan gerakan PR, mungkin bayangan kekalahan akan berlaku kepada PR tetapi harus diingat rakyat Sarawak kini bersemangat menyokong PR.

Kempen-kempen dan gerakan terus ke akar umbi memperlihatkan sokongan padu orang-orang Iban dan Orang Ulu di kawasan Miri, Bintulu, Lawas, Kapit dan Limbang. Isu tanah adat (NCR) begitu terkesan kepada masyarakat luar bandar kesan penipuan tanah yang telah dilakukan oleh Taib Mahmud sejak 30 tahun lalu.

Kawasan Belaga khususnya yang terletak jauh di pedalaman Bahagian Kapit telah menyerlahkan semangat sokongan yang luar biasa kepada PKR. Pembalakan hulu Rajang dan pembinaan Empangan Bakun telah memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat Iban. Sungai menjadi nadi kehidupan penting di kawasan ini, namun pencemaran akibat pembalakan haram dan apungan sisa-sisa pembalakan di sepanjang Sungai Rajang telah mencetuskan kebimbangan penduduk-penduduk sepanjang sungai ini hingga laluan bot terjejas teruk. Keyakinan PKR cukup tinggi kawasan ini bakal memberi undi kemenangan kepada PKR.

Sumber tidak rasmi daripada pendokong utama SPDP (Parti Demokratik Progresif Sarawak) di kawasan Miri cukup gusar dan bimbang dengan kempen dan gerakan aktif PKR di kawasan tersebut. Malah, menurut sumber tersebut kemungkinan peluang mereka agak tipis dan dijangka tewas. Bagaimanapun, semua jentera PKR yang berada di kawasan Miri perlu meningkatkan gerak-kerja kempen dan menyusun strategi yang baik agar tidak menjadi selesa walaupun mengetahui potensi kemenangan bakal memihak kepada PKR.

Kawasan-kawasan bandar yang ditandingi PKR seperti Batu Lintang, Senadin, Nangka dan Satok dijangka tidak berhadapan masalah untuk mendapatkan undi Cina. Batu Lintang umpamanya hanya perlu merebut undi daripada 2,450 pemilih Bumiputera untuk mengundi PKR. Selebihnya sokongan pemilih Cina mampu dilonjakkan sehingga 80%. Satok walaupun kerusi kawasan bandar tetapi ia merupakan kawasan majoriti Melayu, hanya gerak kerja dan strategi yang menentukan peralihan sokongan pemilih Melayu kepada PKR kerana penyandang Dun ini, Abang Johari Abang Openg dikatakan bakal pengganti Taib Mahmud sekiranya BN menang lagi di Sarawak. Itu jelas menunjukkan BN melalui PBB akan mempertahankan Satok sehabis mungkin.

PKR dijangka memenangi sekurang-kurangnya 20 dun dan jika itu berlaku, peluang memenangi sekurang-kurangnya lima kawasan Parlimen pada PRU-13 akan datang amat cerah!