Sabtu, 9 April 2011

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


PKR dijangka menang besar di Sarawak

Posted: 08 Apr 2011 10:34 PM PDT

Kehangatan PRN Sarawak kian dirasai dan gelombang perubahan terserlah di kalangan rakyat Sarawak khususnya kaum Dayak. Jika laporan-laporan media massa kawalan BN kerap melaporkan kepincangan dan kelemahan gerakan PR, mungkin bayangan kekalahan akan berlaku kepada PR tetapi harus diingat rakyat Sarawak kini bersemangat menyokong PR.

Kempen-kempen dan gerakan terus ke akar umbi memperlihatkan sokongan padu orang-orang Iban dan Orang Ulu di kawasan Miri, Bintulu, Lawas, Kapit dan Limbang. Isu tanah adat (NCR) begitu terkesan kepada masyarakat luar bandar kesan penipuan tanah yang telah dilakukan oleh Taib Mahmud sejak 30 tahun lalu.

Kawasan Belaga khususnya yang terletak jauh di pedalaman Bahagian Kapit telah menyerlahkan semangat sokongan yang luar biasa kepada PKR. Pembalakan hulu Rajang dan pembinaan Empangan Bakun telah memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat Iban. Sungai menjadi nadi kehidupan penting di kawasan ini, namun pencemaran akibat pembalakan haram dan apungan sisa-sisa pembalakan di sepanjang Sungai Rajang telah mencetuskan kebimbangan penduduk-penduduk sepanjang sungai ini hingga laluan bot terjejas teruk. Keyakinan PKR cukup tinggi kawasan ini bakal memberi undi kemenangan kepada PKR.

Sumber tidak rasmi daripada pendokong utama SPDP (Parti Demokratik Progresif Sarawak) di kawasan Miri cukup gusar dan bimbang dengan kempen dan gerakan aktif PKR di kawasan tersebut. Malah, menurut sumber tersebut kemungkinan peluang mereka agak tipis dan dijangka tewas. Bagaimanapun, semua jentera PKR yang berada di kawasan Miri perlu meningkatkan gerak-kerja kempen dan menyusun strategi yang baik agar tidak menjadi selesa walaupun mengetahui potensi kemenangan bakal memihak kepada PKR.

Kawasan-kawasan bandar yang ditandingi PKR seperti Batu Lintang, Senadin, Nangka dan Satok dijangka tidak berhadapan masalah untuk mendapatkan undi Cina. Batu Lintang umpamanya hanya perlu merebut undi daripada 2,450 pemilih Bumiputera untuk mengundi PKR. Selebihnya sokongan pemilih Cina mampu dilonjakkan sehingga 80%. Satok walaupun kerusi kawasan bandar tetapi ia merupakan kawasan majoriti Melayu, hanya gerak kerja dan strategi yang menentukan peralihan sokongan pemilih Melayu kepada PKR kerana penyandang Dun ini, Abang Johari Abang Openg dikatakan bakal pengganti Taib Mahmud sekiranya BN menang lagi di Sarawak. Itu jelas menunjukkan BN melalui PBB akan mempertahankan Satok sehabis mungkin.

PKR dijangka memenangi sekurang-kurangnya 20 dun dan jika itu berlaku, peluang memenangi sekurang-kurangnya lima kawasan Parlimen pada PRU-13 akan datang amat cerah!

Tiada ulasan: