Anwar Ibrahim |
- Program Dato’ Seri Anwar Membongkar Konspirasi Politik Semasa di Selangor
- : Kematian Seorang Lagi Saksi SPRM: Selangor Tekad Lindungi Kakitangan
- Baru Bian Pimpin Jentera Harapan Rakyat Sarawak
Program Dato’ Seri Anwar Membongkar Konspirasi Politik Semasa di Selangor Posted: 06 Apr 2011 03:10 AM PDT 7 April 2011 (Khamis) Program 1 – 7.00 – 11.30 malam Lokasi : Dewan Seri Sekinchan, Sekinchan Program 2 – 8.00 -12.00 malam Lokasi : Dewan Masyarakat Kampong Seri Tiram Jaya. Penceramah: |
: Kematian Seorang Lagi Saksi SPRM: Selangor Tekad Lindungi Kakitangan Posted: 06 Apr 2011 03:09 AM PDT KENYATAAN AKHBAR Kerajaan negeri amat kesal dengan berita kematian seorang lagi saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang amat mencurigakan. Amat mengejutkan bahawa tragedi ini boleh berulang lagi. Nampaknya SPRM tidak belajar langsung dari kes Teoh Beng Hock dan masih tidak bertanggungjawab atas keselamatan saksi dan tahanan mereka. Takziah kepada keluarga Penolong Pengarah Kastam Pelabuhan Klang, Ahmad Sarbani Mohd, 56, dilaporkan dijumpai meninggal dunia dipercayai akibat jatuh bangunan SPRM di Jalan Cochrane, pagi ini. Kini jelas kepada rakyat Malaysia bahawa tanpa ada keadilan yang sepatutnya dalam kes-kes seperti kematian Teoh Beng Hock, insiden-insiden tragis seperti ini akan terus berulang. Tiadanya tindakan yang serius terhadap mereka yang bertanggungjawab atas kematian Teoh Beng Hock mengakibatkan pihak-pihak tertentu bertindak seakan-akan mereka kebal dari kuasa undang-undang. Insiden ini juga menguatkan hasrat kerajaan negeri untuk melindungi setiap pegawai kerajaan negeri. Kami akan merayu sehingga peringkat Mahkamah Persekutuan perintah mahkamah tinggi yang membatalkan pekeliling kerajaan negeri yang menyatakan bahawa semua pegawai kerajaan negeri hanya boleh ditemuduga oleh SPRM pada waktu pejabat serta ditemani oleh peguam. Arahan ini adalah amat wajar memandangkan dua kes kematian ini, dan kerajaan negeri akan memperjuangkan keselamatan pegawai kami tanpa berbelah bagi. Kami harap kes ini adalah kes terakhir dan akan terus berusaha melindungi dan menjaga kepentingan semua rakyat Selangor dan Malaysia. TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM |
Baru Bian Pimpin Jentera Harapan Rakyat Sarawak Posted: 06 Apr 2011 01:21 AM PDT Dari KeadilanDaily Sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dengan KEADILAN sebagai majoriti, maka Baru Bian akan dilantik sebagai Ketua Menteri yang baru, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menjelaskan demikian pada program perasmian Bilik Gerakan Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba' kelalan di Kampung Lunbawang, malam tadi. "Kenapa kita lantik dia? Sebab dia (Baru) pemimpin rakyat dan manusia yang taat kepada perintah Tuhan. "Jika di Pulau Pinang, majoritinya orang Cina, maka yang menjadi Ketua Menterinya adalah orang Cina. Begitu juga di Selangor, yang mana penduduk majoritinya adalah orang Melayu," kata Anwar di hadapan kira-kira 2,300 hadirin. Anwar berkata, Baru jika menggalas tanggungjawab itu nanti, beliau dikehendaki menyelesaikan masalah berkenaan isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). "Baru Bian apabila kelak diberikan tanggungjawab, maka beliau dikehendaki menyelesaikan perkara ini kerana dia yang paling faham degan masalah ini. "Sebab itu, dalam keseluruhan 71 kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak, saya memilih untuk berada bersama pengundi di kawasan DUN Ba'kelalan," katanya. Baru merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri yang juga calon DUN Ba'kelalan. Beliau akan menentang lawannya dari Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Willie Liau pada PRN 16 April ini. Keputusan tersebut diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada sesi penamaan calon DUN itu pagi tadi. "Cuba kita lihat ke dalam mata anak-anak kita. Apakah harapan kepada mereka? Adakah orang-orang kampung yang duduk jauh di tempat-tempat begini begitu bodoh sehingga tidak punya hati dan perasaan? "Justeru itulah, maka sekarang kita wajib untuk memberikan sokongan padu kepada semua calon KEADILAN tanpa mengira kaum dan agama. "Saya yakin mereka ini mampu menggalas tanggungjawab kepada rakyat sekiranya dipilih sebagai wakil," katanya |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan