MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
- Wajib baca!! Pasai apa jangan dok sokong Umno
- PECAH BERITA !! REJIM MUAMMAR GADDAFI TUMBANG !!
- Rahmatnya Negeri Di Bawah Naungan Pakatan Rakyat
Wajib baca!! Pasai apa jangan dok sokong Umno Posted: 22 Aug 2011 08:52 AM PDT Kenapa JANGAN SOKONG UMNO Oleh Sofi Wahab 1) Dasar Umno tidak meletakkan Islam sebagai TERAS PERJUANGAN Perlembagaan Umno : FASAL 3 – Asas & Tujuan UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara. 3.1 Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. 3.2 Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negeri-negeri dan Raja Berpelembagaan. 3.3 Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama. 3.4 Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya. 3.5 Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu. 3.6 Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Umno meletakkan Perlembagaan Negara sebagai undang-undang tertinggi sebab itulah jika apa-apa sahaja termasuk hukum Islam bercanggah dengan perlembagaan negara maka ia TERBATAL. Islam hanyalah setakat doa di majlis dan tidak diletakkan di tempat sepatutnya. Dalam Umno Islam diletakkan dibawah Biro Agama yang setaraf dengan Biro Kebajikan, Biro Pertanian dan sebagainya. Sebaliknya PAS meletakkan Islam memerintah (mengawal dasar parti) iaitu Institusi Majlis Syura Ulama'. 2) Dasar Umno yang pragmatik (ikut suasana). Mana yang boleh untung akan diikuti dan diamalkan seperti penubuhan bank Islam dan sebagainya sebaliknya apa yang dilihat tidak menguntungkan seperti pengharaman riba, penghapusan pusat perjudian, pusat maksiat dan sebagainya tidak dilaksanakan. 3) Islam hanya kuda tunggangan Umno di mana ia boleh dipakai dan dibuang bila-bila masa. Contohnya bila pemimpin atau isteri pemimpin melawat negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu mereka pakai penutup kepala (masih tidak tutup aurat) tetapi bila balik ke Kuala Lumpur tudung kepala sudah hilang. 4) Akhlaq pemimpin mereka yang mengaibkan di mana ramai yang ditangkap rasuah dan mempunyai skandal dengan wanita (tau-taulah sendiri siapa). 5) Matlamat masuk Umno ialah untuk mengumpulkan kekayaan dan pangkat bukannya untuk membela agama dan rakyat. Sebab semasa pemilihan Umno mereka sanggup menghabiskan wang sehingga jutaan ringgit untuk menang sehingga ramai yang disabitkan dengan rasuah. 6) Umno tidak membela agama. Contohnya isu murtad dipolitikkan sedangkan sebelum ini Umno memandang sepi tentang pendedahan ratusan ribu umat Islam murtad. Malah Umno tidak pernah menyokong usul tergempar PAS di Parlimen yang mahukan undang-undang murtad digubal dan dikuatkuasakan. 7) Orang Agama (Ulama') Umno hanya kupang tembaga yang peranannya hanyalah untuk menjadi peluru melawan PAS, baca doa, tahlil dan sebagainya. Tidak berani mempertahankan yang hak dan mencegah kebatilan yang dilakukan oleh pemimpin Umno dan partinya. 8) Dasar Umnoputera bukan bumiputera akhirnya menggagalkan pencapaian Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ianya hanya menindas sesama bangsa hanya kerana berlainan ideologi. Kekayaan negara yang berlegar di kalangan kroni mereka sahaja. 9) Diskriminasi terhadap kerajaan yang sebangsa dan seagama di Kelantan dan Terengganu (1999-2004) dalam hal royalti petroleum. 10) Khianat kepada bahasa Melayu dengan memperkenalkan PPSMI dan akhirnya sedar selepas ditekan hebat oleh PAS. 11) Politik khianat bangsa sendiri dengan mementingkan kuasa. Contohnya tidak menambah kerusi Parlimen Melayu di negeri-negeri kuat PAS pada persempadanan semula kawasan parlimen pada 2004. Contohnya tiada penambahan di Terengganu pada tahun tersebut. 12) Umno mengajar rakyat dengan budaya rasuah sewaktu kempen pilihanraya malah dalam pemilihan Umno sendiri sehingga ramai pemimpinnya dibuktikan kaki rasuah. 13) Umno dilanda penyakit nyanyuk seperti yang dikatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam 14) Umno sudah busuk sampai ke usus sukar untuk diubati seperti kata Tun Mahathir 15) Kewujudan Perkasa (Perkasam) sebagai kumpulan pendesak Melayu membuktikan Umno gagal membela Melayu. 16) Merestui malah menggalakkan industri judi di mana pendapatan hasil cukai judi ialah RM2.3 bilion. Pusat judi terbesar di Asia Tenggara terletak di Genting Highland. 17) Institusi Melayu iaitu Felda digunakan untuk menindas peneroka. Wang Felda susut sebanyak RM1.35b pada 2009. Wang sebanyak itu dihabiskan untuk tanam semula RM2b, membina bangunan Felda (RM662juta) dan basmi kemiskinan di Sabah (RM253juta). 18) Umno tidak bijak memerintah sehingga hutang negara meningkat kepada RM362b. 19) Membazirkan wang rakyat RM77juta setahun mengupah Syarikat Yahudi Apco. Jika wang sebanyak itu digunakan untuk membina rumah rakyat berharga RM30,000 sebuah maka sebanyak 2566 buah rumah dapat dibina dan diberikan secara percuma atau dengan bayaran minima kepada rakyat miskin. 20) Umno mengamalkan rasuah dan gagal mengatasi masalah tersebut sehingga RM28bilion duit rakyat hilang. Mereka mengabui mata rakyat dengan istilah ketirisan bukan rasuah dan penyelewengan. 21) 53 tahun merdeka masalah akhlaq dan moral semakin parah. Statistik tahun 2009 menunjukkan 17,303 orang ANak HARAM dilahirkan. Ini bermakna 48 orang anak haram dilahirkan setiap hari dan 2 orang pada setiap jam. Bermakna setiap tahun ada sekurang-kurangnya 34,606 orang penzina (ini yang berzina dan mengandung sahaja). 22) Membiarkan ketagihan arak dikalangan rakyat sehingga rakyat membelanjakan RM1.7bilion untuk membeli arak dan berada dalam ranking ke 10 di dunia. 23) Tanah rezab Melayu telah susut dari tiga juta hektar pada 1957 kepada 1.7 juta atau 44 peratus sahaja sekarang. 24) Mengamalkan semangat perkauman sempit dan mengapi-apikan semangat perkauman ini sehingga menimbulkan suasan tidak senang di kalangan rakyat berbilang kaum 25) Mengeksploitasi isu sensitif berkaitan agama Islam demi kepentingan politik seperti isu gereja, isu murtad dan sebagainya. Sumber : Taklimat isu-isu penerangan. Sumber Artikel: http://shalehudin.blogspot.com/ |
PECAH BERITA !! REJIM MUAMMAR GADDAFI TUMBANG !! Posted: 22 Aug 2011 08:26 AM PDT TERKINI!! Selepas lebih enam bulan berlaku pemberontakan di Libya, rejim Muammar Gaddafi akhirnya tumbang setelah kumpulan pemberontak berjaya menawan hampir seluruh bandar Tripoli, tetapi nasib pemimpin Libya itu masih menjadi tanda tanya. Gaddafi lost battle, finally surrendered After 42 years at the helm of his sparsely-populated, oil-rich nation, Muammar Gaddafi - the Arab world's longest-ruling leader - finally lost his grip on power after a six-month uprising. Gaddafi styled himself as Libya's "brother leader" and the "guide of the revolution," as an almost paternal figure looking after Libya's six million inhabitants. But in the hours after rebels stormed Tripoli, thousands of Libyans tore down regime posters, trampled images of Gaddafi, even riddled his likeness with bullets - an outpouring of anger directed at a man whose rule was often brutal. His relationship with the rest of the world was erratic. For years, Gaddafi was a pariah, blamed for the 1988 bombing of a Pan Am jumbo jet over Lockerbie, Scotland, which killed 270 people. After years of denial, Libya acknowledged responsibility and agreed to pay up to $10m to relatives of victims; Gaddafi also declared he would dismantle all weapons of mass destruction. In February, one week into the uprising, Gaddafi vowed to die as a "martyr" on Libyan soilIn February, only weeks after street protests brought down the governments of Tunisia and Egypt, an uprising against Gaddaf's rule started in the country's east. Days after it began, Gaddafi gave a televised speech in which he vowed to hunt down protesters "inch by inch, room by room, home by home, alleyway by alleyway." The speech caused a furore that fuelled the armed rebellion against him; it has been since mocked in songs and spoofs across the Arab world. Sumber: http://jalanpulang1978.blogspot.com/ |
Rahmatnya Negeri Di Bawah Naungan Pakatan Rakyat Posted: 22 Aug 2011 08:00 AM PDT Kebajikan demi kebajikan silih berganti dihidangkan oleh Pemimpin yang menerajui negeri diperintah oleh Pakatan Rakyat. Terdahulu Kelantan telah dijadikan 'Role Model' oleh rakyat untuk menilai keberkesanan etika pengurusan dan pentadbiran negeri. Kelantan telah melepasi ujian itu dan dinilaikan dengan A++... Kemudian diikuti oleh negeri PR yang lain seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor. Tiada rungutan atau masalah besar yang ditimpakan kepada rakyatnya kecuali sesekali kedengaran suara sumbang dari puak jalanan gerombolan yang cuba mencipta 'political mileage'. Harapan kita semoga rakyat seluruh negara mencelik mata dan menilai dari dalam kalbu masing-masing adakah masih relevan lagi semua pemimpin korup umno-apco menerajui negara yang tercinta ini? KGU 2011. KAFA SELANGOR PERTAMA KALI TERIMA BONUS Minggu lepas.. buat pertama kali dalam sejarah perguruan KAFA Selangor ni.. Guru-Guru KAFA mendapat Bonus sebanyak RM600... Haaaiii... beruntunglah Guru-Guru KAFA di Selangor ni... waktu zaman BN UMNO dulu usahkan bonus.., gaji pun hanya sekadar RM738.00 sahaja sebulan... Kawan aku yang bekerja sebagai Guru KAFA,berasa seronok semalam sewaktu berjumpa dengan aku... dia kata buat pertama kali dalam sejarah,Guru-Guru KAFA diberikan pengiktirafan sedemikian rupa... dia ni dulu adalah penyokong kuat UMNO dan semasa PRU12 lalu dia ni mengundi UMNO.... dia kata dia dapat lihat perbezaan sekarang... dia kata waktu UMNO mentadbir selangor dulu gaji dia hanya sebanyak RM738.00 je sebulan... mana nak cukup katanya... namun sejak Pakatan Rakyat mentadbir Selangor,dalam tempoh 3 tahun ni gaji dia naik sebanyak 2 kali.. dan setiap kali kenaikan tu pula jumlahnya adalah sebanyak RM300,jadi dengan dua kali kenaikan dalam tempoh 3 tahun ini gaji dia sudah menjadi RM1338.00 sebulan... lihatlah betapa besarnya perbezaan yang rakyat dapat jika kita memilih kerajaan yang benar-benar memahami kesusahan rakyat jelata... beza RM600 beb.... bukan kecik tu... tiap-tiap bulan pulak tu... member aku tu tak habis-habis seronoknyer... aku sempat pesan kat dia... aku kata.. "waktu PRU13 ni nanti jangan lupa...,jangan undi UMNO, tetapi undilah Pakatan Rakyat.." Sumber: http://wohulu.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan