Pengikut

Nuffnang

Ahad, 30 Januari 2011

Suara Sri Andalas

0 ulasan
sumber :-

Suara Sri Andalas


Keputusan Rasmi Tenang: BN Gagal Capai Target

Posted: 30 Jan 2011 06:23 AM PST

LABIS 30 JAN : BN mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti 3,707, sekaligus tidak berjaya mencapai target yang disasarkan.

Azhar Ibrahim memperoleh 6,699 undi mengalahkan calon PAS, Normala Sudirman yang mendapat 2,992 undi.

Sementara itu undi pos juga memihak kepada BN dengan majoriti 112 undi dan 1 undi rosak.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi  sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi. 

Difahamkan, jumlah peratusan ini lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus. 

Ia mungkin didorong oleh faktor banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Labis. 


Beberapa jalan yang menghubungkan pusat pengundian tidak dapat dilalui kerana ditenggelami air. 

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Sementara itu, wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat melalui Twitter masing-masing memberikan respon terhadap kemenangan BN di kuat parti itu. 

" Walaupun membelanjakan berjuta-juta duit rakyat tetapi tidak mencapai majoriti yang mereka inginkan! PRU mereka tidak boleh buat macam sekarang, PRU target 
kita," tulis Khalid Samad di laman Twitternya. 

Manakala ADUN Bukit Lanjan, Elizaberth Wong pula berkata, peratusan undi pengundi Cina semakin meningkat kepada Pakatan Rakyat. 

" Kalah di Felda tetapi peratusan meningkat di kawasan majoriti Cina sehingga 70 peratus. Harus meningkatkan strategi di kawasan yang kalah," tulis Eli.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.


Sumber: TVSNEWS

Dr Xavier Berhujan Berkempen di Tenang

Posted: 29 Jan 2011 01:00 AM PST

Labis, Johor 28 Jan 2011 - Walaupun terpaksa berhujan, ianya tidak menghalang YB Dr Xavier Jayakumar, EXCO Negeri Selangor untuk terus mengunjungi penggundi-pengundi dari rumah ke rumah  sekitar Taman Tenang Jaya, Labis pagi ini dalam PRK Dun Tenang, Johor.

Beliau turut disertai oleh YB Charles Santiago - Ahli parlimen Klang dan Senator S. Ramakrishnan serta jentera dari beberapa cabang Parti Keadilan Rakyat yang datang dari Selangor. Turut serta ialah Gunaraj George, Ahli Majlis Selayang dan Selvarajan ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Jentera kempen kemudiannya berkunjung ke Ladang Voules terletak berhampiran yang rata-rata didiami oleh majoriti masyarakat India.  

Semasa ditemui mereka mengadu menerima gaji yang kecil walaupun telah bertahun-tahun bekerja dengan pihak syarikat estet kelapa sawit tersebut.


Mereka juga mengadu jalan masuk ke kawasan perumahan mereka becak dan berlumpur, disamping jalan masuk utama ke estet mereka seringkali dinaiki air setiap kali hujan lebat. Keadaan ini menyusahkan mereka keluar masuk ke bandar.

Mereka begitu kesal kerajaan BN Negeri sekadar memekakkan telinga dan tidak mengambil sebarang tindakan di atas segala aduan mereka. Lantaran itu mereka menegaskan akan 'mengajar' kerajaan Negeri dengan memilih Cikgu Normala Sudirman dalam PRU Dun Tenang pada hari Ahad ini.








Satu Lagi Pagi Yang Menyeronokkan, Mengagihkan Buah Limau Sempena Tahun Baru Cina di Taman Klang Jaya

Posted: 29 Jan 2011 12:30 AM PST

Taman Klang Jaya, 29 Januari 2011 - Sebagai salah satu cara untuk mendekatkan dengan rakyat, Dr Xavier Jayakumar dan kakitangan DUN Seri Andalas serta para sukaralewan telah mengadakan satu lagi program pemberian buah limau sempena Tahun Baru Cina. Jika pada 24 Januari yang lalu, program ini telah diadakan di Taman Sentosa, kali ini telah diadakan pula di pasar pagi Taman Klang Jaya.

Pasar pagi di Taman Klang Jaya, seperti setiap pagi Sabtu dipenuhi dengan pengunjung terutamanya berbangsa cina. Setelah memastikan bekalan buah limau dan suratkhabar Keadilan dalam bahasa cina dan tamil mencukupi, Dr Xavier Jayakumar bersama pasukannya tiba di pasar pagi tersebut. Apa yang menariknya, pengunjung lebih gembira menerima suratkhabar Keadilan yang diedarkan berbanding buah limau! Ini menunjukkan rakyat dahagakan informasi sebenar dari media alternatif.


Peluang untuk mengedarkan maklumat mengenai TAWAS dan MUES dalam bahasa cina juga tidak disiakan. Walaupun rakyat dari DUN Seri Andalas merupakan penerima tertinggi skim MUES (Skim Mesra Usia Emas) di negeri Selangor, namun masih lagi ramai yang tidak mendapat maklumat tentang skim TAWAS. Melalui skim ini, bayi yang lahir di negeri Selangor layak menerima RM1,500 apabila bayi tersebut mencapai umur 18 tahun kelak. Ibubapa atau penjaga perlu mendaftar dalam tempoh setahun selepas tarikh kelahiran.

Kakitangan DUN Seri Andalas dan para sukarelawan berusaha menterjemah maklumat yang dibawa ke bahasa cina dan tamil, oleh itu program ini bukan sahaja mengagihkan limau semata-mata tetapi dapat menyampaikan maklumat tentang kedua-dua skim TAWAS dan MUES Kerajaan Negeri Selangor.

Kehadiran ahli majlis yang berkhidmat dalam DUN Seri Andalas juga membawa banyak manfaat, rakyat berpeluang menyuarakan masalah yang dihadapi mereka bagi mendapatkan penyelesaian.

Dr Xavier Jayakumar mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan para sukarelawan yang membantu pada program ini.  







Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

0 ulasan
sumber :-

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Keputusan Rasmi Tenang: BN Gagal Capai Target

Posted: 30 Jan 2011 06:40 AM PST

LABIS 30 JAN : BN mengekalkan kerusi DUN Tenang dengan majoriti 3,707, sekaligus tidak berjaya mencapai target yang disasarkan.

Azhar Ibrahim memperoleh 6,699 undi mengalahkan calon PAS, Normala Sudirman yang mendapat 2,992 undi.

Sementara itu undi pos juga memihak kepada BN dengan majoriti 112 undi dan 1 undi rosak.

Sebanyak 71.8 peratus atau 10,579 orang daripada sejumlah 14,753 pengundi berdaftar bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang keluar mengundi sehingga proses pengundian ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Difahamkan, jumlah peratusan ini lebih rendah daripada pilihan raya umum 2008 iaitu 73.52 peratus.

Ia mungkin didorong oleh faktor banjir yang melanda beberapa kawasan di sekitar Labis.


Beberapa jalan yang menghubungkan pusat pengundian tidak dapat dilalui kerana ditenggelami air.

Pada pilihan raya umum 2008, calon BN menewaskan PAS dengan kelebihan 2,492 undi.

Sementara itu, wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat melalui Twitter masing-masing memberikan respon terhadap kemenangan BN di kuat parti itu.

" Walaupun membelanjakan berjuta-juta duit rakyat tetapi tidak mencapai majoriti yang mereka inginkan! PRU mereka tidak boleh buat macam sekarang, PRU target
kita," tulis Khalid Samad di laman Twitternya.

Manakala ADUN Bukit Lanjan, Elizaberth Wong pula berkata, peratusan undi pengundi Cina semakin meningkat kepada Pakatan Rakyat.

" Kalah di Felda tetapi peratusan meningkat di kawasan majoriti Cina sehingga 70 peratus. Harus meningkatkan strategi di kawasan yang kalah," tulis Eli.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.


Sumber: TVSNEWS

Pakatan dakwa bantuan angkut pengundi tidak adil

Posted: 30 Jan 2011 02:26 AM PST

Hujan lebat sepanjang hari Tenang telah mengakibatkan banyak kawasan di luar bandar ditenggelami banjir dan beberapa pusat pengundian terputus hubungan.

NONE
Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina - yang menjadi bank
undi Pakatan - tidak dapat keluar mengundi.

Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadnu ia tidak dilakukan secara adil.

Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda - yang merupakan penyokong kuat BN.

"Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua dalam twitternya.

Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, akan menjejaskan keputusan pilihan raya kecil ini.

NONE

Ketika dihubungiMalaysiakini, Tony berkata pihak polis dan tentera seharusnya tidak hanya memberi bantuan ke tempat-tempat tertentu sahaja kerana banjir berlaku di semua kawasan pilihanraya.

Sekurang-kurangnya dua pusat pengundian - SMK Kamarul Ariffin dan dewan serbaguna Kampung Paya Merah di bandar Labis - terputus hubungan kerana teruk dilanda banjir sekitar jam 2.30 petang tadi.

Kedua-duanya masing-masing merupakan pusat pengundian bagi Bandar labis Tengah dan Bandar Labis Timur yang didominasikan pengundi Cina dan dimenangi PAS dalam dalam pilihan raya umum.

Daripada 12 daerah mengundi, PAS hanya memenangi di tiga daerah majoriti pengundi Cina pada 2008.

NONE
Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, kadar pengundian tersebut hanya mencecah 20 peratus pada jam 1 tengaharai tadi,
berbanding dengan 50 peratus pengundian di kawasan majoriti Melayu di Felda.

BN memperolehi 80 peratus undi di tiga penempatan Felda dalam pilihanraya umum lalu.

Dalam twitternya, Teoh memberi beberapa nombor telefon dan meminta pengundi Cina untuk menghubungi mereka untuk dibawa ke pusat pengundian.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilaporkan berkata tempoh pengundian tidak akan dilanjut.

Walaupun beberapa jalan ke pusat pengundian terputus kerana banjir, pelbagai agensi kerajaan dikerah membantu menghantar pengundi ke pusat-pusat tersebut, kata Abdul Aziz.

Di bawah undang-undang sekarang, tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan, kata timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Wan Ahmad Omar.


Sumber: Malaysiakini

PRK DUN Tenang : SPR Patut Tangguh Akibat Bencana Alam

Posted: 30 Jan 2011 02:23 AM PST


LABIS 30 JAN : Pakatan Rakyat berpandangan bencana alam yang menimpa kawasan DUN Tenang yang mengakibatkan beberapa kawasan pembuangan undi dilanda banjir, membolehkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan proses pengundian jika keadaan bertambah buruk.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang, Salahuddin Ayub berkata, keadaan yang kritikal seperti ini membolehkan pihak SPR untuk memikirkan alternatif lain supaya proses pengundian berjalan dengan lebih lancar dan tidak membebankan pengundi di N05 ini.

" Saya rasa mereka harus melihat tuntutan kita itu agak relevan dan kita mempunyai masa sejam lagi untuk melihat secara keselurahan peratus keseluruhan keluar mengundi, saya rasa itu masih lagi boleh kita ajukan kepada mereka," kata Salahuddin.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof bahawa proses pengundian tidak akan dipanjangkan walaupun dalam keadaan paras air yang semakin meningkat.

Beberapa jalan menunju ke pusat pengundian tidak boleh dilalui buat masa ini kerana ditenggelami air.

Antaranya ialah jalan ke Kampung Tenang, Air Panas, Ulu Juaseh, Sawah Baru, Felda Tenang, Kampung Radong dari Pekan Labis, Segamat yang terputus hubungan kerana dinaiki air.

Sementara Jalan Labis-Segamat juga turut ditenggelami air yang mengakibatkan kesukaran kepada kenderaan dan pengundi untuk membuang undi di Ladang Bukit Dato dan SMK Kamarul Ariffin yang dikatakan turut dinaiki air.

" Saya melihat perkara itu dalam konteks yang cukup kritikal yang sepatutnya SPR melihat dari semua peti undi yang diarah mengundi, yang kita lihat pada ketika ini dilanda oleh banjir kilat ini," tambah Salahuddin lagi.


Sumber: TVSNEWS

DAP dakwa berlaku beli undi di Tenang Station

Posted: 30 Jan 2011 01:10 AM PST



DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station.

NONE
Menurut Teo Chin Liang (kanan, duduk) - bapa kepada ahli Parlimen
DAP Serdang, Teo Nie Ching - dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee (kanan, berdiri), pergi ke dewan sekolah tersebut di mana mereka mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu.

Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ.

Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan.

NONE
Meliha foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah.

Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar
Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian.

Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi. Mereka jadi takut dan beredar dari situ.

Setelah mereka pergi, kelihatan masih ada yang datang ke dewan sekolah tersebut.

NONE
Apabila ditemui Teo, beberapa orang berkata mereka diminta datang
oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukan menjadi pusat pengundian.

Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong.

Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima.


Sumber: Malaysiakini

Ambil Iktibar Kebangkitan Rakyat Mesir, Tunisia

Posted: 30 Jan 2011 12:30 AM PST


SHAH ALAM 30 JAN: Kemelut di Mesir dan Tunisia harus dijadikan iktibar sambil melahirkan rasa sedihnya terhadap despotisme(kuasa mutlak) yang diamalkan oleh para pemimpin negara-negara Islam.

Dalam ucapannya di seminar 'Critical Islam with Ziauddin Sardar(ZS)' di Kelana Jaya semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain Indonesia dan Turki yang kini berjaya mengadaptasikan konsep demokrasi, negara-negara Arab lain jelas tidak mempedulikan hak asasi manusia yang sepatutnya dirasai oleh rakyatnya.

"Kenapa anda tidak mempunyai, tidak mengiktiraf kebebasan, hak asasi manusia, keadilan, kesetaraan jantina di dunia Islam? Terutamanya di dunia negara-negara Arab, kecuali Indonesia, yang berjaya mengubah dirinya mengamalkan demokrasi dengan penuh semangat, dan Turki. Di dalam dunia Arab, penafian hak-hak asas ini merupakan satu kewajipan mutlak," kata beliau dalam ucapannya.

Jelas beliau, kebanyakan cendekiawan Timur Tengah menganggapnya sebagai satu budaya kerana pemerintahan bercirikan despotisme atau satu kuasa mutlak merupakan perkara terpenting dalam sejarah tamadun Mesir di mana rakyat Mesir tidak lekang memuja para Firaun walaupun sedar kezaliman mereka.

Anwar berpandangan, warga Mesir kini seolah-olah cuba menyampaikan mesej bahawa Mesir memerlukan seorang Firaun moden bagi mengawal dan menangani rakyat Mesir.

"Ini merupakan satu hujah yang langsung tidak berasas kerana apa yang berlaku di Mesir sekarang, seperti yang berlaku di negara-negara Arab lain, ialah kerana para pemimpinnya yang memandang rendah warga negaranya. Mereka ini dinafikan hak asas yang mana dengan jelas diperuntukkan di dalam mana-mana perlembagaan," kata beliau lagi.

Sambil berseloroh beliau berkata beliau tidak langsung mengaitkan hujahnya dengan Malaysia kerana khuatir akan disiasat lagi oleh kerajaan Umno-BN dengan alasan kononnya berhubungan dengan pengganas antrabangsa.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan berkata, umum mengetahui bahawa demokrasi telah dicabul teruk dan pentadbiran Presiden Hosni Mubarak mesti bertanggungjawab terhadap pencabulan tersebut dan bersedia berhadapan dengan desakan rakyat supaya beliau meletakkan jawatan.

"Bagi pihak PAS, kami menyatakan solidariti bersama dengan rakyat Mesir yang bangkit menuntut keadilan setelah sekian lama berada dalam penindasan. Kami mendoakan kejayaan intifadha rakyat Mesir yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Mesir moden ini.

"PAS juga mendesak supaya dibebaskan segera kesemua tahanan politik yang telah dipenjarakan sejak sekian lama di Mesir yang dihukum menerusi perbicaraan yang tidak adil," katanya.

PAS juga meminta pemerintahan BN segera membuka ruang demokrasi yang adil di Malaysia dengan membebaskan Suruhanjaya Pilihanraya(SPR) dan media daripada cengkaman parti pemerintah seterusnya bersedia untuk berhadapan dengan Pakatan Rakyat di padang yang sama rata.


Sumber: TVSNEWS

Turun Harga Tol Kalau Benar-Benar Ikhlas

Posted: 30 Jan 2011 12:20 AM PST


SHAH ALAM 30 JAN : Jika kerajaan benar-benar ikhlas, maka apa yang perlu dilakukan ialah menurunkan kadar tol dan bukannya kekal pada tarif yang sama, kata ahli parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.

Katanya, tindakan itu sekaligus menunjukkan ketamakan kerajaan dalam membolot hasil cukai di samping menyajikan gula-gula politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13.

" Pengumuman untuk tidak menurunkan harga tol ini memang bertujuan menawan hati rakyat pada pilihan raya tetapi sebenarnya kerajaan silap. Sepatutnya kerajaan mengumumkan menurunkan tol kalau benar hendak ambil hati rakyat bagi tujuan pilihan raya," kata Azan.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak bahawa tiada kenaikan atau pun kekal pada kadar sedia ada untuk dua lebuh raya di negara ini.

Dua lebuh raya yang dimaksudkan ialah Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) Fasa 1.

Dalam pada itu, Najib turut mengumumkan penamatan konsesi tol untuk Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught di Kuala Lumpur yang dijangka berakhir pada Mei ini.

Namun menurut Azan, pengumuman yang dibuat oleh Najib, langsung tidak mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat kerana jumlah yang perlu dibayar adalah jumlah yang sama.

Katanya, ia berbeza dengan polisi yang digariskan Pakatan Rakyat dalam janji 100 hari gagasan itu.

" Harga minyak akan diturunkan oleh kerana kita antara pengeluar minyak utama dalam dunia dalam sektor kita sendiri dan kita juga mempunyai kemudahan jalur jalan raya yang sepatutnya tidak membebankan rakyat. Cerita tentang tol, mana ada orang fikirkan tol sebagai sumber kerajaan menjana ekonomi. Tidak ada! Tidak ada di mana-mana negara pun," bidas beliau kepada agenda kerajaan yang lebih mementingkan kantung negara lalu membebankan rakyat.
Malah menurut Azan, beliau tidak hairan sekiranya tol antara penyumbang kepada dakwaan Global Financial Integrity (GFI) bahawa Malaysia antara negara tertinggi menyumbang kepada aliran keluar dana haram.

" Saya rasa ini adalah jumlah-jumlah yang perlu disiasat kerana jumlah ini menyumbang kepada RM888 bilion, wang disebut oleh GFI. Ada kaitannya dengan tol selain daripada petroleum," tambah beliau.

Menurut Azan, hal ini berlaku melalui apa yang dipanggil "kick back", apabila keuntungan bawah meja diterima oleh pihak yang berkepentingan, walaupun di atas kertas, ia adalah nilai yang dibayar kepada sesebuah syarikat yang bertanggungjawab.

" Dalam isu tol ini sebenarnya ialah isu pembinaan lebuh raya, isu konsesi, isu subsidi yang diberikan kerajaan kepada pemegang konsesi. Itulah isu sebenar. Dan jumlah yang disumbang itu balik semula kepada mereka.

" Maknanya bayar kepada orang tetapi orang itu akan bayar balik melalui bawah meja. Isu "kick back" yang boleh menyebabkan aliran wang keluar negara.

" Setiap bayaran akan dibayar kepada konsesi, pembuat projek,pelaksana projek, yang berlebihan itu, sebagai contoh, harga sepatutnya RM10 tetapi kerajaan putuskan bayar RM15, RM5 itu akan dibayar balik kepada orang-orang yang berkepentingan," jelas Azan lagi.

Justeru katanya, akibat dari ketakutan dengan polisi terbaru Pakatan Rakyat yang digariskan dalam Buku Jingga, kerajaan bertekad untuk meraih semula keyakinan rakyat.

" Sebab itu apabila kerajaan umum tidak ada kenaikan tol dalam masa 5 tahun, itu membayangkan ketakutan dia apabila membayangi Pakatan Rakyat sudah dapat menghidu kebenaran perkara ini dan oleh kerana kita dapat menghidu, kita juga dapat melaksanakan satu sistem yang lebih memberi kebaikan kepada rakyat dengan cara tidak membebankan rakyat dari segi bayaran tol.

" Walau pun dia (kerajaan) tahu, kita syak dia buat begitu, dia kata, janganlah kita turunkan.Setakat umum, tidak naik, sudahlah.Maknanya ketamakan itu, sampai mati pun dia tamak lagi," kata Azan kepada Tv Selangor.


Sumber: TVSNEWS

Hadi: Pakatan bincang calon PAS atau PKR di Merlimau

Posted: 30 Jan 2011 12:10 AM PST


Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan mengenai sama ada akan meletakkan calon PAS atau PKR dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau 6 Mac ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata perbincangan di peringkat pusat mengenai calon dari parti mana akan diketengahkan dalam pilihan raya kecil itu akan diadakan dalam waktu terdekat.

Abdul Hadi yang ditemui pemberita selepas menyampaikan ceramah di Wacana Memperkasa Fikrah rakyat di Shah Alam hari ini berkata demikian ketika ditanya mengenai minat PKR untuk meletakkan calonnya bertanding di kawasan itu yang sebelum ini diwakili calon PAS.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin baru-baru ini dilaporkan berkata meskipun secara tradisi pakatan pembangkang mengekalkan status quo, namun terdapat beberapa faktor yang menyokong PKR meletakkan calonnya untuk bertanding.

Ketika ditanya sama ada PAS telah mempunyai bayang-bayang siapakah bakal dicalonkan di Merlimau, Abdul Hadi berkata: "Merlimau, kita ada orang bukan bayang-bayang, kita ada ramai situ."

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada Khamis lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Dalam pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

- Bernama

Anwar : Tindakan Gobala Sudah Diramal

Posted: 30 Jan 2011 12:05 AM PST


SHAH ALAM 30 JAN : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan N. Gobalakrishnan meninggalkan PKR berkuat kuasa semalam sudah lama dijangkakan.

Malah menurut Anwar, keputusan Gobala itu tidak memberi kesan jangka panjang ke atas parti itu.

"Kami sudah lama menjangkakan yang ini, melihat pada trendnya, tidak, tidak ini bukan sesuatu yang mengejutkan," kata Anwar di sini, hari ini.

Ura-ura bahawa Gobala akan meninggalkan PKR bertiup kencang sejak akhir tahun lalu.

Justeru, pengumumannya semalam, tidak mengejutkan mana-mana pihak.


Sumber: TVSNEWS

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

0 ulasan
sumber :-

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Pengalaman saya di perkampongan Orang Asal di Tenang

Posted: 30 Jan 2011 05:19 PM PST

Saya sampai di perkampongan Orang Asal kaum Jakun di Kg Segamat Kecil 2 hari sebelum penamaan calon di kawasan N.05 DUN Tenang. Saya ditemani oleh Sdr Saadon, Ketua PKR Cabang Pagoh dan Sdr Raymon, Ketua AMK Sekijang.

Sesampai disana saya lihat kampong itu telah dihiasi dengan pelbagai bendera BN, poster dan bilboard berbagai anika.

Ada juga bendera PKR disepanjang kampong itu, dan lebih banyak dihadapan kedai Acai, seorang yang dianggap pemimpin kepada sebahagian Orang Asal kampong itu, beliau baru menyertai keanggotaan PKR.

"Pada mulanya adalah terdapat 38 orang penduduk kampong ini menyertai PKR, tapi bila berita mereka keluar dalam surat khabar, maka datanglah MB Johor denganmembawa pelbagai hadiah dan pemberian, dan berjanji pula untuk memberi geran tanah dan lapangan futsal di kampong ini, dan semua mereka yang menyertai PKR mendapat sogokan. Ada yang diberi kerja, ada yang diberi jawatan, ada yang dijanjikan geran tanah. Habis semua anggota PKR tu keluar semula dari PKR." kata Acai.

Saya bertanya kepada beliau samada beliau juga turut serta keluar dari PKR. "Saya takkan keluar dari PKR dan di kampong ni sekarang ini ada 2, 3 orang saja anggota PKR. Saya tetap dengan PKR kerana sudah lebih 50 tahun saya menunggu perubahan, bukan untuk saya, tetapi masyarakat saya, Orang Jakun di Segamat Kecil ini. Tuan Haji tengoklah sendiri, maju ke kampong saya ni. Tanah-tanah kami ni semua tak ada geran, ni anak-anak muda kami tak ada kerja, pendapatan kami disini sangat dhaif. Saya nak tengok ada perubaha."kata Acai.

"Biarkan mereka keluar dulu dari PKR, tak apa! Nanti mereka akan insaf selepas Pilihanraya Kecil ni. 50 tahun BN tak perdulikan masyarakat kampong ni. Mereka buat sekolah disini bernilai RM7.5 juta, 22 bilik kelas, untuk siapa? Anak-anak kami perlukan 3, 4 kelas sahaja, tapi mereka buat 22 kelas. Mereka buat projek untuk keperluan kroni-kroni mereka. Mereka itu akan kembali kepada PKR, percayalah cakap saya." tegas Acai.

Dengan semangat begitu saya mengajak Acai supaya diadakan ceramah di kampong itu. Acai berkata: "Boleh, tapi saya tak jamin akan ada penduduk yang hadir. Tengoklah di hujung sana tu, semua kakitangan daripada semua Jabatan Kerajaan berkampong disini. Mereka membawa pelbagai pemberian secara mewah. Apa yang dikehendaki oleh orang kampong, cakap aje, mereka akan adakan. Jabatan-jabatan itu adalah jabatan kerajaan, tetapi mereka berkempen untuk Barisan Nasional, itulah salah guna kuasa," tambah Acai.

Dua hari kemdian kami mengadakan Majlis Ceramah, memang betul hanya keluarga Acai, sdr Mat Zain di depan rumah Acai dan sdrApok yang hadir.

Turut hadir di Majlis itu termasuk juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Labis. Acai pun turut berucap dan ucapannya membawa keluhan masyarakat Orang Asal kampong itu.

Saya berjanji akan turun lagi pada 26hb Januari 2011 jam 8.00 malam ke kampong itu. Tetapi apabila saya mahu melepasi Felda Redong (bukan kawasan PRK) untuk ke Segamat Kecil, kereta saya tidak dibenarkan melintasi jalan tanah itu kerana dipenuhi dengan lori-lori dan jentolak dan lain-lain jentera berat, rupa-rupanya mereka sedang menabur tar di jalan didalam kampong itu, suatu projek mee segera.

Saya menalipon Acai dan Cikgu Saadon, dan bersetuju perjumpaan saya di Segamat Kecil ditangguhkan.

Esuknya, kami turun semula ke Kg Segamat Kecil dan kali ini rakan-rakan orang Jakun dari Rompin ada bersama kami yang dipimpin oleh Cikgu Podir Kadir, Ketua PKR Ranting Kg Orang Asal Kedaik, Rompin.

Saya dapatkan sebuah rumah sewa di kampong itu, tetapi dengan keadaan rumah yang sudah usang dan sewa RM300.00 amatlah tidak berpatutan, tetapi apa boleh buat, tidak ada lagi rumah sewa di kampong itu. Itupun, tuan rumahnya yang kami panggil Wak dimarahi oleh Batin kampong itu kerana membenarkan rumah usang itu disewakan.

Kami aturkan kerja di kampong itu untuk mengadakan Cermah kedua. Saya telah siapkan edaran untuk kerja rumah ke rumah dan jemputan kepada penduduk kampong. Rupa-rupanya rakan-rakan dari Rompin tidak menjalankan kerja-kerja itu, maka pada petang itu, saya dan Saadon, pergi rumah ke rumah dan membuat laungan melalui hailer untuk memberitahu penduduk mengenai ceramah itu, Podir membuat laungan dalam Bahasa Jakun.

Jam 5.30 petang, Ceramah dapat dijalankan diperkarangan rumah Acai dengan kehadiran penduduk kampong lebih kurang 25 orang. Jumlah itu masih kecil, tetapi sudah mulai ada perubahan.

Pada 28hb Januari 2011 saya pergi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Seremban iaitu kes indakan Injunksi yang diambil oleh Kontraktor Felda terhadap 28 Peneroka-Peneroka Felda Raja Alias 2 jam 3.00 petang, suatu kes yang sangat penting dari segi implikasinya kerana jika Peneroka-Peneroka itu kalah maka apa yang diikrarkan oleh Ketua Unit Guaman Felda bahawa tanah-tanah didalam Rancangan Felda yang belum dikeluarkan geran adalah hakmilik Felda. Alhamdulillah, peneroka-peneroka telah memenangi kes itu.

Selepas itu, saya terus ke Labis semula untuk mengaturkan lawatan YB Elizabeth Wong, YB Sim, dan YB Zuraida ke perkampongan Orang Asal di Segamat Kecil hari esuknya iaitu 29hb Januari 2011.

Jam 10.30 pagi, 29.1.11 rombongan terdiri daripada lebih 40 orang yang dipimpin oleh ketiga-tiga YB PKR itu membuat lawatan rumah ke rumah di Orang Asal itu. Tetapi Acai meluahkan perasaan tidak senangnya. "Siapa yang bertanding disini, PKR ke PAS? Hari-hari orang PKR datang, siapa bertanding? Mana dia calon PAS yang bertanding ni, takkanlah tak boleh ruangkan sedikit masa dengan kami? Calon BN dah datang, masa banjir 2 hari lepas, dia mengharuk air, memberi bantuan. Kita usahkan ada bantuan, muka calon pun tak nampak."

Bukan senang nak masuk ke kampong itu. Jalannya memenang ledut dengan lumpur dan kalau bukan dengan pacuan 4-roda memang sukar memasuki kampong itu dari Felda Redon.

Saya menalipon kepada Haji Juperi supaya memawa masuk calon PAS walaupun sebentar. Malangnya, Haji Juperi berada di Hospital Johor Bahru kerana isterinya mendapat kemalangan jalanraya dan dimasukkan ke Hospital JohorBahru. Saya diminta menghubungi Dr Tajudin Baba, dan Alhamdulillah, Dr Tajudin telah membawa masuk Cikgu Mala ke Kg Segamat Kecil.

Potensi penduduk-penduduk Kg Segamat Kecil untuk menyokong PKR amatlah besar. Sdr Raymon yang mengacapi kampong itu berjanji dengan saya bahawa dalam tempoh beberapa bulan ini, beliau bersama Acai dan Apok akan menubuhkan Ranting PKR disitu, dan saya sendiri akan turun ke Kg Segamat Kecil untuk menolongkan urusan penubuhan Ranting PKR disana.

Zulkifli Noordin

0 ulasan
sumber :-

Zulkifli Noordin


IKTIBAR DARI BUMI FIRAUN

Posted: 30 Jan 2011 02:33 AM PST


(Bersama Sahibul Fadhilah Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Falastin semasa misi Ramadhan di Ghozzah 1431. Jelas perjuangan membebaskan Al Aqsa terpahat didinding pejabat beliau, hanya 79.37km sahaja jaraknya)


Salam 2 all.

Semasa menyertai misi keamanan ke Falastin, khsususnya di Ghozzah bulan Ramadhan 1430 lepas, teman agak kaget dan kehairanan dengan sikap rejim Mesir yang begitu beriya-iya menyusahkan kami dalam usaha unutk memasuki Ghozzah. Bermula daripada masalah mendapatkan visa dan kebenaran memasuki Ghozzah, kemudian terpaksa melalui 18 sekatan keselamatan dalam keadaan tidak menentu, tersangkut di bandar sempadan 'Arisy, menunggu berjam-jam dipintu masuk Rafah, terpaksa membayar visa yang mahal (dan dalam Dollar Amerika) untuk melepasi sempadan, dan pelbagai lagi karenah dan mehnah mereka, sampai nak pakai muffler Falastin pun dianggap jenayah, dan jangan sebut nama Sheikh Khalid Masy'al, Syeikh Ismail Haniyeh, Almarhum Sheikh Yaasin dan lain-lain.
Dan melihat umat Ghozzah terpaksa membayar visa yang mahal untuk keluar masuk Rafah, pintu sempadan yang dibuka hanya sekejap (dan itu pun ikut suka mereka bila nak buka/ tutup), sehingga terpaksa umat Ghozzah menggali ribuan terowong untuk menyeberang (dan itu pun rejim la'natullah ini bom sehingga musnah) semata-mata untuk membeli makanan dan ubat-ubatan.
Persoalan besar yang bermain difikiran teman melihat semua itu, mengapa rejim la'natullah Hosni Mubarak ini sehingga tergamak membiarkan umat Islam Ghozzah begitu menderita hidup mereka. Darah umat Islam Ghozzah bergelumang ditangan rejim sadis ini. Sedangkan diantara umat Islam Falastin dan Mesir adalah Satu: Satu Aqidah, Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Kiblat, maka sepatutnya menjadi Satu Umat. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Mengapa?
Jawapannya mudah sahaja. Kerana rejim Hosni Mubarak la'natullah bersekongkol dengan rejim Yahudi la'natullah. Kerana mahu terus memerintah, saudara sesama Islam di Falastin dijadikan musuh utama. Kerana gilakan kuasa, tali persaudaran berdasarkan aqidah diketepikan, sebaliknya mereka berpegang kepada tali nafsu dan serakah masing-masing!! Hanya kerana Hosni Mubarrak mahu terus berkuasa, mahu menjadi Presiden, dan kini mahu anak emasnya sendiri mengambil tempat menjadi Presiden, dan beranggapan persekongkolan dengan Israel kafir harbi la'natullah ini akan membantu mereka terus berkuasa, maka aqidah menjadi sampah bagi mereka!

Inilah iktibar besar dan pengajaran penting yang perlu diambil oleh umat Islam seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Persekongkolan dengan kafir harbi la'natullah adalah persekongkolan membawa rebah, satu pakatan syaitan yang jika tidak dibendung dari awal akan membawa bencana dan kehancuran kepada umat Islam.

Teman melihat sejarah harakah islamiyyah di Mesir, iaitu Ikhwanul Muslimin di Mesir. Harakah yang mempunyai nama-nama hebat saperti Assyahid Hassan Al Banna, Assyahid Syed Qutb, Sheikh Dr. Yusuf Al Qorodowi dan ramai lagi. Pergerakan yang bercita-cita untuk menubuhkan daulah Islamiyyah, sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam sepenuhnya.

Lihat bagaimana mereka terpedaya membantu Gamal Abdel Nasser untuk menumbangkan pemerintahan Raja Farouk. Setelah itu mereka membantu pula penentangan terhadap Israel sehingga Gamal Abdel Nasser dapat berkuasa. Sebaik berkuasa, semua janji persepakatan berubah menjadi pakatan syaitan. Nasser yang mereka sokong dan bantu berubah menjadi musuh. Ikhwanul Muslimin diharamkan, pemimpinnya diburu, ada yang dibunuh, digantung, dan ramai yang terpaksa melarikan diri dan hidup dalam buangan saperti Syeikh Dr. Yusuf Al-Qorodowi. Akhirnya Ikhwanul Muslimin terpaksa bergerak secara bawah tanah, merempat dinegara sendiri.

Namun Ikhwanul Muslimin bangkit daripada kesilapan itu. Mereka menggunakan acuan tersendiri dalam perjuangan, iaitu acuan Islam. Mereka putuskan segala persepakatan dan pakatan dengan golongan kafir, musyrik, munafik dan toghut. Mereka bersaudara dengan sesama Islam. Mereka pergiatkan da'wah. Budaya usrah subur dan mekar. Al Ma'thurat menjadi zikir harian. Tahajjud menjadi teman malam, qiamullail menjadi rutin harian. Syariat dan hukum hakam dipelihara dan dijaga. Kompromi dalam hal aqidah dan feqah, apatah lagi bersama kafir harbi, langsung tidak kedengaran. Mereka benar-benar membantu agama ALLAH.

Dan kini ALLAH membantu mereka. Bukan melalui proses demokrasi. Bukan melalui kertas undi. Bukan melalui perebutan kerusi. Bukan melalui parti-partian. Tetapi melalui hati! ALLAH Raja Segala raja, Pemilik seluruh alam, Penguasa segala kuasa, Pemilik segala makhluk memilih membantu mereka dengan hanya membuka hati umat dan rakyat Mesir, dan mencampakkan perasaan takut kepada pemerintah la'natullah ini.

Siapa sangka Hosni Mubarak yang telah memerintah secara kukubesi selama lebih 30 tahun ini kini menggeletar ketakutan. Hasrat untuk anak emasnya menyambung warisan pemerintahan lebur bak pasir di gurun. Umat yang dulu ketakutan walau nak memakai muffler Falastin kini berani mendaki kereta kebal yang gah hebat di persada pertahanan sang penguasa. Rakyat yang dahulunya gerun walau nak menyebut nama Hasan Al Bana, kini menginjak gambar poster sang pemerintah. Kini Hosni Mubarak la'natullah sedang menghitung hari kejatuhan. Bumi Israel mungkin hanya satu-satunya pilihan untuk beliau menjadi pelarian!

ALLAH pernah membantu umat Islam hanya dengan angin. ALLAH pernah membantu umat muqminin hanya dengan pasir. ALLAH pernah membantu umat muqminin hanya dengan nyamuk. ALLAH pernah membantu muqminin hanyu dengan air laut. ALLAH pernah membantu umat muqminin hanya dengan teriakan. ALLAH pernah membantu umat muqminin hanya dengan burung. ALLAH boleh membantu umat muqminin hanya dengan satu kalimah "kun fayakuun".

Apa yang penting ialah kita memenuhi pra-syarat untuk mendapat bantuan ALLAH itu. Bantuan itu tidak akan tiba dengan bersekongkol dengan kafir harbi. Ia tidak akan tiba dengan berpakat dengan "Islam over my dead body". Ia tidak akan tiba dengan menjual nama ALLAH. Ia tidak akan tiba menjual dan menggadai maruah anak isteri. Ia tidak akan tiba dengan mendukung pembohong dan pembelit. Ia tidak akan tiba dengan yang halal jadi haram yang haram jadi halal; yang mungkar jadi ma'ruf, yang ma'ruf jadi mungkar. Ia tidak akan tiba dengan yang kafir harbi jadi saudara, yang sesama Islam jadi musuh! Ia tidak akan tiba kalau kita tidak berperangai saperti seorang Islam!!

Ia hanya akan tiba dengan Islam huwal Islam, Islam tetap Islam. Ia hanya akan tiba dengan kita membantu Islam. Bila bila kita sudah benar-benar menjadi seorang Muslim, maka ketika itu yakinlah bantuan ALLAH pasti akan datang.

Teman menyeru dan menasihatkan diri teman dan ikhwan supaya kembalilah kepada perjuangan Islam yang sebenarnya; yang berdasarkan kepada Al Quran & sunnah. Yang Islam huwal Islam. Kenalilah musuh sebenar kita; dan kenalilah saudara sebenar kita.

Inilah iktibar yang perlu kita ambil dari apa yang sedang dan akan berlaku di bumi Firaun la'natullah ini.

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
25 Safar 1432
30 Januari 2011
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
KAHERAH - Presiden Mesir, Hosni Mubarak bukan sahaja menjadi penindas rakyatnya selama 30 tahun tetapi beliau juga memainkan peranan penting dalam penyeksaan berterusan rejim Israel ke atas rakyat Palestin di Genting Gaza.

Sempadan Rafah yang terletak di selatan Gaza dan bersempadan dengan Mesir menjadi satu-satunya laluan keluar dan masuk penduduk Palestin tanpa perlu melalui sekatan rejim Zionis.

Namun, kerajaan Mesir di bawah arahan Mubarak berterusan menutup sempadan itu bagi menghalang lebih 1.5 juta penduduk Gaza daripada mendapatkan bekalan harian penting termasuk makanan dan ubat-ubatan yang disekat rejim Israel.

Sumbangan Mubarak kepada sekatan memusnahkan di Gaza tidak terhad kepada menyeksa penduduk Gaza tetapi pemerintah kejam itu turut menyasarkan bantuan luar yang dihalang daripada dihantar ke Gaza.

Mubarak yang selama ini setia mendengar arahan sekutunya Israel turut menempatkan 750polis sempadan di Rafah selepas diarah oleh Tel Aviv pada 2005.

Pada Jun 2007, Mubarak dengan persetujuan Israel mengarahkan sempadan Rafah ditutup sepenuhnya selepas kumpulan pejuang Hamas di Gaza memenangi pilihan raya dan mula memerintah wilayah Palestin itu.

Selain untuk menjaga hubungan baik dengan Israel, tindakan Mesir itu dilihat sebagai simbol ketakutan Mubarak yang ingin memusnahkan Hamas yang mempunyai hubungan baik dengan parti pembangkang Mesir, Ikhwan Islam.

Lebih menyedihkan dan seperti yang sudah dijangka, kesetiaan tidak berbelah bagi Mubarak kepada rejim Zionis tidak mendapat balasan yang diingini apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu tidak memberi sebarang kenyataan menyokong Mubarak sejak protes tercetus, Selasa lalu.

Pimpinan

Angkatan Muda

Cabang