Jumaat, 29 April 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


28 orang anggota baru PKR menyertai melalui program PKR Kuala Krau

Posted: 29 Apr 2011 05:39 AM PDT

Seramai 28 orang anggota baru menyertai PKR melalui beberapa program yang dianjurkan oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau bulan ini.

15 darinya menyertai PKR Cabang Kuala Krau, 11 menyertai Cabang Jerantut manakala 2 orang lagi menyertai Cabang Pekan.

Seramai 6 orang lagi menyertai PKR Cabang Jerantut dan 2 orang menyertai PKR Cabang Kuala Krau yang akan juga diserahkan melalui Setiausaha PKR Negeri Pahang pada hujung bulan ini.

Keseluruhan penyertaan anggota baru yang dibuat melalui Cabang Kuala Krau untuk bulan ini adalah seramai 36 orang.

Beberapa Ranting PKR di Cabang Kuala Krau turut menerima permohonan anggota-anggota baru di Ranting masing-masing dan akan diserahkan kepada Cabang Kuala Krau untuk kelulusan diperingkat Cabang sebelum diserahkan kepada PKR Negeri Pahang untuk dipanjangkan kepada PKR Pusat.

Tiada ulasan: