Ahad, 20 Februari 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Dr Xavier: Forum Pengurusan Haiwan Peliharaan Mendidik Masyarakat Bertanggungjawab

Posted: 20 Feb 2011 01:00 AM PST

KLANG, 20 Feb – Kerajaan negeri Selangor menganjurkan satu Forum Pengurusan Haiwan Peliharaan 2011 bagi memberikan pendedahan serta mendidik masyarakat betapa pentingnya memelihara serta memulihara haiwan ternakan khususnya mereka yang tinggal di kawasan perumahan.

Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, selain mendidik masyarakat agar bersikap lebih bertanggungjawab terhadap haiwan peliharaan mereka forum ini juga turut menekankan usaha Majlis Perbandaran Klang  (MPK) dalam mengatasi masalah anjing liar di kawasan pentadbiran mereka.

Menurut Dr Xavier, melalui forum ini juga pihaknya telah menetapkan satu garis panduan bagi mengatasi permasalah anjing liar ini.

"Kita kena faham situasi di dalam Majlis Perbandaran Klang tetapi reflection ini bukan sahaja untuk Klang tetapi seluruh negeri Selangor.

"Masalah haiwan pemeliharaan ini ialah satu masalah yang dihadapi oleh semua majlis perbandaran di dalam negeri Selangor.


"Berikutan dengan itu, saya minta mereka semua untuk mengadakan satu sistem dan syarat yang sama di semua kawasan dan majlis perbandaran, standard format for licensing proses di semua kawasan," katanya.

Dr Xavier berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Forum Pengurusan Haiwan Peliharaan 2011 di Majlis Perbandaran Klang.

Selain mendidik masyarakat untuk lebih bersikap berperikemanusiaan forum ini juga turut menjelaskan selok belok penjagaan haiwan, tanggungjawab pemilik dan terapi haiwan peliharaan serta pendedahan berhubung peranan MPK dalam mendepani masalah anjing liar.

Dr Xavier yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Andalas berkata, masalah pemiliharaan untuk haiwan ini bukan sahaja dipertanggungjawabkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan atau PBT, malah ia juga merupakan tangungjawab institusi masyarakat setempat.

Menurut Dr Xavier, pihaknya turut menguatkuasakan perlaksanaan tersebut di semua kawasan pentadbiran kerajaan negeri dengan melantik pihak agensi-agensi yang pakar di dalam bidang tersebut.

Jelas Dr Xavier, selain berperanan menangkap anjing liar dengan kaedah swing and loop, beliau turut menyarankan pihak jabatan haiwan, veterinar serta pejabat kesihatan untuk melihat semula cara yang digunakan pihak tersebut untuk menangkap binatang liar seperti anjing.

Tambah Dr Xavier, pihaknya juga akan mempertingkatkan usaha penangkapan anjing liar ini bagi menjamin keselamatan masyarakat setempat dari menjadi mangsa serangan anjing liar ini.




Sumber: Selangorkini

Tiada ulasan: