Isnin, 22 Ogos 2011

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


Tahniah..!!! Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Penasihat Syura..!!

Posted: 22 Aug 2011 07:03 AM PDT

Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Penasihat Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu.

Majlis tersebut akan dianggotai Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Mufti Negeri Selangor, Datuk Setia Mohd Tamyes Abd Wahid dan timbalannya, Datuk Abd Majid Omar.

Menurut menteri besar, idea penubuhan majlis syura tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika mereka mengadakan perbincangan minggu lalu.

"Saya menghargai nasihat baginda agar mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan isu ini secara berhemah dan memuaskan.

"Saya juga telah berjumpa dengan mufti negeri Selangor dan kami telah merumuskan formula untuk dirujuk oleh Majlis Syura," kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, majlis tersebut akan mengkaji isu-isu yang membimbangkan masyarakat Islam dan komuniti bukan Islam di Selangor untuk dibangunkan garispanduan demi memastikan sikap hormati menghormati dan harmoni pelbagi kaum dan agama terus terpelihara.

Menteri Besar juga berkata majlis ini akan mendapatkan maklumat daripada JAIS dan penganjur majlis makan malam itu, Harapan Komuniti.

"Sekiranya perlu. Majlis Syura juga akan memanggil DUMC dan 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam di gereja berkenaan ketika pemeriksaan itu dilakukan," tambahnya.

Majlis ini juga akan mendengar dan meneliti sedalam-dalamnya laporan penuh oleh JAIS termasuk memeriksa maklumat, bukti dan pita rakaman mengenai pemeriksaan itu.

"Keutamaan Kerajaan Selangor ialah memastikan setiap aspek pentadbiran mematuhi prinsip keadilan, telus, amalan pentadbiran yang baik dan berintegriti," kata menteri bBesar.

Kerajaan Selangor mengulangi kesediaan untuk berbincang dan berdialog untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Saman Bodoh Umno Selangor Akan Dijawab Di Mahkamah

Posted: 22 Aug 2011 06:50 AM PDT


KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Kekal dengan pendirian mempunyai bukti mengaitkan Umno dalam pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu parti Melayu terbesar itu di mahkamah.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Mustafa yang kini berada di luar negara berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini.

Sebaliknya beliau dengan tegas mempertahankan dakwaannya itu.

"Kita jumpa di mahkamah, kalau nak saman itu hak dia (Umno Selangor), saya tidak akan minta maaf dan saya kekal dengan pendirian saya sebelum ini, kita jumpa di mahkamah," jawabnya.

BERSIH 2.0 Akhirnya Diiktiraf Parlimen Malaysia

Posted: 22 Aug 2011 06:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang ditubuhkan untuk meneliti sistem pilihan raya akan membentuk rangka kerjanya berdasarkan pada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) berkata, perkara itu dipersetujui selepas mengadakan pertemuan dengan wakil dari Dewan Rakyat, Jabatan Peguam Negara dan kedua-dua pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Kami bersetuju dengan apa yang disyorkan dalam memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan," kata beliau merujuk kepada Bersih 2.0 yang dianggotai 62 pertubuhan bukan kerajaan.


Walaupun beliau enggan menyebut nama Bersih, 2.0, Nazri mengakui apabila ditanya sama ada merujuk kepada "pertubuhan bukan kerajaan sah" yang membentuk gabungan tersebut.

"Tiada guna kita adakan jawatankuasa pilihan khas jika kita tidak lihat pada kesemua ini. Kami tidak mahu, sebagaimana (parti-parti pembangkang) mendakwa, dijadikan pembuka tirai," kata beliau.
Nazri juga berkata jawatankuasa itu akan bertemu selama enam bulan.

Usul pembentukan jawatankuasa pilihan khas akan dibawa ke Parlimen 3 Oktober ini - hari pertama sidang akan datang dan ia juga tertakluk kepada kelulusan Kabinet.

Nazri juga berkata SPR juga akan mengemukakan satu memorandum kepada Kabinet untuk pertimbangan pada mesyuarat 7 September ini.

Konspirasi Najib untuk penjarakan saya - Anwar

Posted: 22 Aug 2011 06:48 AM PDT


KUALA LUMPUR, 22 Ogos: "Semua proses ini tiada apa-apa melainkan satu konspirasi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyekat aktiviti politik saya dengan sekali lagi cuba memenjarakan saya.

"Oleh itu, saya mengisytiharkan tidak ada kepercayaan langsung terhadap apa saja keputusan mahkamah ini walaupun usaha terbaik telah dibuat oleh para peguam saya."

Inilah kesimpulan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar dalam kenyataannya di mahkamah tinggi Kuala Lumpur hari ini bagi membela diri beliau.


Anwar menegaskan sekali lagi, ini bukannya perbicaraan jenayah.

"Ini adalah pentas kuasa oleh pihak berkuasa yang dikenakan ke atas saya untuk mengekalkan kuasanya," tegas Anwar lagi.

Kenyataan ini, kata Anwar dibuat berdasarkan pengalaman beliau dalam kes ini berdasar-kan bukti-bukti yang beliau ada dan cara pihak pendakwa mengendalikan kes ini.
Pihak pembelaan akan menyampaikan sepina kepada tujuh saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut akan disepina adalah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

Sebelum ini semasa sesi perjumpaan dengan peguam Anwar, minggu lalu, keempat-kempat mereka tidak mahu ditemubual.

Najib dan Rosmah juga memberitahu peguam yang mewakili ketua pembangkang itu bahawa mereka tidak mahu menjadi saksi pembela.
Bela diri dari kandang tertuduh
Anwar hari ini memilih untuk memberi keterangan membela diri dari kandang tertuduh dengan kenyataannya tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah sebelum itu memberitahu Anwar, beliau mempunyai tiga pilihan dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Tiga pilihan itu adalah pihak pendakwaan boleh menyoal balas beliau; memberi keterangan di kandang tertuduh di mana pihak pendakwaan tidak boleh menyoal balas tertuduh tetapi semasa membuat keputusan mahkamah boleh mengambil kira fakta yang pihak pendakwaan tidak memeriksa balas tertuduh; atau memilih untuk berdiam diri, iaitu tidak memberi sebarang keterangan.

Walaupun Anwar memilih memberi keterangan dari kandang tertuduh, dia masih duduk di atas bangku peguam yang mempunyai kelengkapan sebuah mikrofon, lapor Malaysiakini.

Menurut Hakim Zabidin walaupun tertuduh duduk di kalangan peguamnya, tindakan itu masih dianggap sebagai kenyataan daripada kandang (dok).

Jika Anwar memilih memberi keterangan dari kandang saksi, beliau boleh disoal-balas oleh pihak pendakwaan dan keterangan itu dianggap lebih berwibawa.

Pada kes perbicaraan kes salah guna kuasa dan liwat pertama yang dihadapinya 10 tahun lalu, Anwar membela diri dari kandang saksi.

Pada 16 Mei lalu, Anwar diperintah membela diri selepas, Hakim Zabidin memutuskan Mohd Saiful, pengadu dalam kes liwat itu, adalah bercakap benar dan seorang saksi berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, terhadap pertuduhan melakukkan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Politik BN mengatasi undang-undang.??

Posted: 22 Aug 2011 06:46 AM PDT


Oleh V. Sivakumar: Adakah cabang legislatif masih dihormati oleh pemain-pemain politik negara kita? Apa yang berlaku di Perak telah membuktikan sebaliknya.

Kita mahu semua pihak menghormati dan mengamalkan tertib yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan undang-undang. Tetapi, jika pihak-pihak tertentu cuba mengatasi batasan undang-undang ini, maka tata cara pentadbiran negara kita akan tergugat.

Apabila ada pihak yang melihat diri mereka lebih tinggi daripada undang-undang dan tidak mengikuti prinsip-prinsip yang telah ditetapkan sekian lama, ini akan menzahirkan permainan kotor yang tidak adil dalam gelanggang politik negara kita.

Parti politik menyekat badan perundangan


Kita melihat bagaimana organisasi seperti parti politik cuba membataskan aktiviti dan peranan organisasi rasmi seperti badan legislatif. Kacau ganggu seperti ini akan melumpuhkan pentadbiran negara, malah kepercayaan rakyat terhadap kerajaan juga akan turut luntur.

Walau pun organisasi tidak rasmi seperti parti politik tidak disebut dalam Perlembagaan, peranannya sebagai pengerak utama kepada jentera rasmi negara kita tidak dapat dinafikan. Namun, permainan politik yang melampau atau keterlaluan boleh menggugat kedudukan organisasi-organisasi rasmi seperti badan perundangan.

Dalam kes negeri Perak, memang permainan politik telah melampaui kuasa badan perundangan . Dewan Undangan Negeri tidak lagi dihormati oleh ahli-ahli politik Barisan Nasional apabila mereka merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah.

Mereka membuat pelbagai helah dan tipu muslihat untuk melanggar semua undang-undang dan perintah-perintah tetap Dewan Undangan Negeri semata-mata untuk kembali berkuasa di negeri Perak.

Kuasa Speaker Dewan Undangan Negeri dicabar, malah tidak dihormati langsung. Polis berani melangkah masuk ke dalam Dewan yang mulia untuk mengusung keluar Speaker dengan menggunakan kekerasan.
Dewan Undangan Negeri tidak diberi ruang untuk berfungi menjalankan tanggunjawab Perlembagaan. Ini dapat dilihat dalam sekatan yang dibuat oleh ahli-ahli politik supaya tidak membenarkan Dewan Negeri bersidang pada 3 Mac 2009.

Polis dan jentera kerajaan menghalang wakil rakyat memasuki Dewan Undangan Negeri dan akhirnya terpaksa bersidang di bawah pokok.

Tambahan pula mekanisme untuk membuat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin juga tidak dilakukan sehingga hari ini.

Kes Datuk Harun di Selangor

Sebagai contoh, Allahyarham Datuk Harun Idris adalah seorang Menteri Besar yang disukai ramai pada suatu masa dahulu telah dipaksa meletakkan jawatannya melalui undi tidak percaya yang diluluskan dengan suara terbanyak Dewan Undangan Negeri Selangor pada 25 Mac 1976.

Beliau dijatuhkan oleh ahli-ahli partinya sendiri, iaitu UMNO. Kejatuhan beliau berpunca daripada tindakan pemimpin kebangsaan parti yang mempengaruhi undi ahli-ahli Dewan Negeri Selangor. Ini adalah kerana Datuk Harun enggan meletakkan jawatan selepas beliau dipecat daripada parti.

Apa yang cuba dijelaskan di sini ialah pemimpin UMNO pada masa itu tidak memilih jalan pintas untuk melantik Menteri Besar baru.

Proses pengundian dibuat secara demokratik untuk menolak kepimpinan Datuk Harun di dalam Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Tindakan ini adalah satu amalan demokrasi yang diguna pakai oleh semua negara-negara Komanwel.

Amalan demokrasi ini tidak dilaksanakan di negeri Perak apabila BN merampas kerajaan daripada Pakatan Rakyat.

Undi tidak percaya tidak pernah dibuat untuk menolak kepimpinan Datuk Seri Nizar. Malah seorang Menteri Besar telah dilantik di Istana secara tergesa-gesa.

Permainan politik kotor BN ini telah mengganggu perjalanan Dewan Undangan Negeri di Perak. Akhirnya rakyat Negeri Perak terjerumus ke dalam kemelut politik yang masih tidak selesai sehingga ke hari ini.

Kesan politik kotor BN di Perak


Ekoran daripada itu, Dewan Undangan Negeri tidak dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan. Pelbagai halangan dan batasan diatur oleh BN untuk menyelamatkan kerajaan mereka yang ditubuhkan secara haram.

Belanjawan 2009 diluluskan dalam masa 20 minit. Persidangan Dewan Negeri pada Isnin lalu hanya berlangsung selama lebih kurang 2 jam.

Inilah akibat apabila negeri mendapat kerajaan yang diranpas secara haram. Mandat rakyat kepada Pakatan Rakyat pada 2008 telah dirampas dengan menggunakan kekerasan polis dan campur tangan mahkamah.

Ketakutan kerana tidak mendapat sokongan rakyat kini menghantui pemimpin-pemimin UMNO dan BN di Perak. Yang berlaku sekarang ialah politik yang melampau ini mencemarkan dan bakal menghancurkan sistem pentadbiran negara kita yang sedia ada.

Yang menanggung derita dan rugi ialah rakyat sendiri.

Penulis adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Tronoh merangkap Timbalan Pengerusi DAP Perak

Apa sudah jadi ni... Aysik-asyik MIC saja yang dapat...

Posted: 22 Aug 2011 06:41 AM PDT


Rasanya baru beberapa hari lalu, Presiden MIC di umumkan sebagai menteri penuh, kini MIC lagi yang dilantik sebagai senator,,, apa sudah jadi,,, mana hak orang Melayu oiii.... hak orang UMNO dah kena rompak oleh MIC.... wakaka... KESIAN orang melayu UMNO,, kesian kat Ketua Pemuda yang awai-awai dah angkat bendera putih.....

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Pengerusi MIC Petaling Jaya Selatan V Subramaniam, yang diterima semula oleh Datuk G Palanivel selepas dipecat oleh kepimpinan Datuk Seri S Samy Vellu tahun lalu, dilantik sebagai senator.

Subramaniam yang turut dikenali sebagai "Barat Maniam" mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara bersama Ketua Wanita MIC Selangor S Bagiam dan Pengerusi Parti Progresif Penduduk Melaka, Datuk Chiw Tiang Chai hari ini.

Upacara itu disempurnakan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, lapor Bernama Online.

Samy Vellu, bekas presiden MIC, memecat Subramaniam tahun lalu dengan menggunakan kuasa presidennya ekoran kenyataannya mempertikaikan kepimpinan beliau, beberapa bulan sebelum melepaskan jawatannya.

Ketika itu Subramaniam mendakwa Samy Vellu tidak menunaikan janji mahu melantiknya sebagai anggota Dewan Rakyat.

Subramaniam memainkan peranan penting sebagai 'pengurus' ketika Palanivel bertanding semula mempertahankan jawatan timbalan presiden MIC pada 2009.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Subramaniam berkata: "Saya akan meneruskan kerja saya dalam parti seperti biasa, meskipun tiada jawatan ini sebelum ini, saya sudah melakukan kerja-kerja dalam parti."

"Sekarang saya ada platform, saya akan mengutarakan isu-isu berkaitan dengan kaum India dan rakyat negara ini," kata beliau.

Ketika ditanya mengenai nasibnya tahun lalu, Subramaniam berkata, "lupakan sahaja Samy Vellu, kita teruskan kerja untuk parti."

Ditanya sama ada beliau merasakan kepimpinan semasa telah menghargai sumbangannya dengan memberi jawatan senator, "ya fikir begitu."

Palanivel juga merupakan penerusi MIC Selangor.

Subramaniam dipecat dari MIC tahun bersama tiga pemimpin lain iaitu Kumar Aamaan dan K.P Samy yang merupakan anggota jawatankuasa kerja pusat dan timbalan ketua Pemuda MIC pusat V Mugilan, yang juga Ketua Pemuda MIC Selangor dan Hulu Selangor pertengahan tahun lalu.

Kesemua mereka telah diterima masuk ke dalam parti, sekali gus menimbulkan rasa tidak senang di kalangan segelintir ahli dan pemimpin MIC.

Subramaniam, 56, dan Bagiam, 52, pula dilantik sebagai Senator buat pertama kali.

Chiw, 54, yang juga Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, dilantik semula selepas penggal pertamanya berakhir pada 2008.

MATEMATIK UMNO YANG SONGSANG

Posted: 21 Aug 2011 08:58 PM PDT

Lazimnya kerusi yang ditandingi oleh Umno akan dilawan oleh PAS atau PKR yang calunnya orang Melayu.

Maka berkempenlah Umno: Jika Umno kalah, DAP yang akan memerintah. Ha ha. Sepatutnya apabila Umno kalah, Pas yang menang dan memerintah tetapi bagi Umno, DAP yang menang dan memerintah. Agaknya di Kelantan kini DAP yang memerintah.

Pada 1999, Umno kalah di Terengganu, adakah DAP yang memerintah.Wooo. Yang kelakarnya matematik songsang ini dipercayai rakyat yang tak mampu berfikir secara matang. Maka, walaupun rakyat tahu Umno korup dan lemah, mereka tetap undi Umno. Kerana apa? Kerana takut DAP yang menang. Ha ha.

DAP hanya menang atas kerusi yang ditandingi oleh MCA, Gerakan atau MIC di Semenanjung ini. DAP tak lawan Umno pun. Tetapi Umno terasa dia kalah dengan DAP jika kalah dengan PAS. Dan orang Melayu yang kurang guna otak pun percaya. Dan yang paling bebal sekali ialah tukang kempennya. Tukang kempen perkara ini ialah pegawai kerajaan Melayu di BTN. Apa punya bangang pegawai BTN ini? Yang tukang dengar pun percaya je.... Woooooo

Anwar: Saya tak pernah adakan hubungan seks dengan Saiful

Posted: 21 Aug 2011 08:53 PM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Ogos — Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

"Saya sama sekali menafikan tuduhan ke atas saya. Saya mahu mengatakan, dengan tidak ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan pengadu Mohd Saiful," kata beliau dalam kenyataannya di Mahkamah Tinggi hari ini.

Kandungan keterangan Anwar di Mahkamah Tinggi pagi ini, yang dibuat dari kandang tertuduh, diemelkan kepada media.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.


"Dakwaan dia (Saiful) adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan (ia) akan dibuktikan demikian," kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Anwar menambah dakwaan itu juga satu usaha keji dan hina untuk membunuh karakter beliau.

"Dalam hal ini, biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun, tetapi ambil kata-kata saya, mereka tidak boleh menakutkan saya," katanya.

Sambil menegaskan beliau tidak akan menyerah diri dalam usahanya melawan tuduhan kali ini, Anwar berkata, "kebenaran akan terbukti kelak."

Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh satu dekad ini.

Pada 16 Mei, mahkamah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Laksana PRU & Abai Peranan PSC, Bersih 3.0 Jawapan Kepada Najib

Posted: 21 Aug 2011 05:56 PM PDT

Jika Parlimen dibubar tanpa menunggu hasil penambahbaikan pilihan raya dari Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC), Bersih 3.0 adalah jawapan terbaik, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

"Apa gunanya PSC bersidang, kemudian tiba-tiba Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU)," katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan kepada 900 warga emas, asnaf dan ibu tunggal di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Gombak, dalam program dua hari sempena Ramadan.

Azmin berkata, Bersih 3.0 perlu diadakan jika kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus berdolak dalik mengenai usaha reformasi pilihan raya.

"PRU ke-13 hanya boleh diadakan selepas PSC selesai mengemukakan cadangan mereka mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Menyifatkan penubuhan PSC hanya sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap BN dan SPR, Azmin berkata, hal itu boleh berlaku kerana Najib kenal dengan sifat pembohongnya.

"Saya ulangi, PSC hanya sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat terhadap BN dan SPR kerana menodai kedaulatan negara melalui daftar pemilih dan sistem pilihan raya yang kotor," katanya.

Najib sebelum ini dilapor berkata, PRU 13 boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat PSC.

PSC terdiri daripada wakil dari BN, Pakatan Rakyat dan Bebas tetapi perikatan parti pemerintah masih mendominasi jawatankuasa berkenaan.

Ia ditubuhkan rentetan lapan tuntutan Bersih selain pendedahan media mengenai manipulasi pilihan raya melalui daftar pengundi yang terbukti diseleweng pihak tertentu.

Khairy Masih Belum Sedar Yang Umno Sememangnya Meluat Dengannya

Posted: 21 Aug 2011 05:31 PM PDT

KOTA BARU, 21 Ogos — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, beliau sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.

Khairy memberitahu keputusan mengenai calon terletak di tangan Presiden Umno merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mempunyai kata putus berhubung siapa calon yang membolehkan Umno dan Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya di sini semalam.


Dipetik Bernama Online, Khairy (gambar) berkata, perkara paling penting ialah kemenangan parti dan bukannya kepentingan individu untuk mengekalkan kuasa.

Sehubungan itu beliau menggesa semua anggota dan pemimpin parti menerima segala keputusan kepimpinan Umno tanpa wujud sebarang perasaan tidak puas hati terhadap parti.

"Jika ada anggota dan pemimpin yang tidak terpilih sebagai calon pilihan raya dan berasa tidak puas hati serta ingin bertindak mensabotaj calon lain, Pemuda akan melaporkan kepada pucuk pimpinan," katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata mereka yang tidak terpilih seharusnya akur dan menerima keputusan pucuk pimpinan Umno kerana antara kriteria yang ditetapkan ialah calon perlu diterima masyarakat setempat.

"Sekarang bukan lagi soal calon lama, popular dalam parti atau berkelulusan tinggi. Apa yang penting, adakah masyarakat menerima calon untuk memastikan kemenangan Umno dan BN," katanya.

Tiada ulasan: