Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA |
- Langkah MB akhiri isu Khusrin hujung bulan ini
- Harga naik: Pembohongan 'Umno dahulukan rakyat'
- Umno tersepit, minta PAS bersama - Anwar
- Rogol Amah: SAMM Lapor Polis, Gesa Siasat Menteri
- Surat Terbuka : Bukti Pemalsuan Ujian DNA Kes Perbicaraan Anwar Ibrahim 1998
- Pemimpin Umno Berbeza Pendirian Berhubung Kuasa Sultan
- Isu SUK : Tidak Halang Kerajaan Berkhidmat Untuk Rakyat
- Mangsa rogol rayu identiti tidak didedah
- Kes saman Felda RM20 juta dibicara 22 Mac
- di-Pertuan Agong perintah mengadap - Nik Aziz
- Dewan Boleh Bersidang Bila-Bila Masa, Speaker Selangor
- Kembali Kuasa Kepada Sultan, MB Langkah Tepat- Dr Manuty
- PRK Tenang: Kerjasama PR Makin Utuh
- Isu SUK: Pemuda Pakatan Serah Memorandum Kepada KSN
- Unisel: Penganti Rosmah Belum Diputus - MB Selangor
- Risalah Label DAP Anti Islam Di Tenang
- Biro Penerangan KEADILAN Akan Adakan Roadshow Jelaskan Buku Jingga Program 100 Hari Pakatan Rakyat
- Umno-BN Semakin Angkuh, Bongkak, Gila Kuasa, Membelakangkan Perlembagaan
Langkah MB akhiri isu Khusrin hujung bulan ini Posted: 04 Jan 2011 08:47 PM PST Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadakan pertemuan khas dengan ADUN dan ahli parlimen Selangor hari ini. Ia diadakan untuk memberi penjelasan mengenai cadangan untuk memanggil sidang DUN bagi meminda perlembagaan negeri untuk mengembalikan kepada negeri dan sultan, kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang. Perjumpaan tersebut dihadiri lebih 40 wakil rakyat Pakatan Selangor dari DAP, PAS dan PKR. Turut hadir ialah ADUN PSM Kota Damansara, Dr Nasir Hashim. Bagaimanapun, ketika ditemui selepas pertemuan dua jam itu, Abdul Khalid mengesahkan tidak akan ada usul tidak percaya terhadap setiausaha kerajaan negeri, Mohammed Khusrin Munawi, yang mula bertugas semalam, walaupun dibantah Pakatan Rakyat. Sumber: Malaysiakini |
Harga naik: Pembohongan 'Umno dahulukan rakyat' Posted: 04 Jan 2011 08:40 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Jan: Adun Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim menyifatkan tindakan kerajaan BN menaikkan harga petrol RON97 dan minyak tanah secara serentak tengah malam tadi ini sebagai tidak keruan dan menipu rakyat. Katanya, tindakan itu juga menjelaskan kepada rakyat bahawa slogan 'Umno dahulukan rakyat' yang mahu diperkasakan pada tahun ini hanya pembohongan semata-mata. Beliau yang juga ketua penerangan PAS Perak berkata, keadaan rakyat kini semakin terhimpit setelah berulangkali berlaku kenaikan harga barangan keperluan utama . "Pakatan Rakyat ingin mengingatkan kepada rakyat bahawa undi BN bermaksud menempa kesengsaraan yang akan membawa kepada kesukaran dalam menjalani kehidupan seharian kelak," katanya yang juga pengerusi sekretariat Pakatan Rakyat Perak. Sementara itu Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mendakwa kenaikkan terbaru itu merupakan tindakan terdesak kerajaan untuk mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Tenang. Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, tindakan tersebut juga menunjukkan BN sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaungkan Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak menemui kegagalan. "Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket Kerajaan Persekutuan sendiri," katanya dalam satu kenyataan hari ini. DPPP juga katanya,berpandangan kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan Barisan Nasional. "Di kala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat," katanya. Sehubungan itu, DPPP menyeru rakyat khususnya golongan muda menolak BN dalam pilihan raya kecil Dun Tenang dan pilihan raya umum akan datang. "Pilihan raya DUN Tenang, peluang rakyat memberikan amaran kepada Kerajaan yang zalim ini agar tidak terus menerus menzalimi dan menindas kehidupan rakyat dengan memberikan undi dan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya. Harga petrol RON97 naik sebanyak 10 sen menjadikannya kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter berkuat kuasa hari ini. Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter. Sumber: Harakah Daily |
Umno tersepit, minta PAS bersama - Anwar Posted: 04 Jan 2011 08:37 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Jan: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Umno yang berusaha untuk bersama PAS membayangkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) sedang tersepit menjelang pilihan raya umum akan datang. Bagi beliau, apa yang perlu dibuat Umno bukannya itu tetapi menghentikan rasuah, penindasan dan kezaliman terlebih dahulu. Semalam Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, beliau telah ke Istana Terengganu di Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan dari Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Undangan itu disampaikan oleh bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Abdullah melawat beliau di Hospital Unibersiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum ini. "Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam satu kenyataannya semalam. Turut serta dalam majlis santapan malam di Istana Terengganu itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin. Bagi Anwar, apa yang berlaku adalah, "Bila Umno tersepit, minta PAS bersama." Kenyataan ini dibuat Anwar melalui twitternya. Dalam kenyataannya Nik Aziz meminta semua pihak menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana dengan tidak membuat andaian tentang pertemuan itu. "Saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya. Sumber: Harakah Daily |
Rogol Amah: SAMM Lapor Polis, Gesa Siasat Menteri Posted: 04 Jan 2011 08:35 PM PST SEREMBAN 5 JAN : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin hari ini membuat laporan polis bagi menggesa satu siasatan dilakukan terhadap Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang didakwa merogol pembantu rumahnya. Menurutnya, sebagai NGO mewakili anak muda rakyat Malaysia, pelbagai bukti dan pendedahan yang dilakukan blog dan NGO seperti Migrant Care yang berpengkalan di Jakarta menjadikan impak kes ini besar melibatkan skandal seorang berprofil tinggi bertaraf Menteri di Kabinet selain boleh mencetuskan krisis antara negara jika tidak disiasat dan ditangani. Badrul menegaskan bahawa beliau tidak menuduh Rais sebaliknya sikap 'berdiam diri' menteri senior itu menjadikan keadaan makin serius. "Seseorang tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah, namun boleh dikatakan semua menyebut nama beliau terlibat dalam kes rogol. Selaku menteri budaya dan seni, beliau seharusnya faham budaya rakyat Malaysia diam tandanya setuju, maka beliau tak boleh salahkan rakyat jika beliau sendiri berdiam diri," tegas Badrul. Skandal ini dikatakan berlaku pada tahun 2007 dan didedahkan semula kini oleh laman wikileaks dan laman blog seantero Malaysia. Badrul mendakwa beliau telah mendapat dokumen lengkap yang dilampirkan bersama laporan polis yang menyebut nama Rais sebagai terlibat. Rais semasa menjadi Menteri Kehakiman dan Undang-undang sebelum ini pernah mendedahkan 18 kes berprofil tinggi yang sengaja disenyapkan pihak tertentu. Badrul turut menegaskan selain tindakan polis, Najib Razak sebagai Perdana Menteri seharusnya menggantung Rais sebagai anggota kabinet sehingga siasatan selesai bagi menunjukkan keseriusan kerajaan menangani hal ini. "Penyiasatan polis boleh membantu Rais membersihkan namanya, jika polis tak siasat wujud kemungkinan ada perlindungan istimewa. "Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri harus segera menyatakan pendirian dalam perkembangan ini. Gantung Rais sehingga siasatan selesai. Itupun jika Najib berani melakukan transformasi penambahbaikan negara," katanya. Justeru beliau memberi masa 14 hari untuk polis melakukan siasatan dan bertindak terhadap laporan ini, atau tindakan fasa seterusnya berbentuk 'pergerakan massa' bakal dilakukan oleh beliau. "Kes berprofil tinggi ini telah menyumbang keputusan Pilihan Raya Umum 2008. Sekarang, jika Najib tak bertindak saya rasa impaknya lebih besar. Rakyat Malaysia akan bergerak." Badrul hari ini membuat laporan berkenaan di IPD Seremban kira-kira jam 11 pagi tadi dengan ditemani beberapa ahli SAMM. Sumber: TVSNEWS |
Surat Terbuka : Bukti Pemalsuan Ujian DNA Kes Perbicaraan Anwar Ibrahim 1998 Posted: 04 Jan 2011 08:25 PM PST SURAT RAYUAN TERBUKA Mat Zain bin Ibrahim 5 hb.Januari 2011 Kepada; Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun, Peguam Cara Negara Malaysia, (Solicitor General of Malaysia) Jabatan Peguam Negara, Dengan tangan. Block C3,Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62152 Putrajaya. YBhg.Datuk, Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid ("DNA") dalam kes berprofil tinggi 1998. Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat. 2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga. 2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan "subsequent conduct" individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut. 2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah "bertindih" (overlapping) lebih-lebih lagi "pemain utama" kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan "DNA" adalah sama. 3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu; 3.1. Berkaitan dengan "Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011" yang diberi oleh YB Dato'Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan; 3.2. Berkaitan dengan "Ministerial Statement" oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato'Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato'Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu. 3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM. Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan. Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang. 4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang. 4.1. Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai "sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam". Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan. 5. Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan rasmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan "competent authority" untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah; 5.1. Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan "Decision on Revision" oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009. "Suffice for me to say I agree with learned SDPP's submission that "it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto." 5.2. Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan "competent authority" membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan "competent authority" untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai "sah" atau sebaliknya, dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup. 6. Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini "once and for all".Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah; 6.1. Benar atau tidak terdapat tiga (3) laporan perubatan yang berbeza antara satu sama lain,yang disediakan oleh Dr.Abdul Rahman Yusof.Laporan pertama disediakan pada 26.10.1998 atas arahan Gani Patail.Laporan kedua (yang akan dirujuk sebagai Ekshibit-A9) dan Laporan Ketiga masing-masing tanpa bertarikh disediakan oleh Dr.Rahman diantara 14.12.1998 hingga 21.12.1998 yang diarahkan oleh Tan Sri Mohtar Abdullah (Allahyarham Mohtar),Peguam Negara ketika itu. 6.2. Benar atau tidak dua(2) daripada tiga(3) Laporan diatas,iaitu Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 dan Ekshibit-A9 telah dikemukakan dalam prosiding Suruhanjaya Di-Raja Tersebut,dan dirakamkan dalam Laporan Suruhjaya berkenaan. 6.3. Benar atau tidak Laporan Pertama bertarikh 26.10.1998 yang penyediaannya diarahkan oleh Gani Patail,tidak terdapat dalam Laporan Suruhanjaya yang kemudiannya diperkenankan oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong. 6.4. Jika Gani Patail dan/atau Tan Sri Musa Hassan (Musa Hassan),dan/atau Dr.Rahman dan/atau ACP Mat Zain Ibrahim (ketika itu Pegawai Penyiasat kes mata-lebam),sama ada secara bersendiri atau berpakat,tidak terlibat dengan apa cara sekalipun dalam pembikinan ketiga-tiga Laporan Perubatan seperti yang tersebut diatas,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan bagaimana laporan-laporan tersebut,kesemuanya berjumlah 65 muka surat, boleh ujud dan siapa yang bertanggungjawab dalam pembikinannya. (i) Bolehkah YBhg.Datuk turut jelaskan bagaimana laporan-laporan berkenaan boleh berada dalam kertas siasatan mata-lebam,kertas siasatan SPRM dan Laporan Suruhanjaya Di-Raja tersebut. 6.5. Berkaitan dengan kuasa Peguam Cara Negara (Solicitor General-SG) sepertimana terkandung dalam Seksyen 376 Kanun Prosidur Jenayah (CPC). (i). Benarkah mengikut Seksyen 376 (2)CPC,kuasa SG sama dengan kuasa yang ada pada seorang Timbalan Pendakwa Raya (DPP) sahaja.Apabila SG bertindak sebagai Pendakwa Raya ketika ketiadaan Peguam Negara atau pada waktu ia tidak berupaya bertindak sebagainya,adalah untuk "administrative purposes" sahaja dan tidak melibatkan pengambilan "kuasa penuh" Pendakwa Raya. Kuasa penuh Pendakwa Raya hanya boleh dilaksanakan oleh Peguam Negara seorang sahaja yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong. (ii) Semua DPP,dan termasuk SG,boleh menjalankan semua atau mana-mana hak dan kuasa yang ada atau yang boleh dijalankan oleh Pendakwa Raya dengan atau dibawah CPC atau mana-mana undang-undang bertulis kecuali (diulangkan)..kecuali apa-apa hak atau kuasa yang dinyatakan wajar dilakukan oleh Pendakwa Raya sendiri, iaitu; a) Melantik DPP dibawah Seksyen 376 subseksyen (3)CPC,dibaca bersama dengan Seksyen 376 subseksyen (4). b) Menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A subseksyen (2) CPC iaitu untuk memindahkan perbicaraan dari Mahkamah Rendah kepada Mahkamah Tinggi. c) Perintah menjalankan perbicaraan terhadap pengarang,tuan punya, pencetak atau penerbit sebarang buku atau surat khabar yang didaftarkan dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 atau dibawah Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1986. 6.5.1. Sehubungan perkara diatas,izinkan saya merujuk sekali lagi nota prosiding Rayuan Jenayah 43-(70)-2008 mengenai "Decision on Revision" di-hadapan Hakim YA Dato'Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah.Dalam hujah pihak Pendakwaan,YBhg.Datuk sendiri telah menekankan dengan membawa contoh-contoh case-laws bahawa hanya Pendakwa Raya sahaja yang mempunyai kuasa untuk menandatangani sijil dibawah Seksyen 418A tersebut,oleh kerana keperluan tersebut adalah "statutory requirement",atau dalam bahasa mudah ianya adalah kehendak undang-undang.Jika demikian,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan mengapakah aplikasinya dalam perlantikkan DPP mengikut Seksyen 376 (3) CPC dibaca bersama dengan Seksyen 376(4) berbeza dengan apa yang YBhg.Datuk hujahkan di-Mahkamah,sedangkan undang-undang yang dipakai ialah CPC yang sama. 6.6. Dengan mengenepikan persoalan kesahihan perlantikkan DPP-DPP berkenaan sebagai Ahli Panel Bebas,diharap YBhg.Datuk jelaskan sama ada sekumpulan DPP yang dilantik sedemikian itu mempunyai hak dan kuasa untuk mengadili (adjudicate) perkara berkaitan kelakuan dan/atau salah-laku jenayah seorang Peguam Negara,sama sepertimana hak dan kuasa sebuah Tribunal yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri mengikut Perlembagaan Persekutuan. 6.7. Saya percaya YBhg.Datuk tidak akan menafikan telah menerima ketiga-tiga laporan perubatan disediakan oleh Dr.Rahman dalam persoalan ini,menerusi salinan surat-surat saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009.Saya percaya YBhg.Datuk bukan orangnya yang akan membakul-sampahkan dokumen-dokumen tersebut, sebaliknya YBhg.Datuk telah meneliti kesahihan laporan-laporan berkaitan dengannya. 6.7.1. Oleh hal yang demikian itu,bolehkah YBhg.Datuk jelaskan,keterangan yang macam mana lagi YBhg.Datuk ingin cari. 6.7.2. Malahan dengan hanya bersandarkan laporan saya bertarikh 15.4.2009 dan 7.5.2009 itu sahaja,saya yakin YBhg.Datuk telah boleh membentuk suatu kes prima facie terhadap Gani Patail dan orang atau orang-orang yang bersubahat dengannya, kerana memalsukan keterangan ketika proses penyiasatan kes mata lebam,tanpa perlu merujuk kepada kertas siasatan kes itu sendiri ataupun kertas siasatan SPRM berkaitan. YBhg.Datuk, 7. Saya telah menunggu sehingga hari ini 5hb.Januari 2011 untuk mengedarkan maklum balas bersangkutan dengan kenyataan yang dibuat oleh YB Menteri-Menteri tersebut itu.Saya percaya YBhg.Datuk dan khasnya Gani Patail,masih ingat bahawa dua belas tahun lalu, pada 5hb.Januari 1999, Peguam Negara,Allahyarham Mohtar telah mengeluarkan Press Statement yang disediakan oleh Gani Patail berkaitan dengan Penyiasatan Polis dalam insiden mata-lebam kepada umum.Saya sendiri tidak akan lupa tarikh bersejarah ini. 7.1. Press Statement 5.1.199 inilah yang telah memusnahkan kredibiliti PDRM dan khasnya Pasukan Penyiasat insiden mata lebam ketika itu.Press Statement ini juga telah menyebabkan Jemaah Menteri terpedaya untuk mempercayai bahawa PDRM tidak berupaya untuk menangani sesuatu siasatan jika melibatkan pucuk pimpinan tertinggi sendiri,dan dalam hal ini penglibatan Ketua Polis Negara.Akibatnya Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa Suruhanjaya Di-Raja pula dibentuk untuk mengambil alih siasatan daripada Polis. 7.2. Bagaimanapun PDRM akhirnya telah membuktikan bahawa ia adalah satu Pasukan yang berkecuali dan professional dan mampu menjalankan penyiasatan yang adil "without fear or favour",sekalipun ianya adalah terhadap orang nombor satunya.Ini telah diakui oleh Ahli Suruhanjaya Di-Raja tersebut sepertimana yang dirakamkan dalam "Part Two,muka surat 69 perenggan 6.6.Laporan Suruhanjaya",walaupun ramai yang tidak menyedarinya atau mempedulikannya. 8. Saya percaya YBhg.Datuk serta Pimpinan Tertinggi dalam Jabatan Peguam Negara,turut sedar, bahawa Press Statement 5.1.1999 itu adalah merupakan bukti utama yang boleh digunakan untuk mensabitkan beberapa kesalahan jenayah terhadap Gani Patail dan orang atau orang/orang yang bersubahat dengannya,berkaitan penipuan dan pemalsuan keterangan. 8.1. Bersempena dengan ulang tahun ke-duabelas Press Statement 5.1.1999 itu pada hari ini,saya mengajak YBhg.Datuk "to come clean" untuk menyelesaikan kemelut ini. 9. YBhg.Datuk bebas memilih untuk terus melindungi perbuatan jenayah ini dan terpaksa bersedia untuk terus berbohong untuk menutup pembohongan terdahulu yang tidak akan berkesudahan, ataupun YBhg.Datuk memilih untuk menyelamatkan kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada hari ini,supaya membolehkan YBhg.Datuk dan rakan-rakan yang lain membuka tirai baru dalam membawa AG's Chambers kezaman kecermelangannya sebelum 1998. 9.1. Apa pun pilihan yang akan dibuat,saya inginkan YBhg.Datuk tahu bahawa penipuan dan pemalsuan yang dilakukan sejak 1998 itu dan terus terpaksa dilakukan sehingga hari ini, adalah berputik daripada perasaan marah, dendam peribadi dan keegoan sesaorang yang mengambil kesempatan situasi tidak menentu ketika itu. 10. Akhir kata saya menuntut maaf sekiranya surat rayuan terbuka saya kepada YBhg.Datuk ini membebankan,dan saya memohon maaf juga sekiranya terdapat kata-kata saya yang terlanjur atau menyinggung perasaan.Saya pernah membuat rayuan yang serupa kepada Allayarham Tan Sri Peguam Negara ketika itu, menerusi minit saya dalam muka surat 26 hingga 29 perenggan 10,11 dan 12 bertarikh 27.1.1999,dan diharap YBhg.Datuk sudi melihatnya jika ada kelapangan. Salam sejahtera, selamat maju jaya dan Selamat Tahun Baru. Terima kasih. Yang benar, (Mat Zain bin Ibrahim) 5hb.Januari 2011. ( Nota:Surat Asal telah diakui terima oleh Pejabat Peguam Cara Negara @ 0850 pagi 5.1.2011) |
Pemimpin Umno Berbeza Pendirian Berhubung Kuasa Sultan Posted: 04 Jan 2011 08:21 PM PST SHAH ALAM 5 JAN : Pemimpin Umno kini bercanggah pendapat berkenaan hasrat kerajaan Negeri Selangor yang mahu meminda perlembagaan bagi mengembalikan kuasa Sultan dalam soal perlantikan pelantikan tiga jawatan tertinggi pentadbiran negeri itu. Laporan akhbar semalam melaporkan ADUN Kuang (Umno), Abdul Shukur Idrus telah mengatakan Barisan Nasional bersetuju dengan peruntukan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan mereka akan memberikan sokongan. Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Mengulas isu ini, Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata isu dua pertiga sokongan majoriti tidak menjadi isu besar kerana pindaan tersebut mendapat sokongan daripada Adun Umno-Barisan Nasional. Mengikut kenyataan ADUN Kuang itu, Teng menjangka Pakatan Rakyat bakal mendapat sokongan seratus peratus dari semua Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk pihak pembangkang. "Kalau begitu, kita mungkin boleh dapat sokongan seratus peratus. "Berrhubung isu dua pertiga majoriti yang diperlukan itu, jangan anggap oleh kerana Pakatan Rakyat hanya ada 35 kerusi, kita tidak ada jumlah (majoriti) tersebut," katanya dalam sidang media semalam. Dalam sidang media yang turut dihadiri Menteri Besar Tan Sr Khalid Ibrahim dan Exco itu beliau berkata keputusan pindaan itu harus ditunggu sehingga pindaan rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan di Dewan yang akan datang. Berhubung kenyataan bekas Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Khir Toyo yang mendakwa pindaan tidak boleh dilakukan kerana kerajaan yang ada sekarang tidak ada majoriti 2/3. Teng berkata, kenyataan Khir bukanlah merupakan perkara yang serius. "Beliau bukan lagi Ketua Pembangkang lagi jadi saya tidak ambil kenyataan beliau serius. "Kita perlukan orang yang mengambil bahagian dalam Dewan Negeri. "Kalau beliau masih Ketua Pembangkang, kita akan memandang berat kenyataan tersebut...tetapi masalahnya beliau bukan lagi," ujar Teng. Sumber: TVSNEWS |
Isu SUK : Tidak Halang Kerajaan Berkhidmat Untuk Rakyat Posted: 04 Jan 2011 08:16 PM PST PETALING JAYA 5 DIS: Isu percanggahan berkenaan perlantikan Setiausaha Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi tidak akan menjadi halangan untuk kerajaan negeri terus berkhidmat kepada rakyat. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid semasa berucap merasmikan Majlis Anugerah Perdana Komuniti Mampan dan Anuerah Pemimpin Masyarakat Berjasa Petaling Jaya di Dewan Banquet MBPJ malam tadi berkata, kerajaan negeri akan memastikan kebajikan rakyat terpelihara. "Saya rasa sudah tentulah tuan-tuan adakalanya sibuk mendengar berita-berita tentang ketidaksamaan antara kerajaan negeri, kerajaan pusat, ada juga Istana, ada juga pegawai kerajaan tetapi ini tidak akan menyekat kita untuk membetulkan, mencantikkan, mengindahkan bandaraya yang kita duduki ini," jelas beliau kepada kira-kira 500 hadirin yang terdiri daripada wakil persatuan penduduk dan rukun tetangga seluruh Petaling Jaya. Beliau juga menyarankan agar kerajaan negeri dan para ahli majlis dapat bekerja keras menyampaikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat kerana apa yang penting adalah penyampaian perkhidmatan dan bukannnya sesi perbincangan. "Saya harap kita akan terus bekerja keras dan saya sendiri merasakan cabaran ini sangat penting sebab rakyat tidak pentingkan berbincang, tetapi rakyat pentingkan hasil," tegas beliau lagi. Dalam pada itu, Khalid memberitahu bahawa jumlah kutipan dana hasil MBPJ merupakan antara yang tertinggi dibandingkan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara maka akaun MBPJ juga perlu diselaraskan agar tidak mempunyai apa-apa percanggahan. "Kita juga mesti menunjukkan akaun Bandaraya Petaling Jaya ini dapat dipertahankan kerana ia akan menjadi antara akaun yang akan diteliti oleh pihak berkuasa tempatan seluruh negara, sebab bandaraya PJ antara bandaraya yang mempunyai kutipan yang tertinggi dibandingkan dengan bandaraya seluruh negara," tegas beliau. Beliau seterusnya berkata, jumlah kutipan ini juga dipercayai lebih tinggi daripada jumlah kutipan dana hasil beberapa negeri di negara ini. "Saya percaya bandaraya Petaling Jaya mempunyai kutipan pendapatan melebihi negeri seperti Prlis, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka. "Oleh sebab itulah, bandaraya PJ akan diteliti tentang penggunaan dana dan juga disamping itu bagaimana dia mempunyai usaha untuk mempertingkatkannya," kata beliau lagi. Sumber: TVSNEWS |
Mangsa rogol rayu identiti tidak didedah Posted: 04 Jan 2011 12:51 AM PST NGO Indonesia yang memperjuangkan kes dakwaan rogol oleh seorang menteri kabinet semasa pentadbiran mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata mangsa dan keluarganya merayu agar identiti mereka dirahsiakan. Ini kerana mereka bimbang impak skandal itu ke atas mereka dan kemungkinan menteri berkenaan yang kini berkhidmat di bawah pentadbiran perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai kesan kepada mereka meskipun berada di Indonesia. Menurut sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh adik perempuan mangsa - yang disiarkan di beberapa blog - dan dihantar ke kedutaan Indonesia dan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, kejadian rogol itu terus dirahsiakan kerana "menteri berkenaan mempunyai banyak wang dan kenalan di Indonesia." "Adalah dikhuatiri sesuatu akan berlaku kepada keluarga dan kakak saya seperti yang berlaku dalam kes Altantuya di Malaysia," petik surat yang ditulis pada pertengahan 2007 itu yang merujuk kepada pembunuhan kejam warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Ketika dihubungi ketika itu, pengarah Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta, Anis Hidayah memberitahu Malaysiakini mereka tidak boleh menghebahkan kes itu kerana mangsa dan keluarganya- meskipun telah menjalani sesi kaunseling - menolak untuk membuat kenyataan umum dan mengheret menteri berkenaan ke mahkamah. Isu yang tertersorok selama tiga tahun itu muncul semula di alam siber sejak beberapa minggu lalu apabila ia dikatakan didedah oleh laman WikiLeaks. Ketua pengarang The Malay Mail, Datuk Ahirudin Attan juga menulis mengenai pendedahan WikiLeak dalam blog Rocky Bru kelolaannya. Menurut beliau Pejabat Perdana Menteri yang ketika itu di bawah Abdullah juga menerima laporan berkenaan. Pada 27 Disember 2009, kumpulan pelindung pendatang asing, Tenaganita mendesak kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 19 Jun 2007 itu disiasat. Pada laporan bertarikh Ogos 2007, Anis berkata perjumpaannya dengan mangsa berkenaan pada 24 Julai tahun yang sama di rumah mangsa di Madukara, Banjarnegara Jawa Tengah untuk mendapatkan maklumat. Setelah dipujuk, mangsa berkenaan yang telah bekerja selama lapan tahun sebagai pembantu rumah kepada menteri berkenaan, akhirnya mengakui majikannya itu telah merogolnya. Mangsa bagaimanapun merayu kepada Anis dan dua aktivis Migrant Care supaya kes perogolannya tidak dihebahkan kerana "bimbang malu ke atas dirinya, keluarga dan juga masyarakat di kampung mereka." Katanya, "beliau hanya orang kecil berbanding (menteri itu) adalah orang besar, jadi beliau amat takut dan meminta kes rogol itu ditutup," petik laporan Anis. Sumber: Malaysiakini |
Kes saman Felda RM20 juta dibicara 22 Mac Posted: 04 Jan 2011 12:44 AM PST TEMERLOH, 4 Jan: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan perbicaraan kes saman malu Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (Anak), Mazlan Aliman berjumlah RM20 juta pada 22 Mac 2011. Menurut fakta kes, pada 9 Mac lalu kira-kira jam 4.15 Mazlan ketika memenuhi satu undangan dialog dan perbincangan dengan peneroka berkaitan dengan masalah-masalah dialami mereka di rumah peneroka Hamidun Yeop Isa, telah dikepung oleh 30 orang polis bantuan Felda yang bersenjata dan diugut secara biadab oleh pegawai-pegawai Felda. Hamidun merupakan peneroka yang telah melangsaikan semua hutang dengan Felda dan telah mendapat hak milik tanah kediaman dan ladang. Mazlan kemudian telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub. Namun terdapat satu lagi laporan oleh pengurus rancangan Felda Lembah Klau yang menyebabkan beliau kemudiannya ditahan, direman dan terpaksa merengkok selama dua hari di lokap IPD tersebut. Dalam pada itu, Wan Rohimi berkata Siti Hajar merupakan majistret yang telah mengeluarkan reman kepada Mazlan ketika beliau merengkok di lokap IPD Raub dahulu. Wan Rohimi berkata, beliau menganggap kes saman yang dikemukakan ini sangat penting dan keputusannya akan menjadi indikator kepada pemisahan antara kuasa Felda dan kuasa peneroka. "Saya lihat Felda amat memberi tumpuan kepada kes ini berdasarkan tiga peguam kanan persekutuan yang mewakili defendan kerana mereka amat menyedari implikasi kepada kes ini. "Keputusan kes ini dengan sendirinya akan menjelaskan had-had kuasa antara Felda dengan peneroka yang telah melunaskan hutang piutangnya dengan agensi tersebut," katanya. Turut mengiringi Mazlan ke mahkamah Tinggi temerloh hari ini ialah Penasihat Undang-Undang PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Naib Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Setiausaha PAS Pahang Hashim Abdullah dan kira-kira 30 penyokong. Sumber: Harakah Daily |
di-Pertuan Agong perintah mengadap - Nik Aziz Posted: 04 Jan 2011 12:43 AM PST KOTA BHARU, 4 Jan: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan, beliau dan pemimpin kanan PAS telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam satu majlis santapan malam di Istana Terengganu di Kuala Lumpur. Jangan kaitkan istana dengan politik Sementara itu dalam sidang medianya (gambar bawah), Nik Abdul Aziz menyeru semua pihak sama ada media atau invidu supaya tidak mengaitkan istana dengan pergolakan politik negara. Berikut adalah kenyataan penuh MB Kelantan itu. Kenyataan Media Tuan Guru Dato Bentara Setia Menteri Besar Kelantan Merangkap al-Mursyidul Am PAS Ekoran beberapa kenyataan yang mengelirukan berkaitan pertemuan saya dengan KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan baru-baru ini, saya suka menjelaskan seperti mana berikut : Sewaktu saya berada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya telah dikunjungi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membawa titah KDYMM Yang Dipertuan Agong, Tuanku Sultan Mizan meminta saya mengadap baginda bersama-sama beberapa orang pemimpin termasuk Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke majlis santapan malam di Istana Terengganu, yakni istana baginda di Kuala Lumpur. Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut. Adalah sangat tidak beretika dan tidak beradab bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa mengadap. Oleh itu, saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana. Terima kasih. Wassalam. "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM" TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN MERANGKAP AL-MURSYIDUL AM PAS. Sumber: Harakah Daily |
Dewan Boleh Bersidang Bila-Bila Masa, Speaker Selangor Posted: 04 Jan 2011 12:35 AM PST SHAH ALAM 4 JAN : Sidang Dewan Negeri Selangor boleh diadakan pada bila-bila masa, kata Speaker Dewan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim. Beliau dalam sidang medianya tengahari tadi berkata ia bergantung kepada notis yang akan dihantar oleh representasi Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. "Menurut Peraturan Mesyuarat 10(3), jika dalam masa Dewan sedang ditangguhkan, Menteri Besar mengemukakan kepada Speaker, bagi kepentingan awam berkehendakkan mesyuarat diadakan lebih awal maka Speaker boleh memberitahu lebih awal daripada masa Dewan ditangguhkan. "Kita boleh memanggil Dewan bersidang dalam masa 24 jam dan paling cepat sejam selepas notis dihantar," ujar beliau. Sidang itu diadakan bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri. Chang Khim walaubagaimana pun enggan mengulas lanjut berhubung perkara yang bakal dibahas sehingga beliau menerima notis daripada wakil Menteri Besar. Semalam dalam pertemuan Menteri Besar dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam(SPA). Ini adalah kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan. Sultan Selangor turut bertitah mencadangkan kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan SPA untuk mencari penyelesaian terbaik. Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, Khalid berkata maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau juga mengumumkan tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini. Sumber: TVSNEWS |
Kembali Kuasa Kepada Sultan, MB Langkah Tepat- Dr Manuty Posted: 04 Jan 2011 12:32 AM PST PETALING JAYA 4 JAN: PKR yakin usaha mengembalikan kuasa perlantikan pegawai kanan eksekutif kepada Sultan dan Menteri Besar adalah langkah tepat memulihkan institusi Raja Berperlembagaan. Ketua Penerangannya Dr Mohd Nur Manuty berkata PKR menyokong penuh sidang tergempar Dewan Negeri Selangor yang akan dipanggil dalam masa terdekat untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor dan mengembalikan kuasa melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang kepada yang berhak. Umno-Barisan Nasional(BN) secara paksa telah mencabut kuasa perlantikan itu walaupun mendapat bantahan dari Majlis Raja-Raja Melayu ketika krisis Perlembangaan 1993. "Keadilan berkeyakinan usaha mengambalikan semula kuasa perlantikan tiga pegawai eksekutif adalah langkah konkrit untuk mengangkat kembali martabat institusi Raja Berperlembagaan sebagaimana yang diputuskan sebagai dasar bersama Pakatan Rakyat. "PKR merakamkan kesyukuran ke bawah DYMM Sultan Selangor yang telah memberi perkenan menyerahkan kembali urusan perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada kebijaksanaan Menteri Besar Selangor untuk menjadi jalan penyelesaian dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam," jelasnya dalam sidang media di ibupejabat PKR disini hari ini. Selangor diancam krisis perlembagaan selepas Kerajaan Pusat melantik bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi secara senyap. Media melaporkan bahawa pihak istana memperkenankan perlantikan itu. Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kerana kuasa sedemikian ditarik Umno-BN. "Hakikatnya kuasa perlantikan para pegawai telah dihapuskan oleh Umno dalam pindaan perlembangaan secara paksa pada tahun 1983 dan 1993 meskipun telah ditolak oleh Majlis Raja-Raja Melayu ketika itu. "Umno bersedia memperalatkan apa jua institusi negara demi mengekalkan kuasa dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan terhadap rakyat dan negara selama ini," katanya. Sumber: TVSNEWS |
PRK Tenang: Kerjasama PR Makin Utuh Posted: 04 Jan 2011 12:27 AM PST LABIS 4 JAN : PKR Johor yakin dengan kerjasama Pakatan Rakyat khususnya di kawasan pengundi keturunan Tionghua dalam menempuh Pilihan Raya Kecil DUN Tenang akhir bulan ini. Pengerusi Majlis Pimpinan Negerinya, Datuk Chua Jui Meng menyatakan bahawa PKR Johor khususnya Cabang Labis telahpun bermesyuarat bersama PAS dan DAP bagi menentukan gerak kerja jentera bagi pilihan raya kecil ini. "Bagi masyarakat Tionghua, saya memang menyakini. Bagi pengundi India ia boleh meningkat dari dulu. PAS akan berusaha dalam menarik pengundi Melayu. PKR akan jaga kawasan kaum bercampur. DAP lebih bertumpu masyarakat Cina," katanya. PRK Tenang akan diadakan 30 Januari ini manakala penamaan calon pada 22 Januari akibat kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-Barisan Nasional. Chua menyifatkan antara keutamaan kempen kali ini ialah untuk mengurangkan pengaruh Umno di kawasan FELDA yang selama ini menjadi simpanan tetap bagi menyambung hayat parti itu. "2004 majoriti kita kalah 5000 lebih, pilihan Raya lepas turun 2500 lebih. Keutamaan kedua kita adalah bagi mendekatkan majoriti di FELDA," jelasnya kepada Tv Selangor. Sumber: TVSNEWS |
Isu SUK: Pemuda Pakatan Serah Memorandum Kepada KSN Posted: 04 Jan 2011 12:24 AM PST PUTRAJAYA 4 DIS: Kira kira 100 pemuda Pakatan Rakyat hadir ke pejabat Perdana Menteri hari ini menyerahkan memorandum kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan bagi membantah perlantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi. Perarakan bermula dari hadapan masjid Putrajaya seawal jam 10.30 pagi diketuai Ketua AMK Selangor, Khairul Anwar Zainuddin, ADUN Teratai,Jenice Lee dan pemimpin pemuda Pakatan yang lain. Membawa bersama buku undang-undang tubuh kerajaan selangor sebagai hadiah untuk diserahkan kepada KSN. Namun begitu polis hanya membenarkan tiga orang wakil untuk masuk ke pejabat Perdana Menteri. Sebelum itu ketika perarakan menuju ke pejabat Perdana Menteri, polis merentap kain rentang yang memangkah muka Khusrin. Kekecohan berlaku seketika namun keadaan berjaya ditenangkan. Khairul Anwar dalam ucapan ringkasnya berkata kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak sanggup diperlekehkan dalam urusan pentadbiran negeri. Sumber: TVSNEWS |
Unisel: Penganti Rosmah Belum Diputus - MB Selangor Posted: 04 Jan 2011 12:21 AM PST SHAH ALAM 4 JAN: Kerajaan Selangor belum membuat keputusan mengenai calon Canselor Universiti Industri Selangor (Unisel) walaupun ada cadangan melantik pemimpin politik. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pelantikan canselor baru itu hanya akan dibuat selepas kerajaan negeri bermesyuarat dengan Unisel. Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini sebagai mengulas kenyataan pelajar Pro-Mahasiswa Unisel yang tidak mahu ahli politik atau yang berlatar belakang politik dilantik sebagai canselor baru menggantikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Sebelum ini, dilaporkan ada pihak mencadangkan sama ada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau bekas Timbalan Presiden PKR Dr Syed Husin Ali dilantik ke jawatan tersebut. Pada November lepas, Rosmah yang dilantik sebagai Canselor Unisel pada Feb 2006 mengumumkan pengunduran diri daripada jawatan itu sebelum tempoh perkhidmatannya berakhir pada Februari ini. Terdahulu, Presiden kumpulan Pro-Mahasiswa Unisel Muhammad Nasir Abu Bakar berkata mereka mahukan seorang ahli akademik sebagai canselor, lapor Bernama. Mereka turut mencadangkan kepada kerajaan negeri dan pihak pentadbiran Unisel agar mempertimbangkan Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim sebagai canselor baru berikutan pengalaman luas beliau dalam bidang akademik. Muhammad Nasir berkata penuntut Unisel juga menolak campur tangan parti politik dalam pembangunan pendidikan negara. "Mahasiswa-mahasiswi Unisel menggesa supaya pendidikan bebas daripada campur tangan politik yang jelas menunjukkan bertujuan untuk menjaga posisi dan kedudukan seseorang," katanya. Sumber: TVSNEWS |
Risalah Label DAP Anti Islam Di Tenang Posted: 04 Jan 2011 12:17 AM PST LABIS 4 JAN : Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Johor Datuk Chua Jui Meng mendedahkan taktik kotor pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan risalah fitnah terhadap Pakatan Rakyat kepada penduduk Felda di Tenang dan kawasan sekitar. Risalah berbentuk buku kecil bertajuk DAP anti Islam dan 'Khawarij dan Politik PAS' dalam PAS itu dianggap satu pembohongan besar oleh Chua yang juga tidak menolak sebagai taktik kotor Umno untuk pilihan raya kecil akan datang di Tenang. "Ini satu pembohongan besar. Kalau nak kata DAP anti Islam. Saya dah lama kenal DAP. Mereka tak bodoh. DAP hormat orang Melayu Lim Guan Eng sendiri telah banyak membantu orang Melayu di Pulau Pinang," katanya kepada Tv Selangor. Risalah DAP anti Islam mengandungi nota yang bertulis DAP akan mengharamkan Azan, majlis maulidur rasul dan sebagainya jika Pakatan Rakyat memerintah. Chua memaklumkan kepada media akan membongkar perkara itu semasa kempen pilihan raya ini dan akan mendedahkan ini kerja kotor Umno. Beliau juga menyatakan kebimbangan mengenai taktik Umno yang cuba menghalang PR dari bertemu rakyat. Semalam ceramah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Tenang sekali lagi diganggu polisi. "Mungkin selepas ini pemimpin Cina tidak dibenarkan masuk ke kawasan Felda," katanya Sumber: TVSNEWS |
Biro Penerangan KEADILAN Akan Adakan Roadshow Jelaskan Buku Jingga Program 100 Hari Pakatan Rakyat Posted: 04 Jan 2011 12:16 AM PST PETALING JAYA 4 Jan - Biro Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan mengedarkan Buku Jingga yang mengandungi 10 dasar teras dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat dalam pelbagai bahasa ke seluruh negara untuk menjelaskan kepada rakyat Malaysia secara terperinci polisi dan pelaksanaan dasar yang digariskan apabila tertubuhnya Kerajaan Persekutuan baru selepas Pilihan Raya umum ke-13 kelak. Beliau berkata selain Bahasa Malayisa dan Bahasa Inggeris, Buku Jingga akan diterjemah dalam Bahasa Cina, Tamil dan bahasa etnik sabah dan Sarawak disamping satu roadshow akan diadakan bermula Februari depan bagi menjelaskan isi kandungan Buku Jingga yang dilihat telah mengentarkan pimpinan Umno-BN. Sehubungan itu kedua-dua biro akan mengadakan sidang media mingguan di ibu pejabat parti setiap hari Selasa pada pukul 11.00 pagi serta bercadang mengadakan pertemuan dengan semua organisasi media dalam masa terdekat untuk merapatkan lagi hubungan dan persefahaman. Selain itu Ahli Jawatankuasa Induk Biro Penerangan KEADILAN pula dianggotai oleh Ibnu Abu Bakar sebagai Setiausaha, CC Lee selaku Bendahari, Datuk Idris Jauzi, Dr Mahendran V Markandoo dan Chua Yee Lin masing-masing sebagai Ketua Isu Semasa, Ketua Psywar Kamarul Bahrin Zahid, Ketua Penerbitan Dzulkarnain Taib, Mohd Yahya Mat Sahri, Ketua Pengacaraan dan Sharipuddin Muis sebagai Pegawai Eksekutif. Sumber: Suara Keadilan |
Umno-BN Semakin Angkuh, Bongkak, Gila Kuasa, Membelakangkan Perlembagaan Posted: 04 Jan 2011 12:15 AM PST LABIS 4 Januari - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap Umno dan Barisan Nasional sudah sampai ke tahap terlalu bongkak, takbur dan angkuh sehingga sanggup membelakangkan perundangan negara demi menjayakan agenda politik jijik pimpinan mereka. Menyentuh berkaitan isu perlantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru, Ketua Pembangkang berkata belum pernah dalam sejarah lantikan itu tidak dirujuk terlebih dahulu kepada Menteri Besar. "Umno dan BN sudah terlalu bongkak, sombong dan takbur. Saya nasihatkan mereka supaya jangan khianat (kepada rakyat Selangor), zalim dan fitnah. "Pagi tadi Menteri Besar mengadap Tuanku Sultan dan Tan Sri Khalid (Ibrahim) diberitahu baginda tidak masuk campur dalam perlantikan ini. Jadi sekarang mudah bagi Menteri Besar untuk terus berunding dengan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) untuk selesaikan masalah ini," kata Anwar dihadapan lebih 2,000 penyokong Pakatan Rakyat dan peneroka pada Majlis Mesra Bersama Rakyat di Dataran Niaga, Felda Cempelak di Labis malam tadi. Majlis tersebut merupakan ceramah pertama Pakatan Rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang selepas pelancaran jentera pilihan raya kecil PAS di di sini Sabtu lalu. Walaupun tiga trak Unit Simpanan Persekutuan, puluhan anggota polis serta lebih lima sekatan jalanraya dilakukan bagi menghalang kejayaan program Pakatan Rakyat namun golongan peneroka Felda Cempelak yang dianggap 'jantung Umno' tidak mengendahkan segala bentuk ugutan pihak keselamatan untuk mendengar amanat Anwar. Anwar sempat menyentuh mengenai penubuhan Felda oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein yang menjanjikan tanah untuk golongan Melayu miskin. "Tun Razak berjanji untuk beri tanah kepada orang Melayu miskin dan berkata tidak akan rampas tanah mereka. Beliau janji dan beliau laksana janjinya. "Anaknya, Datuk Seri Najib janji macam-macam, ETP, NKRA, KPI tapi satu pun tak jadi dan satu pun tidak ditunaikan," tegas Anwar. Beliau berkata PRK Tenang adalah penting kepada Pakatan Rakyat kerana kemenangan di negeri yang dianggap kubu kuat Umno bermakna isu serta perjuangan menegakkan keadilan untuk negeri Johor akan lebih berjaya. "Kemenangan di Tenang tidak mudah, ini kami akui tetapi apa yang penting ialah istiqomah dan yakin serta terus berjuang. Kita tidak lagi boleh bergantung kepada Umno-BN kerana mereka bercakap tiga bahasa - di depan orang Melayu mereka menakutkan-nakutkan dengan isu Cina, di depan orang Cina dan India pula cakap lain. "Pakatan Rakyat mempertahankan hak orang Melayu sebagaimana dalam Perlembagaan tetapi pada masa yang masa hak kaum lain juga dipertahankan. Inilah pendekatan kita. Sementara itu Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi amaran kepada Umno-BN suoaya jangan terlalu yakin kerana mungkin Tenang akan menjadi 'ribut' bagi mereka. "PRK Tenang penting kerana ia akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan di bahagian selatan Semenanjung. Jadi pilihan raya kecil ini adalah peluang kepada rakyat Tenang khususnya dan Johor untuk membuat perubahan penting," kata Shamsul. ADUN Batu Caves Amirudin Sahri pula mengatakan pengundi di DUN Tenang akan membuat keputusan penting 30 Januari nanti yang bakal merubah landskap politik Johor dan seterusnya di seluruh kawasan Felda yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. Sebelum itu di Kampung Air Panas yang terletak kira-kira 10 km dari Labis, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Abdul Rahman Yusof berkata perubahan amat perlu pada PRK Tenang dan Pilihan Raya Umum ke 13 kerana kerajaan Umno-BN kini lebih mementingkan golongan kroni dan kaum keluarga serta membebankan rakyat dengan kenaikan harga barangan keperluan. "Keadaan ekonomi Malaysia ama berbeza ketika Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan di mana beliau pernah terpilih Di pilih sebagai Menteri Kewangan terbaik oleh akhbar Financial Times dan negara menyaksikan pertumbuhan ekonomi terbaik semasa beliau dipertanggungjawab mengurus kewangan negara. "Sekarang ekonomi dan sumber kekayaan negara semuanya dibolot secara rakus oleh pemimpin Umno-BN dengan rakus sekali, Kata Abdul Rahman. PRK Tenang diadakan berikutan kematian ADUN Tenang Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Disember lalu di Hospital Ampang Puteri akibat komplikasi penyakit kencing manis. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada 22 Januari dan hari pembuangan undi pada 30 Januari. Sumber: Suara Keadilan |
You are subscribed to email updates from Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan