Ahad, 3 Julai 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Polis, sila BERSIHkan Pusat Judi HARAM di Nilai, N.Sembilan

Posted: 03 Jul 2011 12:50 AM PDT



Kepada abang-abang polis yang sibuk tangkap orang pakai baju BERSIH, terutama Timbalan Ketua Polis Negara yang berasal dari Negeri Sembilan, sila BERSIHkan Negeri Sembilan dari Pusat Judi Online HARAM tak BERLESEN ni yang bersepah di mana-mana tempat. Nak harapkan PERKASA, mengabihkan bogheh yo ! Kuman Seberang Laut Nampak, Gajah Depan Mata Tak Nampak!


PUSAT JUDI ONLINE DI TAMAN PERUMAHAN CEMPAKA
Aduan Rakyat, 2 Julai 2011

Di sini saya ingin mengharapkan bantuan pihak berkuasa untuk membanteras operasi pusat perjudian online yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan.

Bukan hanya satu tetapi lima pusat perjudian yang sangat berhampiran, tetapi malang nya pihak berkuasa seperti ambil sikap pejam mata. Pusat perjudian yang saya maksudkan terletak di Taman Perumahan Cempaka di Nilai.

Harap pihak yang berkenaan dapat membanteras pusat berkenaan dengan segera.

By: hasfian

http://www.aduanrakyat.com.my/pusat-judi-online-di-taman-perumahan-cempaka

Tiada ulasan: