Selasa, 15 Mac 2011

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


PATWA DAP?

Posted: 15 Mar 2011 12:04 AM PDT

(Semoga ALLAH memberikan kekuatan & istiqomah kepada Tok Guru mempertahankan pengharaman judi loteri di Kelantan)

Salam 2 all.

Media hari ini melapurkan bahawa manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan menegur Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Aziz mengenai pengharaman judi loteri di Kelantan. Teguran itu dibuat kerana Tok guru dikatakan tidak berbincang dengan manusia anugerah tuhan ini dan sekutunya DAP. Dan yang paling sedih, kenyataan akhbar Anwar itu dibuat dengan kehadiran kepimpinan PAS, dan mereka tidak berkata apa-apa pun untuk mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan, malah kelihatan menyokong kenyataan Anwar tersebut.

Pada teman, teguran Anwar terhadap dasar Tok Guru itu adalah satu penghinaan yang jelas kepada kepimpinan PAS Kelantan. Sebagai Menteri Besar, Tok Guru pasti sedia maklum bahawa beliau yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan ALLAH nanti, bukannya Anwar. Sebarang keputusan perlu ditanggung oleh Tok Guru sendiri, sebagai ulama' yang memainkan peranan umara', teman cukup yakin Tok Guru sedia maklum kedudukan dan tanggungjawab beliau dihadapan ALLAH nanti. Teguran Anwar itu memberi gambaran kepada Tok Guru seolah-olah supaya mendahulukan politik daripada ALLAH!

Sedangkan Tok Guru dan Kerajaan membuat keputusan itu setelah merujuk kepada hukum dan undang-undang Islam. Keputusan Kerajaan itu adalah benar dan haq, berdasarkan Al Quran & Sunnah, dan wajib dipertahankan. Persoalannya adakah sandaran kepada Al Quran & Sunnah itu tidak cukup? Apakah perlaksanaan hukum-hakam Islam ini perlu dirujuk untuk persetujuan DAP dahulu baru boleh dilaksanakan? Apakah menjadi dasar Pakatan pembangkang perlu mendapat patwa dan anggukan daripada DAP dahulu baru boleh hukum hakam Islam dilaksanakan?

Dan isu yang lebih besar yang perlu difikirkan terutama oleh segelintir pak jangoat yang menjadikan Anwar kiblat mereka, apakah ini jenis pemerintahan Pakatan pembangkang jika mereka diberi peluang memerintah? Bahawa Islam mesti dapat kelulusan DAP dahulu?

Sebenarnya inilah cara ALLAH nak tunjukkan kepada umat Islam pekung sebenar Pakatan pembangkang terutamanya manusia yang ditabal isterinya sebagai anugerah tuhan. Dan inilah yang telah dibuktikan berlaku di Selangor. Kita tengok bagaimana Pesuruhjaya PAS Negeri yang juga Exco Kerajaan Negeri terkial-kial terpaksa mempertahankan kenyataan dan pendirian Kerajaan Pakatan pembangkang Selangor yang tidak akan mengharamkan judi. Dan yang paling teman terkilan melihat kepimpinan PAS memberi sokongan kepada desakan Pakatan pembangkang supaya bible versi bahasa Indonesia dibenarkan masuk ke Malaysia!

Pada teman, inilah sebenarnya kesan dan bukti perlaksanaan kepada Perjanjian Persefahaman Pakatan Pembangkang yang ditandatangani pada 18.12.2009 di Shah Alam dimana adalah dipersetujui penubuhan negara Islam dan perlaksanaan undang-undang Islam BUKAN DASAR Pakatan pembangkang!!!

Dan inilah juga bukti cakap pootar-poosing, politik cakap tak serupa bikin Pakatan pembangkang. Cuba mike pakai otak sikit yop, mike tak pelik ke yop, semasa isu judibola Piala Dunia timbul tempoh hari, bukan main mereka menjadi jaguh kampung berkokok menentang. Tau-tau bila Kerajaan Kelantan melaksanakan dasar mengharamkan judi, tau-tau mereka pulak pulak yang mengkritik dan menegur? Malah mendesak supaya ditarik balik pengharaman tersebut, dan mendesak Kerajaan Kelantan supaya membenarkan judi loteri dilaksanakan di Kelantan. Sehingga mereka menyalahkan dasar Kerajaan Kelantan mengharamkan judi sebagai punca kekalahan PAS di Kerdau & Merlimau!!! Ni apa punya cerita yop. Pootar-pootar poosing-poosing, tonggang-tonggeng tunggang-terbalik, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.

Pikior-pikior lah yop. ALLAH bagi otak bukan suruh buat sup otak, tapi suruh berpikior yop!!!

Kepada Tok Guru, Datuk Taqiyuddin dan barisan kepimpinan Kerajaan Kelantan, pertahankanlah keputusan mengharamkan judi itu. Janganlah diubah keputusan itu kerana desakan dan tuntutan manusia, apatah lagi golongan kafir harbi. Yakinlah ALLAH pasti akan memelihara dan memberkati perjuangan yang jelas berdasarkan Al Quran & Sunnah, dan dibuat dengan niat tidak lain selain daripada lillah hi ta'ala.

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin

Selasa

10 Rabi'ul Akhir 1432

15 Mac 2011

@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran media hari ini 15.03.2011)

Anwar tegur Nik Aziz haram semua perjudian
Oleh Nazura Ngah, Norakmah Mat Youb dan Zanariah Abd Mutalib

2011/03/15

PAS, PKR, DAP adakan perbincangan Khamis ini.

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak sekutunya DAP supaya menarik balik pengharaman berkenaan.

Anwar berkata, sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.

"Saya percaya ini akan memberi gambaran tepat sekali gus mengelakkan salah faham yang boleh mengeruhkan suasana atau disalah tafsir," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pembangkang di Parlimen di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Isnin lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula.

Berikutan pengharaman itu, Pengerusi DAP, Karpal Singh mendesak kerajaan Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu kerana ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-Undang Kerajaan Persekutuan dan Kelantan.

Sehubungan itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata beliau menyambut baik kesediaan PAS untuk berbincang bersama PKR dan DAP berhubung pengharaman segala perjudian termasuk loteri kebajikan di Kelantan, selewat-lewatnya Khamis ini.

"Lokasi perbincangan itu masih belum ditetapkan sama ada di Kedah atau Kelantan," katanya.

Anwar yang juga Penasihat PKR itu berkata, antara yang terbabit dalam perbincangan itu nanti termasuk Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke; Naib Presiden PKR, Tian Chua; Ketua Penerangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Tiada ulasan: