Suhaimi Said, Pengerusi Majlis, Balasubramanian, Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong PAS, Hashim Abdullah, Setiausaha Penerangan PAS Pahang
YB Tian Chua, Dato Seri Anwar Ibrahim, dan Dato Chua Jui Meng
Dato Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS sedang berucap
==
Ini bukanlah fenomena khusus untuk Kerdau sahaja. Di mana-mana hadirnya Dato Seri Anwar Ibrahim, lautan manusia akan menghadiri ceramahnya. Mereka datang secara sukarela, tanpa dibiayai bahkan mereka hadir bersedia untuk menghulurkan derma untuk perjuangan.
Inilah yang berlaku semasa Anwar hadir di Merlimau baru-baru ini dan ini sedang berlaku di Kerdau.
Adakah PR akan menang didalam PRK di Merlimau atau Kerdau? Dengan izin Allah, boleh menang.
Dan menang didalam keadaan Pilihanraya yang tidak demokratik adalah satu fenomena mendaki bukit.
Pilihanraya di Negara-Negara demokrasi adalah perlawanan sehat diantara parti-parti politik yang bertanding. Tetapi di Malaysia ini tidak ada Pilihanraya yang bebas. Semua Jabatan Kerajaan telah disalahgunakan oleh UMNO/BN. Segala peruntukan Kementerian dan Jabatan diturunkan untuk kempen UMNO/BN. Salahguna kuasa, ugut, fitnah, dan rasuah politik akan menjadi perkara yang sangat aneh dan luar biasa jika UMNO/BN tidak menggunakannya.
Demokrasi didalam erti Pilihanraya yang adil tidak pernah berlaku di Malaysia dari zaman Dr. Mahathir Mohamed hinggalah ke Dato Seri Najib menjadi Perdana Menteri.
Jika Pembangkang masih boleh menang didalam keadaan padang permainan yang tidak samarata ini hanya membawa satu maksud bahawa UMNO/BN itu adalah parti yang tidak lagi relevan.
Tidak menjadi pelik jika UMNO/BN masih boleh menang didalam keadaan rakyat menolaknya dan kemenangan UMNO/BN yang menguasai undi didalam lingkungan 51%-60% adalah satu signal UMNO/BN itu tidak kuat; jika di Mesir, parti yang memerintah boleh menang hingga 98% walaupun sentimen rakyat menolak parti pemerintah yang korup, salahguna kuasa dan zalim itu.
Keadaan di Mesir itu boleh dengan senang berjangkit ke Malaysia kerana tidak banyak perbezaan senario di Mesir itu dengan keadaan di Malaysia.
Dan persamaan yang paling ketara adalah pemindahan kuasa yang paling ketara daripada Perdana Menteri kepada isteri masing-masing; isteri masing-masing menggunakan wang rakyat seolah-olah suami masing-masing yang memegang tampuk pemerintahan itu menjadi lesen kepada isteri masing-masing menjana kekayaan Negara. Walaupun rakyat hidup miskin dan sederhana, isteri-isteri pemerintah ini menghisap darah rakyat.
Mubarak dan keluarganya membawa keluar dari Mesi lebih dari US$70 billion. Berapa pulak Najib dan Rosmah mengaut kekayaan Negara untuk diri mereka? Berapa pulak Mahathir dan anak beranaknya mengaut dari kekayaan Negara? Hanya apabila mereka kalah sahaja, jumlah sebenarnya akan diketahui.
Sementara itu rakyat akan terus berjuang, Anwar akan terus membimbing rakyat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan