Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Helikopter Tentera Malaysia hampir ditembak Tentera Indonesia
- Senjata Biologi Ancam Indonesia
- Riwayat Hidup Almarhum Sarbani, Pegawai Kanan Kastam
Helikopter Tentera Malaysia hampir ditembak Tentera Indonesia Posted: 08 Apr 2011 08:32 PM PDT Apa boleh buat, pemimpin Malaysia sedang sibuk berkempen di Sarawak dan juga sibuk dengan Video Lucah sampai tak ada masa hendak berunding dengan kerajaan Indonesia mengenai masalah sempadan laut dua negara berjiran serumpun ini. Antara kemungkinan punca masalah nelayan sering kena tangkap ialah Indonesia menolak peta sempadan laut Malaysia tahun 1979, Indonesia menggunakan peta dari aturan Konvensi Hukum Laut (UNCLOS) tahun 1982. Analisis lanjut mengenai masalah sempadan maritime antara Malaysia dan Indonesia ini di http://amkns.blogspot.com/2010/09/nelayan-malaysia-ditangkap-tentera.html Buat malu saja, pihak berkuasa Indonesia acukan pistol pun helikopter kita tidak boleh berbuat apa-apa. Apa pun, satu langkah yang bijak oleh APMM dan TLDM untuk mengelakkan konfrontasi. Pemimpin Negara harus selesaikan isu masalah sempadan maritim ini yang sudah lama berlarutan. Yang menjadi mangsa ialah para nelayan kita. Rakyat sudah bosan dengan sikap Pemimpin Negara dan Video Lucah. SELAMATKAN RAKYAT ! Utusan Malaysia 9 April 2011 KUALA LUMPUR 8 April - Dua bot nelayan tempatan kelas C dari Hutan Melintang Perak telah ditahan oleh pihak Jabatan Pengawasan Sumberdaya Kelautan dan Perikanan Republik Indonesia di Selat Melaka kira-kira 25 batu nautika dari sempadan perairan Malaysia-Indonesia dan 45 batu nautika barat daya Pulau Pinang semalam. Seramai 12 krew berasal dari Thailand, berusia lingkungan 30 an dari kedua-dua bot dengan nombor pendaftaran KH 5195 dan KH 5325 itu dilaporkan ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia yang menaiki bot mereka dalam kejadian yang berlaku pada pukul 12.30 tengah hari. Menurut satu kenyataan yaang dikeluarkan Kementerian Pertahanan, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menghantar empat helikopter dan dua buah kapal peronda ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat. "Dua helikopter yang terlibat ialah jenis AW139 dari APMM, manakala dua helikopter jenis Super Lynx dan Fennec dari TLDM. "APMM telah menghubungi bot Indonesia melalui radio bagaimanapun tiada maklum balas yang menyebabkan satu arahan menggunakan pembesar suara dibuat agar kedua-dua bot tersebut dilepaskan," kata kenyataan itu. Bagaimanapun, usaha untuk membebaskan semula krew kedua-dua bot tempatan itu tidak berjaya kerana krew bot pihak berkuasa Indonesia itu mengacukan pistol ke arah helikopter APMM. "Tindakan pihak berkuasa (Malaysia) tidak menggunakan kekerasan adalah untuk mengelakkan sebarang ketegangan terhadap tindakan provokasi bot negara jiran itu," katanya. Menurut sumber, tindakan provokasi dari bot Indonesia masih berterusan dan dalam kejadian terbaru hari ini pula, cubaan sebuah kapal Navy 826 Indonesia untuk menahan sebuah bot tempatan di selatan Pulau Jarak berjaya dipatahkan pihak berkuasa. |
Senjata Biologi Ancam Indonesia Posted: 08 Apr 2011 08:02 PM PDT SENJATA BIOLOGI ANCAM RI
Sinyaleman adanya penyemprotan chemtrails (jejak-jejak kimia) di langit Jakarta melalui pesawat tangker jet milik USAF mengarah pada sejumlah bukti awal. Beberapa hari setelah penyemprotan chemtrail terakhir (Agustus sampai September 2010), jumlah pasien dengan keluhan infeksi pernafasan di Jakarta melonjak naik hingga 400 persen.
Pada Maret 2009, operasi intelijen di langit Jakarta dengan menggunakan sebaran chemtrails juga pernah terjadi. Saat itu, chemtrails disemprotkan di atas langit Jakarta juga melalui pesawat USAF adalah untuk "mempersiapkan" warga Jakarta dan sekitarnya "menerima" virus flu burung (H5N1) yang telah dimodifikasi.
Penyemprotan chemtrails melalui pesawat, selama ini dianggap sebagai upaya menurunkan daya tahan tubuh manusia, atau bahkan menyebarkan penyakit-penyakit berbahaya. Chemtrails bisa ditumpangi virus-virus atau zat-zat berbahaya. Misalnya, bromium yang dicampur dengan virus influenza.
Artikel penuh di http://gardalaut.blogspot.com/2011/03/senjata-biologi-ancam-ri.html
KISAH PERJUANGAN SITI FADILAH SUPARI, DALAM KONSPIRASI AS (VAKSIN FLU BURUNG) TERHADAP INDONESIA
Menteri Kesehatan Siti Fadilah Supari (59) bikin gerah World Health Organization (WHO) dan Pemerintah Amerika Serikat (AS). Fadilah berhasil menguak konspirasi AS dan badan kesehatan dunia itu dalam mengembangkan senjata biologi dari virus flu burung, Avian Influenza (H5N1).
Setelah virus itu menyebar dan menghantui dunia, perusahaan-perusaha an dari negara maju memproduksi vaksin lalu dijual ke pasaran dengan harga mahal di negara berkembang, termasuk Indonesia. Fadilah menuangkannya dalam bukunya berjudul Saatnya Dunia Berubah! Tangan Tuhan di Balik Virus Flu Burung. Selain dalam edisi Bahasa Indonesia, Siti juga meluncurkan buku yang sama dalam versi Bahasa Inggris dengan judul It's Time for the World to Change.
Konspirasi tersebut, kata Fadilah, dilakukan negara adikuasa dengan cara mencari kesempatan dalam kesempitan pada penyebaran virus flu burung. "Saya mengira mereka mencari keuntungan dari penyebaran flu burung dengan menjual vaksin ke negara kita," ujar Fadilah kepada Persda Network di Jakarta, Kamis (21/2).
Situs berita Australia, The Age, mengutip buku Fadilah dengan mengatakan, Pemerintah AS dan WHO berkonpirasi mengembangkan senjata biologi dari penyebaran virus avian H5N1 atau flu burung dengan memproduksi senjata biologi. Karena itu pula, bukunya dalam versi bahasa Inggris menuai protes dari petinggi WHO.
Artikel penuh di http://jendelaindonesia.wordpress.com/page/3/
Sumber lain :
|
Riwayat Hidup Almarhum Sarbani, Pegawai Kanan Kastam Posted: 08 Apr 2011 05:19 PM PDT Dari Blog Singalautmetro TENTANG ALLAHYARHAM AHMAD SARBANI MOHAMED DICERITAKAN mereka yang mendakwa sebagai sahabat, rakan sekerja dan yang mengenali allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed. Latar kehidupan allahyarham amat berwarna-warni dan jika benar dakwaan rakan-rakan allahyarham, tidak hairanlah kenapa ramai menangisi dan meratap pemergiannya. Kita ketepikan soal yang sedang disiasat pihak berkuasa. Kita jurus kepada latar kehidupan masa lampaunya. Allahyaraham dikatakan pernah mengambil LCE sebanyak tiga kali tetapi tidak pernah putus asa sehingga akhirnya berjaya sehingga memasuki universiti. Allahyarham pernah bekerja di Pejabat Pos Ipoh dan Hospital Kuala Lumpur, dilaporkan seorang yang peramah dan amat suka membantu mereka yang dalam kesusahan. Hubungan dengan teman sekampung juga erat, manakala ketika tinggal di Kuarters Kelana Jaya, allahyarham dikatakan seorang yang amat rajin bersolat Subuh, Magrib dan Isyak di masjid Kelana Jaya. Allahyarham diceritakan juga sering ke kuliah Subuh setiap hujung minggu di surau sama dan dilaporkan juga allahyarham dijangka menunaikan haji tahun ini. Allahyarham mengikut cerita telah menghadiri 5 minggu kursus asas haji. Diceritakan lagi anak sulung allahyarham telah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan. Namun kini Ahmad Sarbani telah tiada. Yang tinggal tentulah kenangan yang tak mungkin pudar dari ingatan mereka yang mengenalinya. (Ini adalah sebahagian daripada pandangan mereka yang mendakwa mengenali allahyarham di dalam blog ini) Sumber http://singalautmetro.blogspot.com/2011/04/tentang-allahyarham-ahmad-sarbani.html
KEADILAN UNTUK SARBANI ! |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan