Anwar Ibrahim |
- What offence has Anwar Committed? Why is He Being Hounded?
- Sumpah Eskay: Itu Kerja Orang Jahil, Kata Bekas Mufti Wilayah
- Nukilan Buat DSAI – Fitnah Mehnah Perjuangan
- Video Seks Kotori Minda Anak Muda
- Pandemonium as Eskay Set to Take Oath
What offence has Anwar Committed? Why is He Being Hounded? Posted: 29 Apr 2011 11:42 AM PDT April 29, 2011 The scandalous porno tape, used in desperation to implicate Datuk Seri Anwar Ibrahim allegedly engaging in sex with a prostitute in order to turn the tide in favour of the Barisan Nasional during the Sarawak election, refuses to fade away even after the Sarawak election. Graphic: musramrakunman.blogspot.com It was a widely publicised news item and – according to some reports – the tape was even distributed in the longhouses in Sarawak to disparage and demean Anwar and present the opposition in poor light to gain political mileage for BN. The police declared that the tape was genuine. The people were made to feel that very soon the sordid episode would be unravelled and the person in the tape exposed. The various statements in the public domain created the perception that it was Anwar in the porno tape. The police conveyed the impression that it was a matter of time before Anwar was exposed as the owner of the Omega watch stolen by the prostitute. The Omega watch seemed to be the most important missing link to establish Anwar's identity. But to their utter disappointment there was no record of the purchaser in Taiwan, where the watch was apparently bought. The missing link went missing and they were no nearer the truth. Now they say 'they will not hesitate to expose to the public if necessary "the performer" in the sex video who allegedly resembled opposition leader Anwar Ibrahim.' In other words, what they are saying is tantamount to the fact that they have identified "the performer" but they are not inclined to expose "the performer" unless it was necessary to do so. The Malaysian public is rightly confused. What is meant by unless it was necessary? Why then did they go to such great length to find out the owner of the Omega watch? You took the trouble to trace the watch all the way to Taiwan. What was the purpose? Wasn't it to link "the performer" to the watch so that you can definitely identify "the performer" and expose him? If it wasn't necessary to identify "the performer" why is Anwar being harassed? He was called to give his statement a second time yesterday (28 April 2011). Unless you have irrefutable evidence that the character in the video is indeed Anwar, there was no necessity to ask him to report to Dang Wangi district police headquarters. Is it because they want to keep this shameful episode alive? It is as though there is no other worthwhile issue in this country for the media to comment on and for our political leaders to discuss. Have we become so depraved that sex scandals have to hog the limelight and take up so much of the nation's time and attention? Malaysians have a right to be sceptical about the whole sordid affair. It is evident that there is a concerted effort to finish off Anwar in the interest of the Barisan Nasional. He is the only person standing in their way who can prevent the BN's continued reign in Putrajaya. That being the case, would it not be logical to expose Anwar right now? But why aren't they doing it? Is it because "the performer" in the video is a pretender?! If it was Anwar, they would have gone to town with this information during the Sarawak election to disparage and destroy the opposition with one stroke. The print and electronic media and the blogs and websites would be gleefully swarmed with this news for days on end. But that is not happening! The terrible Datuk Trio who were in possession of a pornography video should have been charged by now. The terrible Datuk Trio should be facing the music for screening a pornographic show to the public. With so much irrefutable evidence against the trio staring at and challenging the police, why is there so much foot-dragging? Why is there a reluctance to take action to punish those who screened a pornographic video? What is holding up the police and the Attorney-General? Karlal Singh had rightly pointed out that prostitution is not an offence but using the premises for prostitution or living off the earnings of a prostitute is an offence. According to Karpal, "Whomsoever solicits or importunes for the purpose of prostitution or any immoral purpose in any place shall be punished with imprisonment…" If that is the law, where does Anwar fit into this? What offence is he guilty of? A report has it that the police have located the place where the sex act took place and identified the prostitute. Why haven't they taken action against the owner of the premises for allowing his place to be used for "immoral purpose"? Why haven't they taken action against the person who procured the services of the prostitute? The villains plotting to crucify Anwar have been identified; their involvement in this sordid affair has been established. Why are we not moving in on them? P Ramakrishnan is president of Aliran |
Sumpah Eskay: Itu Kerja Orang Jahil, Kata Bekas Mufti Wilayah Posted: 29 Apr 2011 04:32 AM PDT Dari Keadilan Daily Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil. Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi, Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu. "Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan," ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com. Bagaimanapun, sumpah li'an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam. Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar. Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li'an. "Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah. "Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li'an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan. "Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila. "Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak," ujar beliau. Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang kesan atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam. "Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. "Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah. "Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman," ujarnya. Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6. "Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina," ujarnya. |
Nukilan Buat DSAI – Fitnah Mehnah Perjuangan Posted: 29 Apr 2011 12:23 AM PDT Oleh Dato Tuan Ibrahim Tuan Man Saya tak tahu apa yg nak dikata dan nak diluahkan apabila mengenangkan akibat yang sedang ditanggung oleh DSAI dan keluarga. 11 tahun beliau diaibkan dan satu demi satu tuduhan dikenakan ke atas beliau, dan keluarga semata-mata kerana beliau berada di pihak pembangkang. Andainya ia berada di pihak BN, tentulah ia akan dilayan macam tiada apa yang berlaku. Lihat saja Presiden MCA yg mengaku melakukan aksi tak bermoral, langsung tak disiasat dan tiada sebarang dakwaan pun. Demikian juga Razak Baginda, tiada rayuan dibuat dan beliau kini bebas lepas. Tekanan ini bukan perkara baru dalam sejarah dunia. Firaun pernah melakukannya ke atas Nabi Musa dan pengikutnya yg beriman. Bahkan tukang sihir Firaun yg asalnya adalah petugas yang berusaha untuk menjatuhkan Nabi Musa, ia dilayan, disanjung tetapi bilamana tukang sihir melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa mereka kemudiannya beriman dengan Allah. Maka bermulalah penentangan dan penindasan sehingga mereka disalib pada kayu salib, mereka diseksa dengan kaki tangan mereka dipotong secara bersilang. Firaun menyeksa mereka dan setelah segala rayuan dan tangisan tidak dipedulikan, akhirnya yang keluar dari mulut mereka ialah “Hukumlah apa yg kamu ingin lakukan, kerana kamu hanya berkuasa di dunia ini sahaja”. Kini Anwar secara peribadi menjadi mangsa tuduhan. Beliau belum tentu bersalah tetapi kini bukan mahkamah diminta untuk buat keputusan sebaliknya media membuat tayangan, blog memainkan sentimen dan akhbar perdana membentuk minda pembaca agar menjadi hakim dalam perkara yg telah dirancang, disusun dan diedit agar sesuai dengan kehendak pemimpin BN. Mereka mengambil pendekatan agama (bersumpah) dalam perkara yang salah, agar dengannya rakyat yakin. Bagaimana nantinya kalau dibuktikan bahawa ia bukan sebagaimana yang dituduh? Keaiban telah berlaku, dan ada yang bertanya, “Kalau betul, bagaimana?” Saya berpegang kepada kaedah asas bahawa sesuatu tuduhan pada peringkat awal adalah tidak benar, melainkan dibuktikan benar. Maknanya dalam keadaan sekarang ia berada pada tahap tidak benar. Kenapa diaibkan sebegitu. Kerana ‘kalau benar’ akan dibuktikan kemudian. Bagaimana pula yang membuat tuduhan sanggup bersumpah? Saya ingin agar kita lihat siapa yg membawa wanita itu, siapa yang sedia bilik, siapa yg merakam, siapa yang ada bersama waktu kejadian dan melihat kemungkaran itu. Apakah orang begini boleh menggunakan nama Allah untuk bersumpah, minta Allah agar buktikan? Dia sepatutnya menentang kemungkaran sebelum berlaku, mencegahnya bukan menyediakannya. Kalau dia seorang Islam dia harus faham bahawa dia mesti bertindak menyekat kemungkaran, bukan memberi ruang dan menyediakan agar berlaku kemungkaran. Kepada saya siapa yg melakukan itu, kalaupun tidak dapat dibuktikan di dunia nanti, di Akhirat akan terbukti jua! Kepada DSAI dan keluarga, saya menyeru agar bersabar di atas ujian berat ini, dan ambil kaedah yang Rasulullah s.a.w sarankan : “Jangan kamu cuba lawan gelombang waktu tengah-tengah membuak, jangan lari kerana orang akan membenarkannya, dan sabarlah sehingga Allah membersihkannya”. Peristiwa fitnah ke atas Aisyah dan Safwan berlanjutan sehingga 40 hari baru Allah turunkan ayat membersihkan Aisyah, sedangkan Allah boleh menyegerakan ayatnya. Namun para mufassurin menjelaskan sengaja Allah membiarkan 40 hari agar zahir siapa munafik, siapa nuknib, siapa pembela, siapa musuh dan siapa sebenarnya sahabat. Dekatkan diri kepada Allah kerana Allah Maha mendengar rayuan hambaNya. Wassalam |
Video Seks Kotori Minda Anak Muda Posted: 29 Apr 2011 12:04 AM PDT Dari Harakah
Ibu bapa hari ini sangat berwaspada dengan kegiatan anak-anak yang tidak bermoral melalui medium internet. Selain majalah-majalah yang memaparkan gambar berunsur negatif, internet adalah jalan alternatif yang mudah untuk memuat turun segala video yang diinginkan. Anak muda yang terdidik dengan sistem alam maya ini didedahkan dengan pelbagai video lucah di internet. Kebimbangan ini semakin parah apabila tapisan yang dibuat di internet untuk mengelakkan anak-anak terjebak dengan gejala negatif ini seolah-olah hanyalah sebagai syarat yang mampu ditembusi oleh mereka. Guru-guru di sekolah juga sentiasa memasukkan elemen nasihat seperti menjelaskan kesan dan akibat daripada mlihat video lucah. Namun, usaha ibu bapa dan guru-guru seolah-olah hampa dan memutuskan semangat. Hal ini terjadi apabila siaran televisyen memaparkan cerita-cerita dan filem-filem yang sangat teruk, mempunyai adegan-adegan melampau dan pelakon-pelakon yang seksi. Lebih hancur lagi harapan ibu bapa dan guru yang berusaha keras memastikan anak bangsa mempunyai nilai akhlak yang terpuji apabila isu video seks permainan politik diketengahkan. Bukan persoalan salah siapa, tetapi video yang dimuatkan dan gambar-gambar tidak bermoral ditayangkan untuk khalayak umum yang perlu dititikberatkan. Akhbar tempatan memaparkan gambar lucah, siaran televisyen kerajaan menayangkan beberapa aksi panas dan pawagam rakyat (Youtube) mendedahkan segala cerita yang berlaku. Video seks telah mengotori minda anak muda: 1) Pintu fitnah dibuka seluas-luasnya 2) Penyebaran video seks diberi lampu hijau 3) Tiada penjelasan daripada perspektif hukum Islam kepada seluruh rakyat mengakibatkan kekeliruan 4) Memberi persepsi politik kotor kepada anak muda Dalam isu ini, peranan secara serius perlu dimainkan oleh golongan akademik dan ulama. Kes seperti ini telah membarah teruk dalam masyarakat khususnya anak muda hari ini. Satu konvensyen besar-besaran perlu dianjurkan di peringkat nasional yang terdiri daripada golongan ulama, ahli akademik dan golongan profesional yang bebas daripada unsur politik bagi mengatasi konflik yang tidak terarah ini. Anak muda khususnya mahasiswa Islam tidak sekali-kali dapat menerima hal seperti ini. Anak muda dan masyarakat menjadi mangsa pergaduhan politik sesama sendiri ini.
Justeru, saya menyeru kepada seluruh anak muda dan masyarakat luar agar kita semua berpegang dengan ajaran Islam dan nilai akhlak yang baik untuk mengelakkan terjerumus dalam kancah fitnah yang berleluasa ini. Semoga Malaysia lebih aman dan sejahtera. We Unite For Islam Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor |
Pandemonium as Eskay Set to Take Oath Posted: 28 Apr 2011 11:43 PM PDT From Malaysiakini It is pandemonium at Masjid Amru al As in Sentul, Kuala Lumpur today as at least 500 people chant "There is no God but Allah" in the main hall. It is anticipated that businessman Shazryl Eskay Abdullah will soon take an oath to prove he is telling the truth about the sex video he claims is of Anwar Ibrahim. He is said to be on his way. The crowd also chants "Qazaf, qazaf" and calls for the Federal Territory Islamic Religious Department (Jawi) to arrest him for making allegations of adultery without proof. There is almost a stampede when a group of about four burly men in red and blue polo T-shirts push through the crowd yelling, "Keluar, keluar" (get out). PKR Youth members claim that the men are not from their side. The crowd pushes the group outside the main hall. Meanwhile, about 50 people including PKR Youth leader Shamsul Iskandar Md Akin begin praying. There is no sign of Eskay yet. The chairperson of the mosque pleads for the crowd to leave the mosque for fear that anything untoward would happen. "Please, I am pleading with you, leave the mosque now. We are all Muslims," he said. As the crowd disperses some yell, "Anwar zina", leading to others to yell in protest, but the commotion quickly dies down. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan