Rabu, 6 April 2011

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


PETANDA AWAL BARISAN NASIONAL SUKAR BENTUK KERAJAAN DISARAWAK

Posted: 06 Apr 2011 07:33 AM PDT

Gelanggang sudah dibuka. Tarikh mengundi bagi hampir Sejuta Pemileh diSarawak telah ditetapkan akan berlangsung pada 16 April ini. Walaupun ia telah diheret hingga keakhir tempoh Penggal, keghairahannya masih memuncak.


Pada sidang Penamaan Calun disebelah pagi tadi jelas menunjukkan rakyat Sarawak "means business". Seramai 213 Calun berdaftar merebut 71 Kerusi Dewan Undangan Negeri. Satu rekod tercipta dimana tidak ada satu kerusipun dimenangi oleh BN tanpa bertanding seperti lazimnya.

Daripada beberapa petunjuk awal saya meramalkan Barisan Nasional didalam keadaan yang amat sukar untuk membentuk Kerajaan Baru. Walaupun sudah menjalani 9 kali Pilihanraya Negeri sebelum ini yang masih dicanang adalah politik pembangunan. Ini menunjukkan mereka gagal dalam aspek tersebut. Keduanya adalah soal memileh calun. Semasa sidang akhbar mengumumkan calunpun BN masih belum 100 % bersedia. Calun bagi N. 70 Ba` kalalan masih misteri. Apa yang dapat dilihat bukannya BN kekurangan pemimpin berkaliber untuk diletak disitu. Persoalannya yang hebat-hebat tidak sanggup berdepan dengan calun Parti Keadilan Rakyat Baru Pian. Sebagai buktinya Senator Idris Jala pun mengumumkan yang beliau tidak bertanding disitu. Beliau membayangkan untuk kembali kedunia korperat.

Lebih menguatkan hujah, jika setiap parti pembangkang berjaya memenangi separuh dari jumlah kerusi yang ditandingi jumlah yang akan mereka perolehi sekurang-kurangnya 36 kerusi. Pecahannya adalah seperti berikut:

i. SNAP bertanding 27 kerusi dan dijangka boleh menang sekurang-kurangnya 13

ii. PKR yang bertanding satu lawan satu dengan BN di 22 kawasan dijangka boleh menang 10 kerusi

iii. DAP yang bertanding 13 kawasan dijangka tidak ada masaalah untuk memenangi sekurang-kurangnya 10 kerusi

iv. PAS yang bertanding dikawasan-kawasan cerah besar kemungkinan akan dapat menawan sekurang-kurangnya 3 kerusi

Satu faktor besar yang sangat jelas Barisan Nasional sukar membentuk kerajaan baru ialah faktor kepimpinan negeri mereka. Taib Mahmud dicabar sengit oleh dua calun yang masing-masing memiliki pengaruh dikawasan tersebut. Jika rakyat berpuashati dengan pimpinannya selama ini sudah tentu beliau boleh memenangi kerusi tersebut tanpa bertanding.

Akhirnya, jika ada mana-mana pihak yang percaya " Iklan Video Seks " sebagai extra mileage haraplah dilupakan saja. Kerana ianya segera akan luput seperti tamatnya tempoh "airtime" bagi handphone-handphone kita walaupun baki kreditnya masih banyak. Headline besok akan bertukar mengenai berita kematian ngeri pula.

Sumber: http://ahmadzawawi.wordpress.com/

Den tak kato...Aspan Alias yang kato!!

Posted: 06 Apr 2011 02:34 AM PDT

Orang yang mengendap orang dalam bilik tidur itu orang sakit (jiwa) — Aspan Alias

April 06, 2011 — Oleh kerana kita sedang menghadapi isu video seks hasil dari permainan politik gila sekarang ini ingin saya menulis tentang cerita yang berkaitan dengannya. Ini hanya cerita ringan sahaja untuk mengingatkan kita yang mengintai untuk merakamkan orang lain di dalam kelambu itu merupakan satu jenis penyakit. Apa nak di namakan penyakit itu pun saya tidak tahu.

Dalam isu yang di perdebatkan sekarang ini, walaupun ianya dijadikan isu politik olih satu pihak untuk menjatuhkan pihak yang lain tetapi mengintai dan mengendap itu sendiri adalah penyakit yang amat serius. Ramai penggemar kegiatan mengintai ini tidak sedar yang dia sebenarnya sedang sakit. Ianya bertentangan dengan agama dan adap serta tamadun manusia.

Dulu di kampong-kampong, mengintai pasangan orang sedang tidur ini merupakan satu aktibiti yang biasa. Yang hampir pasti menjadi mangsa ialah pasangan yang baru berkahwin. Mengintai dan mengendap ini adalah hobi tegar bagi setengah orang di desa-desa semasa dahulu. Maklumlah semasa itu tidak semua orang ada TV atau 'play-station' untuk bermain 'game' dan sebagainya. Bekalan letrik pun tidak ada semasa itu.

Mungkin inilah sahaja cara bagi anak-anak muda mencari hiburan. Tetapi yang pasti kegiatan mengendap ini adalah satu penyakit tegar bagi setengah orang semasa itu. Kegiatan itu masih berlaku di zaman ini tetapi tidaklah begitu meluas. Ianya hanya dilakukan oleh mereka yang mengidap penyakit mengendap manusia lain sedang berasmara. Orang yang terlibat dengan penyakit ini merupakan pesakit psikologi yang amat ganjil dan serius.

Saya hendak membawa satu cerita bagaimana seriusnya penyakit mengendap ini. Mungkin pakar jiwa sahaja boleh membantu untuk menyembuhkan penyakit ini.

Ada seorang yang baik budi pekertinya dan tidak bercakap banyak. Kita berikanlah namanya sebagai Amat. Amat tidak pernah menyakitkan hati orang lain. Pada keseluruhannya dia adalah orang baik dan disukai oleh masyarakat kampongnya. Tetapi orang ramai tidak tahu yang Amat ini mengidap penyakit ketagihan menghendap orang tidur yang tidak dapat dihentikannya. Amat sudah ketagihan mengintai dan dia dapat merasakan kelegaan pada dirinya apabila sudah berjaya mengintai pasangan lelaki dan perempuan sedang tidur.

Dia telah mengintai dan menghendap ini sejak dari mudanya dan tidak pernah diketahui masyarakat jirannya. Entah berapa pasangan yang di intainya dan dia sendiri tidak dapat mengiranya. Setelah umurnya hampir setengah abad barulah kegiatannya terbongkar setelah dia ditangkap oleh jirannya sedang mengendap. Lantas malulah anak-anak dan isterinya kerana anak isterinya sendiri tidak tahu yang dia ini mempunyai penyakit mengendap ini. Jiran-jirannya gempar kerana tidak menyangka yang Amat telah mengintai banyak pasangan di bilek tidur.

Isteri Amat sangat malu dan berfikir cara apa yang patut dilakukannya untuk mengelakkan suaminya dari terus mengintai. Akhirnya isteri kesayangannya telah membeli video lucah untuk ditayangkan di rumah untuk suaminya menonton agar suaminya itu tidak lagi keluar lagi mengintai orang lain. Bagi isterinya biarlah suaminya melepaskan melihat orang berasmara di dalam rumah sendiri dengan menonton video lucah yang dibelinya.

"Nah, tengok video ni bang. Tengok puas-puas. Jangan mengendap orang. Abang jangan bikin kami malu lagi!" bentak isterinya sambil memasukan video itu ke dalam 'video player'.

Apabila bermula sahaja adengan seks di dalam video itu Amat terus pergi mengendap dari belakang tiang rumahnya menyaksikan video yang ditayangkan oleh isterinya. Isterinya membentak, "eh!! Tengok video pun mengendap?" Amat menjawab, "bukankah itu adengan seks, terpaksalah abang hendap video tu!!"

Rupa-rupanya suaminya memang sudah mengalami penyakit mengendap. Kerana sudah selalu mengendap melihat tayangan video seks di rumah sendiri pun mengendap.

Jika dahulu mengendap di lakukan oleh orang-orang kecilan di kampong-kampong, sekarang kegiatan mengendap sudah menjadi permainan orang yang bernama dan bergelar. Diantaranya Dato pun ada, Tan Sri pun ada. Tujuan orang-orang bergelar dan bernama ini mengintai orang lain dalam keadaan 'compromising' dengan pasangannya mungkin banyak. Di antaranya untuk membalas dendam atau pun hendak menggunakan video intaiannya itu untuk mengambil hati suatu pihak bagi mendapatkan imbuhan. Mengintai dan mengendap sekarang sudah menjadi satu 'political and business motivated'.

Sekarang baru kita tahu yang gelaran yang di terima mereka tidak mampu mengubah perangai asal mereka. Orang tuo-tuo dulu ado cakap, kalau seorang Rajo itu jiko dio menyapu sampah di topi jalan pun dio totap Rajo, totapi jiko seseorang itu adalah sengkek dilotakan mahkoto kek kopalo pun, dio totap sengkek.

Itulah perbilangan orang tua-tua dahulu. Kata-kata itu bukan saya yang memandai-mandai nak kata.

Sumber: http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/

Sumber: http://aspanaliasnet.blogspot.com/

AKHBAR PORNO - ADA STAF AKHBAR MULA MENYESAL TERLIBAT?

Posted: 06 Apr 2011 02:11 AM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS


ZUNAR seorang kartunis di dalam Twitter beliau menyebut terdapat staf yang bekerja di Utusan Meloya mengirim SMS kepadanya memberitahu betapa dia amat merasa sedih dan malu di atas tindakan akhbar tersebut yang menjadi ejen penyampai bahan lucah dan fitnah.

Staf Utusan Meloya berkenaan meminta agar Zunar menyampaikan permohonan maaf dari beliau kepada DS Anwar, Azizah dan keluarga di atas perbuatan jijik akhbar berkenaan. SMS tersebut berbunyi " Sy dgn rndah diri & sedih mohon maaf krn trlibat akhbar yg fitnah DSAI.Minta Zunar sampai msj ini kpd K Wan & N Izzah (http://twitter.com/#!/zunarkartunis)

Satu lagi SMS yang diterima oleh beliau dari rakannya yang bertugas di akhbar pencacai tersebut berbunyi ," Sejak 30 thn kerja dgn Utusan, hari ini merupakan paling memalukan bg aku. Utusan Jadi Utusan Porno"  (Twitter Zunar). Nampaknya seperti sudah tiada keberkatan buat mereka bekerja di akhbar yang selama ini terkenal dengan penyebar fitnah serta pemecah belah masyarakat serta umat Islam di negara ini.

Memang wajar dan tepat sekali tindakan sebuah sekolah Cina di Kuantan yang enggan menerima akhbar tersebut untuk dijadikan bahan bacaan murid-murid di sekolah berkenaan walaupun diberi percuma. Bayangkan jika sekarang ini murid-murid tersebut menatap akhbar berbahasa Melayu yang bersifat seperti majalah porno, lebih dahsyat lagi dengan berita fitnah yang menjijikkan. Betapa cerdiknya kaum Cina sekarang yang lebih tahu dan menilai mana satukah akhbar yang memberi faedah dan mana satukah akhbar yang boleh dijadikan alat untuk `beristinjak'.

Apa kah yang harus atau mungkin wajib buat semua staf terutamanya yang beragama Islam yang masih bertugas di akhbar pencacai itu lakukan? Mereka ada pilihan, samada ingin terus memakan gaji dengan majikan yang sebegini atau mencari peluang pekerjaan lain yang jelas bersih dan halal? Amat membimbangkan jika gaji mereka adalah hasil dari pekerjaan fitnah dan penyebaran bahan lucah.

Sebab itu, akhbar berkenaan tiada keberkatannya dan mendapat kerugian selalu walaupun akhbar tersebut berpuluh tahun wujud di negara ini. Inilah akhbar yang selalu ditatap oleh golongan tua di kampung-kampung terutamanya. Akhbar ini amat efisyen di dalam menyampaikan berita fitnah lagi menyesatkan golongan tersebut. Apakah tidak sedikit pun kita merasa bersalah berada di dalam kumpulan akhbar sedemikian?

Saya cadangkan agar carilah pekerjaan lain yang lebih memberikan ketenangan kepada kita agar rezeki yang diperolehi mendapat keberkatan Illahi. Berhentilah dari merosakkan minda dan akhlak bangsa kita. Cukuplah untuk bersekongkol dengan puak mereka yang tidak pernah takut kepada azab Allah.

Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/

Lepas satu...satu !!! Dulu TBH sekarang pegawai kastam pulak dahhh.....

Posted: 05 Apr 2011 11:50 PM PDT


Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM

Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibu negara pagi ini.


Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Pegawai kanan itu membantu siasatan membabitkan cukai tidak dibayar dan telah dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu.

Laman Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/

Tiada ulasan: