Isnin, 22 Ogos 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Gereja atau Kedai Nombor Ekor yang bahaya?

Posted: 21 Aug 2011 07:10 PM PDT



Mana yang terlalu banyak merosakkan akidah umat Islam terutama orang Melayu secara terang-terangan tepi jalan? Gereja atau Kedai Nombor Ekor? Kenapa tak buat serbuan di semua kedai nombor ekor terutama di bulan Ramadhan, bawa video kamera sekali masukkan dalam Youtube tengok betapa begitu ramai orang Melayu menjadi pengunjung tegar kedai nombor ekor.

Bacalah sendiri satu artikel bertajuk Tengok Keputusan Nombor Ekor Dulu, Baru Balik Berbuka pada pautan berikut http://kadikluang.blogspot.com/2011/08/tengok-keputusan-nombor-ekor-dulu-baru.html

Yang siar keputusan nombor ekor dalam akhbar berbahasa Melayu, bila nak bertaubat?

Polis tembak mati askar dalam cubaan merompak

Posted: 21 Aug 2011 06:06 PM PDT


Makin pelik jenayah sekarang ini. Di Sungai Buloh sepasukan polis telah menembak mati seorang askar berpangkat staf sarjan dalam satu cubaan rompakan di sebuah kafe siber. Askar tadi bersenjatakan pistol semi otomotik jenis Glock, sementara rakannya juga seorang tentera dari Renjer yang cedera telah ditahan. Minggu sudah sepasukan anggota polis telah ditahan dalam satu ke rompakan berkumpulan. Semua ini berlaku di bulan Ramadhan.

SOLDIER SHOT DEAD IN ROBBERY BID
New Straits Times 2011/08/22

PETALING JAYA: Police shot dead a soldier and wounded another when they tried to rob an illegal cyber cafe in Kampung Baru Sungai Buloh here yesterday.
The soldiers, who were armed with a Glock semi-automatic pistol and a 'kerambit', had gone into the shop, unaware that there were two policemen posing as customers inside.

Selangor police chief Datuk Tun Hisan Tun Hamzah said the two men knocked on the cafe's back door before they were let in by its operator about 6.45am.

"Soon after they entered the cyber cafe, one of the men took out a Glock pistol and ordered the operator to hand over all the money.

"The undercover police officers, who were in the middle of an operation, confronted the suspects and a shootout ensued."

He said the man with the pistol was shot dead, while his accomplice, who was wounded, ran away. The two policemen were unhurt.

"About an hour after the shootout, police received information that the second suspect had gone to Damansara Damai and he was arrested there.

"We believe that the robbers might have had another accomplice, who drove the wounded suspect in a black Naza Citra to Damansara Damai."

Meanwhile, a military spokesman confirmed that the two men were attached to the Military Police Training Centre (Pulapol) -- the dead man was a staff sergeant and his wounded accomplice was a ranger.

http://www.nst.com.my/nst/articles/14drew/Article

POLIS GAGALKAN SAMUN KAFE SIBER

KUALA LUMPUR 21 Ogos2011 - Dua lelaki yang cuba menyamun sebuah kafe siber di Kampung Baru Sungai Buloh dekat sini menerima padah apabila terserempak dengan beberapa anggota polis sedang menjalankan operasi di premis berkenaan awal pagi ini.

Akibatnya, dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 pagi itu, seorang daripada suspek mati setelah berbalas tembakan dengan polis, manakala rakannya yang cedera dipercayai anggota keselamatan ditangkap.

Pihaknya menemui pistol dan kerambit yang digunakan dalam jenayah itu serta sedang mengesan saki-baki kumpulan penjenayah terbabit.




Anggota polis membawa mayat seorang suspek dalam kejadian samun di sebuah kafe siber di Kampung Baru Sungai Buloh, Kuala Lumpur, semalam. - Bernama

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_03.htm

LIMA ANGGOTA POLIS JADI PEROMPAK

20 Ogos 2011, KUALA LUMPUR - Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh pada 8 Ogos lalu.

Mohd. Afizi Mohd. Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd. Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20, didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di rumah No. 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini pada pukul 12.01 pagi 8 Ogos lalu.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm


POLIS 'DURJANA' DALAM PROSES DITAHAN KERJA

KUALA LUMPUR 19 Ogos 2011 - Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mengesahkan memang benar ada seorang anggota trafik terlibat menerima rasuah daripada pasangan warga Singapura semasa sekatan di lebuh raya, baru-baru ini.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman kejadian yang tersebar melalui video itu, pihaknya sudah berjaya mengenal pasti anggota berkenaan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_09.htm

Tiada ulasan: