Jumaat, 29 April 2011

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Eskay akhirnya muncul lakukan sumpah laknat

Posted: 29 Apr 2011 01:50 AM PDT

Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

NONE
Beliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

NONE
Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Aku bersumpah aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Sekiranya aku memfitnah, Allah akan melaknat akan ku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

NONE
Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.


Sumber: Malaysiakini

Soi Lek sanggup undi PKR jika sedia mansuh hak Melayu

Posted: 29 Apr 2011 01:39 AM PDT


KUALA LUMPUR, 29 April — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu.

"Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR," kata presiden MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.

Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan.

"Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.

Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka," kata beliau.

Dalam video bertajuk "Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara", bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun katanya, janji-janji Pakatan Rakyat memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.

"Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.

"Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan," katanya.

Dr Chua berkata, harapan mesti bersandarkan pada realiti politik, dengan menekankan ia hanya boleh dipenuhi dengan menyokong MCA dalam lingkungan BN, perikatan yang memerintah.

"Jadi, anda boleh ada harapan anda tetapi harapan perlu bersandarkan realiti politik negara ini," katanya lagi.

Malah dalam video 84 saat itu, Dr Chua juga mengingatkan bahawa agenda politik PAS ialah mempromosikan Islam.

Pandangan Dr Chua ini muncul beberapa hari selepas keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April di mana BN hilang di kesemua kerusi majoriti Cina.

Media lucah: Apa peranan KDN

Posted: 29 Apr 2011 01:36 AM PDT


KUALA LUMPUR, 29 April: PAS kesal terhadap media perdana yang dikuasai oleh Umno BN yang tidak beretika dan bermoral kerana menyiarkan gambar lucah di dalam akhbar mereka.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, ini satu tindakan yang tidak bermoral dan melanggar etika kewartawanan dan tatasusila agama demi mencapai cita-cita politik mereka.

Pada mereka, katanya soal moral dan etika tidak diperhitungkan lagi.

"Apakah negara kita sudah hilang nilai-nilai ketimuran sehingga sanggup mengaibkan individu yang belum lagi dibuktikan kesalahannya?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, sudah dua kali media perdana menyiarkan gambar lucah berhubung dengan video seks yang dituduh pelakunya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"PAS ingin mengingatkan kerja ini ialah kerja yang menempah dosa dan akan mendapat pembalasan daripada Allah," tegasnya.

Katanya, sejak mutakhir ini media perdana tidak lagi segan silu untuk menyiarkan berita yang tidak layak disiarkan lebih-lebih lagi keputusan belum lagi diputuskan oleh mahkamah.

Begitu juga, ujarnya berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian bertajuk "Lelaki Y ialah Anwar".

Ini, katanya merujuk kepada kes yang sedang dibicarakan mengenai kes liwat Anwar sedangkan lelaki Y yang dilaporkan ialah hujah pendakwa, yang belum lagi ditentukan kesahihannya.

"Kenapa hujah balas pembela tidak disiarkan sama di tajuk muka depan?" tanya beliau lagi.

Ini, katanya sudah tentu ada agenda jahat yang tersirat.

PAS, tambahnya hairan ke mana pergi peranan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang hanya pandai memantau penerbitan Pakatan Rakyat sahaja.

"Apakah semua laporan yang disiarkan mengenai pemimpin Pakatan Rakyat walaupun fitnah dan menyalahi akta penerbitan dan mesin cetak tidak boleh diambil tindakan.

"Apakah akta ini hanya untuk menjaga parti Umno BN sahaja?" soalnya lagi.


Sumber: Harakah Daily

Anwar : Umno Cetus Budaya Takut Pancing Undi Melayu

Posted: 29 Apr 2011 01:34 AM PDT


KUALA LUMPUR 29 APRIL : Idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang dibawa Utusan Malaysia adalah satu petanda jelas Umno sanggup melaga-lagakan kaum Melayu dan Cina untuk mendapatkan undi masyarakat itu di kawasan-kawasan luar bandar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Anwar mendakwa Umno mewujudkan "budaya takut" dengan memberi gambaran salah kononnya kaum Cina mahu menguasai asas politik daripada orang Melayu, yang merupakan majoriti penduduk negara ini, bagi tujuan memperoleh undi maksimum menjelang pilihan raya umum ke-13.

Ketua Umum Pakatan Rakyat itu juga mendakwa Datuk Seri Najib Razak memperakui dan mengesahkan pendirian Melayu ultra yang semakin meningkat di pihak Umno, meskipun Perdana Menteri menolak idea "1Melayu, 1Bumi" atas alasan ia pandangan peribadi editor Utusan.

"Umno menggunakan budaya takut dalam mewujudkan ilusi permusuhan ini dalam bentuk orang Cina... jadi orang Melayu perlu bergantung pada Umno. Jika yang ini berlaku, saya melihat orang Melayu digantung oleh Umno," kata Anwar (gambar) kepada The Malaysian Insider dalam satu temu bual eksklusif diadakan Rabu lalu.

Anwar, Ketua Umum PKR berkata Umno menerusi Utusan telah menyalah tafsir kaum Cina sebagai oportunis politik dan ia satu kedudukan agresif ekoran asas sokongan kepada parti Melayu yang semakin terhakis selain gagal dalam menangani isu-isu nasional.

"Umno akan sentiasa mencetuskan musuh sama ada di luar ataupun dalam negara... ini menunjukkan hipokrasi Najib dan pentadbirannya dalam usaha cuba menonjolkan ia sebagai suara bebas, moderat.

"Saya tidak pernah menerima andaian bahawa Utusan atau Umno benar-benar serius atau tulen dalam usaha mereka mempertahankan orang Melayu, ia usaha terdesak untuk mendapatkan sokongan," kata Ketua Pembangkang di Parlimen ini.

Bekas timbalan perdana menteri ini berkata Umno telah diberi separuh abad untuk mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu tetapi mereka hanya melindungi anggota keluarga, kroni," katanya lagi.

Anwar juga berkata Najib telah melepas tangan dalam isu Utusan yang bertindak sebagai Melayu ultra.

Katanya, Najib sebagai presiden Umno ada suara secara langsung ke atas pendirian editorial yang diambil oleh Utusan, yang dimiliki Umno.

"Utusan terletak di bawah kawalan langsung presiden Umno... saya tahu perkara ini kerana media diselaras secara tidak langsung menerusi pejabat perdana menteri dan presiden Umno ada kawalan langsung.

"Untuk mengatakan ini langkah Utusan dan beliau komited kepada gagasan 1 Malaysia adalah hipokrisi kerana sepanjang sejarah Umno, presiden ada suara dalam berita-berita (disiarkan) Utusan," kata pemimpin berusia 63 tahun ini.

Utusan melemparkan serangan ke atas DAP sejak pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu sambil mendakwa parti komponen Pakatan Rakyat itu menggunakan sentimen-sentimen perkauman untuk memperoleh undi komuniti Cina.

Minggu lalu, akhbar itu mengesyorkan idea gerakan "1Melayu, 1Bumi" yang turut disahut oleh Perkasa.

Perkasa akan melancarkannya di Alor Setar, esok.

Anwar berkata tidak salah bagi mana-mana pergerakan Mealyu memberi tumpuan untuk memperbaiki keadaan ekonomi komunitinya, tetapi mengingatkan pergerakan sedemikian seharusnya mengutamakan majoriti Melayu dan Bumiputera yang masih miskin dan ia harus berasaskan "keperluan."

"Kita mesti mengakui bahawa majoriti rakyat Malaysia yang miskin adalah orang Melayu dan Bumiputera.

"Dan, kita tidak boleh mengabaikan keadaan ini, banyak yang perlu dilakukan, tetapi pada masa yang sama, kita mesti tegas dalam dasar-dasar kita untuk mengadakan program tindakan afirmatif berasaskan keperluan," katanya lagi.-The Malaysian Insider

Video seks: Polis sekongkol dengan BN, dakwa PKR

Posted: 29 Apr 2011 01:25 AM PDT

PKR mendakwa polis bersekongkol dengan BN berhubung sebuah video seks yang didakwa membabitkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan aksi seks dengan seorang pelacur.

NONE
Pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pemimpin parti itu mendakwa polis bertanggungjawab menuduh Anwar sebagai pelaku dalam video seks berkenaan.

Naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata beliau mendapat aduan seorang pegawai polis yang dikenali sebagai SAC1 Isa Abdul Rahman dari Bukit Aman telah memberi ceramah kepada guru-guru di beberapa sekolah di Kelantan sejak beberapa bulan lalu dan mencemarkan nama baik bapanya itu.

"Saya diberitahu pegawai dari Bukit Aman itu memberitahu guru-guru di Kelantan bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara dan pelaku video itu adalah Anwar.

Kita mengecam perbuatan ini dilakukan sendiri oleh pegawai tertinggi Bukit Aman," katanya.

NONE
Rakan naib presiden PKR Tian Chua juga senada menuduh polis "menari mengikut rentak parti pemerintah".

Katanya, beliau secara peribadi juga mendapat aduan bahawa pekerja parti berbangsa Melayu PKR telah diberikan 'nasihat mesra' daripada polis.

"Pekerja pilihan raya kami telah dipanggil dan diberi ceramah oleh polis yang berkata Anwar adalah lelaki di dalam video itu dan mereka mempunyai maklumat dalaman.

"Ini bukan kes terpencil. Ramai ahli kami yang berbangsa Melayu dijadikan sasaran untuk diberikan 'nasihat' bahawa Anwar adalah pelakunya. Kata-kata seumpama itu telah banyak dialami oleh ahli PKR," katanya.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, TV Selangor melaporkan gambar Anwar yang dirakam pada 22 Febuari lalu, jelas membuktikan beliau bukan pelaku dalam video lucah Datuk T yang diambil sehari sebelumnya.

Ketika membandingkan dua gambar itu pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, rambut individu dalam klip video berkenaan lebih nipis jika dibandingkan dengan rambut Anwar yang lebih tebal.

NONE
Gambar yang dicetak dari laman web TV Selangor itu menunjukkan rambut ketua pembangkang lebih tebal ketika hadir ke perbicaraannya pada 22 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Saya tidak tahu kalau rambut Datuk Seri Anwar tumbuh dengan cepat," katanya.

Perbezaan dalam dua gambar itu mengukuhkan pendirian kepimpinan parti yang konsisten menyatakan bahawa Anwar difitnah oleh gadingan Datuk T dan juak-juak Umno untuk mendapat sokongan pengundi Melayu.

Datuk T merangkumi ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

azlan
Mereka menayangkan video itu pada 21 Mac kepada wartawan dan ahli politik terpilih, dengan mendakwa Anwar adalah pelaku dalamnya.

Gandingan itu kemudian mengugut untuk menyebarkan video itu jika Anwar dan isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak berundur dari politik.

Anwar membuat laporan polis terhadap Datuk T manakala Angkatan Muda Keadilan membuat pertuduhan qazaf terhadap tiga individu itu yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Nik Nazmi berkata penyebaran video itu menerusi Internet dan risalah berbentuk lucah adalah cubaan terdesak Umno-BN yang cuba menjatuhkan maruah Anwar dan keluarganya.


Sumber: malaysiakini

Mat Sabu: PAS perlu kekal dalam Pakatan

Posted: 29 Apr 2011 01:20 AM PDT

Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu berkata, beliau berpandangan bahawa parti Islam itu perlu kekal bersama Pakatan Rakyat walau walau apa saja nasib yang bakal menimpa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

azlan

Tegasnya, keputusan berhubung kedudukan PAS dalam Pakatan tidak harus dibuat secara bersendirian oleh mana-mana pemimpin PAS tetapi dibuat oleh parti.

Katanya, isu melibatkan tayang video lucah oleh trio Datuk T itu juga masih dalam siasatan dan beliau perbincaraan kes Liwat II juga masih berjalan.

"Saya berharap ada siasatan menyeluruh kemudian selepas itu barulah kita berbincang.

"Setakat apa yang berlaku sekarang ini, (ia) bertaraf spekulasi dan kita tidak mahu komen atas spekulasi.

"Siasatan yang berwibawa mesti datang daripada pakar dan sebagainya dan hasil siasatan itu kita akan bincang sama ada hendak terima atau tidak," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

alleged four full sex videos on youtube 290411 17

Tambahnya, parti itu juga tidak akan membuat pendirian rasmi kerana isu berkenaan setakat ini masih dilihat sebagai satu spekulasi.

"Kita tidak akan membuat pendirian selagi perbincangan rasmi tidak dibuat di peringkat parti dan di peringkat hukum.. kita akan tunggu di peringkat majlis syura ulama.

"Kalau (pandangan dibuat) di peringkat peribadi dia tidak secocok dengan pandangan jitu yang akan dibuat oleh majlis ulama," katanya.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dalam sidang media sama turut menyatakan bahawa beliau setakat ini masih sedia untuk bertanding bagi merebut jawatan timbalan presiden PAS dalam pemilihan pada Jun.



Sumber: Malaysiakini

PAS: Jangan permainkan sumpah laknat

Posted: 29 Apr 2011 01:18 AM PDT

PAS mengingatkan semua pihak tidak mempermainkan sumpah laknat seperti yang mahu dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini berhubung video seks yang didedahkannya, laporHarakahdaily.

pas muktamar 130610 tuan ibrahim tuan man
Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat seseorang yang dituduh.

Bagaimanapun katanya, penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.

"Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie.

"Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.

"Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah)," katanya.

NONE
Beliau mengulas hasrat Eskay yang mahu bersumpah laknat di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali hakim mahkamah syariah.

"Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?" soal Tuan Ibrahim.

Harussani Zakaria
Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah atau kerana pelaku dalam rakaman video seks masih belum dibuktikan lagi.

"Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar... lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

"Dalam video itu, kita belum tahu siapa pelakunya, kalau nak bersumpah mubahalah pun kena tunggu bukti dulu tapi kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku," katanya.


Sumber: malaysiakini

'Beli Undi': 'Tunjuk bukti Iban pekerja parti'

Posted: 29 Apr 2011 01:05 AM PDT

Timbalan setiausaha agung Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Datuk Seri Wong Soon Koh atau partinya boleh dituduh melanggar undang-undang jika mereka gagal membuktikan bahawa 100 orang Iban telah dilantik secara sah sebagai pekerja dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, kata setiausaha DAP Sarawak, Chong Chieng Jen.

sibu by election 070510 wong soon koh
Chong mencabar Soon Koh (kiri) atau SUPP menunjukkan resit
sebagai bukti mereka dilindungi oleh skim Pertubuhan Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso) dan berdaftar dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

"Mereka wajib menyediakan perlindungan terhadap pekerja mereka di bawah Perkeso dan membuat caruman KWSP," katanya dalam satu sidang akhbar di Kuching semalam.

"Sejak Soon Koh kata mereka adalah pekerja parti dan mereka datang mengambil gaji masing-masing Isnin lepas, maka saya mahu beliau mengemukakan buktinya," katanya.

Chong Chieng Jen speaking to reporters in Kuching
Chong (kanan), yang baru-baru ini mengekalkan kerusi DUN Kota
Sentosa, berkata di bawah Akta Perkeso dan KWSP, majikan dikehendaki menyediakan perlindungan Perkeso ke atas pekerja dan mencarum kepada KWSP sekalipun hanya berkerja sehari ataupun satu minggu.

"Soon Koh atau SUPP kata mereka mengambil orang Iban tersebut bekerja, oleh mereka mesti dilindungi di bawah Perkeso dan KWSP.

"Jadi, saya cabar Soon Koh mengemukakan resit bayaran untuk pekerja tersebut dan caruman KWSP mereka. Jika tidak, saya menggesa Perkeso dan KWSP supaya cari Wong," katanya.

Chong berkata, ramai majikan didenda atau dihukum kerana tidak sedar bahawa mereka perlu melindungi pekerja mereka di bawah Perkeso dan mencarum kepada KWSP.

NONE
Dalam sidang akhbar di Sibu Rabu lalu, Soon Koh mendakwa orang
Iban tersebut bekerja untuk SUPP dalam pilihan raya negeri baru-baru ini, dan mereka datang mengambil gaji mereka di ibupejabat parti itu di Sibu Isnin lalu.

Beliau mengecam pembangkang yang mendakwa orang Iban tersebut datang untuk mengambil RM400 setiap seorang sebagai baki daripada RM500 yang dijanjikan jika mereka mengundinya di kerusi Bawang Assan.

Sementara itu, pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng telah membuat laporan di pejabat Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sibu berhubung dakwaan membeli undi di Bawang Assan sewaktu pilihan raya negeri.


Sumber: Malaysiakini

Perlukah sebuah parti Cina baru di Sarawak?

Posted: 29 Apr 2011 01:00 AM PDT

Berikut peralihan sokongan pengundi Cina pada pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April lalus, adakah parti kaum Cina yang baru dan pro BN boleh menyelesaikan pelbagai rungutan masyarakat Cina di negeri itu dengan kepimpinan negeri dan Kerajaan Pusat serta menjadi jawapan kepada permasalahan berkenaan?

NONE
Idea ke arah sebuah parti baru itu timbul berikutan musibah yang melanda Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) selepas hilang 13 daripada 19 kawasan bandar majoriti pengundi Cina ditandinginya, yang dilihat ramai orang termasuk dalam kalangan BN sendiri, sebagai satu penolakan besar-besaran pengundi terhadap SUPP.

Timbalan Pengerusi Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Johny Wong tidak yakin ia jawapannya kerana parti kaum Cina yang baru bagi menggantikan SUPP tidak akan dapat mengatasi permasalahan yang timbul apatah lagi ia diusahakan oleh bekas pemimpin SUPP dan anggota parti itu.

"Cerita yang sama akan berulang dan sebarang langkah untuk membentuk sebuah parti kaum Cina yang baru mestilah datang dengan perubahan kepimpinan secara menyeluruh," katanya ketika diminta mengulas cakap-cakap politik bahawa sebuah parti baru kaum Cina akan diwujudkan bagi menggantikan SUPP berikutan kekalahan teruk parti itu dalam pilihan raya negeri ke-10.

SUPP yang bertanding di 19 kerusi hilang 13 daripadanya, kebanyakannya kepada DAP. Daripada enam kerusi yang dimenangi SUPP, hanya dua merupakan kawasan majoriti Cina - Bawang Assan yang dimenangi Datuk Seri Wong Soon Koh dan Senadin oleh Datuk Lee Khim Shin.

Satu lagi faktor, sebagaimana diutarakan Presiden Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching dan Samarahan, Dr Chou Chi Ming adalah bahawa pengundi tahu kebanyakan calon DAP merupakan calon berpotensi tetapi sebaliknya bagi calon SUPP.

Beliau berkata pengundi mahu mengenali dan memberi peluang kepada calon-calon berpotensi, tidak mengira parti mana mereka wakili.

"Adakalanya barangan atau jenama baru bukannya sesuatu yang orang ramai mahukan. Perlu wujud satu keadaan hubungan sesama insan dan untuk memiliki nilai itu, calon-calon berpotensi itu mestilah berada bersama rakyat buat satu jangka waktu," katanya.

Selain itu, beliau percaya SUPP mempunyai publisiti yang buruk, dan mereka juga gagal bertindak menangani dengan pantas.

"Jika dianalisis dengan teliti, propaganda dan slogan yang dimainkan parti pembangkang tidak realistik, tetapi berjaya menjualnya ketika kehangatan pilihan raya, terutamanya apabila SUPP tidak melakukan yang sepatutnya untuk mengatasinya dengan pantas," katanya.

Namun, Dr Chou percaya bahawa masyarakat Cina Sarawak tidak gelabah dan tergesa-gesa mahu membentuk parti baru kerana mereka masih mempunyai peluang penting bagi membina semula SUPP dan memberikan parti itu nafas baru dengan perubahan ketara pucuk kepimpinannya.

"Muka-muka baru adalah satu perkara tetapi lebih penting mereka mestilah daripada peringkat akar umbi dan hidup bersama dalam kalangan masyarakat setempat serta membesar dengan mereka dalam apa jua keadaan," katanya.

Beliau menjelaskan bahawa usaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menampilkan muka baru dalam barisan calon parti itu untuk digandingkan dengan sebahagian muka lama yang dikekalkan ternyata langkah tepat, dan memberi keyakinan kepada pengundi sekaligus memenangi semua 35 kerusi ditandinginya.

Banyak penganalisis politi tempatan berkata semasa pilihan raya negeri 2006, pengundi telah memberikan amaran pertama kepada SUPP dan bahawa mereka tidak suka kepada apa yang dilakukan parti itu selepas tewas lapan daripada 19 kerusi ditandingi.

Mereka juga berkata parti itu lemah kerana pertelingkahan dalaman sebelum kehilangan sokongan PBB berhubung isu dasar tanah.

Selepas pilihan raya negeri Mei 2006, SUPP dilihat berupaya bergerak ke hadapan dengan pelan pemulihannya, berdasarkan kepada prestasi pada pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan parti itu menang enam kerusi Parlimen dan hanya tewas satu, kerusi Bandar Kuching kepada DAP.

Namun, pelan itu dilihat tidak dilaksanakan sepenuhnya dan pertelingkahan dalaman terus berlaku, menyebabkan banyak pengundi melihat parti itu sebagai "lemah dan pemimpin parti hanya sibuk menyelamatkan kedudukan masing-masing".

Tanggapan oleh pengundi Cina itu menjelaskan kenapa mereka mengalih sokongan kepada pembangkang pada pilihan raya kecil Sibu tahun lepas, menyebabkan SUPP kalah di kubu kuatnya dengan majoriti tipis kepada DAP, sebuah parti politik yang berpusat di Semenanjung.

Pemerhati politik berpendapat di sebalik "amaran kedua" itu, ramai pemimpin SUPP masih tidak berubah, dan yang paling menyedihkan parti itu dilihat banyak menabur janji-janji kosong menyebabkan pengundi berasa dipinggirkan.

"Ini membuat mereka menyampah, dan itulah sebabnya ramai pengundi terutamanya di kawasan bandar membuat keputusan malahan sebelum pilihan raya negeri diadakan," kata pemerhati politik yang tidak mahu dikenali.

Telah banyak diperkatakan mengenai politik masyarakat Cina, dan kini terserah kepada SUPP untuk benar-benar mendengar suara dan aspirasi kaum Cina Sarawak jika parti itu tidak mahu terkubur buat selama-lamanya.

- Bernama

Tiada ulasan: