Zulkifli Noordin |
SANDIWARA SYAITAN: KHINZIR DISEBALIK YONG TAU FOO! Posted: 04 Jan 2011 03:11 AM PST Salam 2 all. Apabila teman melihat gelagat dan sandiwara Kerajaan pembangkang di Selangor hendak meminda Perlembagaan & Undang-Undang Tubuh Kerajaan di Selangor, konon nak "memperkasakan kuasa Sultan", teman nak tergelak pun ye, nak muntah pun ye. Samada mereka terlalu bodoh, ataupun sedang bermain sandiwara yang sangat merbahaya! Sandiwara kerana konon cerita mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan" konon! Pertama, teman cukup yakin kaum cauvinis dan rasis yang ada sudah pasti tidak akan bersetuju untuk mengembalikan "kuasa Sultan", kecuali jika ada "khinzir disebalik Yong Tau FOO"! Kalau benar mereka mahu mengembalikan "kuasa Sultan", "memperkasa kedaulatan Raja", teman cabar mereka supaya mengembalikan semula "kuasa-kuasa mutlak Tuanku Sultan Selangor" dengan membuat pindaan yang memasukkan peruntukkan-peruntukkan saperti berikut: 1. Pertama, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk menerima atau menolak sebarang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri; 2. Kedua, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk melantik, menggantung atau memecat Menteri Besar dan Exconya; 3. Ketiga, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri tanpa perlu diminta atau dinasihati oleh Menteri Besar, sebaliknya Tuanku boleh bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri; 4. Keempat, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak nasihat Menteri Besar", dan boleh sebaliknya bertindak atas pertimbangan Baginda sendiri; 5. Kelima, kembalikan "kuasa mutlak Sultan" untuk "menerima atau menolak sebarang cadangan Menteri Besar untuk anugerah kebesaran Negeri Selangor. Sebenarnya "kuasa Sultan" yang hendak dikembalikan adalah putar belit mereka untuk memberi kuasa mutlak kepada Menteri Besar untuk menerima atau menolak sebarang cadangan perlantikan yang dikemukakan oleh Kerajaan Persekutuan ataupun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, samada untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan lain-lain jawatan utama negeri. Walaupun berselindung disebalik "kuasa Sultan", tetapi peruntukan mengenai "Sultan wajib menerima pandangan dan nasihat Menteri Besar" tidak dimansuhkan. Ini akan menjadikan Menteri Besar seorang yang paling berkuasa mutlak didalam negeri nanti, kerana jika Menteri Besar "menasihatkan" atau "mencadangkan" sahaja calon kepada Baginda Sultan, Tuanku tidak boleh menolaknya kerana "wajib menerima cadangan atau nasihat Menteri Besar". Jangan kelentong lah yop, teman dah boleh baca otak karat mike. Kalau dah kepala tu bapak pembohong, ekornya lagilah besar pembohongannya!! Inilah politik temberang & cakap tak serupa bikin mereka. Nak kembalikan kuasa Sultan konon. Kita tidak lupa siapa sebenarnya antara dalang dan penyokong besar yang menghunus keris karat macam hang musibat melalak sana-sini cuba hendak mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu pada lewat tahun 1980an. Bukankah Hang Musibat itu yang sekarang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Sebagai pemimpin kanan UMNO, pemimpin anugerah tuhan ini antara mereka yang terlibat menyokong dan memainkan peranan penting untuk mengekang kekebalan Raja-Raja Melayu. Maka tercetus isu kekebalan Raja-Raja Melayu yang berakhir dengan kuasa, kedaulatan dan kekebalan Raja-Raja Melayu dicantas. Dan orang yang paling kuat menggunakan peruntukkan ini ialah Karpal Singh. Dia nak saman Sultan Perak. Dia ancam nak heret Sultan Selangor. Dan inilah loyar yang kini membela kes liwat Anwar terhadap Saiful, kakitangannya sendiri, sedangkan dia yang mendedahkan dalam Parlimen pada 22.10.1997 dan di Federal Hotel bahawa dia punya bukti Anwar peliwat & homoseks!! Dan hari ni mereka nak bercakap tentang mengembalikan kuasa Sultan..pigi poodaaah lah yop! Sebenarnya "kekecohan isu SUK Selangor" ini sengaja diada-adakan. Semuanya sandiwara politik untuk satu matlamat dan agenda yang lebih besar..dan yang lebih merbahaya. Kini mereka menggunakan isu "kekecohan SUK ini" untuk meminda Perlembagaan Negeri & Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Dan pindaan itu akan memberikan kuasa mutlak kepada Menteri Besar! Tetapi apa agenda besarnya? Saudara-saudari, jangan terpedaya dengan sandiwara ini. Ini semua adalah mainan politik kotor dan jijik politikus yang rasis lagi cauvinis. Sebenarnya mereka sedang "test-water", untuk sesuatu yang lebih besar! Apa dia agenda itu? Apa dia rancangan itu? Bagaimana mereka mahu melaksanakannya? Apa game-plan sebenarnya? Ini semua sebenarnya saperti kata pepatah orang Mexico..ada khinzir disebalik Yong Tau FOO! Semua itu akan teman dedahkan insyallah dalam tajuk "Pakatan Syaitan II" tidak lama lagi! Sabor yop sabor..pegi makan mee kat kedai Yong Tau FOO dulu!! Tak tahu kat mana? Pegi tanya anak laki Kitsiang tu, dia tau!! Adios amigos..grasias senor. Wallahua'lam & wassalam. Zulkifli Bin Noordin Selasa 29 Muharram 1432 04 Januari 2011 |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan