Sabtu, 2 Julai 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Mengecam Penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput

Posted: 02 Jul 2011 05:27 PM PDT

Kenyataan Media

Saya mengecam penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat. Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.

Sebagai Ketua Pembangkang Dewan Rakyat Malaysia, saya menegaskan penahanan Dr Michael Jeyakumar di bawah Ordinan Darurat merupakan suatu penghinaan terhadap amalan Demokrasi dan Institusi Parlimen negara ini. Beliau selaku Ahli Parlimen yang dipilih berhak menyuarakan hasrat rakyat yang mahukan pilihanraya yang bersih dan adil.

Beberapa hari ini pihak pemerintah cuba memintal fitnah dengan mengaitkan tuntutan Pilhanraya yang bersih dan adil dengan gerakan subversif. Sedangkan sudah beberapa kali Sekretariat Bersih menegaskan perhimpunan yang bakal diadakan pada 9 hb Julai 2011 ini merupakan perhimpunan aman. Malah Sekretariat Bersih sedaya upaya berbincang dengan pemerintah agar tuntutan berkaitan pilihanraya dapat dilaksanakan. Akan tetapi gesaan dan tuntutan itu ditolak dengan penuh keangkuhan. Sewajarnya pemerintah tidak perlu gentar dengan tuntutan yang berharap membawa kebaikan buat rakyat dan negara Malaysia.

Saya menggesa pemerintah dengan segera membebaskan semua yang ditahan kerana dituduh terlibat dengan Bersih termasuk Dr Jeyakumar Devaraj dan lima yang lain. Saya juga menuntut pemerintah menghormati dan mematuhi prinsip Kedaulatan Undang-Undang serta Perlembagaan sepertimana yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Kenyataan Surendran Berkaitan Pengharaman Bersih / Surendran’s Statement On The Outlawing Of Bersih

Posted: 02 Jul 2011 06:35 AM PDT

Kenyataan Media
2 Julai 2011

Pengharaman BERSIH

Kami mengutuk keras tindakan Menteri Dalam Negeri yang mengisytiharkan Bersih sebagai pertubuhan haram di bawah seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966.

Bagaimanakah sebuah pergerakan untuk pilihan raya yang adil menjadi ancaman kepada keselamatan?

Bagaimanakah sebuah perhimpunan aman dengan matlamat demokrasi yang murni menjadi ancaman kepada keselamatan awam?

Arahan yang dibuat Menteri adalah tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan. Seksyen 5 Akta Pertubuhan adalah bercanggah dengan Artikel 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan berpersatuan untuk rakyat.

Menteri turut menyalahgunakan kuasanya di dalam mengeluarkan perintah tersebut memandangkan tindakan tersebut bermotifkan politik dan berhasrat mengekang kritikan terhadap Kerajaan BN.

Kami menuntut perintah tersebut dibatalkan dan semua yang ditahan berkaitan dengan Bersih dibebaskan serta-merta.

N. Surendran
Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat

====

Press Release
2 July 2011
The Outlawing of BERSIH

We strongly condemn the act of the Home Minister in declaring Bersih unlawful under s.5 Societies Act 1966.

How can a movement for fair elections be a threat to security?

How can a peaceful assembly with a noble democratic purpose be a threat to public order?

The order made by the Minister is void and unconstitutional. S.5 Societies Act is in flagrant breach of Article 10(1)(c) of the Federal Constitution which guarantees the rakyat’s freedom of association.

The Minister also abused his powers in issuing the order as his motives were political and intended to stifle criticism against the BN government.

We demand that the order be revoked immediately and all those arrested in relation to Bersih be released at once.

N.Surendran,
Vice President,
Parti Keadilan Rakyat

Tiada ulasan: