Khamis, 25 Ogos 2011

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Mengaibkan: Makmal DNA Jabatan Kimia Tidak Memenuhi Piawaian Antarabangsa

Posted: 25 Aug 2011 05:38 AM PDT


KUALA LUMPUR, 25 Ogos ─ Kewibawaan Jabatan Kimia kerajaan dalam mengendalikan analisis DNA dibangkitkan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ─ dengan pasukan pembela mempertikaikan sama ada ia memenuhi standard antarabangsa.

Pasukan peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dokumen-dokumen menunjukkan makmal kerajaan itu, yang terletak di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD).

Ramkarpal Singh Deo menarik perhatian mahkamah dengan merujuk kepada dua dokumen menunjukkan Jabatan Kimia pernah memohon untuk mendapatkan akreditasi pada 2005 tetapi telah ditolak.

Surat kedua adalah daripada ASCLD, dikeluarkan April lalu dan tempohnya telah dilanjutkan sehingga Oktober ini untuk mengemukakan dokumen-dokumen bagi menyokong permohonan mereka.

Dokumen itu, menurut mereka, makmal tersebut tidak memenuhi standard antarabangsa.

Menjawab soalan Ramkarpal, pakar dari Australia Dr Brian McDonald dalam keterangannya juga berkata, kesemua ujian DNA perlu ada standard.

Oleh itu katanya, akreditasi merupakan salah satu cara untuk memastikan makmal memenuhi standard dunia.

Dr McDonald menganggotai National Association of Testing Authorities (Nata), Australia yang dilihat sama taraf dengan ASCLD.

Sebelum ini mahkamah dimaklumkan oleh pakar DNA pasukan pendakwa, Dr Seah Lay Hoong bahawa Jabatan Kimia mempunyai akreditasi ASCLD.

Makmal itu telah mengendalikan beberapa ujian DNA termasuk ke atas sampel yang diperoleh dari badan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Seorang lagi peguam Anwar, Sankara Nair memberitahu pemberita kemudian bahawa isu akreditasi adalah penting sebab ia menggambarkan makmal itu adalah pusat ujian forensik yang layak dan boleh mengendalikan analisis DNA.

Jelas beliau, jika memiliki akreditasi, kerja-kerja makmal Jabatan Kimia akan dipantau oleh ASCLD.

"Sekarang mereka tidak ada standard ISO MM17025 bagi makmal forensik," katanya.

"Ia persoalan mengenai kredibiliti, kredibiliti makmal dan Dr Seah sebagai saintis," katanya lagi.

Bagaimanapun ketua pasukan pendakwa raya Datuk Yusof Zainal Abiden membantah usaha pembela yang mahu mengemukakan dokumen mengenai akreditasi di mahkamah sebagai bahan bukti.

Kata beliau, bahan bukti itu tidak boleh dikemukakan ketika Dr McDonald menjadi saksi kerana pakara itu tiada apa-apa kaitan dengan prosedur akreditasi.

Pasukan pembela akan meminta perintah mahkamah untuk memanggil ketua Jabatan Kimia Lim Kong Boon untuk memberi penjelasan mengenai status akreditasi makmal mereka.

KETUA WANITA GELUGOR MASUK ISLAM

Posted: 25 Aug 2011 03:27 AM PDT

Benar kata Tok Guru Nik Aziz, apabila kita merapati bukan Islam dan menunjukkan akhlak yang mulia, mereka dgn rela tertarik dgn Islam. Itulah hikmah komitednya PAS dengan Pakatan Rakyat, supaya Islam dapat disebar pada kaum Cina dan India.

Tidak seperti UMNO yang guna Islam untuk politik murahan mereka semata-mata. Bertahun kawan dgn MCA dan MIC, berapa ramai yang masuk Islam? Seciput pun takda.

UMNO tu sendiri tolak ISlam, bagaimana nak harap mereka sebarkan Islam? Syukur, kehebatan ijtihad Tok Guru Nik Aziz sudah membuahkan hasil .

Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor peluk Islam

Tiga hari lepas, Ketua Wanita Bukit Gelugor Cheryl Chew menghubungi isteri sharpshooter dan menceritakan hasratnya untuk memeluk Islam dan beliau meminta supaya beri cadangan nama Islam yang sesuai untuknya.

Beliau berbual panjang dengan isteri sharpshooter dan menceritakan beberapa masalah yang beliau hadapi dan beliau diberi kata-kata semangat, peransang agar tabah dengan ujian baru yang beliau hadapi.

Alhamdulillah kelmarin di Pejabat JIM Bukit Malawati jam 3.00 petang, akhirnya beliau melafazkan kalimah syahadah untuk memeluk Islam. Sesungguhnya hidayah itu mutlak datang dari Allah SWT, manusia tidak mampu memberi hidayah bahkan Nabi Muhammad sendiri tidak boleh memberi hidayah.

Sharpshooter difahamkan Ketua AMK Cabang Sekijang, Raymond Ng Kien Seng juga telah memeluk agama Islam dan telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nor Hasnanie Jamil, Setiausaha PKR Cabang Sekijang pada 22 Ogos yang lepas. Alhamdulillah…Cahaya Ramadhan…Allahuakbar…

Dari blog milo suam – Berita gembira buat kita semua dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini apabila Ketua Wanita KEADILAN Bukit Gelugor, Cheryl Chew memeluk Islam petang semalam.

Beliau melafazkan kalimah Syahadah pada pukul 3.00 petang semalam di pejabat JIM Bukit Malawati. Dimaklumkan bahawa beliau kini menggunakan nama Huda Chew.

Antara rakan-rakan Cheryl yang menitiskan air mata kegembiraan dengan keislaman beliau. Dimaklumkan juga bahawa beliau menerima banyak hadiah berupa tafsir Al-Quran dan buku-buku agama dari rakan-rakan terdekat.

Difahamkan, sebelum ini Cheryl telah mula berpuasa dan mendalami Islam secara berperingkat sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam di dalam hari yang bersejarah semalam.

Tinjauan ReJaM© di facebook menyaksikan Cheryl sudah menukar namanya kepada Huda Chew Hong Wah.

Jika tiada aral melintang, ReJaM© akan merakam temubual khas bersama Cheryl dalam masa terdekat untuk dikongsikan bersama anda semua Insya Allah. Kepada Cheryl, selamat menikmati keindahan Islam.

Utusan : Akhbar paling banyak “mempromosi” BERSIH

Posted: 25 Aug 2011 03:22 AM PDT

Satu kaji selidik yang dijalankan oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) meletakkan akhbar milik UMNO, Utusan Malaysia (Utusan) sebagai akhbar yang paling banyak membuat liputan mengenai perhimpunan BERSIH 2.0.

Kaji selidik berkenaan mengambil kira semua laporan yang dibuat mengenai perhimpunan berkenaan oleh akhbar Utusan, The Star, New Straits Times dan The Sun, dari 25 Jun sehingga 11 Julai.

Daripada hasil kaji selidik, sejumlah 771 artikel direkodkan dengan lebih daripada separuh atau 435 artikel adalah dari Utusan.

Manakala daripada 435 artikel oleh Utusan, 407 artikel (93.6%) memberikan gambaran negatif, 27 artikel (6.2%) neutral dan hanya 1 artikel (0.2%) positif.

Kah..kah..kah..tahniah dan terima kasih kepada akhbar Meloya di atas liputan yang telah dibuat. Tanpa akhbar Meloya, pak cik dan mak cik kat kampung atau Felda takkan tau pasal perhimpunan BERSIH.
Samada secara sengaja atau tidak, Meloya dengan jayanya telah melakukan program khidmat masyarakat dengan "mempromosikan" BERSIH 2.0 secara percuma selama beberapa minggu kepada rakyat Malaysia

Tiada ulasan: