Isnin, 19 September 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Poster burukkan Anwar Ibrahim dan Kerajaan Negeri Kedah

Posted: 19 Sep 2011 06:12 AM PDT

18 sept 2011 Alor Star - Beberapa poster palsu yang kononnya dicetak oleh Kerajaan Negeri digantung sepanjang Jalan Sultanah sebagai menyambut kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena lawatannya ke negeri ini bagi meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah.

Poster yang dipercayai digantung pada sebelah malam kelmarin itu antaranya membawa mesej meminta Anwar supaya tidak lagi mengelirukan rakyat Kedah.

Turut kelihatan pada poster itu ialah logo Kerajaan Negeri Kedah dan parti Pas, bagi mengaburi mata rakyat kononnya poster itu dicetak oleh Kerajaan Negeri.

Pengerusi Keadilan Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, perbuatan itu disifatkan sebagai biadab kerana kehadiran Anwar adalah untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri, bukannya untuk berkempen politik.

"Perbuatan menggantung poster itu oleh pihak tidak bertanggung jawab tidak ubah seperti pengecut. Ini jamuan Hari Raya, kenapa perlu dicemari dengan insiden seperti itu, ianya satu penghinaan buat pemimpin tertinggi kami," katanya, ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah yang dihadiri hampir 8,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, perbuatan biadab itu mungkin kerana ada pihak yang takut pada bayang-bayang sendiri ekoran sambutan menggalakkan yang diterima oleh PR.

"Saya kesal kerana terdapat logo Kerajaan Negeri dan Pas sedangkan poster palsu itu tiada kaitan dengan dua logo tertera. Perbuatan itu jelas berniat jahat untuk meretakkan hubungan sesama parti pakatan, namun saya percaya rakyat tak tertipu dengan pembohongan itu," katanya.

Wan Salleh berkata, pihaknya tidak gentar dengan serangan peribadi seperti itu, sebaliknya menguatkan lagi semangat parti itu untuk menawan Putrajaya, termasuk negeri-negeri bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN). -sinar

Adakah UMNO telah takut dengan kebangkitan rakyat di Kedah? Siapa yang bertangungjawab dalam meretakkan hubungan kerajaan Pakatan rakyat di Kedah? Apakah mereka yang bertangungjawab ini sudah tidak ingat dosa dan pahala ?

Majlis yang dihadiri hampir 10 ribu rakyat Kedah telah menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh.

Sumber: http://getahskrab.blogspot.com/

Semuanya jadi Cacamarba Ikut Umno dan kerajaan Umno

Posted: 19 Sep 2011 06:02 AM PDT

Kemarahan pimpinan Umno, kini beralih pula kepada S Manoharan ADUN Kota Shah Alam yang mencadangkan supaya jalur gemilang ditukar. Dan penukaran tersebut dikaitkan langsung dengan perkiraaan sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya.


Itulah besarnya kedudukan s Manoharan Adun yang bercakap, sudah menjadi keputusan Pakatan Rakyat.

Inilah bentuk-bentuk pembohongan, manipulasi berita dan laporan yang bias yang dilaporkan oleh media.

Medai melayan Pakatan Rakyat dan Adun Pakatan Rakyat macam manusia yang tidak berakal dan berotak dungu.

Cakap-cakap s Manoharan menjadi 'kepercayaan' media. Dan pemimpin Umno Bn pakar sejarah terus menghentam dengan bermacam-macam, antaranya usir beliau, ada yang labelkan kurang ajar dan biadab.

Di Malaysia mana kebebasan menyatakan padnagan dan mengeluarkan pandangan. Maka rugilah kementerian yang membuat dan membentuk kukrikulum KBSR dan KBSM yang mahukan para pelajar berani, kreatif dan inovatif. semuanya tinggal retorik dalam dasar sahaja.

Bila bertembung dengan aplikasi duduk perkara realiti sebenar semuanya bebal. Pembuat dasar sendiri lupa dengan dasar yang mereka buat dan bentuk.

inilah kerajaan caca marba masa ini...

Sumber: http://perantaukite.blogspot.com/

PRU13 - DUN UMNO/BN akan tergugat - 3

Posted: 19 Sep 2011 02:33 AM PDT

Oleh: mirputra

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam Khamis mengumumkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Mengumumkan keputusan itu dalam perutusan khas Hari Malaysia, Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Inilah janji dari Perdana Menteri untuk seluruh rakyat Malaysia dalam perutusan khas sempena Hari Kemerdekaan/Hari Malaysia ke 54 negara kita.Samada ucapan ini dibuat secara ikhlas untuk ditunaikan ataupun sekadar gula-gula untuk PRU13,sama samalah kita melihatnya.
UMNO/BN umpama telur dihujung tanduk,apa yang dibuat serba tidak kena..Walaupun PRU13 ada yang meramalkan dalam tahun ini dan ada yang meramalkan mungkin tahun depan.Parti gabungan dalam BN sudah mula mengintai kawasan selamat untuk bertanding kerusi parlimen maupun DUN.Dan ramai juga wakil rakyat dari UMNO/BN tertanya2 samada dicalun semula atau sebaliknya.

Bagi Pakatan Rakyat PRU13 adalah pilihanraya yang sangat penting kesilapan memilih calun akan mengagalkan usaha untuk menuju Putrajaya.Dari statistik PRU12 yang lepas sekiranya diterjemahkan pada PRU13 yang akan datang dengan kesedaran pengundi2 muda dan pergolakan yang berlaku dalam UMNO/BN disetiap negeri tidak mustahil UMNO/BN akan kehilangan kuasa.

Agak mustahil untuk UMNO/BN merampas kembali negeri yang diperintah oleh PR dan tidak mustahil PR akan dapat merampas beberapa negeri lagi pada PRU13,kalau mengambil kira keputusan PRU12 yang mana UMNO/BN hanya menang dengan majoriti bawah 2,500 malah ada yang menang tipis.


PERAK mempunyai 59 kerusi DUN dibawah 24 parlimen..Walaupun kerajaan PR dirampas kembali oleh UMNO/BN disebabkan 3 ADUN yang melompat parti.Perak akan jatuh lagi sekali ketangan PR.
Pada PRU12 UMNO/BN mempunyai 28 ahli DUN manakala PR mempunyai 31 akibat daripada 3 ADUN yang melompat parti membolehkan UMNO/BN membentuk kerajaan dengan 3 ADUN yang melompat..UMNO/BN akan kehilangan lebih banyak kerusi pada PRU13 daripada 28 kerusi yang telah dimenangi pada PRU12(tidak termasuk Adun yang melompat) UMNO/BN akan kehilangan sebanyak 19 kerusi lagi.Ini bermakna UMNO/BN hanya mempunyai 9 kerusi sahaja untuk DUN.Manakala PR akan dapat menguasai Perak dengan selesa sebanyak 50 kerusi.


PAHANG mempunyai 42 kerusi DUN…UMNO/BN memenangi sebanyak 38 kerusi DUN pada PRU12 manakala PR iaitu PAS 2 dan DAP 2 kerusi.. Sebanyak 23 kerusi UMNO/BN yang menang dibawah majoriti 2,500 malah ada yang menang tipis..Pahang mungkin masih kekal dibawah UMNO/BN.



Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/

Tiada ulasan: