Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan |
- Pendedahan Kelemahan Pilihanraya di Malaysia
- Guru KAFA Penang dapat duit raya....
- Sape yg nak dimurtadkan nie??
- AirAsia dah telan MAS, lepas ni IPP telan TNB pulak?
- GENG BANGANG!!!!!
- Bank Neg Malaysia Guna Khidmat Syarikat Konsultan Israel?
Pendedahan Kelemahan Pilihanraya di Malaysia Posted: 10 Aug 2011 06:55 PM PDT |
Guru KAFA Penang dapat duit raya.... Posted: 10 Aug 2011 06:44 PM PDT Hari ni pulak kerajaan negeri P.Pinang umumkan pemberian bonus hari raya kepada guru-guru Kafa di negeri itu sebanyak RM300. Maka memang nasib guru-guru Kafa di negeri itu lebih baik berbanding di negeri-negeri Umno/BeEnd. Bukan setakat guru Kafa sahaja yang mendapat bonus hari raya malah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini turut mengumumkan pemberian bonus minimum RM600 untuk kakitangan awan negeri itu. Jumlah tersebut adalah bersamaan dengan setengah bulan bonus bagi mereka yang berpendapatan kira-kira RM1,000 sebulan dan mereka yang bergaji lebih, akan mendapatkan bonus yang lebih tinggi. Ketua Menteri P.Pinang kata bahawa pemberian itu adalah untuk menghargai jasa kakitangan awam dan guru Kafa yang telah menjalankan tugas demi untuk memajukan negeri itu dan demi masa depan anak murid dalam mendalami ilmu agama dari peringkat muda lagi.. apakah ini simbol kepada seorang Ketua Menteri yang berbangsa cina yang di propagandakan oleh Umno/BeEnd bahawa beliau adalah seorang yang anti melayu dan anti Islam?? |
Posted: 10 Aug 2011 06:39 PM PDT |
AirAsia dah telan MAS, lepas ni IPP telan TNB pulak? Posted: 10 Aug 2011 06:37 PM PDT Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mempersoalkan adakah permainan "aku bagi duit kat hang, hang beli la saham MAS" (istilah saya dalam inverted commas tu) mengakibatkan monopoli. Puak-puak yang terlibat dalam game yang orang kata "something fishy is going on" tu pula kata dakwaan monopoli adalah gila. Sejarah perogolan dan pembantaian harta rakyat di dalam dan berkaitan MAS tu dah lama berlaku. Ada orang kata ia berpunca dari sifat bongok mereka yang menerajui MAS. Ada yang kata, sebenarnya tak bongok. Tetapi, MAS sengaja dirogol sejak berpuluh tahun lalu dan perut-perut tertentu dengan sedapnya mentekedarah sepuas-puasnya dengan merogol harta benda rakyat di dalam dan berkaitan MAS itu. Saya pernah mendengar cerita bagaimana orang-orang paling berkuasa dalam negara melakukan "Operation Home Coming" untuk mengambilalih Celcom dari Tan Sri Tajuddin Ramli dahulu. Didakwa kepada saya, selepas lembaga baru mengambil alih Celcom, mereka membuat dua laporan polis antaranya mengenai apa yang didakwa sebagai fictitious invoices berjumlah lebih RM700 juta. Persoalannya, mengapa beria-ia mengadakan "Operation Home Coming" sehingga didakwa melibatkan Suruhanjaya Sekuriti, polis dan termasuk pelbagai spin dalam Malay Mail dan NST? Jika benar ada fictitious invoices lebih RM700 juta, beranikah orang yang bertanggungjawab melakukannya sorang-sorang? Ia sama juga dengan apa yang berlaku dalam MAS. Beranikah Tajuddin buat macam-macam hal sorang-sorang sehingga beliau tak henti-henti didakwa mengakibatkan MAS rugi besar? Sukar dipercayai dia berani buat semua tu sorang-sorang. Persoalannya, siapa di belakang dia? Beberapa tahun selepas tu dibawa masuk Datuk Seri Idris Jala. Konon untuk selamatkan MAS. Idris pun excercise polisi slash and burn dia. Maklumlah, dia orang Sarawak. Di sana ada slash and burn farming. MAS tetap melingkup. Dan persoalan yang lebih besar lagi, kalau MAS pun melingkup dan tak berjaya diselamatkan oleh polisi slash and burn Idris, apa jaminan segala Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri) dan ETP (Program Transformasi Ekonomi) yang kini diterajuinya boleh berjaya? La ni, Khazanah bagi duit kat Tune Air (konon ambik stake dalam Tune Air) dan Tune Air pula ambik pegangan dalam MAS. Khazanah kerajaan punya. Orang mendakwa, apa yang berlaku itu hakikatnya kerajaan bagi duit kat Tan Sri Tony Fernandes dan lepas tu Tony kuasai MAS. Adoi la! Adakah selepas ini kita akan lihat kerajaan bagi duit kat Celcom dan Celcom yang dulunya bawah Telekom kuasai Telekom pula dengan duit yang kerajaan bagi tu (sedapnya Axiata yang entah dari mana dapat sunrise business dalam Celcom dan tinggal tulang-tulang iaitu sunset business - fixed line - kepada Telekom). Adakah selepas ini kita akan lihat kerajaan bagi duit kat penjana tenaga bebas (IPP) dan selepas itu, dengan duit itu, IPP kuasai TNB? Adakah selepas ini kerajaan akan bagi duit kepada Kencana dan selepas itu, dengan duit itu, Kencana kuasai Petronas? Sekarang Tony dah kuasai national carrier Malaysia. Adakah selepas ini dia akan kembangkan emapayarnya dengan menggunakan tiket national carrier? Hampa nak marah kat dia? Dia orang business. Dia bukan berkerja untuk kepentingan negara dan rakyat. Dia berkerja untuk duit dan keuntungan. Sebahagian orang Umno mungkin akan marah kat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas apa yang berlaku. Awat, hampa ingat kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin naik jadi Perdana Menteri semua akan elok? Mimpilah! Macam hampa mimpi Najib akan buat semuanya jadi elok selepas hampa hambat Tun Abdullah Ahmad Badawi dulu [Terima kasih kepada seorang Mat Korporat atas pelbagai maklumat yang diberikannya dan gambar di atas pula ihsan Malaysiakini]. |
Posted: 10 Aug 2011 06:27 PM PDT |
Bank Neg Malaysia Guna Khidmat Syarikat Konsultan Israel? Posted: 10 Aug 2011 06:19 PM PDT Kini, timbul pula isu BNM menggunakan khidmat syarikat konsultan Israel, iaitu HayGroup. Pautan maklumat tentang syarikat ini ada disertakan dalam artikel yang saya salin dan tampal di bawah ini. Anda klik sama ada mahu merujuk terus ke laman sesawang syarikat itu atau Wikipedia. Artikel tersebut merupakan aduan seorang yang mendakwa sebagai kakitangan BNM. Dalam aduannya, dia mengadu bahawa syarikat konsultan ini seolah-olah mengawal pengurusan sumber manusia di BNM. Dakwanya, berlaku pelbagai diskriminasi, penindasan yang melibatkan kenaikan gaji dan pangkat. Baiklah, orang boleh mempertikaikan dakwaan itu. Mungkin ada yang mendakwa pengadu ini mungkin tidak berpuas hati atau sengaja memburuk-burukkan BNM kerana masalah peribadi. Namun, jika benar dakwaannya, maka sudah tentu kita bersimpati dengan nasibnya. Poinnya, BNM telah mengupah syarikat Yahudi. Pengadu juga mendakwa syarikat tersebut menerima bayaran yang agak tinggi. Jika benar, maka besar sungguh peranan syarikat Yahudi dalam kerajaan Najib. Kerajaan Malaysia (Najib) mengupah APCO, sistem pengkomputeran PDRM menggunakan khidmat syarikat yang dikaitkan dengan Israel (lawak, DSAI telah membangkitkan isu sejak dahulu lagi- tiba-tiba jurublog UMCO mendakwa membuat pendedahan tentang hal itu.) Siang malam, mulut penyokong UMCO membidas Yahudi, menyokong Palestin, menghantar bantuan ke Palestin, namun dalam masa yang sama, kerajaan membayar puluhan juta kepada syarikat Yahudi atas kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh anak tempatan. Sudahlah merendah-rendahkan kemampuan syarikat tempatan, syarikat Yahudi pula dibela dan dikayakan. Saya petik: [AduanRakyat] Salam sejahtera, Kami kakitangan Bank Negara (BNM) ingin membuat aduan bahawasanya pihak pengurusan BNM telah menggunakan perkhidmatan penasihat syarikat USA yang menggunakan kepakaran Israel dalam bidang pengurusan-pengurusan sumber manusia. Kami percaya khidmat syarikat yahudi Israel tersebut, iaitu Hay Group telah digunakan secara muslihat tanpa pengetahuan Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib Tun Abd Razak. Syarikat Hay Group telah memecah-belahkan kakitangan BNM dengan mewujudkan kasta atau martabat manusia dengan menamakan sistem pekerja sebagai 'strategik' dan 'operation'. Seterusnya mereka telah memberi imbuhan gaji yang terlampau tinggi terhadap golongan yang mereka namakan strategik tanpa justifikasi yang munasabah. Sedangkan perkara ini tidak dilakukan dalam jabatan-jabatan kerajaan lain (juga badan-badan berkanun lain). Lebih teruk dari itu, kami percaya bayaran imbuhan yang dibayar kepada Hay Group adalah sangat tinggi sehinggakan pihak Jabatan Audit Dalam pernah menimbulkan kes ini. Malangnya bagaikan ada suatu 'tangan ghaib' yang telah menutup kes ini untuk disembunyikan. Hay Group telah meletakkan seorang stafnya sebagai pengarah di BNM untuk terus melakukan huru-hara. Penganiayaan demi penganiayaan dibuat kepada kakitangan BNM.-By: G Seorang pengunjung di Aduan Rakyat memberikan komen (respons) dengan menganggap bahawa pengadu, iaitu G hanya membuat keluahan peribadi bukannya mewakili pandangan majoriti kakitangan di BNM. Hal ini demikian kerana pemberi komen yang mengunakan nama samaran PKA mendakwa bahawa dia juga tidak mendapat imbuhan seperti dinyatakan oleh pengadu. Namun, PKA yang mendakwa kakitangan BNM itu TIDAK menafikan peranan Hay Group di BNM. Sumber: Duniacacamarba |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan