Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- Tunjukkan dimana kezaliman kami - Guan Eng
- Bersih 2.0 : Khutbah Jumaat Jadi Wadah Sebar Fitnah?
- Wan Ahmad Dicabar Buktikan Kata-Katanya
- Pewaju kutuk demonstrasi ganas Umno, PERKASA
- PSM 6 ditangkap semula ikut EO selepas dibebaskan
- BERSIH 2.0: Polis tangkap 14 orang di Alor Setar
- Exco S'gor ditangkap selepas ceramah dengan MB
- Maria: Apa jua halangan, BERSIH tetap diteruskan
- Pakai baju BERSIH 'di dalam' juga ditangkap polis
- Sistem baru SPR tak mampu kesan pengundi hantu
Tunjukkan dimana kezaliman kami - Guan Eng Posted: 02 Jul 2011 01:45 AM PDT TASEK GELUGOR, 2 Julai: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bersekongkol dengan 'demo jalanan' di hadapan Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam supaya tunjukkan dimana kezaliman kerajaan negeri Pulau Pinang. "Buktikan di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat sejak mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional (BN) pada tahun 2008," kata Lim Guan Eng. Semalam Pemuda Umno telah membuat demonstrasi kononnya membantah Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng kerana menyokong Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 yang bakal diadakan di ibu negara pada 9 Julai 2011 ini. Mereka membawa sepanduk dan banner-banner kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai anti Islam, dan menyebabkan perpecahan Islam. Mereka juga turut memakai pengikat kepala yang bertulis kalimah "Lailahaill Allah". (gambar atas) Namun di sebalik perhimpunan ini, ada perkara yang harus diketahui oleh semua pihak. Antaranya bagaimana wanita ini turut memakai kain pengikat kepala dengan kalimah "Lailahaill Allah" secara terbalik. Malah dia juga tidak menutup aurat. Bagi Lim Guan Eng, apa yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk memastikan rakyat mendapat manafaat hasil penjimatan, anti rasuah dan tidak menggunakan pengeluaran untuk kroni. "Beri contoh di mana kezaliman Kerajaan Pakatan Rakyat pernah lakukan, Adakah bantuan kepada warga emas, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), golongan miskin, bantuan kepada anak yang nak ke Univesiti RM500 dan sebaganya merupakan kezaliman. Susahlah jadi macam Umno, Gerakan, MCA atau MIC mereka asyik kutuk tapi tak tahu menilai, " katanya. Beliau berkata demikian dalam majlis penghargaan RM1,000 kepada 380 waris warga emas yang meninggal dunia peringkat Seberang Perai Utara (SPU) di Dewan Besar Sungai Dua pagi tadi. Menurutnya, kenapa Umno dan NGO yang terlibat tidak pernah memahami dasar Kerajaan Pakatan Rakyat yang jelas membantu semua kaum tanpa memilih bulu seperti yang BN laksanakan semasa memerintah dulunya. Sebenarnya Umno dan BN dengki melihat perkembangan terbaru di mana rakyat telah mula sedar apa yang kerajaan korbankan demi rakyat umpamanya menambah peruntukan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) ke tahap yang lebih tinggi. Begitu juga peruntukan kepada agama lain, kata beliau. Mereka selalu gunakan alasan Kerajaan Negeri menganiaya peniaga Melayu tetapi sebenarnya bukan. Kejadian sebenar ialah kerajaan cuba selamatkan mereka daripada mendapat sakit dirempuh kenderaan apabila berniaga di kaki jalan, kotor dan mengganggu jalanraya. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai maklumat siapa yang inaya siapa, kata beliau. Peniaga Melayu yang terlibat dengan pengrobohan gerai hanya sekitar 15 peratus sahaja itu pun diberikan lokasi ganti yang cantik manakala peniaga bukan Melayu ramai iaitu 85 peratus. "Kita roboh ada alasan bukan menginaya peniaga sendiri lagipun bukan melayu sahaja diroboh tetapi cina dan India turut terlibat, " tegasnya. Sumber: Harakahdaily |
Bersih 2.0 : Khutbah Jumaat Jadi Wadah Sebar Fitnah? Posted: 02 Jul 2011 01:40 AM PDT KOMENTAR : Keunggulan Islam di Malaysia akan tercemar jika umat Islam tidak bangkit untuk menolak penggunaan masjid bagi mencapai agenda politik parti pemerintah. Penggunaan Khutbah Jumaat untuk menfitnah penganjur dan peserta Bersih 2.0 harus dibidas oleh seluruh umat Islam; tidak kira mereka di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terpaksa mendengar khutbah itu sebelum menunaikan solat Jumaat semalam. Sumber: TVSNEWS |
Wan Ahmad Dicabar Buktikan Kata-Katanya Posted: 02 Jul 2011 01:35 AM PDT SHAH ALAM 2 JULAI : Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dicabar supaya tampil dengan bukti kukuh bahawa "hampir mustahil" seorang pengundi boleh membuang undi sebanyak dua kali pada satu-satu pilihan raya. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mahu Wan Ahmad bukan hanya berhujah lantang, sebaliknya membuktikan kata-kata beliau berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Malah badan itu perlu menjadikan amalan penambahbaikkan dalam mewujudkan sistem yang adil dan tidak terikat kepada kerajaan pemerintah. Sumber: TVSNEWS |
Pewaju kutuk demonstrasi ganas Umno, PERKASA Posted: 02 Jul 2011 01:30 AM PDT Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan pro-Umno yang "menyerang dan mengancam" wartawan semalam. Dua daripada wartawan berkenaan yang menjadi mangsa sikap agresif penunjuk perasaan itu telah membuat laporan polis. Pewaju juga meminta polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mengumunkan keputusan siasatan kepada orang ramai untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis. "Dalam satu demonstrasi di bawah pimpinan peniaga Komtar, Mohamed Ghani Abd Jiman yang mendakwa dirinya sebagai wakil NGO, sekurang-kurangnya tiga wartawan diserang atau diancam oleh penyokong demonstrasi," kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Pewaju juga menyatakan rasa kesal dan tidak puas hati dengan pihak polis yang didakwa gagal menjalankan tugas untuk melindungi rakyat apabila wartawan dijadikan sasaran oleh penyokong Umno dan PERKASA yang membuat bantahan ke atas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Kena tumbuk Berunsur ganas Sumber: Malaysiakini |
PSM 6 ditangkap semula ikut EO selepas dibebaskan Posted: 02 Jul 2011 01:25 AM PDT Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Michael Jeyakumar dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat (EO) sebaik mereka dibebaskan pada jam 2 petang tadi. Menurut peguam mereka, antara ahli lain yang ditangkap semula itu adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha bahagian Sungai Siput A Letchumanan dan pemimpin pemuda Sarat Babu. Menurut tweet PSM sebelum ini, mereka akan dibawa ke Bukit Aman di Kuala Lumpur. Bendahari PSM Siva Rajan pada sidang media di luar mahkamah Butterworth berkata kumpulan itu dibebaskan dari ibu pejabat daerah polis Kepala Batas, Pulau Pinang pada jam 2 petang ini. Namun, kata Siva (kiri) mereka ditangkap semula oleh anggota polis dari Bukit Aman yang bersedia menunggu di luar balai berkenaan. Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari. Kempen dilancarkan pada 24 Jun, menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Hubungan komunis Kebanyakan aktivis hak asasi manusia menganggap Ordinan Darurat lebih kejam daripada ISA. Seperti ISA, tidak perlu perintah reman daripada mahkamah untuk tangkapan seumpama ini. Sementara itu menurut Bernama, tangkapan Dr Jeyakumar dan lima ahli PSM yang ditahan semula di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969, disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar. Sambung reman Sumber: Malaysiakini |
BERSIH 2.0: Polis tangkap 14 orang di Alor Setar Posted: 02 Jul 2011 01:20 AM PDT Polis Kedah hari ini menahan 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR kerana didakwa bersubahat untuk cuba menghasut orang ramai menyertai perhimpunan BERSIH di Kuala Lumpur pada Sabtu depan. Semua mereka ditahan pada kira-kira jam 9.20 pagi ketika cuba mengadakan sidang media bagi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan itu dan membantah tindakan polis menahan aktivits BERSIH di sebuah restoran di Pekan Koboi di Alor Setar. Antara yang ditahan ialah, Timbalan Ketua Wanita PKR Kedah, Suraya Hashim; Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR negeri, Gooi Hsiao Leung dan Ketua PKR Cabang Kulim Bandar Baharu, Saari Fadzil Hud. Mereka juga didakwa cuba menjual kemeja T kuning dengan logo BERSIH. "Ini tidak demokratik," katanya. Namun, rayuannya tidak dihiraukan oleh pasukan polis yang diketuai oleh OCPD Adzman yang terus mengheretnya tanpa memberitahu apa dakwaanya. Hampir 100 anggota polis berkawal di tempat aktivis berkenaan dijadual berucap. Amaran polis Beliau juga mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan itu atau mana-mana majlis yang berkaitan BERSIH yang tidak mempunyai permit. "Kita juga sedang memantau semua ceramah di negeri ini. Kita memang bersiap sedia," katanya kepada wartawan. Sumber: Malaysiakini |
Exco S'gor ditangkap selepas ceramah dengan MB Posted: 02 Jul 2011 01:15 AM PDT Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu ditangkap selepas tengah malam tadi dan dilaporkan 'dipaksa' keluar dari kereta Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang ditumpanginya. Pada kejadian 12.20 pagi itu, beberapa ahli exco baru sahaja selesai menghadiri sebuah majlis ceramah di Hulu Selangor dan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur sebelum ditahan oleh polis pada pertengahan jalan. Menurut rakan exco yang juga saksi kejadian Elizabeth Wong (kanan), mereka berkonvoi kira-kira "lapan atau sembilan" kereta yang diketuai oleh sebuah kereta peronda polis di sebatang jalan di Rawang apabila tahanan dibuat. "Kereta peronda di hadapan kami tiba-tiba mula bergerak perlahan manakala sebuah lagi kereta peronda memecut dari belakang kami. Liu yang bersama Khalid dibawa ke kereta peronda itu tanpa sebarang penjelasan," kata Wong yang memerhatikan kejadian dari keretanya. Katanya, ceramah berkenaan dianjurkan oleh kerajaan negeri dan Liu sebelum itu ada berucap tetapi beliau tidak pasti kandungan ucapannya kerana beliau tiba hanya selepas rakannya itu selesai berucap. Khalid kemudian menulis di akaun Twitter peribadinya bahawa Liu ditangkap kerana meminta rakyat turun bersama menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini. Menteri Besar itu juga menulis Liu ditahan di balai polis Serendah. "YB Ronnie baru ditangkap polis ketika pulang bersama saya. Kereta kami yang diiringi polis dihentikan, dan polis memaksa YB Ronnie keluar," tulisnya. Sejak minggu lalu, polis terus menghambat penyokong perhimpunan BERSIH dengan menangkap tidak kurang 100 orang di seluruh negara, termasuk wakil rakyat Pakatan. |
Maria: Apa jua halangan, BERSIH tetap diteruskan Posted: 02 Jul 2011 01:10 AM PDT Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini akan tetap diteruskan meskipun pihak polis menegaskan akan memastikan perhimpunan itu tidak akan berlaku. Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya akan cuba memohon untuk mengadakan dialog kali kedua bersama pihak polis, laporKeadilanDaily.com. Namun sekiranya gagal berbuat demikian, Maria berkata bahawa perhimpunan itu akan tetap diteruskan. "Kalau mereka berkeras saya amat kecewa dengan tindakan mereka. Namun kita masih memohon agar sesi dialog akan dibuat untuk kali kedua. "Apapun kami tetap akan mengusulkan dan membuat rundingan sekali lagi.Walau apapun halangan, perhimpunan akan diteruskan," katanya. Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar semalam, bahawa polis telah menutup semua pintu rundingan dengan penganjur. Ia berikutan pertemuan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mencari jalan rundingan dengan polis sendiri bagi menentukan jalan laluan peserta BERSIH ke Istana Negara. Bercakap pada sidang media di Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas peserta perhimpunan itu. Cabuli hak manusia Sumber: Malaysiakini |
Pakai baju BERSIH 'di dalam' juga ditangkap polis Posted: 02 Jul 2011 01:05 AM PDT Tiga anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Batu Gajah, Perak pada jam 9.20 pagi ini kerana memakai kemeja T kuning BERSIH 2.0, meskipun mempunyai baju lain di luarnya. Menurut timbalan setiausaha PKR Perak Tan Kar Hing, ketiga-tiga mereka ketika kejadian sedang menikmati minuman teh apabila ditahan polis. "Polis minta mereka buka baju dan tahan mereka apabila baju dalam yang dipakai adalah baju BERSIH," lapor Tan. Ahli PKR itu dikatakan sedang menikmati minuman pagi dan tidak melanggar sebarang undang-undang sebelum didatangi beberapa orang pihak polis. Seorang anggota polis itu dikatakan secara tiba-tiba bertindak menyelak baju yang dipakai salah seorang daripada mereka dan menampakkan baju kuning BERSIH 2.0 yang dipakai di bahagian dalam dan terus ditangkap. Mereka yang ditangkap itu adalah timbalan ketua cawangan Batu Gajah Adnan Talib, 50, naib ketuanya Anthony Wijaya, 50, dan pengarah skuad Pemuda Perak Tamil Selvam, 28. Ketiga-tiga lelaki itu kemudiannya dibawa ke balai polis Batu Gajah untuk siasatan. Hak buka baju Sementara itu, Harakahdaily melaporkan ADUN Tronoh S Sivakumar dan peguam Ng Mun Yin turut mengiringi ahli PKR itu ke balai polis. Sivakumar ketika diminta mengulas perkara itu menyifatkan, polis bertindak keterlaluan dan tidak menghormati rakyat. "Mereka pakai T-shirt BERSIH di dalam, di luar baju lain, polis pergi buka baju mereka, apa kuasa polis buka baju orang cek dalam pakai baju apa?" soalnya tidak berpuas hati. Sementara itu, Ng pula memaklumkan mereka ditahan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan.Polis juga ujarnya memberi jaminan semua yang ditahan akan dibebaskan hari ini. Sejak seminggu ini, semakin ramai yang ditangkap. Awal pagi tadi, exco Selangor Ronnie Liu ketika dalam perjanan pulang bersama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ditangkap di Hulu Selangor manakala di Alor Setar, 14 orang yang sebahagian besar mereka ahli PKR juga dicekup oleh polis. |
Sistem baru SPR tak mampu kesan pengundi hantu Posted: 02 Jul 2011 01:00 AM PDT Sistem baru online Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mampu mengesan pengundi hantu yang didaftarkan di sesuatu alamat, sebagaimana yang dijanjikan oleh badan itu. Khamis lalu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar mendakwa sistem baru itu membolehkan seseorang pengundi memantau sama ada alamat rumahnya digunakan untuk mendaftar pengundi hantu. Jika wujud kes sedemikian, katanya, pendaftar yang sah boleh mengemukakan aduan untuk tindakan lanjut SPR. BagaimanapunMalaysiakinimendapati sistem baru yang dicanang oleh SPR itu hanya membolehkan lebih daripada satu pengundi memeriksa butiran pendaftaran mereka dengan menggunakan nombor kad pengenalan mereka. Sistem itu tidak akan memberikan maklumat mengenai jumlah pengundi dalam sesebuah rumah jika hanya alamat rumah disertakan dalam carian. Penyelaras Jaringan Pemantau Pilihanraya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong berkata sistem carian baru SPR tidak menunjukkan sebarang kelainan berbanding kaedah sebelum ini. "Apa yang kami perlukan ialah sebuah sistem yang membenarkan butir-butir tempat mengundi diperolehi berasaskan maklumat seperti alamat rumah dan bukan hanya dengan nombor kad pengenalan," katanya. Menurut Ong, SPR sebelum ini juga telah menolak cadangan itu beberapa tahun lalu kerana mendakwa ia membabitkan kos yang tinggi. "Sebenarnya ia tidaklah mahal atau sukar dilaksanakan. Ia lebih kepada sama ada SPR mempunyai iltizam untuk berbuat demikian. SPR lebih cenderung untuk mengekang penyaluran maklumat kepada pihak awam," katanya. Sumber: Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan