Rabu, 16 November 2011

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


GESA SPRM SIASAT PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN N. SEMBILAN

Posted: 16 Nov 2011 06:39 AM PST


Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMK N9) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengurusan kewangan Kerajaan Negeri Sembilan bagi tahun 2010. Berdasarkan dua dokumen Laporan Ketua Audit Negara setebal 127 dan 98 muka surat jelas menunjukkan kelemahan pengurusan kewangan kerajaan negeri yang wajar disiasat sama ada wujudnya unsur-unsur rasuah yang menyebabkan beberapa projek di bawah agensi kerajaan negeri kandas, tidak sempurna serta menemui kegagalan.
Kita meneliti serius Laporan Audit Negara ini termasuk data yang menunjukkan bahawa kadar kemiskinan di seluruh Negeri Sembilan meningkat sejumlah 178.8% dalam tempoh 3 tahun (2008-2010). Kita bimbang ini berlaku kerana ketirisan dan rasuah yang berlaku serta hilangnya fungsi agensi kerajaan berjalan dengan baik akibat campur tangan politik dalam pentadbiran awam. Ini jelas dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang menyatakan daripada 10 Program Pembasmian Kemiskinan (Program Khas) di N. Sembilan, 7 daripadanya mengalami prestasi yang tidak memuaskan. Perkara ini cukup membimbangkan rakyat marhaen di Negeri Sembilan.
Siasatan SPRM juga harus menjurus ke arah siasatan kelemahan penyelenggaraan bangunan Kerajaan di N. Sembilan (Rujuk m/s 3 – 22 Laporan Ketua Audit Negara bagi N. Sembilan). Selain itu penjelasan daripada Kerajaan Negeri harus diambil oleh SPRM berkenaan isu kecurian pasir secara haram. Pihak berkuasa wajar mendedahkan tangkapan atau pendakwaan yang telah dibuat atas isu kecurian pasir di Sungai Jijan, N. Sembilan.
Selain itu siasatan SPRM terhadap projek Tebatan Banjir Sungai Linggi yang berjumlah RM 8.5 juta harus dilakukan kerana bagaimana projek bernilai tinggi seumpama ini gagal untuk mengawal kemusnahan ekosistem di sepanjang Sungai Linggi akibat daripada penggunaan kaedah sedutan atau 'dredging pump' oleh kontraktor.
Justeru, AMK N. Sembilan menggesa agar suatu siasatan menyeluruh dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap urustadbir Kerajaan Negeri Sembilan berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara yang jelas menunjukkan bukti-bukti kelemahan serta keraguan yang membolehkan suatu tindakan penyiasatan dimulakan oleh SPRM.
Mohd Nazree bin Mohd Yunus
Ketua AMK N. Sembilan/Naib Ketua AMK Pusat

Lagi pemimpin Umno diheret dalam skandal projek lembu

Posted: 16 Nov 2011 02:27 AM PST


Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

NONEPada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.

1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.

2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.

3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.

4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.

Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.

Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.

49 peneroka tuntut RM7.35 juta dari Felda

Posted: 16 Nov 2011 02:26 AM PST


dipetik dari FMT

SEREMBAN: Seramai 49 peneroka Felda Palong 4, 5 dan 6 memfailkan writ saman terhadap Felda dan Felda Technoplant Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini.

Peneroka tersebut menuntut hak mereka iaitu bayaran lebihan hasil berjumlah RM150,000.00 seorang atau keseluruhannya
RM7,350,000.00 untuk 49 peneroka terbabit.

Tuntutan RM7.35 juta itu adalah untuk tempoh selama lima tahun seperti yang telah dipersetujui semasa program tanaman semula dilaksanakan.

Menurut peguam T Kumar yang mewakili peneroka terbabit, pihak Defendan Pertama (Felda) tidak pernah menyatakan perbelanjaan dan penghasilan hasil jumlah berat sawit (dalam tan) sebenar yang diperolehi dan dikeluarkan dari ladang-ladang peneroka.

"Plaintiff (peneroka) menuntut penyata hasil dari Defendan Pertama tetapi tidak pernah dibekalkan kepada plaintiff sedangkan dalam perjanjian terdapat persetujuan bahawa penyata akan dibekalkan setiap suku tahun.

"Lebihan hasil/tan adalah hasil yang diperolehi selepas ditolak kos pengurusan sebanyak RM900.00 dan wang sara hidup sebanyak RM1,500.00 sebulan.

"Maka selepas ditolak hutang peneroka (kos pengurusan dan wang sara hidup), Felda seharusnya membayar RM150,000.00 kepada setiap peneroka. Malangnya sehingga hari ini Felda gagal membuat bayaran tersebut", kata Kumar.

Seorang lagi peguam Abdul Nasir Abdul Aziz pula menjelaskan penyata kewangan yang diterima oleh peneroka hanya menunjukkan jumlah pinjaman termasuk kos pengurusan dan wang sara hidup tetapi sebaliknya berapa banyak jumlah hasil yang dikeluarkan oleh peneroka tiada langsung di dalam penyata tersebut.

"Penyata kewangan yang dibekalkan kepada peneroka tidak merekodkan berapa banyak hasil jualan peneroka dan berapa banyak wang dari hasil jualan kelapa sawit itu telah dibayar semula kepada Felda untuk pembayaran hutang.

"Bayangkan anda mengambil pinjaman kereta atau rumah. Apabila anda menerima penyata kewangan daripada pihak bank, tiada rekod berapa banyak ansuran atau jumlah wang yang anda telah bayar semula kepada pihak Bank. Yang ada hanya jumlah pinjaman anda dari bank.

"Adakah ini betul? Sememangnya ini tidak betul kerana Felda menyembunyikan hasil sebenar yang diperolehi oleh peneroka", jelas Abdul Nasir.

300 Orang Asli bantah depan SUK NS

Posted: 16 Nov 2011 02:24 AM PST

dipetik dari FMT

SEREMBAN: Lebih 300 Orang Asli dari seluruh Negeri Sembilan hari ini menyuarakan bantahan selama tiga jam di depan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini berhubung Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli.

Sejurus selepas itu, mereka menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan bagi membantah cadangan kerajaan negeri untuk melaksanakan dasar baru itu.

Jurucakap 'Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan' (JKKOANS), Ezuli Langkap berkata pihaknya membantah cadangan itu dengan sekeras-kerasnya sepertimana dilaporkan akhbar Utusan Malaysia 22 September lalu.

"Kami juga kesal dengan kenyataan Menteri Besar yang mengatakan masyarakat Orang Asli di Negeri Sembilan adalah setinggan.

"Setiap keputusan yang dibuat tanpa merujuk dan berbincang dengan kami. Beliau langsung tidak sensitif kepada masyarakat kami.

Sebaliknya beliau telah memperlekehkan masyarakat kami yang merupakan masyarakat asal Negeri Sembilan dan Malaysia", kata Ezuli.

Tanah adat

Mengikut Ezuli, pelaksanaan Dasar Baru Pemilikan Tanah Orang Asli nanti akan menyebabkan mereka kehilangan hak turun-temurun ke atas tanah adat mereka.

"Semua tanah adat kami akan diambil alih kerajaan. Seterusnya kerajaan akan beri dua ekar tanah yang akan dimajukan samada oleh Felcra atau Risda.

"Selepas itu kami tak perlu lakukan apa-apa dan bayaran sebanyak RM1,500.00 dalam bentuk saham lot akan diberikan setiap bulan.

"Kami membantah langkah ini kerana dengan ini kami akan kehilangan hak ke atas tanah adat resam kami yang kami usahakan sejak zaman nenek moyang kami.

"Malah kami mampu mencari pendapatan melebihi dari apa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Contohnya ketika ini ramai di antara kami menoreh getah, menjual petai dan akar kayu," jelas Ezuli.

Ezuli mendesak kerajaan negeri agar membatalkan dasar pemberimilikan tanah yang dicadangkan oleh kerajaan pusat.

Beliau menggesa supaya keseluruhan wilayah tanah adat mereka diiktiraf mengikut Artikel 26 dalam Undang-Undang Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDRIP) berkenaan dengan hak Orang Asal.

Orang Asli 68 kampung berdemo tuntut MB NS mohon maaf

Posted: 16 Nov 2011 02:18 AM PST

Kira-kira 100 Orang Asli daripada 68 perkampungan sekitar Negeri Sembilan berhimpun di bangunan setiausaha kerajaan negeri di Seremban bagi menuntut menteri besar memohon maaf kerana menyamakan tanah mereka dengan "kampung setinggan".

Menamakan diri mereka Jaringan Kampung-Kampung Orang Asli Negeri Sembilan (JKKOANS), kumpulan itu mendakwa kenyataan Datuk Seri Mohamad Hasan pada 21 September lalu sebagai "menghina" dan "tidak sensitif".

"Mohamad Hasan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan seperti ini kerana ia amat mengguris hati kami dan juga mendedahkan lagi kehidupan kami dan anak-anak kami kepada rasa tidak hormat masyarakat luar kepada kami," kata penyelaras JKKOANS Langkap Kessu.

Mohamad sebelum ini dilaporkan berkata, perkampungan Orang Asli sebelum ini dibina di atas tanah hutan simpan atas ihsan negeri dan secara tidak langsung bermakna "kampung setinggan" dan mereka tidak mempunyai hak ke atasnya.

Justeru, katanya, kerajaan negeri membuat kajian bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan mengenal pasti semua kampung Orang Asli untuk diberi hak milik tanah kepada pemilik rumah.

Langkap menyangkal kenyataan itu atas alasan nenek moyang mereka berkurun lama menduduki wilayah tanah adat itu, malah perkampungan mereka lebih awal daripada rizab hutan simpan.

Tambahnya, kenyataan Mohamad juga bercanggah dengan kebebasan asas yang termaktub dalam Perkara 5 (hak untuk hidup), Perkara 8 (kesamarataan di sisi undang-undang) dan Perkara 13 (hak kepada harta benda) Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh yang demikian bukan Orang Asli yang menceroboh rizab hutan simpan tetapi pihak-pihak yang berkenaan yang mencerobohi wilayah tanah adat kami," kata Langkap.

"Kami mengakui bahawa kami miskin dari segi wang ringgit namun demikian bukan bererti kerajaan negeri atau kerajaan pusat harus membuat sesuatu atas nama untuk membangunkan kami tanpa menghormati apakah pandangan dan keputusan kami dalam perkara itu."

Sebelum itu, Orang Asli yang menunggu Mohd Hasan menghadiri mesyuarat Exco lebih tiga jam berteriak, bersorak dan membawa banyak kain rentang.

Beberapa slogan - seperti "Jangan ganggu kami", Jangan menghina asal usul nenek moyang kami dengan perkataan setinggan" dan "Di mana nenek moyang kami dikuburkan, di situ wilayah tanah adat kami" - kelihatan dipamerkan.

Sementara itu, ketika menerima memorandum tersebut Mohd Hasan berkata kepada Langkap bahawa beliau akan membaca kandungannya terlebih dahulu.

NFC milik keluarga Shahrizat beli kondominium mewah RM9.8 juta

Posted: 10 Nov 2011 08:10 PM PST


KUALA LUMPUR 10 Nov : KEADILAN mendedahkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) yang dimiliki keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil telah membeli sebuah kondominum mewah berharga RM9.8 Juta.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, NFC telah membuat empat transaksi pindahan wang dari akaun semasanya di sebuah bank tempatan di cawangan Tun Dr Ismail, kepada sebuah pemaju hartanah terkemuka pada 2 Disember 2009.

"Ini sebagai bayaran penuh pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar,"

"Bayaran untuk pembelian kondominium RM9.8 juta direkodkan sebagai 'hutang' National Meat and Livestocks Corporation Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC pada 31 Disember 2009," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Turut serta Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dan Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.

Pada sidang media itu, Saifuddin turut menunjukkan gambar kondominum berkenaan.

Menurut Ahli Parlimen Machang itu, bayaran untuk membeli kondominium oleh syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Shahrizat adalah satu bentuk penyelewengan wang rakyat menggunakan dana NFC.

"Ini adalah perlakuan pecah amanah yang jelas bertentangan dengan tujuan pinjaman RM250 juta diberikan NFC. Ini penyalahgunaan dana rakyat dan soal duit rakyat yang disalahgunakan," tegasnya.

Butiran bayaran penuh bagi pembelian kondominium itu dibuat melalui empat transaksi pindahan akaun NFC kepada satu pemaju hartanah terkemuka

KEADILAN turut membidas kenyataan Shahrizat semalam mengatakan kononnya isu projek NFC telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi wanita BN.

"Dia (Shahrizat) tak perlu heret kita (KEADILAN) untuk kata kita serang dia sebagai ketua wanita Umno, tapi kita serang dia sebagai menteri yang secara terang-terangan membuat penyelewengan," kata Saifuddin.

Semalam Saifuddin mempersoalkan sasaran lembu dalam Projek Fidlot Kebangsaan yang dikurangkan, tetapi dana yang diperuntukkan sebanyak RM250 juta kepada NFC kekal.

KEADILAN juga mempersoalkan mengapa pinjaman mudah itu tidak disemak semula oleh kerajaan kerana jika sasaran itu dikurangkan dari 60,000 ekor lembu kepada 8,000 ekor, maka pinjaman mudah itu sepatutnya hanya berjumlah RM75,000.


Belanjawan PR untuk Rakyat

Posted: 10 Nov 2011 07:02 PM PST

Skandal NFC: KEADILAN ada bukti, boleh saman bila-bila masa– Rafizi

Posted: 10 Nov 2011 07:00 PM PST

KUALA LUMPUR 10 Nov: KEADILAN mempunyai bukti kukuh berlaku penyelewengan dalam syarikat Feedlot Corporation Sdn Bhd (FNC) milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sedang menjadi isu hangat dalam Negara.

"Kalau kita sudah sampai ke peringkat ketahui setiap sen ke mana pergi, maknanya kita ada maklumat penuh setiap satu sen yang dibelanjakan,"

"Kalau dia (Shahrizat) kata kita tipu, tunjukkan (penipuan) yang itu dulu, (tapi) kalau dia tak tunjuk pun, bolehlah saman bila-bila masa," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen hari ini.

Penyelewengan tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM250 juta oleh kerajaan apabila projek fidlot kebangsaan itu tidak mencapai sasaran sepatutnya.

Pada sidang media yang sama hari ini, KEADILAN turut mendedahkan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta oleh NFC dari dana yang diperuntukkan.

Renteran itu, satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa di Shah Alam tengahari tadi.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, KEADILAN turut membuat siasatan dan telah melawat kondominium berkenaan yang terletak di Bangsar.

"Jika kami tidak betul, ini adalah tanggungjawab Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Wanita Umno untuk menjawabnya," kata beliau.

Justeru itu beliau mencabar pihak-pihak berkenaan jika tidak berpuas hati dengan dakwaan dengan menunjukkan penyata bank bertarikh 2 Disember 2009.

"Kalau mereka berani saya minta tunjukkan bank statement tarikh tersebut yang bercawangan di Taman Tun Dr Ismail di mana pembayaran telah dibuat pada pemaju berkenaan," katanya.

Rafizi dalam pada itu turut menggesa media agar mendapatkan pengesahan dari pihak pemaju sendiri berkenaan kebenaran dakwaan yang dibuat.

Sementara itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar.

"Jumlah RM9.8 juta untuk membeli kondominium dipindahkan ke akaun semasa NFC di bank tempatan dan bukannya sebuah akaun amanah khas."

"Rembau (Khairy Jamaludin) kata duit itu dalam akaun amanah khas dan memerlukan kelulusan jawatan kuasa teknikal sebelum dibelanjakan. Jadi bila jawatan teknikal meluluskan?," Soalnya.

"Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu saja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu," katanya.

Pendaftaran Pakatan, ROS kena bagi penjelasan- Saifuddin Nasution

Posted: 04 Nov 2011 03:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata Pendaftar Pertubuhan (ROS) perlu memberi penjelasan berhubung keengganan badan itu meluluskan permohonan Pakatan Rakyat sebagai satu entiti politik yang sah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar bahawa Pakatan Rakyat perlu mendaftar dengan ROS kerana dilihat sering melanggar peraturan kempen pilihan raya, terutama dalam isu penggunaan lambang parti.

"ROS patut memberikan penjelasan kalau ada halangan, peraturan tak lengkap dan sebagainya sehingga tak membolehkan mereka luluskan (pendaftaran Pakatan Rakyat). Mereka kena beritahu dan kemudian kita akan perbetulkan. Soal niat dan hasrat kita untuk mendaftar telah kita kemukakan secara rasmi. Bola di kaki ROS," kata beliau ketika ditemui di lobi parlimen tengahari tadi.

Menurut Saifuddin, pendaftaran itu telah dilakukan sejak 2009, namun sehingga kini ROS masih berdiam diri sedangkan SPR pula memberikan tekanan kepada Pakatan Rakyat supaya ia didaftar sebagai sebuah entiti politik.

"Ada dua isu sebenarnya, satu ialah pendaftaran dengan ROS, satu lagi pendaftaran dengan SPR. Parti politik tak daftar dengan SPR, kita cuma daftar lambang. Daftar dengan ROS telah kita buat dua tahun di mana pengerusi penaja kita ialah Zaid Ibrahim (bekas Pengerusi KEADILAN Wilayah persekutuan).
"Untuk membolehkan lambang bersama didaftarkan, mesti lah kita wujud sebagai entiti bersama yang sah dan itu lah yang kita sedang usahakan dengan ROS," katanya.

Menurut Saifuddin, terdapat dwistandard dalam amalan ROS kerana tidak meluluskan Pakatan sebagai sebuah entiti ketika permohonan itu diuruskan Zaid, tetapi apabila Zaid mendaftarkan Parti KITA, ROS meluluskannya dalam masa sebulan.

"Kita ada satu keadaan di mana di satu sisi ROS diam terhadap permohonan kita, di satu sisi SPR menekan kita untuk mendaftar kononnya kita menyalahi peraturan pilihan raya selama 16 pilihan raya. Tetapi SPR juga diam dalam soal penggunaan jentera kerajaan, pengumuman bantuan dana kerajaan dan sebagainya,"ujarnya

Lengah pendaftaran PR, ROS jangan main politik

Posted: 04 Nov 2011 03:10 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 NOV: Pendaftar Pertubuhan (ROS) diingatkan supaya tidak bermain politik apabila melengahkan pendaftaran Pakatan Rakyat, kata Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.

Ini kerana katanya, permohonan itu sudah dibuat sejak dua tahun lalu namun sehingga kini tiada keputusan daripada ROS.

"Kami mengingatkan ROS agar tidak bermain politik kotor dengan Pakatan Rakyat.

"Sebagai sebuah agensi yang mengurus pendaftaran pertubuhan, ROS perlu melayan semua pertubuhan dengan telus, jujur dan adil tidak kira ianya parti dari kerajaan mahupun pembangkang," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Semalam, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution menafikan kenyataan Ketua Pengarah ROS, Abdul Rahman Othman yang mendakwa tiada permohonan baru daripada Pakatan untuk mendaftarkan gabungan itu.

Permohonan itu sebelum ini diuruskan oleh Datuk Zaid Ibrahim selaku Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat, sebelum beliau berpaling tadah meninggalkan KEADILAN.

Bagaimanapun jawatan itu kemudian diterajui Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar sejak Mac tahun ini.

Sejak itu sehingga Oktober, sekretariat itu mengadakan pertemuan antara tiga hingga empat minggu dengan pihak ROS.

Malah, sekretariat itu telah menghantar segala dokumen yang diperlukan termasuk enam salinan meliputi surat permohonan, undang-undang tubuh, logo dan bayaran sebanyak RM30.

Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook yang juga Setiausaha Agong Sekretariat menyifatkan tindakan ros itu berat sebelah.

"Semasa Zaid mohon pendaftaran Pakatan dan masih ahli KEADILAN, Ros enggan lulus tetapi Ros luluskan pula pendaftaran parti KITA pimpinan Zaid dalam masa dua minggu sahaja, ternyata keputusan Ros terhadap permohonan kami bersifat politik, berat sebelah dan berkepentingan," katanya.

ADUN Pakatan dilarang lawat projek lembu Feedlot

Posted: 04 Nov 2011 03:04 AM PDT

Usaha konvoi pemimpin Pakatan Rakyat, termasuk beberapa ADUN Negeri Sembilan untuk melawat projek ladang ternakan lembu Pusat Feedlot Kebangsaan gagal apabila mereka dihalang dan dilarang masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 rafizi ramli
Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli minggu lalu berkata beliau akan mengadakan sidang media di ladang itu jika kerajaan tidak memberikan jawapan berhubung beberapa kepincangan yang didakwa membabaitkan projek yang bernilai RM73.64 itu.

Sebaik tiba di tapak ladang berukuran 2,000 ekar itu pada tengahari tadi, kira-kira 50 pemimpin Pakatan dan aktivis terpaksa berpanas selama sejam dalam usaha cuba memujuk pengawal keselamatan bagi membenarkan mereka masuk.

"Bagaimana awak boleh halang kami masuk sedangkan menteri yang bertanggungjawab kata kami boleh lawat projek ini kerana ia sesuatu yang berjaya dan tidak mempunyai sebarang salah laku?" soal Rafizi kepada pengawal keselamatan itu.

Wang rakyat

Hujahnya lagi, adalah menjadi prerogatif bagi wakil rakyat untuk meninjau bagaimana wang kepunyaan rakyat dibelanjakan. Namun semua itu tidak dihiraukan.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoir
Sebaliknya, mereka diarahkan meninggalkan kawasan itu. Konvoi itu terpaksa akur dan bersurai pada jam 1.30 petang selepas mengadakan sidang akhbar di pintu masuk ladang berkenaan.

Pada 1 November lalu, Rafizi mendakwa Pusat Feedlot Kebangsaan bernilai RM73.64 juta itu merupakan projek yang tidak berjaya walau dijelaskan sebaliknya oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar.

"Kita persoalkan sasaran yang menteri kata telah dipenuhi. Ternak 8,000 ekor lembu dalam masa tiga tahun ini, petani di kampung mana-mana pun boleh buat. Tidak perlu ada RM250 juta," kata Rafizi.

NONE
Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd – salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Feedlot Kebangsaan – telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian.

Noh juga minggu lalu mengakui bahawa projek berkenaan telah diberikan kepada anggota keluarga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Program AMK Negeri Sembilan

Posted: 02 Nov 2011 10:39 PM PDT

PROGRAM JUMPA RAKYAT & CERAMAH ANAK MUDA NOGHORI
12 NOVEMBER 2011 (SABTU)
8.30 MALAM
N0. 103, RUMAH RAKYAT LINGGI,
LINGGI, PORT DICKSON.
Semua dijemput hadir!

PKR mahu Shahrizat perjelas projek fidlot

Posted: 01 Nov 2011 11:21 AM PDT


PKR menuntut menteri pembangunan wanita Datuk Seri Shahrizat Jalil supaya menjelaskan projek ternakan lembu fidlot yang dijalankan anggota keluarga menteri kabinet itu – dengan kos didakwa 22 kali lebih tinggi daripada unjuran kementerian pertanian.

PKR turut menuntut Shahrizat menjelaskan jualan daging lembu daripada projek tersebut kepada restoran mewah yang juga didakwa milik keluarga menteri berkenaan, katanya lagi.

NONEPengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata kaitan berkenaan boleh dilihat melalui profail syarikat restoran berkenaan.

Katanya lagi, fidlot berkenaan juga tidak berjaya walau dijelaskan sebaliknya oleh menteri berkenaan, Datuk Seri Noh Omar semalam dalam ucapan penggulungan di Dewan Rakyat.

"Kita persoalkan sasaran yang menteri kata telah dipenuhi. Ternak 8,000 ekor lembu dalam masa tiga tahun ini, petani di kampung mana-mana pun boleh buat. Tidak perlu ada 250 juta," katanya dalam sidang media di bangunan parlimen petang ini.

Syarikat Agro Science Industries Sdn Bhd – salah sebuah daripada dua syarikat yang dipilih untuk menjayakan Pusat Fidlot Kebangsaan – telah diberikan sejumlah pinjaman daripada RM250 juta yang diperuntukkan dan juga geran sebanyak RM6 juta melalui kementerian pertanian, menurut Noh dalam jawapannya di Dewan Rakyat semalam.

Mengulas pekrara itu, Rafizi berkata Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah menetapkan sasaran supaya Pusat Fidlot Kebangsaan menyediakan sebanyak 276,000 ekor lembu fidlot setahun.

Beliau mendakwa, sasaran berkenaan boleh dilihat melalui kertas dasar projek berkenaan yang diletakkan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

NONEWalhal, Noh dalam jawapannya semalam berkata projek berkenaan tidak menemui kegagalam memandangkan syarikat Agro Science berjaya membekalkan sejumlah 8,016 ekor lembu sepanjang 2008 hingga 2010.

"Mengikut RMK9, projek itu perlu ternak sekurang-kureang 60,000 ekor lembu, bina satu ladang komersil bebas dengan 20,000 ekor lembu setiap tahun, dan juga bina 310 ladang satelit dengan 600 ekor setahun (setiap ladang)," kata Rafizi lagi.

Tambahnya, jumlah sasaran bilangan lembu itu juga selari dengan jumlah sasaran bekalan daging yang ditetapkan untuk Pusat Fidlot Kebangsaan – sebanyak 50,000 tan daging menjelang 2009 atau 40 peratus daripada permintaan daging Malaysia.

Rafizi turut membidas jawapan Noh bahawa tiada konflik kepentingan dalam penganugerahan projek berkenaan kepada Agro Science.

NONE"Menteri jawab tiada konflik kepentingan kerana ada enam syarikat terbabit. Tetapi ada perbezaan besar antara tender terbuka dengan enam piohak membuat pembentangan kepada kerajaan.

"Ianya bukan proses yang telus. Apa yang berlaku, ada enam syarikat menghubungi kerajaan buat cadangan (dan) menteri kata cadangan yang dibuat oleh (keluarga) menteri Datuk Shahrizat ini terbaik.

"Lainlah kalau kerajaan buat iklan besar 'ada (pinjaman) RM250 juta dan 500 ekar untuk pelihara lembu, siapa hendak pelihara lembu.' Itu (barulah) tender terbuka yang telus," katanya lagi.

PM dikritik, anak gadisnya didakwa belanja RM200k

Posted: 01 Nov 2011 12:41 AM PDT

Meskipun kontroversi cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor masih belum reda, pengkritik Datuk Seri Najib Razak kini menjadikan anak perempuan perdana menteri sebagai sasaran mereka.

NONE
Ini berikutan laporan berita yang dikatakan tersiar diThe West Australian,yang mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.

Bagaimanapun kesahihan berita itu belum disahkan, tetapi satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan mula diedarkan di negara ini.

Namun ini tidak menghalang para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandailymemetik keratan itu dan menyiarkan laporan tersebut.

Selain itu, laporan bertajuk 'Delegates go shopping and sightseeing' atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook.

Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menulis di blognya "ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah".

Makin terhimpit

"Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.

azlan
"Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga," tulisnya.

Anak gadis yang tidak dinamakan dalam laporan itu didakwa bersama ibu bapanya yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Perth, Australia Barat.

Keadilandaily yang juga memetik keratan akhbar itu melaporkan, turut bersama rombongan perdana menteri dan isteri serta anak gadisnya itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan presiden PPP Datuk M Kayveas.

najib abdul razak in perth chogm 1
Portal pembangkang itu juga mendakwa bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.

Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.

Imbasan Peristiwa: Penternak Lembu di Jempol Saman Kerajaan

Posted: 31 Oct 2011 09:30 PM PDT

Breeders sue over FMD-infected cows

(petikan berita drpd FMT)


SEREMBAN: Two cows that were given to three breeders by the Veterinary Department were infected with Foot and Mouth Disease and almost wiped out their whole herd.

Now, the three cow breeders from Bahau are suing the Malaysian government, the Negeri Sembilan

Veterinary Department and four others for sum of almost RM1 million.

K Tamilselvan, C Krishnan and M Nganersegaran are suing the defendants for alleged carelessness and failure to make sure that the cows given to them under the "Ternakan Bekalan Trust 2010" scheme was free from the Foot and Mouth Disease (FMD).

Their lawyer T Kumar said that on Dec 16, 2010, the three were asked to collect two cows from the Gemencheh Milk Industry Service Centre.

"On Dec 22, the breeders found that the cows showed symptoms of FMD like watery (saliva) mouth, mouth ulcer, mouth bleeding and wound in the foot. Because of this, the cows did not have an appetite.

"On Dec 27, the cows were confirmed as having FMD by the Jempol Veterinary Department. FMD is a contagious disease and the rest of the cows belonging to the three breeders were infected with FMD as well.

"Most of the cows died and the breeders suffered heavy losses," Kumar said.

Kumar, who is also the PKR deputy secretary general, said the cow breeders are suing the eight defendants for RM842, 000 for 147 cows that died due to FMD.

They are also seeking RM88,000 as compensation as their cow milk production was badly affected due to the FMD disease and another RM21, 000 for the cows' medical cost.

Tamilselvan said that they resorted to bring the case to court as this was the final option they had to get a proper justice and compensation.

"The Veterinary Department should make sure the cows are free from FMD before they gave us the cows.

"Furthermore this is our only job. Our main income is by selling the cows' milks. We are not part time cow breeders," said Tamilselvan


Laporan di Malaysiakini.com video di bawah;

{http://www.youtube.com/watch?v=D16O20uDEOg&feature=player_embedded}

Selamat Hari Deepavali

Posted: 24 Oct 2011 12:00 AM PDT

Dari Meja SU MPN...

KEADILAN Negeri Sembilan mengucapkan Selamat Hari Deepavali buat seluruh penganut agama Hindu yang menyambutnya di seluruh tanahair khususnya di Negeri Sembilan.

Semoga sambutan kali ini akan lebih meriah dan melebarkan cahaya kesejahteraan keseluruhannya.


Pakatan hapus GST jika tadbir negara- Anwar

Posted: 23 Oct 2011 10:25 PM PDT

PULAU PINANG: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pentadbiran negara, Cukai Barangan dan Perkhidmatan
(GST) akan dihapuskan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis ramah mesra 'Sepetang Bersama Masyarakat' di Dewan Orang Ramai Batu 5, Permatang Janggus, Permatang Pauh.

"Pakatan Rakyat berjanji, Insya Allah kalau kita memerintah negara, cadangan cukai GST ini akan kita tolak sama sekali," tegas Anwar.

Anwar dalam ucapannya berkata, jika GST dilaksanakan, rakyat akan lebih terbeban dengan kenaikan kos sara hidup ekoran harga barang yang melambung tinggi.

"Sekiranya cukai ini dikenakan kepada rakyat, ia bukan saja membebankan mereka, tetapi menjadikan rakyat terpaksa tunduk kepada hasrat kerajaan untuk menekan dan menzalimi secara hormat.

"Oleh itu, seandainya PR berjaya memenangi kerusi pilihan raya umum yang akan datang, kita berjanji akan membatalkan GST yang tidak memberi manfaat kepada rakyat, khususnya golongan yang berpendapatan rendah," ujarnya yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh.

Beliau juga menyentuh Belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan pemberian sagu hati bersifat 'One Off' yang tidak meringankan beban rakyat secara keseluruhan.

Dalam pada itu, Anwar turut membidas Umno kerana melemparkan tuduhan bahawa beliau pengkhianat Melayu dengan merujuk pembelian kilang arak San Miguel oleh anak bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir di Filipina.

Begitu juga dengan pendedahan di Parlimen berhubung pemberian Tabung Pertanian untuk nelayan, penternak dan petani berjumlah RM 250 juta kepada anak seorang Menteri Kabinet.

"Apa petani dapat? Apa pasal tak tolong orang kampung. Inikah maruah pemimpin Melayu Islam?, soal Anwar.

"Sebab itu kita kena ada pendedahan. Baca Suara Keadilan, Harakah untuk tahu apa yang berlaku dan tak mudah ditipu," kata Anwar sambil mengingatkan jentera KEADILAN perlu bersiap sedia kerana pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Umum KEADILAN itu kini dalam rangka lawatan kerjanya selama sehari ke Pulau Pinang dan akan menyampaikan ceramah Perdana Demi Rakyat bersama-sama Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman di Dataran PASTI Sg Acheh, malam ini.

Hudud: Kenyataan penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim

Posted: 23 Oct 2011 10:21 PM PDT

Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama.

Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang.

Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato' Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya.

Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua.

Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.

Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran.

Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua.

Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."

Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.

Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat.

Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.

Suara Keadilan terbaru papar amanat Anwar, lagi 5 peratus ke Putrajaya

Posted: 23 Oct 2011 10:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Akhbar rasmi KEADILAN, Suara Keadilan terbaru yang kini berada di pasaran tampil dengan amanat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu semakin menghampiri Putrajaya.

Dengan muka depan bertajuk 'Lagi 5 peratus ke Putrajaya' ia mengupas ucapan Anwar di Konvensyen pilihan raya KEADILAN minggu lalu yang menyebut parti itu hanya memerlukan lima peratus lagi sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Anwar, berdasarkan keadaan politik semasa, KEADILAN memerlukan sekurangnya 55 peratus undi popular untuk menumbangkan Barisan Nasional .

Ini kerana 51 peratus undi popular masih tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya umum berikutan amalan penipuan yang dilakukan BN dan SPR.

Paparan muka belakang akhbar itu pula mendedahkan perbelanjaan untuk kos katering perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjumlah RM81,000 yang dibayar Jabatan Perdana Menteri.

Ia didedahkan Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Tan Kee Kwong.

Selain itu edisi 21 Suara Keadilan Turut memuatkan berita Konvensyen Pilihan Raya KEADILAN yang berlangsung penuh meriah di Pusat Konvesyen Shah Alam (SACC), 19 Jun lalu.

Konvesyen yang julung-julung kali diadakan oleh parti politik di Malaysia itu dihadiri lebih 4,000 perwakilan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

Manakala pelancaran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dihadiri hampir 1,000 penyokong pada 19 Jun turut disiarkan di muka 8 dan 9 beserta gambar pelancaran berkenaan.

Selain itu, Suara Keadilan turut memuatkan laporan program Rapat Anak Muda anjuran Angkatan Muda Keadilan yang diadakan pada 18 Jun lalu.

Antara berita lain yang turut dimuatkan pendedahan kisah sebenar skandal rasuah Scorpene Peguam Perancis, William Bourdon yang akan berada empat hari di Malaysia bermula 20 Julai.

Selain itu, berita lain yang menjadi paparan pembaca edisi kali ini ialah kenyataan Anwar yang menggesa siasatan dilakukan terhadap tindakan Felda meminjam RM6 bilion daripada Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP).

Turut dimuatkan isu panas tentang pembaziran RM1.8 juta untuk laman Facebook kementerian pelancongan
Manakala tips untuk menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 oleh Dr A Bahardin juga turut dimuatkan dalam edisi kali ini.

Dapatkan segera Suara Keadilan 21 di pasaran sebelum ia dirampas Kementerian Dalam Negeri!

AMK N. SEMBILAN MEMBANTAH KENYATAAN TPM TS MUHYIDDIN YASSIN 19 Oktober 2011

Posted: 23 Oct 2011 10:26 AM PDT

Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan (AMK N9) membantah kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan ke N. Sembilan pada 15 Oktober 2011 atas dakwaan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat gagal menunaikan janji tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat di negeri Pakatan Rakyat khususnya di Selangor dan Pulau Pinang.
Kenyataan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri yang seumpama ini adalah suatu bentuk kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berdasarkan fakta yang tepat.
AMK N9 tidak ambil peduli jika kenyataan yang dibuat tersebut keluar daripada mulut Ketua Penerangan UMNO kerana kita maklum bahawa ini adalah propaganda dan kempen politik mereka. Namun sebagai individu nombor dua Negara mengeluarkan kenyataan seumpama ini adalah dilihat dangkal dan memalukan.
Kita memohon agar TPM membuktikan dakwaan beliau dan sekiranya tidak mampu untuk membuktikan tuduhan tersebut, maka Timbalan Perdana Menteri harus bertanggungjawab dan memohon maaf kepada Kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Rakyat.
AMK juga menyarankan agar rakyat Negeri Sembilan merujuk kepada saudara mara, sahabat dan rakan-rakan di Selangor dan Pulau Pinang untuk mengetahui situasi sebenar pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat disana. Telah banyak dasar-dasar berkepentingan rakyat yang telah dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat di Selangor umpamanya TAWAS (Tabung Warisan Selangor), SMUE (Skim Mesra Usia Emas), Bantuan Khairat Kematian RM 2500, Bantuan Pendidikan RM 1000, Air Percuma dan pelbagai lagi usaha-usaha untuk Merakyatkan Ekonomi Selangor kepada rakyat.
Ini bukti hanya 3 tahun Pakatan Rakyat mentadbir Kedah, Pulau Pinang dan Selangor berbanding UMNO/BN yang telah diberikan mandat hampir 54 tahun. Ternyata 3 tahun Pakatan Rakyat dilihat lebih baik dan bermakna buat rakyat sekaligus menempelak kenyataan TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mohd Nazree bin Mohd Yunus
Ketua AMK N. Sembilan/Naib Ketua AMK Pusat

Siasatan: Polis langgar SOP di Hospital Tung Shin

Posted: 05 Oct 2011 03:29 AM PDT

Siasatan dalaman Kementerian Kesihatan telah mengesahkan bahawa pihak polis telah melanggar garis panduan operasi polis (SOP) ketika cuba menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di Hospital Tung Shin pada Julai lalu.

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospital front imageMengulas laporan siasatan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam, dalam satu kenyataan lewat petang ini, berkata anggota polis yang melanggar dan mengengkari peraturan yang ditetapkan itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib polis.

"Keputusan siasatan mendapati bahawa memang wujud tindakan tidak beretika dan di luar daripada garis panduan operasi polis (SOP) oleh kakitangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika tindakan penguatkuasaan dilakukan dalam menangani ahli perhimpunan yang secara salah mempergunakan premis hospital tersebut," kata Mahmood.

Laporan yang dikeluarkan hari ini, juga mengesahkan bahawa meriam air polis telah ditembak ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan bertingkat dan pintu masuk utama Hospital Tung Shin.

NONE"Bagaimanapun, tindakan ini adalah semata-mata bertujuan untuk menyuraikan kelompok penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di dalam hospital," kata Mahmood.

Siasatan dalaman itu juga mengesahkan gas pemedih mata dilepaskan dari arah premis Waz Lian oleh anggota polis ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di luar kawasan hospital.

Dakwaan tak benar

"Bagaimanapun, dakwaan yang menyatakan berlakunya tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin adalah tidak benar kerana ia berlaku di tempat letak kereta awam yang terletak di luar kawasan hospital berkenaan," kata Mahmood lagi.

Laporan siasatan itu juga menyatakan bahawa 'bom asap' telah dilontarkan oleh anggota polis ke arah penunjuk perasaan yang sedang berkumpul di tempat meletak kenderaan Hospital Bersalin Cina (CMH).

NONE"Berhubung insiden lontaran bom asap, hasil siasatan mendapati ia bukan berlaku di dalam kawasan Hospital Tung Shin tetapi di kawasan CMH di mana dari segi pentadbirannya, adalah berasingan dari Tung Shin.

"Pihak CMH sebenarnya telah memberhentikan operasinya (cease hospital operation) sejak September 2006, kerana akan dibuat pengubahsuaian secara makro atau menyeluruh (major renovation) terhadap keseluruhan premisnya yang akan bermula pada bulan Disember 2011," katanya.

Menurut Mahmood, keputusan merujuk senarai polis yang melanggar peraturan itu kepada Jawatankuasa Tatatertib untuk pertimbangan dan tindakan selanjutnya, membuktikan bahawa kerajaan serius memastikan setiap kakitangan menghormati garis panduan kerja yang ditetapkan.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3"Kementerian mengambil serius etika kerja setiap kakitangan dan tidak berkompromi untuk tindakan tatatertib jika ada antara mereka terbukti melanggar garis panduan kerja ditetapkan," katanya.

Sebelum ini, pemimpin kerajaan termasuk Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pada mulanya menafikan dakwaan bahawa gas pemedih mata, bom asap dan meriam air telah dilepaskan ke kawasan hospital semasa perhimpunan 9 Julai lalu.

Walau bagaimanapun, gambar-gambar yang telah diedarkan secara meluas di Internet mencadangkan sebaliknya. Ini memaksa kerajaan untuk mengumumkan pembentukan "Jawatankuasa Siasatan Dalaman Peringkat Tertinggi Kementerian Kesihatan".

aiful sokong BN, suka publisiti, benci Anwar- saksi

Posted: 03 Oct 2011 10:08 PM PDT

KUALA LUMPUR: Identiti dan watak sebenar Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes fitnah membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus dibongkar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, apabila peguam memanggil saksi terbaru mereka.

Saksi misteri yang ditampilkan peguam itu adalah bekas rakan sekolej Saiful sendiri, yang pernah bersama belajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten).

Mohd Najwan Halimi dipanggil pada jam 11.22 pagi ketika mahkamah bersambung selepas mendengar keterangan Pengarah Jabatan Forensik, Jabatan Kimia, Lim Kong Boon.

Beliau kini merupakan pembantu Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor.

Dalam keterangannya di mahkamah, Najwan memberitahu beliau mengenali Saiful sejak 2003 dan tinggal berdekatan biliknya di Uniten.

"Saiful mahasiswa yang aktif dan mempunyai kualiti kepimpinan. Saya dan Saiful terlibat dalam program Baktisiswa.

"Dia ada kepimpinan tetapi suka publisiti," katanya.

Menurut Najwan, program itu dilancarkan bekas menteri dalam negeri Tan Sri Syed Hamid Albar dan Saiful ketika itu timbalan presiden program dan Setiausaha Majlis Pimpinan Pelajar.

Najwan berkata, beliau melihat laman sosial Friendster milik Saiful dan melihat banyak gambarnya dengan pemimpin BN, termasuk Syed Hamid Albar, Mustapa Mohamed dan Azalina Said Othman.

"Pada 2008, Saiful meletakkan dirinya sebagai penyokong BN dan menyisytiharkan bahawa Anwar munafik," katanya di mahkamah.

Menurut Najwan, Saiful juga pernah membantu kempen pilihan raya untuk Barisan Nasional (BN) pada 2008. Beliau menafikan Saiful mengagumi ketokohan Anwar, sebaliknya sangat membenci Ketua Umum KEADILAN itu, seperti diakui Saiful sendiri.

"Dia benci Anwar," kata Najwan.

Ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Najwan menjelaskan beliau pernah berkhidmat dengan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian Pengangkutan dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum itu.

ADUN Johol meninggal dunia

Posted: 03 Oct 2011 07:22 PM PDT



ADUN Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia jam 4 pagi tadi.

Menurut Berita Harian Online, allahyarham dipercayai meninggal dunia akibat komplikasi paru-paru.

Jenazahnya dijadual dikebumikan di Johol selepas solat Zuhur nanti. NONESebelum ini, timbul spekulasi bahawa allahyarham mempunyai masalah kesihatan, sehingga pada 2009, Menteri Besar Negri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan terpaksa tampil membuat kenyataan bahawa Roslan, yang mewakili Umno itu telah meninggal dunia.

Menurut beliau, Roslan bercuti selama sebulan untuk menjalani rawatan fisioterapi di hospital selepas menderita akibat sakit tulang belakang kerana terjatuh semasa bermain badminton.

Tidak ada pilihan raya kecil akan diadakan kerana Dewan Undangan Negeri telah melalui tempoh dua pertiga daripada penggalnya. Kekosongan kerusi di Johol akan diisi pada pilihan raya umum akan datang.

Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) 2011 Negeri Sembilan

Posted: 02 Oct 2011 02:16 AM PDT

Berikut dimaklumkan tarikh-tarikh bagi MATC 2011 Negeri Sembilan;

1 Okober 2011: Jempol
2 Oktober 2011: Rasah
8 Oktober 2011: Seremban & Tampin
9 Oktober 2011: Telok Kemang
16 Oktober 2011: Kuala Pilah, Rembau & Jelebu

Pakatan sudah mendapat tempat di hati rakyat Selangor

Posted: 02 Oct 2011 02:14 AM PDT

SHAH ALAM: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sudah mendapat tempat di hati rakyat di negeri itu yang akan menolak Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang, kata Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Haniza Talha.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini yang berkata rakyat Selangor tertekan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat dan 'tidak sabar' menukar kerajaan negeri sekarang.

"Wanita Keadilan Selangor merasakan ia suatu kenyataan yang cuba menidakkan tahap sokongan yang semakin menjunam dan takabbur (Muhyiddin) yang amat menjengkelkan," ujar Haniza dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya selama 51 tahun, hak rakyat dinafikan dan dirampas BN, namun selepas tiga tahun mentadbir Selangor, pelbagai perubahan telah dilakukan Pakatan Rakyat bagi menaiktaraf hidup rakyat.

Antaranya, semua rakyat di Selangor tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik menikmati bekalan air percuma 2 meter padu setiap bulan.

"Begitu juga dengan kesihatan wanita. Kerajaan Pakatan Rakyat amat prihatin dengan kesihatan dengan memperkenalkan "Skim Kesihatan Wanita" yang telah memberi manfaat kepada hampir setengah juta wanita yang telahpun menyertai skim itu," tambah beliau.

Skim Mikrokredit Luar Bandar (SkimSEL) dan Mikrodredit Miskin Bandar (MIMBAR) pula membantu peniaga-peniaga kecil memajukan perniagaan dengan memberi pinjaman agar mereka dapat mempertingkatkan pendapatan.

Melalui program Tabung Anak Warisan Selangor, anak-anak kelahiran Selangor memperoleh tabung simpanan sehingga mereka dewasa.

Manakala Warga emas yang telah mendaftar dalam program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diberi baucer RM100.00 setiap orang dan waris mereka menerima saguhati sebanyak RM2,500 jika berlaku kematian.

"Wanita Keadilan Selangor ingin ingatkan bahawa BN telah diberi peluang selama lebih 50 tahun untuk bantu rakyat dan bangunkan negeri Selangor, tetapi dalam tempoh masa itu, BN lupa diri dan angkuh serta abaikan kebajikan rakyat.

"Kini, Rakyat Selangor sudah mampu membuat perbandingan dan mengetahui kelebihan serta kemampuan kerajaan Pakatan Rakyat," katanya.

Tiada ulasan: