The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
Pengalaman saya di perkampongan Orang Asal di Tenang Posted: 30 Jan 2011 05:19 PM PST Saya sampai di perkampongan Orang Asal kaum Jakun di Kg Segamat Kecil 2 hari sebelum penamaan calon di kawasan N.05 DUN Tenang. Saya ditemani oleh Sdr Saadon, Ketua PKR Cabang Pagoh dan Sdr Raymon, Ketua AMK Sekijang. Sesampai disana saya lihat kampong itu telah dihiasi dengan pelbagai bendera BN, poster dan bilboard berbagai anika. Ada juga bendera PKR disepanjang kampong itu, dan lebih banyak dihadapan kedai Acai, seorang yang dianggap pemimpin kepada sebahagian Orang Asal kampong itu, beliau baru menyertai keanggotaan PKR. "Pada mulanya adalah terdapat 38 orang penduduk kampong ini menyertai PKR, tapi bila berita mereka keluar dalam surat khabar, maka datanglah MB Johor denganmembawa pelbagai hadiah dan pemberian, dan berjanji pula untuk memberi geran tanah dan lapangan futsal di kampong ini, dan semua mereka yang menyertai PKR mendapat sogokan. Ada yang diberi kerja, ada yang diberi jawatan, ada yang dijanjikan geran tanah. Habis semua anggota PKR tu keluar semula dari PKR." kata Acai. Saya bertanya kepada beliau samada beliau juga turut serta keluar dari PKR. "Saya takkan keluar dari PKR dan di kampong ni sekarang ini ada 2, 3 orang saja anggota PKR. Saya tetap dengan PKR kerana sudah lebih 50 tahun saya menunggu perubahan, bukan untuk saya, tetapi masyarakat saya, Orang Jakun di Segamat Kecil ini. Tuan Haji tengoklah sendiri, maju ke kampong saya ni. Tanah-tanah kami ni semua tak ada geran, ni anak-anak muda kami tak ada kerja, pendapatan kami disini sangat dhaif. Saya nak tengok ada perubaha."kata Acai. "Biarkan mereka keluar dulu dari PKR, tak apa! Nanti mereka akan insaf selepas Pilihanraya Kecil ni. 50 tahun BN tak perdulikan masyarakat kampong ni. Mereka buat sekolah disini bernilai RM7.5 juta, 22 bilik kelas, untuk siapa? Anak-anak kami perlukan 3, 4 kelas sahaja, tapi mereka buat 22 kelas. Mereka buat projek untuk keperluan kroni-kroni mereka. Mereka itu akan kembali kepada PKR, percayalah cakap saya." tegas Acai. Dengan semangat begitu saya mengajak Acai supaya diadakan ceramah di kampong itu. Acai berkata: "Boleh, tapi saya tak jamin akan ada penduduk yang hadir. Tengoklah di hujung sana tu, semua kakitangan daripada semua Jabatan Kerajaan berkampong disini. Mereka membawa pelbagai pemberian secara mewah. Apa yang dikehendaki oleh orang kampong, cakap aje, mereka akan adakan. Jabatan-jabatan itu adalah jabatan kerajaan, tetapi mereka berkempen untuk Barisan Nasional, itulah salah guna kuasa," tambah Acai. Dua hari kemdian kami mengadakan Majlis Ceramah, memang betul hanya keluarga Acai, sdr Mat Zain di depan rumah Acai dan sdrApok yang hadir. Turut hadir di Majlis itu termasuk juga Yang Di Pertua PAS Kawasan Labis. Acai pun turut berucap dan ucapannya membawa keluhan masyarakat Orang Asal kampong itu. Saya berjanji akan turun lagi pada 26hb Januari 2011 jam 8.00 malam ke kampong itu. Tetapi apabila saya mahu melepasi Felda Redong (bukan kawasan PRK) untuk ke Segamat Kecil, kereta saya tidak dibenarkan melintasi jalan tanah itu kerana dipenuhi dengan lori-lori dan jentolak dan lain-lain jentera berat, rupa-rupanya mereka sedang menabur tar di jalan didalam kampong itu, suatu projek mee segera. Saya menalipon Acai dan Cikgu Saadon, dan bersetuju perjumpaan saya di Segamat Kecil ditangguhkan. Esuknya, kami turun semula ke Kg Segamat Kecil dan kali ini rakan-rakan orang Jakun dari Rompin ada bersama kami yang dipimpin oleh Cikgu Podir Kadir, Ketua PKR Ranting Kg Orang Asal Kedaik, Rompin. Saya dapatkan sebuah rumah sewa di kampong itu, tetapi dengan keadaan rumah yang sudah usang dan sewa RM300.00 amatlah tidak berpatutan, tetapi apa boleh buat, tidak ada lagi rumah sewa di kampong itu. Itupun, tuan rumahnya yang kami panggil Wak dimarahi oleh Batin kampong itu kerana membenarkan rumah usang itu disewakan. Kami aturkan kerja di kampong itu untuk mengadakan Cermah kedua. Saya telah siapkan edaran untuk kerja rumah ke rumah dan jemputan kepada penduduk kampong. Rupa-rupanya rakan-rakan dari Rompin tidak menjalankan kerja-kerja itu, maka pada petang itu, saya dan Saadon, pergi rumah ke rumah dan membuat laungan melalui hailer untuk memberitahu penduduk mengenai ceramah itu, Podir membuat laungan dalam Bahasa Jakun. Jam 5.30 petang, Ceramah dapat dijalankan diperkarangan rumah Acai dengan kehadiran penduduk kampong lebih kurang 25 orang. Jumlah itu masih kecil, tetapi sudah mulai ada perubahan. Pada 28hb Januari 2011 saya pergi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Tinggi Seremban iaitu kes indakan Injunksi yang diambil oleh Kontraktor Felda terhadap 28 Peneroka-Peneroka Felda Raja Alias 2 jam 3.00 petang, suatu kes yang sangat penting dari segi implikasinya kerana jika Peneroka-Peneroka itu kalah maka apa yang diikrarkan oleh Ketua Unit Guaman Felda bahawa tanah-tanah didalam Rancangan Felda yang belum dikeluarkan geran adalah hakmilik Felda. Alhamdulillah, peneroka-peneroka telah memenangi kes itu. Selepas itu, saya terus ke Labis semula untuk mengaturkan lawatan YB Elizabeth Wong, YB Sim, dan YB Zuraida ke perkampongan Orang Asal di Segamat Kecil hari esuknya iaitu 29hb Januari 2011. Jam 10.30 pagi, 29.1.11 rombongan terdiri daripada lebih 40 orang yang dipimpin oleh ketiga-tiga YB PKR itu membuat lawatan rumah ke rumah di Orang Asal itu. Tetapi Acai meluahkan perasaan tidak senangnya. "Siapa yang bertanding disini, PKR ke PAS? Hari-hari orang PKR datang, siapa bertanding? Mana dia calon PAS yang bertanding ni, takkanlah tak boleh ruangkan sedikit masa dengan kami? Calon BN dah datang, masa banjir 2 hari lepas, dia mengharuk air, memberi bantuan. Kita usahkan ada bantuan, muka calon pun tak nampak." Bukan senang nak masuk ke kampong itu. Jalannya memenang ledut dengan lumpur dan kalau bukan dengan pacuan 4-roda memang sukar memasuki kampong itu dari Felda Redon. Saya menalipon kepada Haji Juperi supaya memawa masuk calon PAS walaupun sebentar. Malangnya, Haji Juperi berada di Hospital Johor Bahru kerana isterinya mendapat kemalangan jalanraya dan dimasukkan ke Hospital JohorBahru. Saya diminta menghubungi Dr Tajudin Baba, dan Alhamdulillah, Dr Tajudin telah membawa masuk Cikgu Mala ke Kg Segamat Kecil. Potensi penduduk-penduduk Kg Segamat Kecil untuk menyokong PKR amatlah besar. Sdr Raymon yang mengacapi kampong itu berjanji dengan saya bahawa dalam tempoh beberapa bulan ini, beliau bersama Acai dan Apok akan menubuhkan Ranting PKR disitu, dan saya sendiri akan turun ke Kg Segamat Kecil untuk menolongkan urusan penubuhan Ranting PKR disana. |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan