Jumaat, 9 Disember 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Al-Kisah "Kuasa Veto"

Posted: 09 Dec 2011 01:03 AM PST

Kuasa veto? Hebat tu! Di PBB, ada 5 Negara besar yang berkuasa mempunyai Kuasa Veto. USA, Russia, China, England, Peranchis.

Walaupun semua negara bersetuju diatas sesuatu isu, tapi kalau salah satu dari Negara Kuasa Besar ini guna kuasa veto, maka persetujuan semua Negara itu batal.

Walaupun 4 dari 5 Negara Kuasa Besar itu bersetuju dengan sesuatu usul, tapi kalau satu dari Negara itu guna kuasa veto, usul itu batal.

Begitulah hebatnya kuasa veto itu.

Alkisah, sebuah Cabang, Ketuanya mengambil tindakan menggantikan Setiausaha yang tidak efektif, dengan seorang Setiausaha baru; Setiausaha yang digantikan itu mengambil peluang menyerang Ketua Cabang itu dengan mengatakan Ketua Cabang itu menggunakan kuasa veto.

Mungkin dia nak nyatakan bahawa Ketua Cabang itu bersikap "kuku besi". Veto berbeza dengan kuku besi.

Kuku besi bermakna mengumpulkan semua kuasa kepada dirinya sendiri dan kehendak diri sendiri itulah yang menjadi undang-undang dan peraturan.

Berbeza dengan veto yang membawa maksud bahawa kuasa yang diberikan melalui persetujuan dan apabila digunakan boleh membatalkan keputusan majoriti.

Alkisah, Setiausaha yang digantikan itu membawa "perang" ke luar cabang ke cabang-cabang lain, dengan ramai dari cabang-cabang lain dimaklumkan bahawa Ketua Cabang itu adalah seorang yang menggunakan kuasa veto.

Al-kononnya bahawa Setiausaha yang digantikan itu adalah seorang yang popular, semua AJK Cabang mahukan beliau menjadi Setiausaha kecuali Ketua Cabang.

Al-kisah, Ketua Cabang itu melantik Setiausaha baru dengan membawa perbincangan untuk mendapatkan persetujuan didalam mesyuarat JK Cabang.

Al-kisah kesemua JK yang hadir bersetuju supaya Setiausaha yang tidak efektif itu digantikan dengan Setiausaha yang baru, setelah persetujuan itu maka dilantiklah Setiausaha yang baru menggantikan Setiausaha yang tidak efektif.

Maka teramatlah murkanya Setiausaha yang digantikan itu sehingga dibawa isu itu ke gelanggang terbuka, namun, Setiausaha yang digantikan itu bukan sahaja tidak efektif tetapi tidak pula mahu menghadirkan diri kedalam mana-mana mesyuarat Jawatankuasa.

Maka disuatu mesyuarat JK, Setiausaha yang digantikan itu hadir, dan Ketua Cabang menerangkan kepada beliau akan peruntukan Perlembagaan parti mengenai perlantikan 5 orang pemegang utama parti yang diberikan kuasa kepada Ketua Cabang dengan tidak perlu merojok kepada persetujuan JK iaitu Naib Ketua 2, Naib Ketua 3, Setiausaha, Bendahari dan Ketua Penerangan. Dan 5 lagi AJK yang dilantik. Itu adalah kuasa Ketua tanpa persetujuan JK.

Setelah diterangkan begitu, Setiausaha yang diganti itu masih lagi meneruskan tindakannya membawa isu kuasa veto itu ke luar gelanggang.

Didalam gelanggang sendiri dia berjaya mempengaruhi 3 orang lagi AJK yang kini menjadi penyokong setia Setiausaha yang diganti, sehingga untuk menghadiri Kongres ke Johor Bahru, mereka 4 orang pergi dengan tidak memberitahu mesyuarat JK, sedangkan kesemua Perwakilan dan Pemerhati yang lain pergi ke JB setelah keputusan dibuat didalam mesyuarat JK.

Tiba-tiba, Setiausaha yang digantikan ini memberitahu seorang JK yang bersamanya bahawa beliau mengaturkan perjumpaan di kampong Orang Asal dengan membawa seorang YB dari Selangor tetapi tidak dibawa ke Mesyuarat JK Cabang, maka perjumpaan itu adalah berbentuk peribadi yang tidak diketahui oleh Cabang. Bagaimana pun Cabang tidak menghalang perjumpaan itu, tetapi tidaklah dapat mengharapkan Cabang menyokongnya kerana Cabang tidak dibawa berunding.

Saya mengajak semua AJK Cabang dan para aktivis parti supaya membacalah Perlembagaan parti. Kalau "buta Perlembagaan" arah tuju parti sukar disasarkan, dan dongeng seperti yang dibawakan oleh Setiausaha yang digantikan itu hanya menggunakan hujah logik tetapi bukan hujah fakta.

Semoga coretan ini dapat menginsafkan semua anggota parti bukan sahaja di Kuala Krau bahkan diseluruh Negara, jangan buta Perlembagaan!


.

Tiada ulasan: