Khamis, 20 Januari 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Thaipusam Disambut Meriah: MB Umum Bantuan Untuk Masyarakat India

Posted: 20 Jan 2011 12:40 AM PST

BATU CAVES 19 JAN : Perayaan Thaipusam tahun ini membawa berita gembira kepada Jawatankuasa Kuil Sri Mariammann, Batu Caves apabila menerima kunjungan Menteri Besar, Exco Negeri serta Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang akan membantu meningkatkan infrastruktur dan kemudahan di kuil tersebut.

Tan Sri Khalid Ibrahim mengiktiraf tarikan Batu Caves dan akan mengadakan perbincangan dua hala dengan Jawatankuasa Kuil yang diketuai oleh Datuk R Nadarajah bagi memastikan Batu Caves terus menjadi tumpuan pelancong dan penganut agama Hindu dari seluruh dunia.

"Selepas Tahun Baru Cina, saya akan menjemput Datuk Nadarajah bersama jawatankuasa dan saya akan bawa bersama pemimpin dari Selayang, Pihak Berkuasa Selayang dan ahli Exco negeri untuk kita adakan perbincangan dua hala. Saya anggap peranan yang dimainkan Pengerusi dan Jawatankuasa Sri Mariamman ini penting bukan saja untuk negeri Selangor tapi juga untuk negara Malaysia," katanya.


Beliau berucap di hadapan puluhan ribu penganut agama Hindu dan pelancong dari dalam dan luar negara yang turut serta meraikan dan merasai sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves ini.

Turut bersama Menteri Besar ialah Exco Selangor, Ronnie Liu dan Dr Xavier Jeyakumar, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Parlimen Gombak Azmin ALi, Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam, Ahli Parlimen Selayang William Leong serta Naib Presiden PKR, N. Surendren

Sambutan tahun ini tidak kurang meriahnya dan menunjukkan betapa masyarakat Hindu bebas mengamalkan kepercayaan masing-masing dan hidup makmur bersama rakyat Selangor yang lain.

Menteri Besar Selangor itu turut menyeru agar rakyat Selangor dapat terus menunjukkan persefahaman dan kehidupan yang harmoni ini.

Menurut Khalid, Kerajaan Pakatan Rakyat telah melakukan pelbagai program bagi menjamin kebebasan dan keselesaan beribadat bagi penganut Hindu.

Sebagai contoh, Khalid menerangkan, Jawatankuasa Rumah Ibadat Selangor di bawah Dr Xavier Jeyakumar telah meluluskan 103 permohonan rumah ibadat, dan 56 daripadanya ialah kuil-kuil hindu.

"Kerajaan Negeri Selangor memang prihatin dan bersikap adil memberi bantuan kepada rakyat berbilang kaum dan agama. Kita membantu membangunkan kuil di negeri Selangor. Tahun 2010 sahaja, kita dah belanja RM 3 juta untuk pembaikan rumah-rumah ibadat. Kebanyakan peruntukan itu diperuntukkan untuk pembaikan dan pembinaan kuil-kuil Hindu," jelasnya.

Kemuncak acara semalam, Kerajaan Selangor juga menghulurkan bantuan sebanyak RM300 ribu kepada Kuil Sri Mariamman, RM 470 ribu kepada pembangunan tadika India di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya bantuan RM 3 juta bagi pembaikan dan menaik taraf Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Midlands Seksyen 7 Shah Alam yang sebelum ini terbengkalai.

Khalid mengucapkan terima kasih kepada masyarakat India kerana memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui pemerintahan Negeri Selangor pada Pilihan Raya Umum lalu.


Sumber: TVSNEWS

TAWAS : Enggan Kerjasama, Kesal Sikap Hospital Kerajaan

Posted: 19 Jan 2011 02:00 AM PST

SHAH ALAM, 19 Jan – Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier  Jayakumar melahirkan rasa kesal terhadap hospital kerajaan ekoran kengganan memberi kerjasama dengan kerajaan negeri dalam program Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

Dr Xavier yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor  berkata, dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan negeri membantu rakyat yang memerlukan, tetapi usaha ini dipandang dingin oleh pihak hospital kerajaan kerana enggan memberi kerjasama dan mengedarkan borang pendaftaran TAWAS.

"Pihak hospital tidak membenarkan pihak kami menyimpan borang-borang tersebut disana, jadi perkara ini menyebabkan tidak ramai rakyat tahu dan dapat program TAWAS.

Walaupun pihak hospital kerajaan tidak memberi kerjasama tidak mengapa, tapi kenapa mereka tidak mahu memberi kerjasama, borang ini untuk bantuan rakyat, kita (Pakatan Rakyat) hanya ingin menolong rakyat," katanya.


TAWAS, merupakan antara projek penting dalam agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor atau MES yang dilancarkan secara rasmi sejak awal pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor, 30 Ogos 2008.

Kerajaan Negeri Selangor menerusi TAWAS akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM 100.00 bagi setiap pendaftaran TAWAS yang berjaya.Menjelang usia 18 tahun, anak-anak selangor yang berdaftar ini, berpeluang menerima RM 1,500 seorang hasil daripada pelaburan dalam TAWAS.

Dr Xavier yang juga ADUN Sri Andalas berkata, sebagai usaha berterusan membawa manfaat TAWAS kepada rakyat Negeri Selangor, kini kempen penyebaran maklumat dan pendaftaran peserta di setiap kawasan wakil rakyat di seluruh Selangor dipergiatkan.

"Jadi kita kena memperhebat program promosi TAWAS dengan lebih luas dan hebat di negeri Selangor,"  katanya.

Dr Xavier berkata demikian ketika merasmikan majlis Penyerahan Rumah Prihatin dan Penyampaian Sumbangan Bencana kepada penduduk Semenyih semalam.

Tambahnya lagi, risalah dan borang pendaftaran TAWAS juga diedarkan di semua Jabatan/Agensi Negeri, termasuk semua Pejabat Daerah dan Tanah dan semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor.

Kini pihak TAWAS menyediakan pendaftaran secara 'On-Line' bagi mempercepatkan dan mempertingkatkan lagi usaha untuk memberi manfaat kepada rakyat Selangor.

Jumlah pendaftaran sejak ogos 2008 sehingga ke hari ini ialah 37,285 ahli dengan purata pemohonan setiap bulan ialah 2,000 pemohonan dan tahun ini TAWAS mensasarkan 25,000 lagi pendaftaran.

Speaker Isytihar Kerusi DUN Pelabuhan Klang Kosong

Posted: 19 Jan 2011 01:00 AM PST

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

Katanya, keputusan itu dibuat mengikut Perkara 69 dan 70 perlembagaan negeri. Tiada peruntukan rayuan ditetapkan.

"Badrul mengakui tidak hadir dalam sepucuk surat yang tiba di pejabat saya bertarikh 10 Disember. Dia memohon cuti bagi mendapatkan rawatan perubatan tradisional di Pahang," kata Teng.

Ketika ditanya, Teng kemudiannya mengemukakan rekod menunjukkan Badrul Hisham tidak menandatangani borang kedatangan pada 8 November lalu.

"Dalam suratnya itu, Badrul juga mengakui beliau tidak hadir pada semua hari semasa dewan bersidang pada November," katanya.

Sebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan kerusi itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak Julai tahun lalu.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversi itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.


Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita bahawa beliau akan berpaling tadah.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil.

Sultan Selangor Perkenan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Negeri

Posted: 18 Jan 2011 10:00 PM PST

Kerajaan Negeri menyembah ucapan terima kasih kepada DYMM Sultan Selangor kerana telah memberi perkenan untuk  diadakan sidang Dewan Negeri Selangor pada 24 Januari ini bagi membentangkan cadangan pindaan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 atau Perlembagaan Negeri.

Kami menghargai keprihatinan DYMM Sultan kepada usaha Kerajaan untuk mengembalikan kuasa Negeri dalam pelantikan tiga pegawai ex-officio iaitu:  Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Dalam perjumpaan mingguan saya dengan DYMM Sultan pagi tadi, saya telah mempersembahkan Rang Undang-Undang yang boleh mengembalikan kuasa pelantikan kepada Sultan dan Menteri Besar.

Pindaan yang kita akan cadangkan ialah Perkara 52 di Bahagian Kedua Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 dengan menggantikan Fasal (1) dengan Fasal berikut:


"Duli Yang Maha Mulia hendaklah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa di dalam perkhidmatan awam masing-masingnya untuk menjadi Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Dengan Syarat sebelum bertindak di atas cadangan Suruhanjaya Perhidmatan yang berkenaan, Duli Yang Maha Mulia hendaklah mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujuk balik cadangan tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Pindaan ini jelas bertujuan mengembalikan prosedur untuk pelantikan tiga pegawai tersebut seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri sebelum ianya dipinda pada 1993.

Rang undang-undang ini kita hebahkan kepada orang ramai supaya ianya dapat dibincang dan dikupas secara sihat dan professional sebelum ia dibawa ke Dewan Negeri Selangor untuk dibentangkan. Ini selaras dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban (transparency and accountability) Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.


TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM
MENTERI BESAR SELANGOR

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


ADUN Merlimau Meninggal Dunia, Satu Lagi PRK Bakal Diadakan

Posted: 20 Jan 2011 12:41 AM PST


MERLIMAU 20 Jan - Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau daripada Barisan Nasional Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada pukul 3.00 petang tadi akibat serangan jantung semalam.

Kematian ADUN tersebut telah disahkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd Yusof.

‘Derhaka kalau tak sokong pindaan perlembagaan’

Posted: 19 Jan 2011 11:46 PM PST


KAJANG: Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin berkata Selangor yakin pindaan perlembagaan yang akan dibentang pada 24 Januari ini akan diluluskan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Ceramah Rakyat bertajuk "Pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) dan Pindaan Perlembagaan" di Dewan Majlis Perbandaran Kajang baru-baru ini didepan 150 hadirin.

"Jika mereka hadir dalam sidang dewan dan tidak mengundi menyokong pindaan tersebut atau jika mereka boikot sidang dewan tersebut bererti mereka derhaka kepada Tuanku Sultan," kata beliau ketika ditemui FMT.

Ini kerana Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun memberikan perkenan untuk mengadakan sidang dewan tersebut.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang Mohd Satim Diman dilaporkan dalam media sebagai berkata akan memboikot sidang dewan tersebut.

Faekah menjelaskan bahawa pindaan perlembagaan akan mengembalikan kuasa raja sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan sebelum tahun 1993.

Sementara itu, beliau menafikan hubungan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor mengalami keretakan dengan mendedahkan ucapan baginda ketika majlis angkat sumpah kesetiaan SUK baru, Mohammed Khusrin Munawi.

Beta dan memanda (Khalid) sangat rapat
Faekah memetik baginda sebagai berkata: "Beta dan memanda (Khalid) sangat rapat. Kita berjumpa sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk berbincang dan menasihati."

Beliau turut memetik Sultan menasihati Khusrin agar bekerjasama dengan kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat.

"Beta juga berharap Khusrin akan bekerjasama dan melaksanakan polisi kerajaan yang memerintah hari ini."

Dalam pada itu, Faekah turut mendedahkan usaha Umno-Barisan Nasional yang menganjurkan program untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat derhaka kepada Sultan Selangor.

Walau bagaimanapun, dalam program yang diadakan bulan lepas, Faekah menjelaskan bahawa Umno-BNlah yang telah mencemar dan menghakis institusi kesultanan Melayu dalam tahun 1993.

Sementara itu, dalam isu pelantikan SUK pula, Faekah berkata bahawa pelantikan tersebut menjadi isu bukan kerana calon Khusrin sebaliknya yang dipertikaikan adalah kegagalan dalam mengikut prosedur yang disifatkannya sebagai biadab.


Sumber: FreeMalaysiaToday

Umno akui kejayaan PAS

Posted: 19 Jan 2011 11:42 PM PST


KOTA BHARU, 20 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa syukur kerana Tan Sri Isa Samad sedar, DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Tuan Guru berkata, walaupun kenyataan Isa berupa sindiran, namun sebenarnya penerimaan masyarakat bukan Islam terhadap konsep Islam telah berlaku dan membuktikan PAS telah berjaya membawa kebenaran agama itu pada golongan tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad, yang mendakwa DAP sudah boleh menerima Islam sejak berkawan dengan PAS.

Isa dengan kenyataan menyindirnya juga berkata, sedangkan 'kita' (Umno) yang sudah muslim, kadang kala tidak berapa faham, sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal semalam.

Isa berkata demikian pada satu majlis makan malam 1 Malaysia yang sebahagian besarnya dihadiri oleh kaum Cina.

Kata Tuan Guru lagi, perkembangan itu membuktikan kejayaan PAS sendiri dalam membentuk hubungan setia kawan dengan anggota parti lain.

"Tak semestinya masuk Islam, terima konsep atau dasarnya pun sudah cukup, tapi kalau nak menerima Islam lagi baik. Apa lagi Islam sampai di negara China lebih awal di Tanah Melayu," ujarnya.

Menteri Besar Kelantan itu bagaimanapun berkata, sekiranya perkataan yang dikeluarkan dari mulut Isa Samad lahir dari hatinya yang tulus iaitu 'orang muslim tak faham Islam', memang wajar sekali dengan apa yang berlaku sekarang di mana orang Melayu Islam menerima perjuangan sekular BN.

"Sudah terang lagi bersuluh, kenyataan Tan Sri Isa itu membuktikan orang Melayu hanya beragama Islam pada adat, tetapi tidak tahu untuk menjadi orang muslim yang sebenar," ujarnya.

Tambahnya, kerana tidak faham itu menyebabkan kecelaruan sering berlaku dalam masyarakat.

Katanya lagi, kerana menyedari umat Islam tidak memahami tanggungjawab mereka sebagai muslim, menyebabkan PAS sentiasa bersedia untuk memberi penerangan kepada mereka.

"Yang jadi masaalahnya Umno ni buat masjid tahu, tetapi untuk menerima penceramah di situ kena tapis, kena pohon kebenaran," ujarnya.


Sumber: Harakah Daily

Blogger Umno mula fitnah calon PAS

Posted: 19 Jan 2011 11:36 PM PST


KUALA LUMPUR, 20 Jan: Tarmizi Mohd Jam dengan blognya di sanggahtoksago.blogspot hari ini di dalam satu kenyataan media telah membuat seruan kepada ahli-ahli PAS, dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang beragama Islam supaya mengadakan solat hajat bagi dijauhkan daripada sebarang fitnah jahat para blogger yang didakwanya sebagai pemfitnah atau pro-Umno/BN yang bergentayangan di alam siber.

KLToday.com melaporkan Tarmizi yang juga penyelaras majlis makan malam bersama kerajaan negeri Kelantan di sebuah hotel di ibu negara mendedahkan satu blog pro-BN iaitu Papagomo dikhabarkan sedang ligat memutarkan fitnah yang mendakwa pertemuan blogger bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat pada Sabtu lalu yang kononnya setiap blogger yang hadir diberikan wang tunai sebanyak RM500, sebuah komputer riba laptop, kemudahan percuma talian broadband dan sebuah telefon mudah alih jenama Blackberry.

Sementara itu juga, seorang pemunya laman Facebook, "Suara Dari Bumi" pula di dalam mesej facebooknya pula membuat fitnah yang mendakwa calon PAS di Tenang, Normala Sudirman (gambar bawah sebelah kanan) meninggalkan suaminya, tohmahan mempunyai skandal luar dan malah menyeru pembacanya jika ingat perkataan zina kenalah ingat PAS.

Tarmizi mendakwa taktik-taktik jahat ini adalah sama dengan yang dilakukan ke atas semua calon dari PR sebelum ini. Contohnya calon PAS di PRK Galas sebelum ini yang didakwa berzina dengan ibunya sendiri dan calon PKR semasa di Hulu Selangor dahulunya, Datuk Zaid Ibrahim dikaitkan dengan isu arak dan judi lumba kuda.

Mengulas lanjut, Tarmizi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Demokrasi dan Mobilisasi PAS Pusat berkata, semua blogger pro-PR adalah diseru melancarkan kempen alam siber mendedahkan laman dan blogger-blogger 'pemfitnah' pro-Umno secara besar-besaran dan berterusan setiap hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kekeliruan persepsi dan minda di kalangan pembaca blog dan pengunjung alam siber.

Beliau bagaimanapun, menghormati pandangan yang berbeza dengan para blogger Umno yang tulen, berhujah dengan fakta dan bukti, serta menghormati hak demokrasi di negara ini. Tetapi, blogger-blogger yang memilih cara fitnah yang saban hari mengada-ngadakan cerita patut dibanteras, dihukum dan dinyahkan dari alam siber.

Tarmizi juga menyeru semua cawangan PAS, dewan-dewan, kawasan menganjurkan solat hajat ini, kerana ia adalah lanjutan Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam yang diadakan baru-baru ini agar negara diselamatkan dari kekacauan dan fitnah dahsyat para blogger pemfitnah pro-Umno ini.

Pada 15 Januari lalu, Kerajaan Kelantan telah menganjurkan majlis ramah-mesra dengan para blogger dan facebooker di Kuala Lumpur (gambar atas). Lebih 200 blogger pro-PR dan pro-rakyat hadir dan mereka benar-benar berpuashati dengan keraian yang ditunjukkan oleh kepimpinan kerajaan negeri. Hampir semua Exco hadir termasuklah Timbalan Menteri Besar dan Speaker DUN Kelantan.


Sumber: Harakah Daily

Anwar Tegas Terus Debat Dengan Najib, Minta Bernama Tarik Balik Laporan

Posted: 19 Jan 2011 11:34 PM PST


KUALA LUMPUR 20 JAN : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berganjak daripada hasratnya meneruskan debat terbuka dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat dan kedudukan ekonomi negara.

"Saya memandang serius laporan Bernama bahawa saya tidak mahu berbahas secara terbuka dengan Datuk Seri Najib.

"Laporan tersebut kononnya memetik kenyataan saya di Alor Setar ketika Majlis Wacana Maqasid Syariah di Kolej Insaniah Alor Setar petang tadi (semalam).

"Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa Perdana Menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan lewat malam tadi.

Sehubungan itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat berharap Bernama akan menarik balik dan membetulkan laporannya semalam di bawah tajuk "Saya tidak ajak Perdana Menteri berdebat, hanya berbincang - Anwar".

Laporan itu antara lain menyebut, Anwar tidak pernah mengajak Najib untuk berdebat mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat, sebaliknya hanya mahu berbincang.

Katanya, ia adalah perbincangan terbuka secara baik melibatkan pihak Perdana Menteri dan pihaknya yang mewakili Pakatan Rakyat.

"Ia perbincangan secara baik... kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik," katanya di Alor Setar.

Anwar juga dipetik berkata, menerusi perbincangan itu pihak beliau dan pihak Najib akan mengemukakan alasan masing-masing untuk rakyat menilainya.

Katanya, beliau memilih untuk berbincang dengan Najib kerana Perdana Menteri yang bertanggungjawab kepada ekonomi.

"Sewaktu perbincangan dia boleh kemukakan program ekonominya seperti ETP (Program Transformasi Ekonomi) dan yang lain-lain," katanya.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang membuang masa kerana ia bertujuan memberi penjelasan kepada rakyat tentang program ekonomi.

Dalam kenyataan dikeluarkan kelmarin, Anwar membuat pelawaan kedua kepada Najib agar berdebat dengan beliau berhubung kedudukan ekonomi negara dan juga mengenai Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Ketua Umum PKR membuat pelawaan kedua itu menerusi surat rasmi kelmarin susulan yang pertama 11 Januari lalu.

Anwar berkata beliau membuat pelawaan kedua itu selepas tiadanya respons daripada Najib.

Salinan surat itu juga diedarkan kepada media ketika secara kebetulan Najib membuat kenyataan di Tenang, Labis agar Anwar jangan membuat cabaran berdebat supaya tidak "demam".

Najib berkata, Anwar sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu "demam" kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.

Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

Sementara itu dalam kenyataanya, Naib Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata pihaknya mahu Najib menerima pelawaan Anwar untuk berdebat.

Katanya, debat ini penting bagi melihat hujah dan fakta yang dilontarkan antara Perdana Menteri mewakili kerajaan Malaysia dengan Anwar selaku ketua pembangkang di Parlimen.

"Dewan Pemuda PAS Wilayah merasakan rakyat berhak mengetahui apakah kandungan yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga benar-benar realistik ataupun retorik semata-mata.

"Perdana Menteri pula boleh mengemukakan hujah balas dengan mengemukakan apakah sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh kerajaan selama ini terhadap rakyat," kata beliau.

Malah kata beliau, debat antara kedua-dua tokoh negara ini bakal menjadi mercu tanda negara yang mengamalkan demokrasi sihat.

"Ia bakal memahat sejarah tersendiri apabila seorang Perdana Menteri mampu berhadapan dengan sesiapa sahaja demi kepentingan rakyat dan negaranya.

"Rakyat pula akan mengenang dan menghormati Perdana Menteri Malaysia sebagai PM yang paling 'gentleman', berjiwa rakyat, tidak beretorik, dan berjiwa besar sekiranya penerima pelawaan debat ini," katanya lagi.


Sumber: TVSNEWS

Lapan Ditahan Demo Di Program Thaipusam

Posted: 19 Jan 2011 11:32 PM PST


BATU CAVES 20 JAN : Lapan anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) ditahan dalam satu demonstrasi yang bertukar liar di tapak sambutan Thaipusam di sini, hari ini.

Manakala enam daripadanya pula mengalami kecederaan dalam pergelutan itu.

Sambutan Thaipusam hari ini dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih 20 orang anggota polis mula bertindak ke atas kumpulan berkenaan yang mengadakan demonstrasi itu bagi memprotes buku teks sastera Interlok.

Tindakan itu dilakukan ketika ketua penerangan HRP S Jayathas yang mengetuai kumpulan itu sedang membacakan satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Najib sedang menyampaikan ucapan di dalam kompleks kuil berkenaan.

Pergelutan kecil turut berlaku apabila kira-kira 15 orang anggota HRP cuba membolosi kawalan polis berhampiran pintu pagar kuil.

Peserta demonstrasi berkenaan turut dilihat membawa poster antaranya dengan slogan "mansuhkan Interlok", "Pemuda Tamil tidak sokong BN" dan "Kami mahu keadilan."


Sumber: TVSNEWS

Utusan Digesa Tarik Tuduhan Terhadap Hata- Pertubuhan Wartawan P. Pinang

Posted: 19 Jan 2011 11:31 PM PST


GEORGE TOWN 20 JAN: Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) dan Persatuan Wartawan-wartawan Seberang Prai menyeru Utusan Malaysia supaya menarik balik tuduhan terhadap Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari dan membatalkan tindakan penggantungan kerja dengan serta-merta.

"Organisasi media tidak patut menafikan hak wartawan untuk menyertai kesatuan, mahupun menggantungkan kerjanya tanpa alasan munasabah. Jika tidak, ini akan jadi contoh yang terburuk bagi media yang sepatutnya berperanan sebagai the fourth estate," kata Pengerusi Pewaju Ong Ghee Tien.

Kedua-dua organisasi media ini amat runsing terhadap nasib Hata yang semata-mata bersuara tentang isu profesionalisme wartawan dan kebebasan akhbar, namun diambil tindakan disiplin oleh Utusan Malaysia atas sebab memburukkan imej majikan.

Dengan penangguhan sesi prosiding, Hata seolah-olahnya dijatuhkan hukuman sebelum dibuktikan bersalah.

"Kami berpandangan bahawa, tindakan yang diambil terhadap Hata merupakan penindasan hak asasi manusia dan wartawan, dan pasti mengancam kebebasan akhbar di negara ini," kata kenyataan itu lagi.

Lagipun, NUJ merupakan sebuah kesatuan yang mewakili seluruh warga pemberita dalam membela kebajikan dan hak mereka. Sebarang tindakan untuk menyekat kesatuan dan laungan bagi mempertahankan keprofesionalan, seumpama musuh umum kepada wartawan dan pembaca seluruh negara.

Pandangan dan kritikan terbuka Hata sebenarnya menyentuh tentang isu kebebasan dan kualiti akhbar. Walaupun beliau telah melempar kritikan terhadap pihak parti pemerintah dan pembangkang, tapi semua ini adalah di atas pendirian membela kebebasan akhbar dan kepentingan ahli kesatuan, termasuk mempertahankan media yang dilarang membuat liputan oleh kerajaan BN, mahupun Pakatan.

"Kami ingin menyeru sesiapa yang menyokong kebebasan akhbar untuk menyokong Hata dan juga segala kempen yang bakal dilancarkan oleh NUJ,"katanya.

Selain itu, kami juga memberi perhatian kepada pemecatan Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad yang sekarang kesnya dirujuk ke Makhamah Perusahaan.

Akhir sekali, kami menyeru agar wartawan dari organisasi media (termasuk media online) yang tidak berkesatuan menubuhkan kesatuan masing-masing, untuk membela nasib dan kebajikan wartawan.


Sumber: TVSNEWS

Ugutan Bunuh MP Serdang Dikutuk Keras

Posted: 19 Jan 2011 11:29 PM PST


SHAH ALAM 20 JAN: Ugutan bunuh yang diterima oleh Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Cheng semalam dikutuk sekeras-kerasnya kerana tindakan itu jelas hasil pemikiran yang begitu tertutup.

Dalam sidang media, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata demikian mengulas insiden di mana satu papan tanda dengan tulisan berunsur ugutan bunuh serta bangkai ayam dijumpai digantung di pintu masuk pejabat Nie Cheng.

"Inilah satu sikap yang hasil daripada pemikiran yang begitu tertutup dan 'bigoted' dalam Umno-Barisan Naional(BN). Saya pun tak faham kenapa boleh sampai begitu sekali dan kita mengutuk sekeras-kerasnya sikap yang seperti ini," kata beliau.

Beliau berkata, selama ini kesemua parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) iaitu Parti Tindakan Demokrat (DAP), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya melaksanakan program-progran yang mendekatkan lagi kaum Melayu dengan bukan Melayu.

"Saya rasa apa yang diusahakan oleh DAP selama ini adalah untuk mendampingi masyarakat Islam khususnya dan usaha yang seperti ini sepatutnya dialu-alukan, bukan dikecam atau diserang oleh Umno-BN," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya meminta kerajaan BN agar mengambil sikap tegas terhadap perbuatan ini dan mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab.

Katanya lagi, ini mungkin tindakan terdesak pihak tertentu yang berasa diancam dengan keharmonian antara kaum di Malaysia.

"Kerana saya rasa apa yang nak diwujudkan oleh mereka ialah tembok pemisah yang mereka telah bina dulu antara umat Islam dan bukan Islam, Melayu dan bukan Melayu, dan mereka nak kekalkan tembok ini," tegas beliau lagi.


Sumber: TVSNEWS

24 Jan Ditetap Pertemuan PR Dan SPR Bincang Isu Pilihanraya

Posted: 19 Jan 2011 11:24 PM PST


KUALA LUMPUR 20 JAN : Pakatan Rakyat akan mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 24 Januari ini untuk membincangkan beberapa isu pilihan raya seperti undi proksi , undi pos, pendaftaran secara automatik dan kedudukan persempadanan semula.

"Pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya selepas kami mengemukakan permohonan pada 17 Disember lalu dan dipersetujui SPR," kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kepada para pemberita dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu di sini petang semalam.

Menurut Mustafa, dalam pertemuan itu, PAS akan diwakili Pengarah Pilihan Rayanya Datuk Halim Abdul Rahman serta dirinya sendiri manakala PKR akan diwakili Naib Presidennya Fuziah Salleh serta Ahli Parlimen Subang R Sivarasa.

Sementara DAP pula diwakili Ketua Pemudanya Anthony Loke Siew Fook serta Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong."Bagi pihak SPR, ahli jawatankuasa tertinggi termasuk pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof akan turut serta dalam pertemuan itu," katanya.

Mengenai undi proksi, Mustafa berkata PR sepakat menolak kaedah ini kerana jelas bertentangan dengan konsep demokrasi memandangkan individu yang menjadi wakil itu akan dikhuatiri akan menyalahgunakan hak pengundi sekaligus menghapuskan hak kerahsiaan seseorang pengundi berdaftar.'

"Kita bimbang bukan orang sebenar yang akan melakukannya tetapi orang upahan yang akan mengundi. Ini semacam hendak 'menghalalkan' undi hantu. Sudah nampak ada niat sesuatu di situ walaupun SPR menegaskan undi proksi hanya satu cadangan," katanya.

Selain itu, Mustafa berkata dalam pertemuan itu PR juga mahu mendapat penjelasan tentang isu pengundi pos terutamanya wujud cadangan yang mahu mewujudkan kem tentera di setiap kawasan parlimen seperti yang pernah dinyatakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata jika benar kem tentera wujud di setiap kawasan parlimen, pihaknya bimbang Barisan Nasional (BN) akan memanipulasinya memandangkan undi pos dijadikan BN sebagai 'deposit tetap' setiap kali pilihan raya berlaku.

"Ada bukti soal undi ini pernah dimanipulasi dan perlu diberi perhatian oleh SPR. Adakah dengan kewujudan kem tentera ini akan jadi pengundi pos atau undi biasa kita tidak tahu. SPR perlu menggariskan isu ini dengan jelas," katanya.

Dalam masa yang sama, Mustafa berkata pihaknya juga akan membangkitkan tentang kedudukan persempadanan semula yang sudah habis lapan tahun tempohnya sejak kali terakhir diadakan pada tahun 2003.

"Kita mahu tahu sama ada persempadanan semula ini akan ada pertambahan atau pengurangan kerusi (Dun dan Parlimen) bagi setiap negeri. Jika ada pertambahan kerusi, maka perkara ini harus dibawa ke Parlimen untuk mendapat sokongan dua pertiga majoriti undi," katanya.


Sumber: TVSNEWS

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


KERA DAPAT BUNGA!

Posted: 20 Jan 2011 02:50 AM PST


(Sangat menghairankan apabila Azmin memanggil YB Gobala "paria" tidak pulak mereka memekak nak bakar Azmin macam mereka bakar novel "Interlok". Agaknya memang dema dah pekak yop!!)

Salam 2 all.

Kemelut yang direkayarsa berkaitan isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin Munawi sebagai kini memasuki fasa baru apabila Pakatan pembangkang mula menunjukkan tembelang mereka dengan pemecatan secara tiba-tiba ADUN Pelabuhan Kelang YB Badrul Hisham Abdullah semalam oleh Speaker DAP Teng Chang Kim.

Ini semua bermula apabila perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk sidang tergempar 24 Januari ini diberikan. Sebenarnya mereka memang tidak menyangka Tuanku akan memberi perkenan, kerana itu saban siang dan malam mereka melalak kampung keluar kampung, keluar internet masuk internet bahawa Tuanku Sultan telah dibonekakan oleh UMNO/ BN dan rakyat perlu bangkit untuk membela institusi Kesultanan Melayu di Selangor. Mereka sangka Tuanku tidak akan memberi perkenan dan sidang tidak akan berlangsung; dan mereka tahu kalau berlangsung pun mereka akan tewas kerana tiada majoriti 2/3; maka isu sidang tergempar itu diputar-pooSingh sebagai bahan politik untuk dilalak sana kemari.

Tiba-tiba mereka terkedu saperti kera menahan kentut apabila Tuanku Sultan Selangor memberi perkenan. Malah Tuanku menegaskan bahawa pemberian perkenan itu adalah hak mutlak Tuanku dan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Sebagai Raja berdaulat yang bijak dan mengerti undang-undang dan amalan demokrasi, Tuanku Sultan telah bertindak mengikut kuasa dan budibicara Baginda. Dan Baginda Tuanku menegaskan bahawa perkenan itu tidak bermakna Tuanku menyokong atau menyebelahi mana-mana pihak, kerana Tuanku pun tahu puak-puak ini akan pootar-pooSingh perkenan itu sebagai tanda Tuanku menyokong mereka. Alahai yop, teman udah masak bebenor dengan perangai pootar-pooSingh dema ni yop!!

Keputusan Tuanku memberi perkenan itu menyanggah sama-sekali dakyah mereka bahawa Tuanku Sultan dibonekakan oleh UMNO/ BN. Malah ia membuktikan bahawa amalan demokrasi berasaskan Raja Berpelembagaan sangat subur dalam negara ini.

Apabila berdepan dengan realiti lakunan dan sandiwara mereka untuk mengadakan sidang khas itu akan terbongkar kerana sidang akan dijalankan dan rakyat akan tahu mereka akan tewas tanpa majoriti 2/3, maka akal pootar-pooSingh mereka berputar-putar untuk mencari majoriti 2/3 tersebut.

Jumlah ADUN keseluruhannya dalam DUN Selangor ialah 56 orang. Dengan ADUN sebanyak 35 orang, berbanding BN 20 orang dan Bebas seorang, Pakatan pembangkang memerlukan 2 lagi ADUN untuk mendapat majoriti 2/3 yang diperlukan, atau mengurangkan jumlah ADUN bukan pembangkang. Amat mustahil untuk mereka mendapat sokongan dari ADUN BN. Maka strateginya ialah mengurangkan kerusi lawan.

Sebab itu teman tidak hairan apabila ADUN Pelabuhan Kelang menjadi mangsa pemecatan. Ini bermakna majoriti 2/3 yang diperlukan hanyalah 36 orang, iaitu kurang seorang. Persoalannya dari mana mereka mahu mendapat seorang lagi itu. Samada mereka beli mana-mana ADUN BN, atau mereka akan kurangkan ADUN BN pada hari persidangan.

Berdasarkan itu, teman menjangka mereka akan buat kekecohan pada hari persidangan. Mungkin semasa wakil BN berucap dan berbahas mereka akan ganggu, ataupun mereka akan buat kecoh terhadap Khir Toyo yang sedang menghadapi pertuduhan Mahkamah supaya digantung dan macam-macam temberang lagi. Pokok pangkalnya, teman tidak akan hairan jika manipulasi dibuat sebegitu rupa supaya ADUN BN yang hadir pada hari itu akan dipecat, digantung atau diperintah keluar Dewan. Dengan cara itu, jumlah mereka akan jauh mengatasi ADUN BN dan mereka akan dapat 2/3 itu. Itulah bacaan teman dengan konspirasi iblis yang sedang dilaksanakan.

Berbalik kepada isu pemecatan ADUN Pelabuhan Kelang, teman hairan bagaimana Speaker DAP boleh mengambil tindakan drastik bukan sahaja memecat YB Badrul, malah mengisytiharkan kerusi beliau dikosongkan.

Pertama, atas alasan apa Speaker DAP ini membuat keputusan. Kononnya YB Badrul tidak hadir sidang enam bulan berturut-turut sejak Julai tahun lepas. Namun semasa ditanya oleh para wartawan bahawa ada bukti YB Badrul dilihat semasa pembukaan sidang DUN pada bulan November lepas, Speaker DAP ini mendakwa telah menyiasat. Macam mana beliau siasat? Apa bukti dan keterangan yang belaiu gunakan? Siapa saksi yang dipanggil? Adakah kamera litar Dewan sudah disahihkan? Apakah para wartawan yang melihat YB Badrul dipanggil (yang jelasnya tiada siapa pun yang dipanggil) Adakah beliau seronok baca lapuran sendirian dalam bilik air-connya dan terus buat keputusan?

Apa yang jelas ialah hakikatnya tiada sebarang perbicaraan atau pendengaran dibuat? Tiada sebarang usul dibawa ke dalam Dewan untuk memecat YB Badrul. Ini bukan soal kecil. Ini soal hak seorang wakil rakyat yang telah dinafikan pembelaan. YB Badrul langsung tidak diberi peluang membela diri atau sekurang-kurangnya memberi penjelasan. Apakah perjuangan Pakatan pembangkang ini untuk memberi hak kebebasan dan bersuara kepada rakyat sekadar dongeng purba sahaja? Rakyat dapat melihat dengan jelas permainan politik cauvinis dan sempit puak-puak ini.

Sepatutnya satu usul khas dibawa kedalam Dewan untuk merujuk YB Badrul kepada Jawatankuasa Khas dengan tujuan untuk diambil tindakan disiplin kerana tidak hadir. Dan beri peluang kepada YB Badrul untuk membawa kesnya ke Jawatankuasa tersebut. Hanya setelah Jawatankuasa itu bersidang dan membuat rumusan, barulah cadangan Jawatankuasa dibawa semula ke Dewan untuk dipertimbangkan. Kemungkinan besarnya Jawatankuasa sendiri menerima penjelasan YB Badrul dan kes habis disitu. Dan kalau dibawa ke Dewan pun sekurang-kurangnya ADUN yang ada boleh membahaskan dan membuat undian untuk samada menerima cadangan Jawatankuasa atau tidak. Ni tidak, tahu-tahu keluar dalam kenyataan media YB Badrul dipecat tanpa hujung-pangkal cerita.

Teman teringat bagaimana Ketua Pembohong manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan melalak siang malam pagi petang dalam dan luar kononnya dia telah dianiaya apabila digantung 6 bulan sebagai Ahli Parlimen.

Tetapi cuba lihat kes beliau. Setelah ternyata dia berbohong dalam dewan mengenai isu APCO, Tan Sri Speaker memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan didalam Dewan Rakyat. Peluang yang diberi tidak digunakan untuk memberi penjelasan, sebaliknya beliau terus berputar-pooSingh tanpa menjawab pertuduhan pembohongan. Setelah berpuashati penjelasannya tidak menasabah, Tan Sri Speaker telah membenarkan usul untuk dibahas bagi membentuk satu Jawatankuasa Khas Dewan Rakyat untuk membicarakan beliau.

Nak bentuk Jawatankuasa pun kami kena bahas dalam Dewan. Setelah usul diluluskan dengan bahas, beliau telah diberi peluang untuk membela dirinya dihadapan Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Speaker dan dan wakil pembangkang turut duduk didalam Jawatankuasa tersebut. Manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini sebaliknya terus dengan cerita pootar-pooSingh nya. Bukan sahaja beliau tidak menjawab pertuduhan, sebaliknya mahu menukar sidang Jawatankuasa itu macam Mahkamah. Habis diangkutnya semua loyernya untuk kononnya membela beliau semasa siasatan Jawatankuasa.

Apabila cubaan Anwar mahu mengkanggarookan Jawatankuasa itu gagal, beliau ingkar hadir. Maka Jawatankuasa tiada pilihan selain meneruskan siasatan. Jawatankuasa itu tidak terus membuat keputusan, sebaliknya memanggil saksi dan mendengar keterangan serta meneliti semua dokumen yang ada. Berdasarkan itu, Jawatankuasa membuat rumusan mencadangkan supaya manusia yang ditabal bininya ini sebagai anugerah tuhan digantung selama 6 bulan.

Rumusan Jawatankuasa itu kemudiannya dibawa kedalam Dewan dalam bentuk usul. Tujuannya supaya Dewan sendiri yang membuat keputusannya sendiri samada mahu menerima cadangan Jawatankuasa itu. Ini akan membolehkan semua Ahli Dewan Rakyat termasuk pembangkang membahas cadangan tersebut.

Namun sekarang satu dunia tahu temberang mereka. Bukan sahaja mereka tidak mahu membahas, dan mengambil peluang untuk membutkikan pembohongan APCO Ketua Pembohong ini, sebaliknya mereka menukar sidang Dewan kepada sidang kanggaroo. Mereka memekak, melalak, menjerit dan lain-lain kelakuan kehaiwanan yang langsung tidak mencerminkan peradaban seorang Ahli Dewan, apatah lagi mengikut akhlak Islam.

Pokok pangkalnya, jelas daripada huraian panjang lebar saperti diatas tersebut bahawa Tan Sri Speaker Dewan Rakyat telah memberikan peluang sebaik mungkin kepada Kepala Pembohong ini untuk memperjelaskan pembohongannya. Bukan sahaja beliau tidak menggunakan peluang itu untuk memperbetulkan pembohongan itu, ataupun sekurang-kurangnya bersikap anak jantan dan meminta ma'af, sebaliknya berkelakuan saperti manusia kerasukan dan tidak beradab samasekali.

Selanjutnya, adalah jelas Speaker DAP ini telah "merampas kuasa SPR". Mengikut Perlembagaan dan undang-undang, kuasa mengisytihar samada sesuatu kerusi itu kosong atau tidak adalah kuasa SPR. Kuasa Speaker hanyalah memaklumkan kepada SPR mengenai dakwaan ketidakhadiran seseorang ADUN (dan keputusan Dewan selepas berbahas tetapi tiada dalam kes YB Badrul ini). Dan menjadi tanggungjawab SPR untuk menyiasat kesahihan dakwaan tersebut. Jika benar, maka SPR akan mengisytiharkan sesuatu kerusi itu kosong dan mengadakan Pilihanraya Kecil. Jika tidak, SPR akan menolak makluman Speaker tersebut. Jika Speaker tidak berpuashati, maka bolehlah Speaker membawanya ke Mahkamah untuk suatu perisytiharan melalu perintah mandamus atau certiorari. Ini yang telah dibuat oleh YB Speaker DUN Kedah dalam kes Kota Siputeh. Nampak gaya Speaker PAS , saperti Tan Sri Speaker Dewan Rakyat, lebih bijak dan ikhlas daripada Speaker DAP.

Ini bermakna tindakan Speaker DAP itu adalah melangkaui bidangkuasanya sebagai Speaker, dan YB Badrul punya hak untuk mencabarnya di Mahkamah. Dan teman cukup yakin, budak yang baru belajar undang-undang pun tahu tindakan Speaker DAP itu tidak betul! Dan akhir nanti sudah pasti Mahkamah akan membatalkan keputusan drastik dan cauvinis Speaker DAP ini. Dan apabila itu berlaku, percayalah mereka akan melalak satu kampung Mahkamah campurtangan dalam masalah DUN. Dan lebih teruk, mereka akan dakwa Mahkamah menjadi boneka UMNO/ BN!! Pootar-pootar pooSing-pooSingh dong!!

Teman juga mengambil kesempatan ini untuk mengulang sekali lagi bahawa cubaan pindaan Perlembagaan Selangor ini sebenarnya adalah untuk memberi kuasa mutlak kepada Mentari Besar. Dan siapa juga yang menjadi dalang kepada Menteri Besar, dan berjaya menjadikan Menteri Besar barua dan balaci mereka, maka merekalah yang akan menjadi sangat berkuasa.

Cerita konon nak memartabatkan dan mengembalikan kuasa Raja Melayu adalah cerita karut dan dongeng bodoh semata-mata. Hanya lembu buta sahaja yang akan mempercayai cerita karut ini. Tetapi malang ada segelintir dikalangan kalkatu diluar sana yang termakan cerita nak memartabatkan kuasa Raja Melayu ini. Siap fitnah konon teman tidak menyokong Raja-Raja Melayu. Dan sebenarnya itulah yang akan dilalak oleh mereka bila ADUN UMNO/ BN menolak deraf pindaan itu; konon mereka penentang Raja Melayu.

Takkanlah begitu bodoh dan dangkal sekali para kalkatuan ini. DAP nak beri kuasa kepada Raja Melayu??!! Tak ingat ke siapa yang nak heret Raja-Raja Melayu ke Mahkamah; ya! Karpal PooSingh, mursyidul am DAP! Siapa yang menyokong ketika kerajaan (termasuk Anwar semasa itu dalam kabinet) yang bertindak bodoh mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu? Ya, kepimpinan DAP!! Dan sekarang berkokok dan melalak nak mengembalikan kuasa Raja-Raja Melayu!! Dey, pooodaahh lah!! (Sila baca kupasan panjang lebar teman sebelum ini).

Sebenarnya apa yang pakatan pembangkang cuba lakukan ini adalah satu penghinaan kepada Raja-Raja Melayu, khususnya Tuanku Sultan Selangor. Dengan berselindung disebalik dakyah konon nak memberi kuasa kepada Tuanku untuk memilih dan melantik siapa menjadi SUK, Penasihat Undang-Undang ataupun Pegawai Kewangan Negeri, tetapi disana ada satu hasrat terlindung bila kuasa itu dikait dengan syarat "Tuanku wajib mendengar nasihat Menteri Besar dalam membuat sebarang perlantikan". Dan diperuntukkan yang lain, "Tuanku wajib mendengar dan mematuhi semua nasihat yang diberi oleh Menteri Besar". Siapa yang menghina Raja sebenarnya? Janganlah jadi golongan kalkatuan yang pekak, bisu dan buta. Hakikatnya jelas. Faktanya jelas. Pootar-pooSinghnya pun jelas. Pembohongannya pun jelas. Mereka cuba memperkudakan institusi Raja-Raja Melayu untuk kepentingan politik sempit dan cauvinis mereka!!

Bangkitlah wahai umat Islam. Sedarlah wahai bangsa Melayu. Bangunlah wahai rakyat Malaysia. Kita sedang diperkuda dan dipootarbelit dan dipoootar-pooSingh oleh Pakatan Syaitan ini. Ingatlah pepatah Melayu, "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna". Pakatan Syaitan ini sebenarnya saperti kera mendapat bunga, habis kelak nanti mereka akan musnahkan kecantikan bunga-bunga perpaduan, kemakmuran dan keamanan negara ini semata-mata untuk memenuhi nafsu serakah untuk memahkotakan seorang manusia kaki kelentong yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan! Lakukanlah perubahan, cegahlah kemungkaran kabir ini.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
145 Safar 1432
20 Januari 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Saya Melayu

Posted: 20 Jan 2011 06:18 PM PST

Dari Hussein Hamid blog

The problems we now face does not only concern Perak, Kelantan, Penang and Selangor but the whole country. It does not only concern the Malays, the Chinese, the Indians but everybody who are Malaysians. It is not a concern for today, tomorrow, next week or next year but a concern for not only today but more important, of the future. The errors we make, the foundations we build and all that we do now will be there for posterity – to be judged by those that come after us. If we are not there to hear the verdict, our children will.

While the individual leaders within Pakatan Rakyat have long been in Politics their ability to govern and govern well is yet to be tested. But time favours them.

Time does not favor UMNO. The years of UMNO rule, while all not bad, has brought into question whether more of the same excesses are to prevail in the years to come?

"If Umno fails, the Malays fail and if the Malays fail the nation will also fail, this we cannot avoid (if it happens)," Mahyiddin.

The Malays have not failed UMNO !! Have you not won every General Election since the first one in 1959 – and winning all, bar the 1969 and 2008 elections, with two thirds majority everytime? Enough to do what you want in Parliment? Pass any law? Amend any exisisting one? No effective opposition to question your plundering and pillaging of the Nation's treasures? Is that not enough time to champion the cause of the Malays or were you too busy championing your own self? From the Mata Mata who was robbing the poor taxi drivers of their hard earned daily earnings to our Prime Ministers whose family, relatives, drivers even bodyguards – robbed us blind !!

And now after winning 12 General election like Oliver Twist you say " Please Sir, Can I have some more?" No you will not.
As a Malay I had wanted UMNO to represent the Malay interest. Not UMNO's interest.

As a Malay I see no harm that the Chinese or the Indian can cause me. Do not tell me that the Chinese and Indians can be a danger to me just because they are a danger to UMNO.To UMNO not the Malays!

As a Malay I do not have a quarrel with DAP, Keadilan or PAS. Let them be and not make them my enemy because they are UMNO's enemies.

As a Malay I see the richness that comes with the NEP being claimed by UMNO whereas it rightly belong to all Malays and the people of Malaysia.

The Chinese, Indians and the others are not the nemesis of the Malays. They are citizens of Malaysia as the Malays are citizens of Malaysia.

They never were or will ever be the enemies of the Malays. If the Malays are too polite then they are that because that's the way we are. If the Chinese are good at business – then it is because they have had many years of doing just that. Was it not a Chinese who said "To grow rich is glorious!!" What a wonderful sentiment! If the Indians are having their own problems trying to keep up with the others then maybe they should choose better leaders to lead them.

But these are sweeping statements to illustrate the great divide that could be exploited by mischievous politicians for their own advantage. But it will not happen now because of The Times They are A Changing…

Come senators, congressmen
Please heed the call
Don't stand in the doorway
Don't block up the hall
For he that gets hurt
Will be he who has stalled
There's a battle outside
And it is ragin'.
It'll soon shake your windows
And rattle your walls
For the times they are a-changin'.

Bob Dylan.

Everything that is right and reasonable points to the fact that the Malays in UMNO are men with vested interest and are not to be trusted. We cannot allow men in whom we have no trust to be in power. Let it not be said that the Malays do not have the resolve to effect change.

WE ARE DONE WITH UMNO.

I am truly and conscientiously persuaded that it is in the interest of the Malays and our country for us to do so. For, as Milton said, "never can true reconcilement grow where wounds of deadly hate have pierced so deep."

What will now happen to UMNO?
Ruined…it will be in ruins.

The time for reconciliation between the Malays and UMNO is past.

Hidup Pakatan Rakyat.
Hidup PAS.
Hidup Keadilan.
Hidup DAP.

As UMNO says:" BERSAMA KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH! (UNITED WE STAND, DIVIDED WE FALL!)
MERDEKA

Adakah Perlumbaan Senjata Jawapannya?

Posted: 20 Jan 2011 06:11 PM PST

Dari Malaysian Insider
Oleh Nik Nazmi

Saya tertarik membaca rencana Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam Utusan Malaysia, "Bertindak Sebelum Terlambat". Rencana tersebut memetik kenyataan Lee Kuan Yew bahawa Singapura memerlukan pertahanan yang kuat bagi berhadapan dengan Malaysia dan Indonesia.

Ridhuan seterusnya membandingkan perbelanjaan pertahanan Singapura yang berjumlah RM35.5 bilion berbanding dengan perbelanjaan Malaysia sebanyak RM11.013 bilion pada tahun 2010.

Ridhuan kesal kelemahan Malaysia dalam berurusan dengan Singapura dalam soal air dan memberi amaran tentang pengaruh republik tersebut di dalam Koridor Iskandar. Beliau mendakwa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat begitu ghairah menyambut Kuan Yew dan mendakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berada di bawah pengaruh Singapura.

Akhirnya, beliau mencadangkan agar keuntungan Petronas sebanyak RM50 bilion dibelanjakan dalam sektor pertahanan bagi menyaingi Singapura.

Pada dasarnya, saya bersimpati dengan sentimen diluahkan oleh Ridhuan. Siapa tidak ingin melihat tanah tumpah darahnya maju dan berjaya berbanding degan negara lain?

Kita tidak boleh memperlekehkan realiti bahawa Singapura mendahului kita dari sudut pertahanan dan pelbagai bidang lain. Hakikatnya, realiti ini bermula sejak mereka keluar dari Malaysia pada 1965 lagi dan berterusan hingga ke hari ini. Namun mereka mampu berbuat demikian kerana ekonomi mereka berkembang pesat, jauh meninggalkan Malaysia.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita antara Tanah Melayu dan Singapura berada pada kadar hampir sama pada 1960. Namun kini, KDNK per kapita Singapura hampir lima kali ganda berbanding Malaysia.

Lebih mendukacitakan lagi, KDNK keseluruhan Singapura yang digunakan untuk mengukur saiz ekonomi sesebuah negara, mengatasi Malaysia pada 2010 buat pertama kalinya. KDNK Singapura adalah AS$210 bilion berbanding KDNK Malaysia, negara yang hampir 500 kali ganda lebih besar mencatat KDNK AS$205 bilion.

Justeru, ketika Barisan Nasional (BN) berulang-ulang mendakwa mereka telah membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat, realitinya ialah negara kita semakin ketinggalan berbanding negara-negara yang pernah berada pada tahap sama dengan kita seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura. Ridhuan seharusnya bertanya kepada pimpinan BN yang mentadbir negara selama ini, bagaimana kita boleh mengalami nasib sebegini sedangkan kita dikurniakan dengan hasil mahsul yang melimpah ruah?

Cadangan Ridhuan untuk menggunakan RM50 bilion kekayaan Petronas untuk perbelanjaan pertahanan sekaligus mengatasi Singapura juga wajar dipertikai. Perbelanjaan pertahanan yang melampau juga akan menimbulkan masalah menerusi perlumbaan senjata serta mempunyai impak negatif kepada ekonomi negara.

Antara sebab kejatuhan rejim Komunis Soviet Union ialah apabila ekonomi Soviet semakin lesu, rejim pemerintah mengambil keputusan meneruskan perlumbaan senjata dengan Amerika Syarikat. Sudah semestinya mereka gagal bersaing dengan Amerika memandangkan ekonomi Amerika berkembang pesat ketika ekonomi Soviet makin hambar.

Apatah lagi, dalam peningkatan perbelanjaan pertahanan negara sekalipun, masalah rasuah memastikan sebahagian besar perbelanjaan tersebut bukan dibelanjakan untuk meningkatkan pertahanan negara tetapi untuk memperkayakan kelompok kecil kroni-kroni yang rapat dengan pemerintah. Dalam perbelanjaan kira-kira RM7 bilion untuk kapal selam Scorpene yang dikaitkan dengan kes Altantuya dan pesawat Sukhoi, hampir RM1 bilion dibelanjakan untuk "komisyen".

Masalah rasuah dalam pembelian senjata bukanlah masalah baru atau hanya timbul di negara kita, tetapi masalah ini sepatutnya dianggap sebagai pengkhianatan terbesar kepada negara memandangkan perbelanjaan untuk mempertahankan negara diselewengkan untuk mengisi kocek pihak kroni!

Ridhuan seharusnya sedar, apabila beliau membangkitkan kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah, bahawa punca kemerosotan empayar tersebut adalah ekonomi yang lesu, sistem pendidikan yang ketinggalan dan rasuah dalam sistem pemerintahan selain dari agenda musuh-musuh luar.

Saya khuatir negara kita akan ditewaskan oleh negara luar bukan kerana kalah dalam perlumbaan senjata tetapi akibat faktor-faktor sama yang menimpa Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan keruntuhan peradaban-peradaban besar yang lain.

Saya juga tidak faham kenapa Ridhuan menganggap Tuan Guru Nik Aziz ghairah menyambut Kuan Yew ke Malaysia. Permintaan untuk bertemu itu datang dari Kuan Yew, dan beliau bertemu dengan pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Cuma yang luar biasa dan sepatutnya mendapat perhatian Ridhuan ialah buat pertama kalinya dalam sejarah negara Kuan Yew meminta bertemu dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur secara empat mata. Kuan Yew tak pernah minta bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mahupun Tun Jeanne Abdullah.

Saya juga berharap Ridhuan dapat membangkitkan tentang persoalan yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa bagaimana kira-kira 700 lori membawa pasir keluar dari Johor ke Singapura setiap hari.
Ketika media arus perdana menumpukan tentang masalah kecurian pasir di Selangor, tidak banyak diperkatakan tentang masalah di Johor yang membabitkan keselamatan negara dan kehilangan kira-kira RM40 juta sebulan hasil Kerajaan Negeri Johor.

Saya tidak mempertikaikan perlunya Malaysia mempunyai pasukan tentera yang mantap dan mampu mempertahankan negara. Namun, dalam era moden ini, kekuatan tentera sahaja tidak semestinya menjamin keselamatan ataupun keutuhan sesebuah negara.

Pada hakikatnya, kekuatan sesebuah negara sebernarnya berada dalam kebebasan rakyatnya, perpaduan mereka dan keterbukaan mereka untuk menerima perubahan dalam arus dunia mahupun menyesuaikan diri mereka kepada kenyataan dunia global.

Saya berharap Ridhuan berhati-hati sebelum cuba memainkan sentimen tertentu dalam memenuhi agenda politiknya. Silap-silap, semakin banyak pekung pihak yang cuba dipertahankannya akan terbuka dalam usahanya tersebut.

Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan DUN Tenang

Posted: 20 Jan 2011 06:06 PM PST

22 Januari 2011 (Sabtu)

1) 7.30 – 11.00 malam – Jamuan Bersama Masyarakat India

Lokasi : Restoran G&D, Pekan Labis

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Prof Dr Ramasamy
3. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng
4. YB Manikavasagam
5. YB S Manikumar
6. YBhg Surendran
7. Normala Sudirman (Calon)

2) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah

Lokasi : Markas PAS, Kampong Sawah Baru

Penceramah:
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Saifuddin Nasution
3. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng
4. YBhg Utz Nasaruddin Tantawi
5. YB Zuraida Kamaruddin
6. Normala Sudirman (Calon)

3) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah

Lokasi : Markas PAS, Felda Tenang

Penceramah
1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
2. YB Saifuddin Nasution
3. YBhg Utz Nasaruddin Tantawi
4. YB Zuraida Kamaruddin
5. YBhg Mazlan Aliman
6. Normala Sudirman (Calon)