Anwar Ibrahim |
Posted: 20 Jan 2011 06:18 PM PST Dari Hussein Hamid blog The problems we now face does not only concern Perak, Kelantan, Penang and Selangor but the whole country. It does not only concern the Malays, the Chinese, the Indians but everybody who are Malaysians. It is not a concern for today, tomorrow, next week or next year but a concern for not only today but more important, of the future. The errors we make, the foundations we build and all that we do now will be there for posterity – to be judged by those that come after us. If we are not there to hear the verdict, our children will. While the individual leaders within Pakatan Rakyat have long been in Politics their ability to govern and govern well is yet to be tested. But time favours them. Time does not favor UMNO. The years of UMNO rule, while all not bad, has brought into question whether more of the same excesses are to prevail in the years to come? "If Umno fails, the Malays fail and if the Malays fail the nation will also fail, this we cannot avoid (if it happens)," Mahyiddin. The Malays have not failed UMNO !! Have you not won every General Election since the first one in 1959 – and winning all, bar the 1969 and 2008 elections, with two thirds majority everytime? Enough to do what you want in Parliment? Pass any law? Amend any exisisting one? No effective opposition to question your plundering and pillaging of the Nation's treasures? Is that not enough time to champion the cause of the Malays or were you too busy championing your own self? From the Mata Mata who was robbing the poor taxi drivers of their hard earned daily earnings to our Prime Ministers whose family, relatives, drivers even bodyguards – robbed us blind !! And now after winning 12 General election like Oliver Twist you say " Please Sir, Can I have some more?" No you will not. As a Malay I see no harm that the Chinese or the Indian can cause me. Do not tell me that the Chinese and Indians can be a danger to me just because they are a danger to UMNO.To UMNO not the Malays! As a Malay I do not have a quarrel with DAP, Keadilan or PAS. Let them be and not make them my enemy because they are UMNO's enemies. As a Malay I see the richness that comes with the NEP being claimed by UMNO whereas it rightly belong to all Malays and the people of Malaysia. The Chinese, Indians and the others are not the nemesis of the Malays. They are citizens of Malaysia as the Malays are citizens of Malaysia. They never were or will ever be the enemies of the Malays. If the Malays are too polite then they are that because that's the way we are. If the Chinese are good at business – then it is because they have had many years of doing just that. Was it not a Chinese who said "To grow rich is glorious!!" What a wonderful sentiment! If the Indians are having their own problems trying to keep up with the others then maybe they should choose better leaders to lead them. But these are sweeping statements to illustrate the great divide that could be exploited by mischievous politicians for their own advantage. But it will not happen now because of The Times They are A Changing…
Bob Dylan. Everything that is right and reasonable points to the fact that the Malays in UMNO are men with vested interest and are not to be trusted. We cannot allow men in whom we have no trust to be in power. Let it not be said that the Malays do not have the resolve to effect change. WE ARE DONE WITH UMNO. I am truly and conscientiously persuaded that it is in the interest of the Malays and our country for us to do so. For, as Milton said, "never can true reconcilement grow where wounds of deadly hate have pierced so deep." What will now happen to UMNO? The time for reconciliation between the Malays and UMNO is past. Hidup Pakatan Rakyat. As UMNO says:" BERSAMA KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH! (UNITED WE STAND, DIVIDED WE FALL!) |
Adakah Perlumbaan Senjata Jawapannya? Posted: 20 Jan 2011 06:11 PM PST Dari Malaysian Insider Saya tertarik membaca rencana Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam Utusan Malaysia, "Bertindak Sebelum Terlambat". Rencana tersebut memetik kenyataan Lee Kuan Yew bahawa Singapura memerlukan pertahanan yang kuat bagi berhadapan dengan Malaysia dan Indonesia. Ridhuan seterusnya membandingkan perbelanjaan pertahanan Singapura yang berjumlah RM35.5 bilion berbanding dengan perbelanjaan Malaysia sebanyak RM11.013 bilion pada tahun 2010. Ridhuan kesal kelemahan Malaysia dalam berurusan dengan Singapura dalam soal air dan memberi amaran tentang pengaruh republik tersebut di dalam Koridor Iskandar. Beliau mendakwa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat begitu ghairah menyambut Kuan Yew dan mendakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang berada di bawah pengaruh Singapura. Akhirnya, beliau mencadangkan agar keuntungan Petronas sebanyak RM50 bilion dibelanjakan dalam sektor pertahanan bagi menyaingi Singapura. Pada dasarnya, saya bersimpati dengan sentimen diluahkan oleh Ridhuan. Siapa tidak ingin melihat tanah tumpah darahnya maju dan berjaya berbanding degan negara lain? Kita tidak boleh memperlekehkan realiti bahawa Singapura mendahului kita dari sudut pertahanan dan pelbagai bidang lain. Hakikatnya, realiti ini bermula sejak mereka keluar dari Malaysia pada 1965 lagi dan berterusan hingga ke hari ini. Namun mereka mampu berbuat demikian kerana ekonomi mereka berkembang pesat, jauh meninggalkan Malaysia. Lebih mendukacitakan lagi, KDNK keseluruhan Singapura yang digunakan untuk mengukur saiz ekonomi sesebuah negara, mengatasi Malaysia pada 2010 buat pertama kalinya. KDNK Singapura adalah AS$210 bilion berbanding KDNK Malaysia, negara yang hampir 500 kali ganda lebih besar mencatat KDNK AS$205 bilion. Justeru, ketika Barisan Nasional (BN) berulang-ulang mendakwa mereka telah membawa pembangunan dan kemajuan kepada rakyat, realitinya ialah negara kita semakin ketinggalan berbanding negara-negara yang pernah berada pada tahap sama dengan kita seperti Korea Selatan, Taiwan dan Singapura. Ridhuan seharusnya bertanya kepada pimpinan BN yang mentadbir negara selama ini, bagaimana kita boleh mengalami nasib sebegini sedangkan kita dikurniakan dengan hasil mahsul yang melimpah ruah? Cadangan Ridhuan untuk menggunakan RM50 bilion kekayaan Petronas untuk perbelanjaan pertahanan sekaligus mengatasi Singapura juga wajar dipertikai. Perbelanjaan pertahanan yang melampau juga akan menimbulkan masalah menerusi perlumbaan senjata serta mempunyai impak negatif kepada ekonomi negara. Antara sebab kejatuhan rejim Komunis Soviet Union ialah apabila ekonomi Soviet semakin lesu, rejim pemerintah mengambil keputusan meneruskan perlumbaan senjata dengan Amerika Syarikat. Sudah semestinya mereka gagal bersaing dengan Amerika memandangkan ekonomi Amerika berkembang pesat ketika ekonomi Soviet makin hambar. Apatah lagi, dalam peningkatan perbelanjaan pertahanan negara sekalipun, masalah rasuah memastikan sebahagian besar perbelanjaan tersebut bukan dibelanjakan untuk meningkatkan pertahanan negara tetapi untuk memperkayakan kelompok kecil kroni-kroni yang rapat dengan pemerintah. Dalam perbelanjaan kira-kira RM7 bilion untuk kapal selam Scorpene yang dikaitkan dengan kes Altantuya dan pesawat Sukhoi, hampir RM1 bilion dibelanjakan untuk "komisyen". Masalah rasuah dalam pembelian senjata bukanlah masalah baru atau hanya timbul di negara kita, tetapi masalah ini sepatutnya dianggap sebagai pengkhianatan terbesar kepada negara memandangkan perbelanjaan untuk mempertahankan negara diselewengkan untuk mengisi kocek pihak kroni! Ridhuan seharusnya sedar, apabila beliau membangkitkan kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah, bahawa punca kemerosotan empayar tersebut adalah ekonomi yang lesu, sistem pendidikan yang ketinggalan dan rasuah dalam sistem pemerintahan selain dari agenda musuh-musuh luar. Saya khuatir negara kita akan ditewaskan oleh negara luar bukan kerana kalah dalam perlumbaan senjata tetapi akibat faktor-faktor sama yang menimpa Kerajaan Turki Uthmaniyyah dan keruntuhan peradaban-peradaban besar yang lain. Saya juga tidak faham kenapa Ridhuan menganggap Tuan Guru Nik Aziz ghairah menyambut Kuan Yew ke Malaysia. Permintaan untuk bertemu itu datang dari Kuan Yew, dan beliau bertemu dengan pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Cuma yang luar biasa dan sepatutnya mendapat perhatian Ridhuan ialah buat pertama kalinya dalam sejarah negara Kuan Yew meminta bertemu dengan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansur secara empat mata. Kuan Yew tak pernah minta bertemu dengan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mahupun Tun Jeanne Abdullah. Saya juga berharap Ridhuan dapat membangkitkan tentang persoalan yang dibawa oleh Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa bagaimana kira-kira 700 lori membawa pasir keluar dari Johor ke Singapura setiap hari. Saya tidak mempertikaikan perlunya Malaysia mempunyai pasukan tentera yang mantap dan mampu mempertahankan negara. Namun, dalam era moden ini, kekuatan tentera sahaja tidak semestinya menjamin keselamatan ataupun keutuhan sesebuah negara. Pada hakikatnya, kekuatan sesebuah negara sebernarnya berada dalam kebebasan rakyatnya, perpaduan mereka dan keterbukaan mereka untuk menerima perubahan dalam arus dunia mahupun menyesuaikan diri mereka kepada kenyataan dunia global. Saya berharap Ridhuan berhati-hati sebelum cuba memainkan sentimen tertentu dalam memenuhi agenda politiknya. Silap-silap, semakin banyak pekung pihak yang cuba dipertahankannya akan terbuka dalam usahanya tersebut. |
Program Dato’ Seri Anwar Ibrahim Tawan DUN Tenang Posted: 20 Jan 2011 06:06 PM PST 22 Januari 2011 (Sabtu) 1) 7.30 – 11.00 malam – Jamuan Bersama Masyarakat India Lokasi : Restoran G&D, Pekan Labis Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Lokasi : Markas PAS, Kampong Sawah Baru Penceramah: 3) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Lokasi : Markas PAS, Felda Tenang Penceramah |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan