Rabu, 16 November 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Sejak beroperasi , Melaka monorel tergendala 21 kali

Posted: 15 Nov 2011 06:23 PM PST



MELAKA 15 Nov. 2011 – Monorel pelancongan Sungai Melaka yang perkhidmatannya digantung sejak 10 hari lepas telah tergendala sebanyak 21 kali sejak mula beroperasi pada 20 Oktober 2010 hingga 30 September 2011.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Wira Latiff Tamby Chik berkata, pada masa sama, pihak pengendali iaitu Melaka Taming Sari Sdn Bhd (MTSB) terpaksa menampung kerugian operasi sebanyak RM74,188.75.

"Perbelanjaan operasi yang dikenakan sepanjang tempoh itu ialah sebanyak RM205,573.25 berbanding kutipan sebanyak RM131,384.50," katanya ketika menjawab soalan Betty Chew Gek Cheng (DAP-Kota Laksamana) pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Beliau berkata, seramai 16,011 pengunjung menaiki monorel itu sejak dirasmikan hingga 30 September 2011.

"Monorel ini akan terus beroperasi kerana ia merupakan salah satu produk pelancongan Melaka yang menjadi tarikan pengunjung dan dapat memberi pulangan yang lumayan kepada kerajaan negeri dalam jangka masa panjang," katanya.

Monorel pelancongan berharga RM15.5 juta yang menghubungkan Stesen Hang Jebat di Taman Rempah dan Stesen Hang Tuah di Jalan Bunga Raya itu dilancar pada 20 Oktober tahun lepas sempena perisytiharan Melaka sebagai Negeri Maju 2010.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_21.htm

Pelancong Britain terperangkap dalam monorel

2 Nov 2011 - Hasrat dua pelancongan Britain menikmati keindahan bandaraya Melaka dengan menaiki monorel terbantut apabila mereka terperangkap selama 20 minit di dalam gerabak gara-gara perkhidmatan terhenti secara tiba-tiba.

Perkhidmatan monorel berkenaan berhenti hanya setelah 20 meter meninggalkan Stesen Hang Jebat di Melaka dalam kejadian kira-kira jam 1.09 tengahari semalam.

Akibatnya, bekas anggota polis, James Craft, 57 dan isterinya, Anne Craft, terpaksa menghabiskan kira-kira 20 minit di dalam gerabak monorel berkenaan sebelum diselamatkan anggota bomba dan penyelamat.

Menggunakan tangga kecemasan untuk sampai ke gerabak monorel berkenaan, anggota penyelamat kemudiannya membantu mereka turun.

Sambil menyifatkan kejadian itu sebagai suatu yang tidak akan dilupakannya, James berkata, beliau dan isteri membuat keputusan menggunakan monorel berkenaan untuk melihat keindahan panorama Melaka.

Menurutnya, gerabak monorel berkenaan berhenti secara tiba-tiba sejurus selepas meninggalkan stesen.
http://malaysiakini.com/news/180249

Tiada ulasan: