Anak Muda Kampung Nak Senang |
- Pejabat SPRM tak boleh lebih satu tingkat elak ramai mati
- ADUN Lenggeng perlu letak jawatan, EXCO ambil alih tugas
- Syeikh Nuruddin Al Banjari 9 Apr Masjid Senawang
- Solat Hajat Perdana 7 dan 14 Apr 2011 REMBAU
Pejabat SPRM tak boleh lebih satu tingkat elak ramai mati Posted: 06 Apr 2011 12:20 AM PDT Belum selesai kes kematian Teoh Beng Hock, seorang lagi telah meninggal dunia, juga mangsa berkaitan kes yang sedang disiasat SPRM. Nampaknya SPRM seluruh Malaysia mesti segera pindah pejabat yang tidak boleh melebihi satu tingkat. Mungkin sewa rumah teres setingkat untuk pejabat SPRM atau guna kabin pun jadilah. Berhantu ke pejabat-pejabat SPRM ni? Updated: Rabu April 6, 2011 MYT 1:32:03 PM Pegawai Kastam Ditemui Maut Dipercayai Terjatuh di Bangunan SPRM KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia yang sedang disiasat berkaitan dakwaan lari dari cukai bernilai berbilion ringgit yang dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, maut pada pagi Rabu selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Jalan Cochrane di sini. Dipercayai pegawai terbabit kembali ke pejabat SPRM tersebut untuk menemui pegawai penyiasat bagi kesnya. Pegawai penyiasat terbabit memintanya menunggu sebelum beredar untuk mengambil fail kes berkenaan. Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai penyiasat berkenaan meminta pegawai kastam berkenaan tunggu sebentar sementara dia mengambil fail kes. "Apabila dia kembali, beliau dapati pegawai kastam itu hilang," tambahnya. SPRM dijangka mengadakan sidang akhbar petang Rabu. http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2011/4/6/mstar_jenayah/20110406123838&sec=mstar_jenayah |
ADUN Lenggeng perlu letak jawatan, EXCO ambil alih tugas Posted: 05 Apr 2011 07:05 PM PDT Takkanlah ADUN Lenggeng yang mahkamah dah jatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 atas kesalahan menerima rasuah Perdana Menteri boleh merestukan dia terus jadi wakil rakyat. Tak malu ke Umno bila ADUN Lenggeng ni buat tugas rasmi, lawatan ke DUN, orang kampung dan pengundi akan kata, itulah dia ADUN rasuah, tetapi Umno tak kisah, pengundi pun tak kisah. Rasuah, rasuahlah, itu kata mahkamah, kita tak kisah, yang lamo yo lah. Patutlah satu demi satu bala turun Negeri Sembilan ni. Kalau di Johol ADUN yang sakit boleh dipangku tugas oleh EXCO yang juga ADUN Seri Menanti, takkanlah ADUN yang rasuah tak boleh dipangku tugas oleh ADUN atau EXCO lain. ADUN Lenggeng masih wakil rakyat, kata Najib BALIK PULAU 2 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng Mustafa Salim masih lagi wakil rakyat bagi kawasan itu. Semalam, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 terhadap Mustafa atas kesalahan menerima rasuah daripada seorang kontraktor sebagai dorongan mendapatkan permit menjual pasir, tiga tahun lalu. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_22.htm Rasuah : Bekas Exco Negeri Sembilan dipenjara 6 tahun Mahkamah Persekutuan Selasa menjatuhi hukuman penjara berjumlah enam tahun terhadap bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Waad Mansor kerana tiga kesalahan rasuah. Pendakwaan mengemukakan rayuan kerana tidak berpuashati dengan hukuman denda berjumlah RM45,000 atau penjara 18 bulan yang dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 27 Jun 2003 setelah mendapati Waad bersalah terhadap tiga pertuduhan rasuah. http://www.agendadaily.com/tips/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_41548270-ca9db1d0-9c87c100-7774a6c9 Dilantik membantu wakil rakyat JOHOL – Walaupun pemimpin kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol kurang sihat, inisiatif pihak Kerajaan Negeri untuk terus membela rakyat tetap diteruskan dengan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti yang juga Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abd Samad Ibrahim bagi membantu wakil rakyat di situ. http://n9kini.com/?p=27806 |
Syeikh Nuruddin Al Banjari 9 Apr Masjid Senawang Posted: 05 Apr 2011 04:59 PM PDT |
Solat Hajat Perdana 7 dan 14 Apr 2011 REMBAU Posted: 05 Apr 2011 04:57 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan