The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah |
KUASA NUKLEAR - Malapetaka yang menanti kita - Oleh Letcimi Devi, Sumber Rujukan: Wikipedia Posted: 24 Aug 2011 07:37 PM PDT Nuklear adalah satu bentuk tenaga yang boleh menjana kuasa elektrik dan juga boleh dibuat senjata. Tenaga dihasilkan oleh bahan-bahan api seperti kayu, arang, diesel, ethanol, uranium dan sebagainya tapi kandungan tenaga adalah berbeza-beza. Contohnya 1 kg kayu mempunyai tenaga yang boleh menyalakan mentol 100w selama 1.2 hari, arang pula selama 3.8 hari manakala uranium asli pula selama 182 tahun! 2 perkara asas mengenai nuklear ialah: (a) Fission - apabila atom besar seperti uranium atau plutonium (bahan galian) pecah menjadi atom-atom kecil, letupan ini menghasilkan tenaga. (b) Fusion - cantuman dua atom kecil seperti Hydrogen dan Helium (gas) untuk menghasilatom yang lebih besaerdan lebih bertenaga. Reaksi fusion ini berlaku di matahari dan masih menjadi bahan kajian di bumi kerana sumber tenaganya yang tak terhingga dan tiada masalah pencemaran. Benarakah kuasa nuklear akan membawa malapetaka kepada manusia dan persekitaran? Perdebatan tentang kuasa nuklear yang dipetik dari buku (2010) Why vs Why; Nuklear Power, menyeneraikan 7 sebab kenapa rakyat harus kata "Ya" pada kuasa Nuklear. * kerana tenaga yang boleh diperbaharui tidak akan menyelesaikan krisis tenaga dan cuaca * kerana bahan bakar nuklear sebenarnya mempunyai kandungan tenaga yang tidak terhad. * kerana teknologi baru boleh mdenyelesaikan masalah "sisa nuklear". * kerana kuasa nuklear adalah pilihan tenaga yang paling selamat. * kerana kuasa nuklear termaju akan mempertahankan keselamatan global. * kerana kos sebenar kuasa nuklear adalah lebih rendah berbanding dengan tenaga berbanding dengan tenaga dari fosil atau tenaga yang diperbaharui. * kerana kuasa nuklear boleh mengetuai revolusi "tenaga bersih". dan 7 sebab kenapa rakyat harus kata "tidak" pada kuasa nuklear: * kerana ia bukanlah resapon yang cukup pantas untuk isu perubahan cuaca. * kerana ia terlalu mahal. * kerana keperluan untuk tenaga asas terlalu diperbesar-besarkan. * kerana masalah pelupusan "sisa nuklear" masih belum diselesaikan. * kerana ia akan meningkatkan risiko perang nuklear. * kerana ada kerisauan tentang keselamatan. * kerana ada alternatif yang lebih baik. Benjamin K. Sovacool melaporkan bahawa terdapat 99 kemalangan di tapak kuasa nuklear dari tahun 1952 hingga 2009 yang telah membawa kepada kematian manusia dan kehancuran harta benda melebihi US$20.5 billion. Dua per tiga daripada 99 kemalangan telah berlaku di Amerika Syarikat (US). Data dari Wikipedia juga mendedahkan bahawa lebih kurang 41 kemalangan nuklear awam telah berlaku antara tahun 1950-2011 dan lebihkurang 64 kemalangan nuklear tentera telah berlaku antara tahun 1940-an hingga 2000 manakala lebih kurang 18 kemalangan radiasi paling teruk berlaku diantara tahun 1951 - 2011. Tidak siapa boleh melupakan kemalanagan paling teruk dalam sejarah iaitu malapetaka Chernobyl 1986 di Ukraine. Kemalangan tersebut membunuh 56 orang dan dianggarkan 4000 orang mati akibat kanser termasuk memusnahkan harta benda bernilai US$7 billion. Lebihkurang 350,000 penduduk ditempatkan semula jauh dari kawasan tersebut. Jangkaan terbaru mengatakan bahawa lebihkurang 400,000 hingga 500,000 penduduk telah terdedah kepada kandungan radiasi yang tinggi, yang boleh menyebabkan kanser darah dan kecacatan DNA dalam 10-40 tahun akan datang. Krisis nuklear di Fukushima, Jepun adalah kemalangan terbaru akibat gempa bumi dari Tsunami. Walaupun langkah-langkah sedang diambil untuk mengawal pencemaran dari pembocoran tapak nuklear tersebut meresap kedalam air bawah tanah dari udara, rakyat Jepun dan dunia sudah pun gerun dengan impak pencemaran ini di masa akan datang. Tidak ada sebarang jaminan keselamatan - Jepun yang sememangnya mempunyai teknologi paling termaju di dunia sekalipun tidak dapat mengelakkan malapetaka nuklear ini, apalah negara-negara membangun seperti Malaysia. Data yang dikumpulkan dari rujukan Wikipedia juga merujukkan 72 negara mempunyai reaktor nuklear (termasuk di Maaysia untuk tujuan kajian), daripada mana 8 negara telah menutup reaktor nuklear di negara mereka, antaranya Venezuela, Cuba, Denmark dan Lithuania. Kini negara Jerman menuju jalan yang sama. Politik Tenaga Dan Alternatif Namun apakah kritikan paling utama mengenai tenaga nuklear. Nuklear mempunyai kuasa untuk memusnahkan dunia dan pemprosesan membuat senjata nuklear dan tenaga nuklear dijalankan melalui proses yang sama. Ia adalah senjata yang paling dahsyat. Jika berlaku perang nuklear, maka alamatnya dunia akan musnah. Isu kedua adalah ia mengambil masa 100,000 tahun untuk sisa nuklear dapat dilupuskan dan setakat ini tidak ada satu pun cara simpanan nuklear yang selamat. Dalam senario ini, bererti jika kita menyokong tenaga nuyklear, kita dan generasi akan datang akan terus terdedah kepada bahaya nuklear dan radioaktif pada masa depan. Maka generasi akan datang terdedah kepada satu bahaya yang kita tidak tahu bagaimana menanganinya. Adakah ini perlu? Isu ketiga adalah kaum kapitalis hanya berminat untuk untung sahaja dan justeru itu mereka tidak mahu melabur dalam tenaga alternatif murah seperti matahari, angin dan air. Di Malaysia sendiri, negara kita menjadi pengeluar panel solar ketiga terbesar di dunia tetapi di negara kita sendiri, tidak menggunakannya secara meluas. Elakkan Malapetaka, Cari Alternatif Bebas Nuklear Guna tenaga yang boleh diperbaharui seperti kuasa angin, kuasa solar, kuasa dari kepanasan dalam bumi (geothermal). Malah tenaga boleh dijana dari pengitaran semula sampah sarap. Tak perlu bakar arang dan minyak lagi. Daripada membuang berjuta-juta ringgit @ dollar dalam teknologi kuasa nuklear dan bahan fosil yang membawa pencemaran alam, krisis cuaca, gempa bumi, tsunami sehingga menjahanamkan rantai makanan dan menelan beribu-ribu nyawa, apa salahnya duit itu disalurkan kepada teknologi kuasa angin, sola dan geothermal. Kenapa mereka yang kononnya cerdik pandai dan "dipilih" oleh rakyat untuk mentadbir negara (dunia) mahu menggali lubang untuk menguburkan penduduk dan "meletupkannya" sekali? (Petikan dari akhbar SOSIALIS keluaran oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM)) |
Iftar Ramadhan di Kediaman DSAI Posted: 24 Aug 2011 03:29 AM PDT |
You are subscribed to email updates from The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan